Kolej Rahman Putra, UTM

Kolej Rahman Putra, UTM Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Kolej Rahman Putra, UTM, College & University, G01 KOLEJ RAHMAN PUTRA, UNIVERSITI TEKNOLOGI, Skudai.

KOLEJ RAHMAN PUTRA, 8 JULAI 2026 – Program Semarak Kasih Sesi 2025/2026-2 telah berjaya dilaksanakan oleh Majlis Felo Ko...
14/07/2026

KOLEJ RAHMAN PUTRA, 8 JULAI 2026 – Program Semarak Kasih Sesi 2025/2026-2 telah berjaya dilaksanakan oleh Majlis Felo Kolej Rahman Putra di blok-blok kediaman kolej G05-G11. Program yang berlangsung ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan antara pelajar pelajar kolej dengan pihak Majlis Felo sepanjang minggu peperiksaan. Program ini telah diketuai dan diuruskan oleh Cik Nurul Syazwani binti Azni selaku Pengarah Program, dengan sokongan daripada Felo Penasihat, En. Md Yani bin Kasiren, serta kelulusan oleh Pengetua Kolej Rahman Putra, Dr. Zul-hilmi bin Che Daud.

Sepanjang program dijalankan, pihak Majlis Felo telah turun padang untuk memberikan kata-kata semangat serta mengedarkan "Exam Kit" yang mengandungi makanan dan minuman kepada para pelajar. Selain itu, inisiatif ini juga berfungsi sebagai sesi pemantauan kebajikan pelajar, di mana pihak penganjur mengambil peluang untuk mengenal pasti sebarang masalah kemudahan seperti kerosakan lampu, gangguan bekalan air, atau masalah capaian internet yang boleh menjejaskan sesi ulang kaji pelajar.

Secara keseluruhannya, Program Semarak Kasih telah mencapai objektifnya dalam memberikan sokongan moral kepada pelajar, di samping memastikan kebajikan dan keselesaan mereka terjaga bagi menduduki peperiksaan dengan lebih tenang dan bersemangat.

KOLEJ RAHMAN PUTRA, 28 JUN 2026 – Program Tadahan Air Hujan telah berjaya dilaksanakan oleh Kelab Riverdale di bawah Jaw...
14/07/2026

KOLEJ RAHMAN PUTRA, 28 JUN 2026 – Program Tadahan Air Hujan telah berjaya dilaksanakan oleh Kelab Riverdale di bawah Jawatankuasa Kolej Pelajar, Kolej Rahman Putra. Program yang dijalankan secara fizikal ini telah berlangsung di beberapa lokasi sekitar kolej termasuk Court Futsal KRP, G01, dan G30 dengan penglibatan seramai 17 orang peserta.

Program ini telah diketuai oleh Muhammad Fayyad Amiruddin Bin Saiful selaku Pengarah Program. Pelaksanaan program ini turut mendapat sokongan dan bimbingan daripada Felo Penasihat Kolej Rahman Putra, Prof. Madya Ts. Dr. Saiful Anuar bin Abu Bakar.
Sepanjang program berlangsung, para peserta telah terlibat secara praktikal dalam menyediakan sistem alternatif sumber air untuk kegunaan harian kolej. Aktiviti memfokuskan kepada pemasangan sistem tadahan termasuk penyediaan tangki tadahan, jaring, dan tali bagi mengumpul air hujan yang akan digunakan untuk tujuan bukan minuman seperti penyiraman tanaman, pembersihan kawasan, dan kegunaan tandas.

Selain itu, program ini turut menekankan kepentingan pengurusan sumber air secara efisien yang selari dengan Matlamat Pembangunan Mampan atau United Nations Sustainable Development Goals (SDGs). Secara khususnya, inisiatif ini menyokong SDG 6: Air Bersih dan Sanitasi serta SDG 12: Penggunaan dan Pengeluaran Bertanggungjawab melalui pengurangan pembaziran air terawat dan penjimatan kos utiliti kolej.

Melalui pendekatan pembelajaran praktikal ini, para peserta dapat meningkatkan kesedaran serta tanggungjawab secara langsung terhadap pemuliharaan alam sekitar dan pengurusan aliran air hujan yang lebih sistematik bagi mengurangkan risiko banjir kilat di kawasan kampus.

Secara keseluruhannya, Program Tadahan Air Hujan telah berjaya mencapai objektifnya dalam mengurangkan penggunaan air terawat, meningkatkan kesedaran tentang kelestarian air, dan menyediakan sistem alternatif sumber air di peringkat kolej universiti. Program ini diharapkan dapat membentuk generasi pelajar yang lebih peka dan bertanggungjawab terhadap isu alam sekitar.

PROGRAM WEBINAR AMALAN 5R: SECARA DALAM TALIAN  SECARA DALAM TALIAN, 12 MEI 2026 – Program Webinar Amalan 5R telah berja...
14/07/2026

PROGRAM WEBINAR AMALAN 5R: SECARA DALAM TALIAN

SECARA DALAM TALIAN, 12 MEI 2026 – Program Webinar Amalan 5R telah berjaya dilaksanakan oleh Kelab Riverdale di bawah Jawatankuasa Kolej Pelajar, Kolej Rahman Putra. Program yang dijalankan secara dalam talian melalui platform Google Meet ini berlangsung dari pukul 2.00 petang hingga 4.30 petang dengan penyertaan seramai 211 orang pelajar Universiti Teknologi Malaysia (UTM).

Program ini telah diketuai oleh Muhammad Hazim bin Mohd Hanif selaku Pengarah Program. Webinar tersebut menampilkan Prof. Madya Ts. Dr. Saiful Anuar bin Abu Bakar sebagai penceramah jemputan dalam perkongsian ilmu dan pengalaman beliau berkaitan amalan 5R serta kepentingannya dalam usaha memelihara alam sekitar.
Sepanjang sesi webinar, para peserta telah didedahkan kepada konsep dan prinsip amalan 5R yang merangkumi Refuse, Reduce, Reuse, Recycle dan Recover. Penceramah turut menerangkan kepentingan pengurusan sisa yang berkesan, impak pencemaran terhadap alam sekitar serta langkah-langkah yang boleh diambil oleh individu dalam mengamalkan gaya hidup yang lebih lestari dan meningkatkan mutu alam sekitar.

Selain itu, pelbagai contoh amalan 5R yang boleh diaplikasikan dalam kehidupan seharian telah dikongsikan bagi meningkatkan kesedaran dan tanggungjawab peserta terhadap penjagaan alam sekitar. Sesi perkongsian berlangsung secara interaktif dengan penglibatan aktif para peserta melalui ruangan berbual dan sesi soal jawab.
Bagi mengukuhkan pemahaman peserta terhadap topik yang dibincangkan, satu kuiz dalam talian telah diadakan pada penghujung program. Para peserta telah mengakses kuiz melalui kod QR dan pautan yang disediakan di ruangan sembang Google Meet. Aktiviti ini berjaya menguji tahap kefahaman peserta serta meningkatkan penglibatan mereka sepanjang program berlangsung.

Secara keseluruhannya, Program Webinar Amalan 5R telah berjaya mencapai objektif program iaitu berjaya dalam meningkatkan kesedaran, pengetahuan dan kefahaman peserta mengenai kepentingan amalan 5R. Program ini diharapkan dapat melahirkan lebih ramai individu dan komuniti yang prihatin terhadap alam sekitar serta mengamalkan gaya hidup lestari dalam kehidupan seharian.

Temuduga Calon Jawatankuasa Kolej Pelajar Kolej Rahman Putra Sesi 2026/202722 & 24 Jun 2026 (Isnin & Rabu), telah berlan...
30/06/2026

Temuduga Calon Jawatankuasa Kolej Pelajar Kolej Rahman Putra Sesi 2026/2027

22 & 24 Jun 2026 (Isnin & Rabu), telah berlangsung sesi temuduga bagi pemilihan calon Jawatankuasa Kolej Pelajar Kolej Rahman Putra bagi sesi 2026/2027. Sesi temuduga ini telah diadakan di Bilik Seminar, G01, Kolej Rahman Putra, bermula dari jam 9.00 malam hingga 11.00 malam.

Hebahan pencarian calon JKP KRP telah dilaksanakan bermula 8 Jun hingga 21 Jun 2026. Sepanjang tempoh hebahan tersebut, sebanyak 38 borang permohonan telah diterima. Daripada jumlah tersebut, seramai 33 orang calon telah hadir ke sesi temuduga, manakala 23 orang calon dikenal pasti layak melalui tapisan pertama sesi temuduga.

Pencarian calon pada kali ini memberi tumpuan awal kepada pelajar kanan sebagai usaha untuk membentuk barisan kepimpinan JKP sesi baharu yang terdiri daripada pemimpin pelajar yang lebih berpengalaman, berkaliber, matang dalam membuat keputusan, serta mampu memikul tanggungjawab dalam menggerakkan agenda pembangunan kolej serta pengajuran program.

Sesi temuduga telah dilaksanakan secara individu mengikut kaunter panel penilai yang telah disediakan. Pendekatan ini membolehkan proses temuduga dijalankan dengan lebih tersusun dan lancar, juga membolehkan beberapa calon dinilai secara serentak oleh panel yang berbeza. Melalui sesi ini, panel penilai dapat mengenal pasti potensi calon dari aspek komunikasi, kepimpinan, komitmen, keupayaan menyelesaikan masalah, serta kesesuaian calon untuk menggalas tanggungjawab sebagai wakil kepimpinan mahasiswa kolej.

Walau bagaimanapun, proses pemilihan ini tidak berakhir pada sesi temuduga pertama sahaja. Fasa pemilihan seterusnya akan dilaksanakan bagi menilai dengan lebih mendalam tahap komitmen, kesediaan, kesungguhan dan potensi calon dalam menyumbang kepada pembangunan Kolej Rahman Putra. Proses ini penting bagi memastikan barisan JKP KRP sesi 2026/2027 yang bakal dibentuk benar-benar mampu membawa aspirasi kolej, menyantuni keperluan pelajar, serta meneruskan kecemerlangan kepimpinan mahasiswa di KRP.

Semoga proses pemilihan ini dapat melahirkan barisan pemimpin pelajar yang berwibawa, bertanggungjawab dan komited dalam memperkukuh peranan JKP KRP sebagai penggerak utama pembangunan mahasiswa Kolej Rahman Putra.

𝗣𝗘𝗥𝗔𝗡𝗚𝗜 𝗡𝗬𝗔𝗠𝗨𝗞 𝗔𝗘𝗗𝗘𝗦 𝗕𝗘𝗥𝗦𝗔𝗠𝗔 𝗣𝗘𝗡𝗚𝗘𝗧𝗨𝗔 𝗞𝗥𝗣"𝗨𝘀𝗮𝗵𝗮 𝗞𝗲𝗰𝗶𝗹 𝗗𝗲𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗦𝗲𝗺𝗯𝘂𝗿𝗮𝗻: 𝗕𝗲𝗿𝘀𝗮𝗺𝗮 𝗞𝗥𝗣 𝗣𝗲𝗿𝗮𝗻𝗴𝗶 𝗡𝘆𝗮𝗺𝘂𝗸 𝗗𝗲𝗻𝗴𝗴𝗶!"𝗦𝗸𝘂𝗱𝗮𝗶, 𝟮𝟲 𝗝𝘂𝗻...
26/06/2026

𝗣𝗘𝗥𝗔𝗡𝗚𝗜 𝗡𝗬𝗔𝗠𝗨𝗞 𝗔𝗘𝗗𝗘𝗦 𝗕𝗘𝗥𝗦𝗔𝗠𝗔 𝗣𝗘𝗡𝗚𝗘𝗧𝗨𝗔 𝗞𝗥𝗣
"𝗨𝘀𝗮𝗵𝗮 𝗞𝗲𝗰𝗶𝗹 𝗗𝗲𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗦𝗲𝗺𝗯𝘂𝗿𝗮𝗻: 𝗕𝗲𝗿𝘀𝗮𝗺𝗮 𝗞𝗥𝗣 𝗣𝗲𝗿𝗮𝗻𝗴𝗶 𝗡𝘆𝗮𝗺𝘂𝗸 𝗗𝗲𝗻𝗴𝗴𝗶!"

𝗦𝗸𝘂𝗱𝗮𝗶, 𝟮𝟲 𝗝𝘂𝗻 - KRP cakna mengenai kesihatan, keselamatan, dan kebajikan mahasiswa melalui inisiatif proaktif bagi mengekang pembiakan nyamuk Aedes yang diketuai oleh Pengetua Kolej Rahman Putra (KRP), Dr Zul-hilmi bin Che Daud bersama Majlis Felow KRP dan Jawatankuasa Pelajar (JKP).

Seiring dengan kesedaran kepentingan menjaga kebersihan setempat, Pengetua telah memgambil langkah awal untuk memerangi nyamuk melalui slogan beliau iaitu “Usaha Kecil dengan Semburan : Pantas, Bersasar dan Berstrategi.

Beliau menyempurnakan agihan semburan aerosol kepada wakil blok dan pelajar. Semburan ini berfungsi sebagai benteng pertahanan pertama untuk mematikan nyamuk dewasa serta-merta di dalam radius kediaman pelajar.

Menurut Dr Zul-hilmi bin Che Daud juga, usaha awal melalui semburan ini diharap dapat mengurangkan risiko jangkitan demam denggi secara signifikan di dalam kampus, sekali gus memastikan persekitaran kolej kekal selamat dan kondusif untuk semua warga kolej.

Selain pengagihan semburan aerosol, pihak pengurusan KRP menyasarkan untuk menganjurkan program gotong-royong perdana yang akan dilaksanakan dalam masa terdekat bagi membersihkan kawasan takungan air dan premis kolej secara menyeluruh.

Warga KRP juga diseru untuk sentiasa menjaga kebersihan bilik dan persekitaran masing-masing. Walaupun bermula dengan langkah yang kecil, tindakan kolektif kita mampu melahirkan impak yang besar demi keselamatan bersama.

Kejohanan Catur Terbuka Inklusif OKU & Komuniti 2026Satu Kejohanan Catur Terbuka Inklusif OKU & Komuniti 2026 telah berl...
21/06/2026

Kejohanan Catur Terbuka Inklusif OKU & Komuniti 2026

Satu Kejohanan Catur Terbuka Inklusif OKU & Komuniti 2026 telah berlangsung dengan jayanya di Dewan Sri Menanti, Kolej Rahman Putra (KRP), Universiti Teknologi Malaysia (UTM) pada 14 Jun 2026 dengan penyertaan seramai hampir 100 peserta yang terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat dalam suasana penuh dengan semangat kesukanan dan inklusiviti.

Kejohanan yang bertemakan “Satu Kategori, Satu Hati, Satu Matlamat” ini dianjurkan oleh Kolej Rahman Putra, UTM dengan kerjasama dan tajaan daripada JABATAN BELIA DAN SUKAN NEGERI JOHOR dan juga Persatuan Catur Orang Kurang Upaya Negeri Johor. Program ini bertujuan memperkukuh penyertaan golongan Orang Kurang Upaya (OKU), warga UTM dan juga komuniti luar dalam bidang sukan minda di samping menggalakkan interaksi sosial.

Daripada jumlah keseluruhan peserta, 15 daripadanya terdiri daripada golongan OKU, 17 pelajar dan staf UTM, manakala selebihnya melibatkan kategori pelajar sekolah rendah seramai 35 peserta, sekolah menengah seramai 15 peserta, dan komuniti luar termasuk belia dan veteran. Penyertaan yang memberangsangkan ini membuktikan bahawa catur merupakan platform yang mampu menyatukan masyarakat tanpa mengira latar belakang dan keupayaan.

Kejohanan ini turut dimeriahkan dengan sambutan baik daripada beberapa buah sekolah di sekitar Johor Bahru seperti SJK(C) Woon Hwa, Sekolah Rendah Islam Hidayah (SRIH) dan banyak lagi. Setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan diucapkan.

Pertandingan dijalankan menggunakan format Rapid 25 minit bagi setiap pemain dengan 7 pusingan, sekali gus memberikan cabaran kompetitif kepada semua peserta.

Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Encik Mohammad Khairul bin Mohd Dam, Penolong Pengarah Kanan (Sukan) Negeri Johor, dan diiringi oleh Dr. Zul Hilmi Che Daud, Pengetua Kolej Rahman Putra, UTM.

Para pemenang menerima wang tunai, sijil penghargaan dan pingat sebagai pengiktirafan atas pencapaian mereka. Kategori hadiah yang dipertandingkan adalah seperti berikut:

* 10 Pemenang Terbaik Keseluruhan
* 10 Pemain Terbaik OKU
* 5 Pemain Terbaik Pelajar UTM
* 5 Pemain Terbaik Sekolah Rendah Bawah 8 Tahun (U8)
* 5 Pemain Terbaik Sekolah Rendah Bawah 12 Tahun (U12)
* 2 Pemain Terbaik Sekolah Menengah Bawah 17 Tahun (U17)
* 2 Pemain Terbaik Veteran
* 2 Pemain Terbaik Wanita dan
* 2 Pemain Terbaik Staf UTM

Penganjuran kejohanan ini diharapkan dapat menjadi platform berterusan dalam memupuk budaya inklusif, mengembangkan bakat pemain catur di kalangan warga UTM, pelajar sekolah dan komuniti serta memperkasakan penglibatan golongan OKU dalam aktiviti sukan. Kejayaan program ini turut membuktikan bahawa sukan catur mampu menjadi medium yang efektif dalam menyatukan masyarakat ke arah matlamat yang sama.

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor dan Persatuan Catur Orang Kurang Upaya Negeri Johor di atas sokongan, penajaan serta kesudiaan untuk berkerjasama dengan pihak Kolej Rahman Putra, UTM ini dan diharapkan dapat diteruskan pada masa akan datang.

Disediakan oleh,
Presiden
Kelab Buletin
Kolej Rahman Putra

21/06/2026
PROGRAM SUKAN ANTARA BLOK KOLEJ RAHMAN PUTRA 2026 (SUKANTARA KRP’26)Skudai, 20 Jun - Program Sukan Antara Blok Kolej Rah...
21/06/2026

PROGRAM SUKAN ANTARA BLOK KOLEJ RAHMAN PUTRA 2026 (SUKANTARA KRP’26)

Skudai, 20 Jun - Program Sukan Antara Blok Kolej Rahman Putra 2026 atau SUKANTARA KRP’26 telah berjaya dianjurkan oleh Majlis Felo Kolej Rahman Putra pada 20 Jun 2026 bertempat di Gelanggang Bola Tampar Kolej Rahman Putra. Program yang berlangsung dari jam 8.00 pagi hingga 1.00 petang ini merupakan satu inisiatif untuk menggalakkan penglibatan aktif pelajar dalam aktiviti sukan di samping mengeratkan hubungan silaturrahim antara penghuni blok kediaman kolej.

SUKANTARA KRP’26 memfokuskan kepada pertandingan bola tampar sebagai acara utama yang melibatkan penyertaan pelajar dari pelbagai blok kediaman. Melalui pertandingan ini, para peserta berpeluang mempamerkan kemahiran sukan, semangat kesukanan serta kebolehan bekerja dalam satu pasukan bagi mencapai matlamat bersama.

Selain memupuk gaya hidup sihat, program ini turut menjadi platform untuk memperkukuhkan integrasi sosial, membina semangat kepimpinan serta meningkatkan kesejahteraan mental dan emosi dalam kalangan pelajar. Secara keseluruhannya, penganjuran SUKANTARA KRP’26 telah mencapai objektif yang ditetapkan dan berjaya mewujudkan suasana persaingan yang sihat serta hubungan yang lebih erat dalam komuniti Kolej Rahman Putra.

3rd Rising Star U12 Chess Competition
08/06/2026

3rd Rising Star U12 Chess Competition

ERT Kolej Rahman Putra Tingkat Kemahiran Menyelamat Melalui Kursus Pertolongan Cemas.JOHOR BAHRU, 5 Jun – Seramai enam o...
08/06/2026

ERT Kolej Rahman Putra Tingkat Kemahiran Menyelamat Melalui Kursus Pertolongan Cemas.

JOHOR BAHRU, 5 Jun – Seramai enam orang ahli Pasukan Tindakan Kecemasan atau Emergency Response Team (ERT) Kolej Rahman Putra (KRP) telah menyertai Kursus Pertolongan Cemas bertempat di Bilik Sindiket II, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), pada petang Jumaat yang lepas.

Kursus yang bermula jam 2.30 petang itu dianjurkan secara khusus oleh Pusat Kesihatan Universiti (PKU) UTM bersama JKP ERT KRP. Program ini bertujuan membekalkan para peserta dengan pengetahuan teori serta kemahiran amali asas berkaitan bantuan kecemasan menyelamat sebelum mangsa diserahkan kepada pihak perubatan untuk tindakan lanjut.

Sepanjang kursus berlangsung, para peserta telah didedahkan dengan pelbagai modul kritikal termasuk kaedah resusitasi kardiopulmonari (CPR) dan tatacara mengendalikan mangsa yang tidak sedarkan diri. Selain itu, mereka turut diajar teknik rawatan awal bagi kecederaan fizikal seperti pendarahan serius, luka, kesan melecur, patah tulang, serta simulasi prosedur keselamatan sekiranya berlaku kemalangan di kawasan kolej.

Bagi memastikan impak latihan yang maksimum, kursus ini menggabungkan sesi teori interaktif dan latihan amali secara langsung (hands-on). Setiap peserta diberi peluang mempraktikkan teknik menyelamat menggunakan peralatan simulasi perubatan, sekali gus berjaya meningkatkan tahap keyakinan dan kesiapsiagaan mereka untuk berhadapan dengan situasi panik atau kecemasan yang sebenar.

"Ilmu yang diperoleh hari ini bukan sahaja sangat bermanfaat untuk tugas rasmi kami sebagai ahli ERT Kolej Rahman Putra, malah ia merupakan kemahiran hidup yang amat penting untuk diaplikasikan dalam mendepani sebarang situasi kecemasan harian," ujar salah seorang wakil peserta selepas tamat kursus.

Penganjuran kursus seumpama ini secara keseluruhannya berjaya memupuk kesedaran tinggi mengenai kepentingan tindakan awal pertolongan cemas dalam menyelamatkan nyawa. Melalui pemurnian kemahiran ini, ERT KRP kini bersedia memikul tanggungjawab menjaga keselamatan warga kolej dengan lebih efisien, tangkas, dan berkesan.

Address

G01 KOLEJ RAHMAN PUTRA, UNIVERSITI TEKNOLOGI
Skudai
81310

Telephone

+6075530956

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kolej Rahman Putra, UTM posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share