SRAR Al Ridzuan Slim River

Directions Contact the school

SRAR Al Ridzuan Slim River AYQ 0052
SRAR AL RIDZUAN SLIM RIVER, JALAN STESEN KERETAPI
35800 SLIM RIVER, PERAK

3.8261416, 101.4031608

29/06/2026
26/06/2026

SAMBUTAN MAAL HIJRAH 1448H

Alhamdulillah, warga SRAR Al-Ridzuan telah mengikuti sesi ceramah yang sangat bermakna bertajuk "Adab Dijaga, Buli Diper...
13/05/2026

Alhamdulillah, warga SRAR Al-Ridzuan telah mengikuti sesi ceramah yang sangat bermakna bertajuk "Adab Dijaga, Buli Diperangi" yang disampaikan oleh yang berbahagia Ustaz Wan Shafiq.

Antara intipati penting yang dikongsikan:
✅ Buli bukan sekadar fizikal – Luka di hati akibat lisan (buli siber/verbal) selalunya lebih dalam.
✅ Islam mementingkan ukhuwah – Mukmin yang kuat adalah mukmin yang menjaga tangan dan lidahnya daripada menyakiti saudara lain.
✅ Berani kerana benar – Jangan jadi penonton, jadilah pembela mangsa buli.

Terima kasih Ustaz Wan Shafiq atas perkongsian yang penuh santai tapi menusuk kalbu! Semoga anak-anak SRAR ALRIDZUAN membesar menjadi generasi yang penuh rahmah dan beradab tinggi.

"Muafakat membawa berkat". Sabtu | 25 April 2026 | Setinggi-tinggi penghargaan dirakamkan kepada barisan ibu bapa dan pe...
25/04/2026

"Muafakat membawa berkat".

Sabtu | 25 April 2026 | Setinggi-tinggi penghargaan dirakamkan kepada barisan ibu bapa dan penjaga atas komitmen luar biasa dalam menjayakan program gotong-royong perdana pagi ini.Terharu tengok komitmen ibu bapa hari ini. Sanggup datang awal pagi, bawa cangkul dan cat demi keselesaan anak-anak. Melalui usaha murni sebegini, hubungan silaturahim antara guru dan penjaga dapat diperkukuhkan lagi InsyaAllah. Semoga usaha ini memberikan impak positif kepada kualiti pembelajaran anak-anak kita.

20/03/2026

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin kepada semua murid, ibu bapa, penjaga..

Semoga lebaran ini disambut dengan penuh kesyukuran dan menjadi wadah pengerat silaturahim antara kita semua. Berhati-hati di jalan raya bagi yang pulang ke kampung.

"Tangan dihulur maaf dipinta, silaturahim dijaga ukhuwah terbina."

Selesai Sudah! Majlis Penutup Ihya’ Ramadan & Penyampaian Hadiah 🏆Gembira dalam hiba! Menutup tirai program Ihya’ Ramada...
18/03/2026

Selesai Sudah! Majlis Penutup Ihya’ Ramadan & Penyampaian Hadiah 🏆

Gembira dalam hiba! Menutup tirai program Ihya’ Ramadan 1447H peringkat sekolah dengan penuh warna-warni. Pelbagai aktiviti di jalankan seperti :

✅Ceramah Nuzul Quran
✅Infaq Ramadhan
✅ Pertandingan Hafazan
✅ Mewarna Tahap 1
✅ Lampion Ramadhan Tahap 2
✅ Sumbangan Asnaf & Anak Yatim

Syabas buat anak-anak SRAR AlRIDZUAN yang menunjukkan semangat luar biasa sepanjang bulan puasa ini. Walaupun lapar dan dahaga, ibadah tetap nombor satu! 🌟

Setinggi-tinggi penghargaan juga diucapkan kepada jawatankuasa pelaksana, para guru, ibu bapa, dan murid-murid yang menjayakan program ini. Semoga segala amalan kita diterima oleh Allah SWT dan membentuk peribadi yang lebih mulia.

Jumpa lagi Ramadan tahun hadapan ❤️


Alhamdulillah ..Pihak Sekolah ingin merakamkan ucapan setulus penghargaan kepada Tuan Zaidi Aziz, Pegawai Khas YAB Mente...
11/03/2026

Alhamdulillah ..Pihak Sekolah ingin merakamkan ucapan setulus penghargaan kepada Tuan Zaidi Aziz, Pegawai Khas YAB Menteri Besar Perak, atas bantuan awal yang diberikan bagi kerja-kerja membaik pulih bumbung yang pecah dan tercabut akibat ribut yang melanda.. Keprihatinan tuan dalam memastikan kebajikan sekolah kami terjaga amatlah disanjung tinggi. Semoga tuan terus diberi kekuatan untuk berbakti. ."

🌙 Ceramah Nuzul Al-Quran Peringkat SRAR ALRIDZUAN SLIM RIVER 1447H 🌙"Bacalah Al-Quran, sesungguhnya ia akan datang pada ...
06/03/2026

🌙 Ceramah Nuzul Al-Quran Peringkat SRAR ALRIDZUAN SLIM RIVER 1447H 🌙

"Bacalah Al-Quran, sesungguhnya ia akan datang pada hari kiamat sebagai syafaat bagi pembacanya." (HR Muslim)

Hari ini, warga SRAR ALRIDZUAN berkumpul bagi memperingati peristiwa besar turunnya mukjizat agung buat umat manusia. Pengisian ceramah yang disampaikan oleh A.F. Ustaz Ahmarkhalid Ahmad -Guru Agama Dakwah Muallim- diharapkan dapat menyuntik inspirasi kepada para pelajar dan guru untuk menjadikan Al-Quran sebagai kompas kehidupan.

Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program hari ini. Semoga setiap ayat yang dibaca menjadi saksi kebaikan kita di akhirat kelak. 🤲



"Satu fasa telah kita lalui bersama, dari mengejar masa ke kelas KAFA sehinggalah ke hari penyerahan keputusan hari ini....
27/02/2026

"Satu fasa telah kita lalui bersama, dari mengejar masa ke kelas KAFA sehinggalah ke hari penyerahan keputusan hari ini.

Alhamdulillah, syukur atas rezeki anak² UPKK 2025. Sebagai guru dan wakil ibu bapa, melihat anda semua faham akan agama adalah kejayaan sebenar kami. Moga kejayaan hari ini menjadi pembakar semangat untukmu terus mendaki puncak dunia tanpa melupakan bekalan akhirat.Tahniah dan teruslah bersinar, anak²! 🌟🎓"


Address

Jalan STESEN KERETAPI
Slim River
35800

Opening Hours

Monday 14:30 - 18:00
Tuesday 14:30 - 18:00
Wednesday 14:30 - 18:00
Thursday 14:30 - 18:00
Friday 14:30 - 18:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SRAR Al Ridzuan Slim River posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to SRAR Al Ridzuan Slim River:

Shortcuts

Share

Category