03/08/2026
PROGRAM MOTIVASI & KEPIMPINAN PELATIH KPSN 2026
Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Team iLead Strategy serta seluruh warga kerja Kolej Perikanan Sultan Nazrin Muizzuddin Shah (KPSN) yang telah berganding bahu menjayakan Program Minggu Orientasi Pelatih Baharu KPSN bagi Program Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) dalam bidang SKM Akuakultur Marin Tahap 2 & 3 serta SKM Operasi Perikanan Tangkapan bagi Sesi 2026/2028.
Program ini telah melabuhkan tirainya dengan Majlis Penutupan yang berlangsung di Dewan Utama, Kolej Perikanan Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, Lumut, Perak.
Majlis Penutupan telah disempurnakan oleh Puan Norul Fahiezah binti Salehhuddin, Pengarah Kolej Perikanan Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, Lumut, Perak.
Sepanjang pelaksanaan program, para pelatih baharu telah didedahkan dengan pelbagai aktiviti yang bertujuan membantu mereka menyesuaikan diri dengan persekitaran pembelajaran, memahami budaya serta peraturan kolej, di samping membentuk disiplin, semangat berpasukan, kepimpinan dan jati diri sebagai bakal tenaga mahir dalam industri perikanan negara.
Semoga segala ilmu, pengalaman dan nilai murni yang diperoleh sepanjang program ini menjadi bekalan yang bermakna dalam perjalanan akademik para pelatih serta melahirkan graduan yang berkemahiran tinggi, berintegriti dan bersedia menyumbang kepada pembangunan sektor perikanan negara.
Kolej Perikanan Sultan Nazrin Muizzuddin Shah mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan selamat maju jaya kepada semua pelatih baharu. Teruskan melangkah dengan penuh semangat, tekad dan iltizam dalam mengejar kecemerlangan.