Sekolah Rendah Integrasi Teras Islam - SRITI Muallim, Slim River, Perak

Sekolah Rendah Integrasi Teras Islam - SRITI Muallim, Slim River, Perak Sekolah Rendah Integrasi Teras Islam (SRITI) Slim River ini menggunakan sistem pengajaran dan pembela "Membina Generasi Rabbani Murobbi"

SRITI merupakan satu institusi pengajian kesinambungan PASTI yang menawarkan pendidikan bersepadu peringkat rendah yang berasaskan kurikulum integrasi tahfiz, fardhu ain dan fardhu kifayah. Hasil daripada corak pendidikan yang diterapkan ini, adalah untuk melahirkan generasi soleh pintar rabbani dan murobbi yang mana kecintaan mereka terhadap ilmu al-Quran ini sebati di dalam diri mereka sebagai bekalan hidup mereka dan juga memberikan manfaat yang besar kepada masyarakat umumnya.

Jom sertai program Amal Mega Blood Donation sebagai penderma darah!Imbas QR Code pada poster untuk mendaftar sebagai pen...
27/04/2026

Jom sertai program Amal Mega Blood Donation sebagai penderma darah!

Imbas QR Code pada poster untuk mendaftar sebagai penderma.

🩸 AMAL MEGA BLOOD DONATION - SEMARAK KASIH AMAL 2026 🩸

Buat julung kalinya Jabatan Amal Malaysia Kawasan Tanjong Malim dengan kerjasama Unit Tabung Darah Hospital Slim River akan menganjurkan program Amal Mega Blood Donation yang akan diadakan pada ;

📅 23 Mei 2026 - Sabtu
⏰ 8.00 pagi - 12.00 tengah hari
📍 Unit Tabung Darah, Hospital Slim River

Kami ingin mengajak anda semua untuk turut serta dengan mendaftar sebagai penderma.

Tekan link pendaftaran di bawah
https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSenH_ROK7VlZYu1mV0td6kSQO5fLzx-hi8LOTf98Hm2AL5O7A/viewform

Atau scan QR Code pada poster iklan ini.

Satu beg darah yang kita dermakan dapat menyelamatkan nyawa mereka yang memerlukan.

Jumpa di sana❗




[KEJOHANAN MEMANAH TRADISIONAL NEGERI PERAK]Pada hari ini 15 orang pemain wakil SRITI Muallim akan berentap di dalam Kej...
04/04/2026

[KEJOHANAN MEMANAH TRADISIONAL NEGERI PERAK]

Pada hari ini 15 orang pemain wakil SRITI Muallim akan berentap di dalam Kejohanan Memanah Tradisional bagi peringkat Negeri Perak yang bertempat di Proton City. 🔥🎯
Semoga wakil SRITI Muallim memperoleh kejayaan dan dapat ke peringkat seterusnya 💪 Insyaa Allah !



24/03/2026

Gema takbir menusuk kalbu,
Tanda syukur pada Yang Esa;
Ramadan pergi rindu bertamu,
Moga diterima segala puasa.

Bulan Syawal bulan mulia,
Ukhuwah dijaga silaturahim dierat;
Maaf dipinta sesama manusia,
Moga beroleh syafaat di akhirat.

Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir dan Batin

Ikhlas dari kami :
Warga SRITI Muallim 🤗

23/03/2026

Tangan dihulur maaf dipinta, ukhuwah terjalin sesama kita. 🌙✨

Satu wajah, seribu cerita, namun matlamat kita tetap sama—mendidik anak bangsa dengan penuh kasih sayang.

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin daripada kami barisan pendidik dan warga kerja sekolah.

Semoga raya tahun ini membawa keberkatan dan mengeratkan lagi silaturahim antara kita semua.

Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf zahir dan Batin 🌸

🌸MAJLIS PENUTUP IHYA’ RAMADHAN & SERAHAN DUIT RAYA🌸Tarikh : 17 Mac 2026 (Selasa)Tempat : SRITI MUALLIMPihak sekolah mera...
18/03/2026

🌸MAJLIS PENUTUP IHYA’ RAMADHAN & SERAHAN DUIT RAYA🌸

Tarikh : 17 Mac 2026 (Selasa)
Tempat : SRITI MUALLIM

Pihak sekolah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada YB Mohd Zulfadli bin Hj Zainal, ADUN Slim atas kesudian hadir ke program Penutup Ihya’ Ramadhan peringkat SRITI MUALLIM.

Dalam majlis tersebut, YB Mohd Zulfadli telah menyempurnakan sesi Serahan Duit Raya kepada barisan guru SRITI MUALLIM sebagai tanda penghargaan dan sokongan terhadap warga pendidik.

Semoga kerjasama dan keprihatinan ini terus berkekalan demi kemajuan pendidikan anak-anak di kawasan Slim.




✨ Majlis Penutup Ihya’ Ramadhan & Khatam Al-Quran✨Alhamdulillah, setelah sebulan anak-anak mengimarahkan Ramadhan dengan...
18/03/2026

✨ Majlis Penutup Ihya’ Ramadhan & Khatam Al-Quran✨

Alhamdulillah, setelah sebulan anak-anak mengimarahkan Ramadhan dengan pelbagai aktiviti, tibalah saat penutup yang penuh bermakna. 📖

Semoga majlis ini menjadi kenangan indah serta menyemai kecintaan terhadap Al-Quran dalam diri setiap anak-anak 💖

Terima kasih kepada semua ibu bapa atas sokongan, sumbangan dan kerjasama yang tidak putus-putus sepanjang program ini 🌙✨

Semoga segala usaha dan amalan kita diterima serta diberkati oleh Allah SWT.

🌙 Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin🌙

16/03/2026

SRITI Got Talent
Peserta 11 : Mia Hasya
Talent : Hafazan

Tekan butang 'Like' anda sebagai undian kepada peserta untuk menjadi pemenang !
20% pemarkahan adalah daripada undian media sosial manakala 80% p**a daripada barisan juri yang dilantik.


15/03/2026

SRITI Got Talent
Peserta 10 : Aqilah Keysha
Talent : Bercerita

Tekan butang 'Like' anda sebagai undian kepada peserta untuk menjadi pemenang !
20% pemarkahan adalah daripada undian media sosial manakala 80% p**a daripada barisan juri yang dilantik.


15/03/2026

SRITI Got Talent
Peserta 9 : Syaza Nur Raysha
Talent : Sajak

Tekan butang 'Like' anda sebagai undian kepada peserta untuk menjadi pemenang !
20% pemarkahan adalah daripada undian media sosial manakala 80% p**a daripada barisan juri yang dilantik.


15/03/2026

SRITI Got Talent
Peserta 8 : Wafaa Ulya
Talent : Bercerita

Tekan butang 'Like' anda sebagai undian kepada peserta untuk menjadi pemenang !
20% pemarkahan adalah daripada undian media sosial manakala 80% p**a daripada barisan juri yang dilantik.


Address

PT7809A, Jalan Mahsuri, Taman Perwira 2
Slim River
35800

Opening Hours

Monday 07:30 - 17:15
Tuesday 07:30 - 17:15
Wednesday 07:30 - 17:15
Thursday 07:30 - 17:15
Friday 07:30 - 17:15

Telephone

+6054520977

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Sekolah Rendah Integrasi Teras Islam - SRITI Muallim, Slim River, Perak posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Sekolah Rendah Integrasi Teras Islam - SRITI Muallim, Slim River, Perak:

Shortcuts

Share

Category