29/07/2026
Syarikat Keusahawanan Sosial Pelajar UTM Perkasa Wanita
Syarikat keusahawanan sosial pelajar UTM, iaitu Terra Unifarm dengan jayanya telah melaksanakan bengkel pemindahan ilmu pada 27 Julai 2026 bagi membangunkan produk “mask” muka berasaskan pokok jambu kepada 21 peserta di KRT Taman Desa Idaman, Senai, Johor. Produk “mask” muka ini adalah hasil inovasi dari gabungan pelajar Fakulti Alam Bina & Ukur serta Fakulti Sains dengan menggunakan bahan mentah yang ditanam sendiri di Makmal Pembelajaran Luar Kumpulan Penyelidikan Greenovation (bersebelahan rumah Naib Canselor). Pendekatan model keusahawanan sosial (social enterprise) oleh syarikat pelajar ini berteraskan keperluan komuniti telah berjaya mewujudkan kesedaran kepada komuniti setempat dalam mengoptimumkan sumber sekeliling rumah bagi menghasilkan produk kecantikan. Ini seterusnya dapat meningkatkan pendapatan ekonomi suri rumah di kawasan pinggir bandar.
Hasil bimbingan mentor Terra Unifarm, iaitu Lar. Gs. Dr. Muhammad Farid Azizul bin Azizui (FABU) dan Ts Dr. Siti Pauliena binti Mohd Bohari, diharap produk yang dihasilkan ini dapat dipasarkan dan membantu ekonomi komuniti B40 di KRT Taman Desa Idaman serta pelajar B40 yang terlibat.
.0