07/10/2025
π£ *HEBAHAN RASMI : PEMBENTANGAN PTA 1 KERTAS CADANGAN PROGRAM TEKNOLOGI ELEKTRONΔ°K*
ποΈTarikh: 1 Oktober 2025
π Masa: 8.00 am hingga 1.00 pm
π Lokasi: Bengkel Instrumentation & Computer
Sukacita dimaklumkan bahawa Program Teknologi Elektronik telah mengadakan sesi Pembentangan Kertas Cadangan PTA 1 sebagai sebahagian daripada penilaian akademik mereka khususnya Kursus DEB3032 FINAL YEAR PROJECT 1 bersama pelajar 2DVM ETN.
Sesi ini akan diserikan dengan kehadiran panel jemputan khas, iaitu En. Karthiravan a/l Sarangabani (selaku Pengurus UKTech Automation Enterprise) yang berpengalaman luas dalam bidang teknikal dan pendidikan vokasional.
π Pembentangan ini bertujuan untuk mengetengahkan idea projek pelajar dalam bidang elektronik, termasuk aspek pemasangan, penyelenggaraan, dan aplikasi teknologi semasa. Ia juga menjadi platform untuk pelajar menerima maklum balas profesional demi penambahbaikan projek akhir mereka.
π Semua pensyarah, pelajar, dan warga KVSR dijemput hadir bagi memberi sokongan dan menyaksikan kreativiti serta inovasi pelajar dalam merancang projek teknikal yang relevan dengan keperluan industri masa kini.
Mari kita raikan usaha dan semangat pelajar 2DVM ETN dalam membina masa depan yang cemerlang melalui teknologi dan pendidikan!
Disediakan Oleh : Pn. Nor Afiza binti Tumijan