27/09/2023
Salam Maulidur Rasul 2023 1445H.
Selawat dan Salam Keatas Baginda Nabi Muhammad SAW,
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ
12 Rabiulawal, tarikh Maulidur Rasul dalam Islam adalah hari yang penting buat umat Islam kerana ia adalah hari memperingati kelahiran Nabi Muhammad SAW yang kita kasihi.
Bersempena sambutan Maulidur Rasul 2023, Marilah kita ambil peluang menghayati perjuangan dan mencontohi baginda dan para sahabat dalam menegakkan syiar Islam sehingga mencapai kecemerlangan dan kegemilangan Islam merentasi dunia timur dan barat.
Apa yang di harapkan lagi bagi kita Umat Nabi di Akhir zaman selain menghidupkan sunnah Rasullullah SAW dimana kita semua mampu lakukannya. InshaAllah... Semoga dengan megikuti sunnah semakin bertambah cinta dan sayang kepada Rasulullah SAW.
Jom berselawat! Bukan hanya sempena maulidur rasul tapi jadikan amalan untuk hari-hari biasa juga.
09/09/2023
31/08/2023
10/08/2023