SK Taman Skudai Baru

SK Taman Skudai Baru Di puncak bukit yang indah
tersergam megah dan indah
Sekolah Taman Skudai Baru
disitu sekolahku.....

✨ Mesyuarat Agong Tahunan PIBG & Majlis Apresiasi Bintang Gemilang 2025 βœ¨πŸ“… 11 April 2026Alhamdulillah, majlis telah berl...
21/04/2026

✨ Mesyuarat Agong Tahunan PIBG & Majlis Apresiasi Bintang Gemilang 2025 ✨

πŸ“… 11 April 2026

Alhamdulillah, majlis telah berlangsung dengan jayanya dalam suasana penuh harmoni dan semangat kerjasama antara pihak sekolah dan ibu bapa.

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada semua ibu bapa, guru serta warga sekolah yang telah hadir dan memberi sokongan padu dalam menjayakan Mesyuarat Agong Tahunan PIBG.

Tahniah juga kepada para murid yang telah diraikan dalam Majlis Apresiasi Bintang Gemilang atas pencapaian cemerlang dalam akademik dan kokurikulum. Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada semua murid untuk terus berusaha mencapai kecemerlangan.

πŸ’« Bersama kita berganding bahu membentuk generasi gemilang!

Assalamualaikum & salam sejahtera ibu bapa/penjaga 😊Jemputan ke:πŸŽ‰ Mesyuarat Agung Tahunan PIBG Kali Ke-29πŸ† Majlis Apresi...
10/04/2026

Assalamualaikum & salam sejahtera ibu bapa/penjaga 😊

Jemputan ke:
πŸŽ‰ Mesyuarat Agung Tahunan PIBG Kali Ke-29
πŸ† Majlis Apresiasi Bintang Gemilang 2025
πŸŒ™ Jamuan Hari Raya

πŸ“… Tarikh: 11 April 2026 (Sabtu)
⏰ Masa: 7.45 pagi
πŸ“ Tempat: Dewan SKUBA

πŸ‘— Tema Pakaian: Hari Raya

πŸ”— Kehadiran :https://forms.gle/vJeinDqBs3ecMjCW8

Semua ibu bapa dijemput hadir bagi memeriahkan majlis serta memberi sokongan kepada anak-anak 🌟

🍽 Istimewa Hari Raya:
Pelbagai juadah disediakan seperti lontong dan menu istimewa kambing golek πŸ˜‹

πŸ₯˜ Ibu bapa juga dialu-alukan untuk bawa juadah potluck untuk dikongsi bersama

Kehadiran tuan/puan amat kami hargai ❀️
Jom sama-sama meriahkan majlis sekolah!

✨ MAJLIS KHATAM AL-QURAN & SUMBANGAN ANAK YATIM SERTA MURID MISKIN βœ¨πŸ“… 17 Mac 2026πŸ“ Dewan SK Taman Skudai BaruAlhamdulill...
20/03/2026

✨ MAJLIS KHATAM AL-QURAN & SUMBANGAN ANAK YATIM SERTA MURID MISKIN ✨

πŸ“… 17 Mac 2026
πŸ“ Dewan SK Taman Skudai Baru

Alhamdulillah, telah berlangsung dengan penuh keberkatan Majlis Khatam Al-Quran serta penyampaian sumbangan kepada anak-anak yatim dan murid-murid miskin di SK Taman Skudai Baru.

Majlis ini bukan sahaja menjadi penutup indah kepada penghayatan Al-Quran sepanjang Ramadan, malah turut menyemai nilai kasih sayang, keprihatinan dan semangat berkongsi rezeki dalam kalangan warga sekolah.

Semoga segala amalan dan sumbangan yang diberikan diberkati serta menjadi asbab kebaikan yang berpanjangan. πŸ€²πŸ’–

β€œIndahnya Ramadan, disulam amal dan kebajikan,
Moga keberkatan terus dirasai, membawa rahmat sepanjang kehidupan.” πŸŒ™βœ¨




Program Peluncuran Jom Datang ke Sekolah & Majlis Pecah Tanah Laluan Hebat telah berlangsung dengan jayanya dengan kehad...
10/03/2026

Program Peluncuran Jom Datang ke Sekolah & Majlis Pecah Tanah Laluan Hebat telah berlangsung dengan jayanya dengan kehadiran tetamu kehormat yang memeriahkan majlis.

Sekolah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada tetamu khas yang hadir iaitu En Lim Soon Hai (Ahli Majlis Zon 18 Skudai), Sarjan Norhuda bin Haji Salleh (PPS), dan Dr Pilivamalar a/p Chantiran (YDP PIBG SKTSB) atas sokongan dan komitmen dalam menjayakan program ini.

Semoga program ini dapat menyuntik semangat kepada murid untuk hadir ke sekolah dengan lebih bersemangat serta memperkukuhkan kerjasama antara pihak sekolah dan komuniti.

Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan majlis ini.



πŸŒ™ Pertandingan Daie Cilik SKUBASempena Program Ihya’ Ramadhan πŸ•ŒMencungkil bakat dakwah sejak kecil ✨Semoga menjadi gener...
05/03/2026

πŸŒ™ Pertandingan Daie Cilik SKUBA
Sempena Program Ihya’ Ramadhan πŸ•Œ
Mencungkil bakat dakwah sejak kecil ✨
Semoga menjadi generasi penyampai kebaikan 🀍




πŸŒ™ PERTANDINGAN HAFAZAN SKUBA πŸ¦‹Sempena Bulan Ramadan – Bulan Pemangkin Keimanan, Panitia Pendidikan Islam menganjurkan Pe...
02/03/2026

πŸŒ™ PERTANDINGAN HAFAZAN SKUBA πŸ¦‹

Sempena Bulan Ramadan – Bulan Pemangkin Keimanan, Panitia Pendidikan Islam menganjurkan Pertandingan Hafazan bagi menyemarakkan lagi kecintaan murid terhadap Al-Quran.

Semoga program ini dapat melahirkan generasi yang sentiasa mendampingi Al-Quran serta menghayati nilai-nilai murni sepanjang Ramadan yang penuh keberkatan ini.

πŸ“–βœ¨ β€œRamadan, Bulan Al-Quran”

https://pay.studentqr.com/pibgsktsb/IR2026πŸŒ™βœ¨ Infaq Ramadan SK Taman Skudai Baru 2026Jom bersama hulurkan sumbangan sempe...
26/02/2026

https://pay.studentqr.com/pibgsktsb/IR2026

πŸŒ™βœ¨ Infaq Ramadan SK Taman Skudai Baru 2026

Jom bersama hulurkan sumbangan sempena bulan mulia ini.
Walau sedikit, besar maknanya buat mereka yang memerlukan 🀍

Semoga setiap kebaikan kita digandakan ganjarannya di bulan yang mulia ini πŸŒ™πŸ€²

Infaq Ramadhan 2026

Langkah sudah diatur, cabaran sudah ditempuhi! πŸƒβ€β™‚οΈπŸƒβ€β™€οΈSyabas kepada atlet Merentas Desa yang telah menyertai pertanding...
11/02/2026

Langkah sudah diatur, cabaran sudah ditempuhi! πŸƒβ€β™‚οΈπŸƒβ€β™€οΈ
Syabas kepada atlet Merentas Desa yang telah menyertai pertandingan peringkat daerah. Anda telah membawa semangat dan nama sekolah dengan penuh kebanggaan.
Menang atau kalah bukan ukuran, usaha dan keberanian anda adalah kejayaan sebenar! πŸ’ͺ✨

πŸ“Kejohanan Merentas Desa MSSD Johor Bahru
πŸ—“οΈ 11 Februari 2026

Ada yang berlari, ada yang jalan santai πŸ˜„Yang penting, Merentas Desa SKTSB berjaya dilaksanakan dengan lancar!Terima kas...
27/01/2026

Ada yang berlari, ada yang jalan santai πŸ˜„
Yang penting, Merentas Desa SKTSB berjaya dilaksanakan dengan lancar!
Terima kasih kepada guru-guru, PIBG dan pihak Polis atas kerjasama dan sokongan yang mantap.
Anda semua memang terbaik! πŸ‘βœ¨

πŸŽ‰βš½ Lawatan ke Stadium Sultan Ibrahim, Johor 🏟️✨Seramai 34 orang murid bersama 4 orang guru pengiring telah menyertai law...
19/01/2026

πŸŽ‰βš½ Lawatan ke Stadium Sultan Ibrahim, Johor 🏟️✨
Seramai 34 orang murid bersama 4 orang guru pengiring telah menyertai lawatan pada 15 Januari 2026.

Lawatan ini memberi pendedahan kepada murid tentang pengurusan stadium, kemudahan sukan serta memupuk minat terhadap bidang kesukanan dan kerjaya berkaitan.

Lawatan yang penuh keceriaan, pengalaman baharu dan kenangan indah buat semua murid SKUBA!
Terima kasih atas kerjasama semua pihak πŸ™Œ

Perhimpunan Bulanan Kokurikulum Kali 1Tahniah dan syabas kepada Pengakap SKUBA atas penglibatan yang kemas, berdisiplin ...
19/01/2026

Perhimpunan Bulanan Kokurikulum Kali 1
Tahniah dan syabas kepada Pengakap SKUBA atas penglibatan yang kemas, berdisiplin dan bersemangat.
Semoga nilai kepimpinan, kerjasama dan jati diri terus disemai dalam kalangan murid.
πŸ—“ Isnin | 19 Januari 2026

πŸ’ΈProgram Bantuan Awal Persekolahan πŸ’Έ telah berjaya dilaksanakan bagi membantu permata-permata SK Taman Skudai Baru membu...
15/01/2026

πŸ’ΈProgram Bantuan Awal Persekolahan πŸ’Έ telah berjaya dilaksanakan bagi membantu permata-permata SK Taman Skudai Baru membuat persediaan awal sebelum sesi persekolahan bermula.
οΏ½Bantuan ini diharapkan dapat meringankan beban ibu bapa serta memberi semangat kepada murid untuk hadir ke sekolah dengan lebih yakin dan ceria. πŸ₯°πŸ˜Š

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini. Sedikit bantuan, besar maknanya! Semoga usaha murni ini memberi manfaat yang berterusan kepada anak-anak didik kita. πŸŒŸπŸŒˆπŸ“–

Address

Jalan Nakhoda 20, Taman Skudai Baru
Skudai
81300

Opening Hours

Monday 07:00 - 17:00
Tuesday 07:00 - 17:00
Wednesday 07:00 - 17:00
Thursday 07:00 - 17:00
Sunday 07:00 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SK Taman Skudai Baru posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to SK Taman Skudai Baru:

Shortcuts

Share