Kolej Komuniti Manjung

Kolej Komuniti Manjung Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Kolej Komuniti Manjung, Community College, Lot 31, Persiaran PM 2, 2, Seksyen 2, Pusat Bandar Seri Manjung, 32040 Seri Manjung, Sitiawan.

KURSUS ASAS BARISTA Telah berlangsung Kursus Asas Barista yang dikendalikan oleh Kolej Komuniti Manjung sempena Karnival...
24/08/2026

KURSUS ASAS BARISTA
Telah berlangsung Kursus Asas Barista yang dikendalikan oleh Kolej Komuniti Manjung sempena Karnival PSH Excellence @ Perak 2026 pada 22 Ogos 2026.
Kursus ini telah disertai oleh komuniti setempat Lenggong yang berpeluang mempelajari asas penyediaan minuman kopi, teknik pengendalian peralatan barista serta meningkatkan kemahiran dalam bidang penyediaan kopi.
Kursus ini dikendalikan oleh tenaga pengajar berpengalaman daripada Kolej Komuniti Manjung iaitu Encik Muhammad Ikhwan Syafiq dan Encik Mohd Zulhafiswan.
Semoga ilmu dan kemahiran yang diperoleh dapat dimanfaatkan serta menjadi nilai tambah kepada para peserta dalam meneroka peluang kerjaya dan keusahawanan dalam industri kopi.

Terima kasih kepada semua peserta atas komitmen dan semangat yang diberikan!

✨ KOLEJ KOMUNITI MANJUNG SERLAH BAKAT DALAM PERTANDINGAN “THREADS OF JOHAR: THREADS OF TOMORROW” ✨ Tahniah dan syabas di...
21/08/2026

✨ KOLEJ KOMUNITI MANJUNG SERLAH BAKAT DALAM PERTANDINGAN “THREADS OF JOHAR: THREADS OF TOMORROW” ✨

Tahniah dan syabas diucapkan kepada pelajar Program Fesyen dan Pakaian, Kolej Komuniti Manjung atas penyertaan dalam pertandingan reka bentuk fesyen “Threads of Johar: Threads of Tomorrow” yang mengetengahkan warisan tekstil Johor sebagai sumber inspirasi dalam menghasilkan rekaan fesyen masa hadapan.
Kolej Komuniti Manjung telah diwakili oleh dua pasukan yang tampil dengan konsep dan interpretasi rekaan tersendiri:

👗 E.D.N
“Tiga Akar, Satu Jiwa”
Pensyarah Pembimbing :
Pn. Eliza Fitria binti Aidil Fitri
Pelajar :
1. Diviya a/p Vijaan
2. Nurul Hidayah binti Mohd Radzuan

👗 FASHIONOVA
“Lembayung Warisan”
Pensyarah Pembimbing :
Pn. Nuzulmaizatul Afinie binti Mohammad Ayob
Pelajar :
1. Azmina binti Al Rashid
2. Nur Fatihahidayah Binti Abdul Sapawi

Penyertaan dalam pertandingan ini memberikan peluang kepada para pelajar untuk mengembangkan kreativiti, inovasi dan kemahiran teknikal dalam menghasilkan koleksi fesyen, di samping memperoleh pengalaman berharga dalam menyertai pertandingan yang menghimpunkan bakat daripada pelbagai institusi.

Lebih bermakna, pengalaman ini turut membantu meningkatkan keyakinan diri, kemahiran bekerja dalam pasukan serta keupayaan pelajar menterjemahkan elemen warisan ke dalam reka bentuk fesyen yang lebih kreatif dan kontemporari.

Setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah kepada semua pelajar yang terlibat atas komitmen, usaha dan semangat yang telah ditunjukkan sepanjang pertandingan. Semoga pengalaman ini menjadi inspirasi untuk terus berkarya, berinovasi dan melangkah lebih jauh dalam industri fesyen.

🌟 Terus berkarya, terus berinovasi, terus mengharumkan nama Kolej Komuniti Manjung! 🌟











PROGRAM MYTAHFIZ SKILLS 2026: KURSUS MICRO CREDENTIALS STAND ALONE ASAS BARISTA BERSAMA MAAHAD TAHFIZ BAYT AL-IKHLAS10–1...
20/08/2026

PROGRAM MYTAHFIZ SKILLS 2026: KURSUS MICRO CREDENTIALS STAND ALONE ASAS BARISTA BERSAMA MAAHAD TAHFIZ BAYT AL-IKHLAS

10–13 Ogos 2026 – Kolej Komuniti Manjung telah menganjurkan Kursus Micro Credentials Stand Alone Asas Barista bersama Maahad Tahfiz Bayt Al-Ikhlas di bawah Program MyTahfiz Skills 2026.
Kursus ini dikendalikan oleh tenaga pengajar yang berpengalaman iaitu En. Muhammad Ikhwan Syafiq dan En. Zulhafiswan. Sepanjang kursus ini, para peserta telah didedahkan dengan kemahiran asas dalam bidang barista, khususnya teknik penyediaan minuman berasaskan kopi serta pengendalian peralatan barista dengan kaedah yang betul dan selamat. Peserta turut diperkenalkan kepada asas penyediaan kopi, penggunaan mesin dan peralatan barista serta teknik menghasilkan minuman yang menarik dan berkualiti.

Seramai 15 orang peserta daripada Maahad Tahfiz Bayt Al-Ikhlas telah menyertai kursus ini. Sepanjang empat hari latihan, para peserta berpeluang mempelajari kemahiran secara teori dan amali dengan bimbingan tenaga pengajar. Peserta juga diberikan latihan praktikal bagi meningkatkan keyakinan dan kecekapan dalam menyediakan minuman seperti seorang barista.

Pada akhir kursus, para peserta berjaya menguasai kemahiran asas barista dan menghasilkan minuman dengan teknik penyediaan serta persembahan yang bersesuaian.
Diharapkan program ini dapat memberikan manfaat kepada para peserta, khususnya dalam meningkatkan kemahiran, membina keyakinan diri serta membuka peluang kepada mereka untuk menjana pendapatan melalui kemahiran yang telah dipelajari. Semoga kerjasama antara Kolej Komuniti Manjung dan Maahad Tahfiz Bayt Al-Ikhlas melalui Program MyTahfiz Skills 2026 dapat diteruskan pada masa akan datang.

20/08/2026

Rangkuman perjalanan IP YOUTH CAMP POLYCC 2026! 🎥✨

Tiga hari yang penuh dengan ilmu, cabaran, teamwork, kreativiti, semangat dan gelak tawa. Setiap aktiviti mencipta pengalaman, setiap cabaran membina keyakinan dan setiap momen meninggalkan kenangan yang tidak ternilai. 💪🏻💜

Terima kasih kerana menjadi sebahagian daripada perjalanan ini!

IP YOUTH CAMP POLYCC 2026Telah berlangsung dengan jayanya Program IP YOUTH CAMP POLYCC 2026 pada 15 hingga 17 Ogos 2026 ...
20/08/2026

IP YOUTH CAMP POLYCC 2026

Telah berlangsung dengan jayanya Program IP YOUTH CAMP POLYCC 2026 pada 15 hingga 17 Ogos 2026 bertempat di Murni Camp, Gopeng, Perak.

Program 3 hari 2 malan ini merupakan hasil kerjasama strategik antara Pusat Penyelidikan dan Inovasi, Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK), Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) dan Kolej Komuniti Manjung selaku tuan rumah, dengan Pro Rev Consultancy & Services sebagai fasilitator program.

Seramai 50 orang pelajar daripada 33 institusi Politeknik dan Kolej Komuniti telah menyertai program ini yang memberi pendedahan, pengetahuan dan pengalaman berkaitan harta intelek, inovasi dan pembangunan idea.

Semoga IP YOUTH CAMP POLYCC 2026 menjadi platform dalam mencungkil bakat serta melahirkan generasi pelajar POLYCC yang kreatif, inovatif dan berdaya saing.








Selamat Maju Jaya buat Team Kolej Komuniti Manjung Perak – Pn. Nuzulmaizatul Afinie, Pn. Eliza Fitria serta para pelajar...
19/08/2026

Selamat Maju Jaya buat Team Kolej Komuniti Manjung Perak – Pn. Nuzulmaizatul Afinie, Pn. Eliza Fitria serta para pelajar Program Sijil Fesyen dan Pakaian.

Semoga kejayaan milik Kolej Komuniti Manjung di pentas International Design Award (IDeA) Fashion 2026.





🔥 COUNTDOWN 1 HARI LAGI! 🔥⏳ Saatnya semakin hampir… debaran semakin membara!Hanya 1 hari lagi sebelum tirai IP YOUTH CAM...
14/08/2026

🔥 COUNTDOWN 1 HARI LAGI! 🔥

⏳ Saatnya semakin hampir… debaran semakin membara!

Hanya 1 hari lagi sebelum tirai IP YOUTH CAMP POLYCC 2026 dibuka! 🏕⚡️

💥 Cabaran menanti.
🔥 Semangat bakal diuji.
🤝 Persahabatan bakal tercipta.
🚀 Potensi bakal digilap.

Bersedia untuk sebuah pengembaraan yang penuh cabaran, semangat dan kejutan!”

🏕 IP YOUTH CAMP POLYCC 2026
📅 15 – 17 Ogos 2026
📍 Murni Camp Gopeng, Perak

1 DAYS TO GO… LET’S MAKE IT EPIC! 🔥

Jumpa anda di sana!








🔥 COUNTDOWN 2 HARI LAGI! 🔥⏳ Saatnya semakin hampir… debaran semakin membara!Hanya 2 hari lagi sebelum tirai IP YOUTH CAM...
13/08/2026

🔥 COUNTDOWN 2 HARI LAGI! 🔥

⏳ Saatnya semakin hampir… debaran semakin membara!

Hanya 2 hari lagi sebelum tirai IP YOUTH CAMP POLYCC 2026 dibuka! 🏕⚡️

💥 Cabaran menanti.
🔥 Semangat bakal diuji.
🤝 Persahabatan bakal tercipta.
🚀 Potensi bakal digilap.

Bersedia untuk sebuah pengembaraan yang penuh cabaran, semangat dan kejutan!”

🏕 IP YOUTH CAMP POLYCC 2026
📅 15 – 17 Ogos 2026
📍 Murni Camp Gopeng, Perak

2 DAYS TO GO… LET’S MAKE IT EPIC! 🔥

Jumpa anda di sana!








COUNTDOWN: 8 HARI LAGI! 🏕Semakin hampir, semakin membara semangat! 🔥Bersiap sedia untuk menyertai Program IP Youth Camp ...
07/08/2026

COUNTDOWN: 8 HARI LAGI!

🏕Semakin hampir, semakin membara semangat!
🔥Bersiap sedia untuk menyertai Program IP Youth Camp PolyCC 2026,
sebuah program yang menghimpunkan peserta dalam pengisian yang penuh inspirasi melalui aktiviti kepimpinan, inovasi, pembinaan sahsiah, kerja berpasukan dan pembangunan potensi diri.

💡 8 hari lagi menuju pengalaman yang bakal mencipta kenangan dan melahirkan pemimpin masa hadapan.

📅 15 – 17 Ogos 2026
📍 Murni Camp Gopeng, Perak

Jumpa anda di sana!








Address

Lot 31, Persiaran PM 2, 2, Seksyen 2, Pusat Bandar Seri Manjung, 32040 Seri Manjung
Sitiawan
32000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kolej Komuniti Manjung posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share