19/01/2026
Alhamdulillah, minggu pertama anak-anak Taski ABIM berjalan dengan jayanya. π»π»π»
Terima kasih atas sokongan dan kerjasama ibu ayah semua. π
Selamat datang ke Taski Abim Nurul Yaqin Batu 7 Lekir π€
19/01/2026
Alhamdulillah, minggu pertama anak-anak Taski ABIM berjalan dengan jayanya. π»π»π»
Terima kasih atas sokongan dan kerjasama ibu ayah semua. π
15/01/2026
Pendaftaran dan pembayaran yuran taski & transit pada 8 & 9 Januari 2026
berjalan lancar
kasih ibu ayah yang memberi kerjasama
Mawar Merah Nisa Yusoff TASKI ABIM Manjung
09/11/2025
π Lawatan Sambil Belajar β 25 Oktober 2025 π
Anak-anak Taski Abim Nurul Yaqin berseronok meneroka Gopeng & Ipoh!
πΎ Zahara Garden β Jumpa & beri makan alpaca π¦
π¨ Funtasy House Trick Art β Bergambar kreatif & menyeronokkan πΈ
π Masjid Negeri, Ipoh β Berehat, solat & makan π½οΈ
Perjalanan penuh ilmu, keceriaan, dan kenangan manis! β€οΈ
09/11/2025
π₯ Lawatan Sambil Belajar ke Balai Bomba Sitiawan π
Alhamdulillah, pada 16 Oktober 2025 (Khamis), anak-anak comel dari TASKI ABIM Nurul Yaqin telah berpeluang mengikuti lawatan sambil belajar ke Balai Bomba dan Penyelamat Sitiawan.
Dalam lawatan ini, anak-anak bukan sahaja mengenali tugas-tugas wira bomba dan melihat peralatan menyelamat dengan lebih dekat, tetapi juga belajar cara menyelamatkan diri ketika berlakunya kebakaran π₯π©βπ
Lebih menyeronokkan lagi, mereka berpeluang menaiki jentera bomba dan merasai pengalaman menjadi βbomba sekejapβ! ππ¨
Mereka turut mencuba semburan air menggunakan hos bomba dan menyaksikan demonstrasi menarik daripada abang-abang bomba! π¦
Wajah-wajah ceria mereka jelas menunjukkan rasa teruja dan gembira. Terima kasih kepada pihak Balai Bomba Sitiawan atas layanan mesra dan tunjuk ajar yang penuh manfaat. π
Semoga pengalaman ini menambah ilmu, keberanian, dan kesedaran tentang pentingnya keselamatan diri dalam kalangan anak-anak TASKI ABIM Nurul Yaqin β€οΈ
β¨ Tahniah Anak-anak Hebat Taski ABIM Nurul Yaqin! π¨π
Pada 3 Oktober 2025, anak-anak Taski ABIM Nurul Yaqin telah dijemput menyertai Pertandingan Mewarna Antara Tadika Kawasan Lekir anjuran JPK Ahli Majlis Zon 7, Lekir.
Taski menghantar 10 peserta cilik berbakat, dan berjaya meraih tempat ke-10 daripada 100 peserta yang mengambil bahagian! ππ
Syabas anak-anak! Pengalaman ini bukan sekadar pertandingan, tetapi satu langkah berani untuk terus berkarya dan bersinar dengan keyakinan πβ¨
β¨ Suara kecil, semangat besar! π²πΎ
Anak-anak Taski ABIM Nurul Yaqin tampil penuh berani dalam Pertandingan Deklamasi Sajak Merdeka 2025 π«
Setiap bait sajak dilontarkan dengan semangat patriotik yang membara β mencerminkan cinta mereka terhadap tanah air tercinta β€οΈπͺ
04/10/2025
πβ¨ Sesi Fotoshoot Konvo 2025 πΈ
Pada 1 Oktober 2025, anak-anak comel TASKI ABIM Nurul Yaqin bergaya penuh ceria untuk sesi fotografi konvokesyen ππ
Macam-macam gaya, semua senyum manis dan bersemangat! π₯°
Terima kasih kepada ibu ayah atas kerjasama dan sokongan β€οΈ
Serta jurufoto kami yang berjaya merakam detik berharga ini dengan begitu indah π
Kenangan manis sebelum tibanya hari konvokesyen sebenar! ππ
04/10/2025
Pada 8 September 2025, TASKI ABIM Nurul Yaqin telah mengadakan Majlis Penyampaian Hadiah bagi meraikan para pemenang yang mengambil bahagian dalam pelbagai pertandingan sempena bulan kemerdekaan, antaranya:
ποΈ Mendeklamasi Sajak
ποΈ Mewarna
π Pakaian Merdeka
ποΈ Arca Mercu Tanda Malaysia
πͺ Wau Bulan Merdeka
βοΈ Payung Merdeka
πΊ Keceriaan Taski
Majlis turut dimeriahkan dengan kehadiran Pengurus TASKI ABIM Daerah Manjung, En. Muhammad Taufik bin Abdul Mutalib, yang telah menyampaikan hadiah kepada para pemenang.
Dalam majlis yang sama, beliau turut mengumumkan keputusan Pertandingan Keceriaan TASKI, di mana TASKI ABIM Nurul Yaqin berjaya meraih tempat π Naib Johan! π
Syabas dan tahniah kepada semua peserta dan pemenang atas semangat serta kreativiti yang ditonjolkan.
Semoga semangat patriotik terus mekar dalam diri anak-anak kecil pewaris bangsa. β€οΈπ€ππ
22/09/2025
π²πΎ Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan 2025! π²πΎ
TASKI ABIM Nurul Yaqin turut memeriahkan bulan kebangsaan dengan pelbagai aktiviti dan pertandingan yang menyeronokkan untuk anak-anak π
π Pertandingan Baju Kebangsaan
π¨ Pertandingan Payung Merdeka
πͺ Pertandingan Wau Bulan Merdeka
ποΈ Pertandingan Membina Arca Mercu Tanda Malaysia
πΈ Pertandingan Keceriaan antara Taski Daerah Manjung
ποΈPertandingan Deklamasi Sajak
Alhamdulillah, anak-anak begitu teruja menyambut hari penuh makna ini sambil belajar erti cinta negara tercinta β€οΈπ€ππ
π Jutaan terima kasih buat ibu ayah yang sentiasa memberi sokongan, dan tidak lupa juga buat guru-guru yang sabar serta penuh semangat menjayakan aktiviti ini. Semoga usaha kecil ini menyemai semangat patriotik dalam diri anak-anak kita β¨
| Monday | 08:00 - 17:00 |
| Tuesday | 08:00 - 17:00 |
| Wednesday | 08:00 - 17:00 |
| Thursday | 08:00 - 17:00 |
| Friday | 08:00 - 17:00 |