SPACE UTM

Call Directions Website

SPACE UTM Shaping Minds, Building Careers ANYONE ● ANYTHING ● ANYWHERE ● ANYTIME

Kepada para alumni SPACE UTM di sekitar Pantai Timur,  jangan lupa untuk bersama kami di Majlis Ekslusif Reuni Alumni (M...
24/09/2026

Kepada para alumni SPACE UTM di sekitar Pantai Timur, jangan lupa untuk bersama kami di Majlis Ekslusif Reuni Alumni (MESRA) 2026 - Zon Timur

🗓️ Tarikh: 26 September 2026 (Sabtu)
⏰ Masa: 2.00 petang - 3.30 petang
📍 Lokasi: Hotel Rocana, Kuantan, Pahang

🔗 Link Pendaftaran : Sila imbar kod QR yang disertakan..
☎️Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi urusetia melalui no telefon 07-5318025 atau emel tertera.

Bantu forward dekat group batch anda juga ya. Jumpa anda di sana!

See less

Tahniah diucapkan kepada penerima bantuan pembiayaan keusahawanan pelajar.💼 Fareq Isyraf bin Mohd Rizal - Pelajar Diplom...
24/09/2026

Tahniah diucapkan kepada penerima bantuan pembiayaan keusahawanan pelajar.

💼 Fareq Isyraf bin Mohd Rizal - Pelajar Diploma Ukur Bahan UTM
💼 Kalyca Rania Akuan - Pelajar Diploma Ukur Bahan UTM

Selamat maju jaya dalam bidang keusahawanan yang diceburi.

Anda lepasan SPM/setaraf dan masih belum menyambung pengajian? UTM kini telah membuka permohonan bagi program diploma un...
24/09/2026

Anda lepasan SPM/setaraf dan masih belum menyambung pengajian? UTM kini telah membuka permohonan bagi program diploma untuk pengambilan November 2026.

📅 Tarikh tutup permohonan : 31 Oktober 2026.
🏛️ Pusat pengajian : UTM Kuala Lumpur & UTM Johor Bahru.

Untuk maklumat lanjut dan permohonan secara atas talian, sila imbas kod QR tertera.

Jom sertai kami sebagai pelajar program diploma di UTM.

Iklan kekosongan jawatan di UTMSPACE
23/09/2026

Iklan kekosongan jawatan di UTMSPACE

🤵‍♂️🤵🏻‍♀️ PELUANG KERJAYA DI UTMSPACE

Kami sedang mencari calon yang dinamik, bersemangat tinggi serta mempunyai komitmen untuk berkembang dan menjadi sebahagian daripada pasukan yang proaktif dalam menyokong visi dan misi UTMSPACE.

Jawatan : Juruteknik

Sila rujuk poster untuk jawatan yang ditawarkan serta kaedah permohonan.

Inilah peluang terbaik untuk anda membina kerjaya dalam persekitaran kerja yang kondusif, progresif dan penuh inspirasi.

23/09/2026

🎉 BIZFEST 2026: From Reseller to Entrepreneur Recap 🎉

📅 23 September 2026 (Rabu)
⏰ 9.00 pagi – 3.00 petang
📍 Ruang Tempat Letak Kereta, Bangunan T05, SPACE UTM

Ajak famili, kawan-kawan dan geng pejabat sekali ya! 👨‍👩‍👧‍👦🙌

Kepada pelajar Asasi UTM, lepas ke BIZFEST 2026, jangan lupa untuk menghadiri program PROSPA 2026 bagi mengikuti perkongsian dari panel-panel yang dijemput khas untuk anda.

Jumpa anda di sana!.

Semarak Akademik 2026: Apresiasi Kecemerlangan dan Sinergi Akademik21 September 2026 | Dewan Kencanapuri, Pulai Springs ...
22/09/2026

Semarak Akademik 2026: Apresiasi Kecemerlangan dan Sinergi Akademik

21 September 2026 | Dewan Kencanapuri, Pulai Springs | Majlis Hi Tea Semarak Akademik 2026 telah berlangsung dengan penuh bermakna sebagai satu inisiatif julung kali diadakan bagi menzahirkan penghargaan dan apresiasi kepada fakulti-fakulti Universiti Teknologi Malaysia (UTM) yang telah memberikan komitmen, kerjasama serta sumbangan berterusan dalam memperkukuh kecemerlangan akademik.

Majlis telah dihadiri oleh Prof. Dr. Mohd Shahrizal bin Sunar, Menjalankan Tugas Ketua Pegawai Eksekutif UTMSPACE, serta Yang Berusaha Prof. Madya Dr. Kamaludin bin Mohamad Yusof, Dekan SPACE, UTM.

Turut hadir memeriahkan majlis ialah Dekan-Dekan dan Timbalan Dekan Fakulti UTM, barisan Pengurusan Tertinggi UTM, Pengurusan SPACE UTM, Pengurus Akademik Program Luar serta Penyelaras Akademik Fakulti-Fakulti UTM.

Majlis ini bukan sekadar sebuah pertemuan santai, malah menjadi wadah untuk menghargai segala usaha, dedikasi dan kerjasama yang telah dicurahkan oleh fakulti-fakulti dalam memastikan agenda akademik terus berkembang, diperkasa dan mencapai kecemerlangan.

Kemuncak majlis turut menyaksikan penyampaian anugerah dan penghargaan menerusi beberapa kategori, antaranya:

• Penghargaan Sumbangan dan Dedikasi
• Penghargaan Micro-Credential
• Anugerah Penyelaras Cemerlang
• Anugerah Pengurus Akademik (Program Luar) Cemerlang
• Anugerah Program Harapan
• Anugerah Kecemerlangan Pelaksanaan Pembelajaran Teradun
• Anugerah Enrolmen Unggul
• Anugerah Fakulti Cemerlang

Penganjuran Majlis Hi Tea Semarak Akademik 2026 diharapkan dapat terus memperkukuh sinergi antara SPACE UTM dan fakulti-fakulti UTM, di samping menjadi pemangkin kepada usaha bersama dalam memperkasa kualiti penyampaian akademik dan melahirkan kecemerlangan yang berterusan.

Tahniah dan syabas kepada semua penerima anugerah serta seluruh warga akademik yang telah menyumbang kepada kejayaan dan kecemerlangan bersama.

🚨 BIZFEST 2026 IS COMING! 🚨Small ideas. Big dreams. Bigger possibilities. Are you ready to experience a day filled with ...
22/09/2026

🚨 BIZFEST 2026 IS COMING! 🚨

Small ideas.
Big dreams.
Bigger possibilities.

Are you ready to experience a day filled with business, creativity, products, ideas and entrepreneurial energy?

Come. Explore. Support. Experience.

BIZFEST 2026
From Reseller to Entrepreneur
Start Small. Think Big. Build Your Future.

📅 23 September 2026 | ⏰ 9AM–3PM
📍 Parking Area, T05 Building, UTM

🎬 Watch this… BIZFEST is about to begin!

Salam takziah diucapkan kepada seluruh ahli keluarga serta rakan-rakan Allahyarham Muhammad Nazatullah bin Nazmi dan All...
21/09/2026

Salam takziah diucapkan kepada seluruh ahli keluarga serta rakan-rakan Allahyarham Muhammad Nazatullah bin Nazmi dan Allahyarhamah Nur Atiqah Sofiya binti Mohd Kazwan (Alumni Sarjana Muda Kejuruteraan Kimia) yang telah kembali ke rahmatullah pada 1 September 2026.

Semoga Allahyarham dan Allahyarhamah ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.

Al-Fatihah.

18/09/2026

Oops tiba-tiba dah sampai kat UTM 🤭 Yang belum tu, tak nak join sekali ke?

🎉 JOM MERIAHKAN BIZFEST 2026! 🛍️✨Nak jalan-jalan cari makan, beli barangan menarik dan nak enjoy suasana santai? Jom sin...
18/09/2026

🎉 JOM MERIAHKAN BIZFEST 2026! 🛍️✨

Nak jalan-jalan cari makan, beli barangan menarik dan nak enjoy suasana santai? Jom singgah ke BIZFEST 2026: From Reseller to Entrepreneur! 😍

Pelbagai jualan dan aktiviti menarik menanti anda..

📅 23 September 2026 (Rabu)
⏰ 9.00 pagi – 3.00 petang
📍 Ruang Tempat Letak Kereta, Bangunan T05, SPACE UTM

Ajak famili, kawan-kawan dan geng pejabat sekali ya! 👨‍👩‍👧‍👦🙌

Kepada pelajar Asasi UTM, lepas ke BIZFEST 2026, jangan lupa untuk menghadiri program PROSPA 2026 bagi mengikuti perkongsian dari panel-panel yang dijemput khas untuk anda.

Jumpa anda di sana!.

Address

Aras 4 & 5, Bangunan T 05, Universiti Teknologi
Skudai
81310JOHORBAHRU

Opening Hours

Monday 09:00 - 16:30
Tuesday 09:00 - 16:30
Wednesday 09:00 - 16:30
Thursday 09:00 - 16:30
Friday 09:00 - 16:30

Telephone

+6075318000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SPACE UTM posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share