18/09/2022
17 September 2022 (Semalam)
Berkongsi ilmu perihal solat yang bertajuk "Sempurnakah Solatku" bersama masyarakat Islam sekitar Sri Aman di Masjid Bandar Sri Aman yang dianjurkan oleh Perkim Cawangan Sri Aman.
Dalam perkongsian itu, kita mengulaskan kepentingan solat dan ianya merupakan keistimewaan yang diturunkan kepada Nabi Muhammad secara direct daripada Allah Azza Wajalla dan menunaikan solat dengan mengikuti tatacara baginda Nabi Shallahu a'laihisalam yang betul dan tepat.
Pada masa yang sama, kita menyelitkan perihal akidah umat Islam. Seperti perihal khurafat, mengantungkan wafaq dan sebagainya. Sepatutnya, hati & iman yg kuat dan kukuh hendaklah diabdikan 100% kepada Allah Subhanahu wata'ala.
Dihujung sesi perkongsian itu, ustazah Siti Hawa berkongsi perihal bersuci dan mempraktikan solat wanita. Pelbagai soalan dilontarkan. Boleh dikatakan program seperti ini adalah program Fiqh Wanita.
Semoga program yang baik seperti ini berterusan.