05/09/2025
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,
Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran kita panjatkan ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah rahmat dan kasih sayang-Nya, kita sekali lagi diberi kesempatan untuk memperingati hari kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad SAW, insan mulia yang diutuskan sebagai rahmat bagi sekalian alam.
Firman Allah SWT dalam Surah Al-Ahzab, ayat 21:
"Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu contoh teladan yang baik bagimu (iaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah."
Sempena Maulidur Rasul kali ini, marilah kita bersama-sama menghayati perjuangan Rasulullah SAW, mencontohi akhlak baginda, serta memperkukuhkan ukhuwah sesama warga PASTI. Moga nilai kasih sayang, keikhlasan, amanah dan kecintaan kepada ilmu yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW dapat kita semarakkan dalam mendidik anak-anak pewaris ummah.
Pengurusan PASTI Al-Irsyad Kawasan Pulai mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Menyambut Maulidur Rasul 1447H/2025M kepada seluruh warga PASTI Al-Irsyad Kawasan Pulai. Semoga kita semua diberi kekuatan untuk terus meneladani sunnah Rasulullah SAW dalam kehidupan seharian.
Ikhlas daripada,
Pengurusan PASTI Al-Irsyad Kawasan Pulai