Sekolah Kebangsaan Siputeh

Sekolah Kebangsaan Siputeh ABA2031 - SK SIPUTEH

πŸ‡²πŸ‡Ύ Jom Meriahkan Fun Walk Amal Merdeka 2026! πŸ‡²πŸ‡ΎπŸŽ‰ AYUH SEMARAKKAN JIWA MERDEKA! πŸŽ‰Nak beriadah sambil beramal? Nak luangka...
18/08/2026

πŸ‡²πŸ‡Ύ Jom Meriahkan Fun Walk Amal Merdeka 2026! πŸ‡²πŸ‡Ύ

πŸŽ‰ AYUH SEMARAKKAN JIWA MERDEKA! πŸŽ‰

Nak beriadah sambil beramal? Nak luangkan masa bersama keluarga dan komuniti? ❀️

Jom sertai FUN WALK AMAL MERDEKA 2026!πŸƒβ€β™€οΈπŸšΆβ€β™‚οΈπŸ‡²πŸ‡Ύ

πŸ“… 13 September 2026
πŸ“ Universiti Teknologi PETRONAS (UTP)
⏰ Flag Off: 7.30 pagi
πŸ“ 3.5 KM
πŸ’° Yuran: RM20 sahaja!

✨ Penyertaan TERBUKA kepada:
πŸ‘§ Murid
πŸ‘¨β€πŸ‘©β€πŸ‘§ Ibu bapa
πŸ‘©β€πŸ« Guru
🀝 Komuniti
πŸ§‘β€πŸ’ΌAlumni

Dengan hanya *RM20* , peserta akan menerima:
πŸ… Medal
🎽 Bib
πŸ“œ E-Sijil
🍽️ Sarapan

πŸ‡²πŸ‡Ύ Pakaian bertemakan Merdeka digalakkan!
πŸ† Jangan lupa tampil paling kreatif kerana ada *HADIAH PAKAIAN MERDEKA TERBAIK!*

❀️ Jom berjalan, beriadah, beramal dan meraikan kemerdekaan bersama-sama!

Bukan sekadar berjalan… tetapi melangkah bersama demi sebuah kenangan Merdeka! πŸ‡²πŸ‡Ύβœ¨

πŸ“’ Tempat adalah terhad! Jangan tunggu lama β€” daftar sekarang!
πŸ‘‡
https://forms.gle/LoVjrAZFWJCW275z6

Setelah membuat pembayaran, tuan puan diminta sertai group telegram untuk info terkini fun walk

https://t.me/+-3lKg7eDKzxiYzJl

*Tarikh tutup penyertaan :
1 September 2026*

15/08/2026
🌟LAWATAN ILMIAH SK SIPUTEH 🌟12 Ogos 2026Alhamdulillah setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih dirakamkan kep...
15/08/2026

🌟LAWATAN ILMIAH SK SIPUTEH 🌟
12 Ogos 2026

Alhamdulillah setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih dirakamkan kepada semua pihak yang telah menjayakan lawatan Ilmiah.

πŸ’™ Terima kasih yang tidak terhingga kepada barisan pentadbir, guru-guru, para pengiring, ibu bapa serta semua warga SK Siputeh atas komitmen, kerjasama dan sokongan yang diberikan dari awal hingga akhir program.

βœ… Aquaria KLCC
βœ…Planetarium Negara
βœ…Muzium Polis

✨ Semoga pengalaman yang diperoleh menjadi kenangan bermakna, menyemarakkan rasa ingin tahu serta menyuntik semangat kepada murid untuk terus menimba ilmu dan meneroka dunia.

β€œBelajar di luar kelas, pengalaman tanpa batas!”

πŸ“š *Pengalaman hari ini, ilmu untuk masa depan.*

Tahniah dan syabas kepada semua yang terlibat! πŸ‘πŸ’™






πŸ“£  PEMILIHAN MSSM BOLA BALING 2026 πŸ€Ύβ€β™‚οΈπŸ†βœ¨*Semoga Berjaya, Muhammad Naufal Ikhwan! ✨Seluruh warga SK Siputeh merakamkan s...
15/08/2026

πŸ“£ PEMILIHAN MSSM BOLA BALING 2026 πŸ€Ύβ€β™‚οΈπŸ†

✨*Semoga Berjaya, Muhammad Naufal Ikhwan! ✨

Seluruh warga SK Siputeh merakamkan sokongan dan doa buat Muhammad Naufal Ikhwan yang akan menyertai **Pemilihan MSSM Bola Baling 2026**.

πŸ’ͺ Teruskan melangkah dengan penuh keyakinan, semangat dan disiplin. Berikan yang terbaik dalam setiap peluang dan tunjukkan kemampuan serta bakat yang ada.

Semoga segala usaha dipermudahkan dan membuahkan kejayaan. **Kami sentiasa menyokong anda!** β€οΈπŸ’™πŸ’›

**Usaha β€’ Doa β€’ Tawakal β€’ Kejayaan**

πŸ”₯ AYUH NAUFAL! πŸ”₯






Perkhemahan & Karnival Remaja Puteri PPIMPerhubungan Daerah Kampar/ Batu GajahTahun 2026🌟 TAHNIAH DAN SYABAS! πŸŒŸπŸŽ‰ Nur Sab...
13/08/2026

Perkhemahan & Karnival Remaja Puteri PPIM
Perhubungan Daerah Kampar/ Batu Gajah
Tahun 2026

🌟 TAHNIAH DAN SYABAS! 🌟

πŸŽ‰ Nur Sabrina Umairah binti Mohd Faizal, Nurhana Syaefi binti Shuhairul dan Nur Zara Fathiah binti Mohd Azrul atas kejayaan meraihTempat Ke-5 dalam Pertandingan Set Minum Petang Karnival PPIM Daerah Kinta Selatan. πŸ†πŸ‘

🎬 Dhiya Hana Irdina binti Muhamad Nazrin yang telah berjaya meraih Tempat Ke-4 dalam Pertandingan Video AI Karnival PPIM Daerah Kinta Selatan. πŸŒŸπŸ‘

βœ… Penyertaan Anyaman Bahan terbuang,Buku Skrap Canva, Melukis Doodle, Pertandingan Buku Log, Deklamasi Sajak Tik Tok, Kuiz Online. InsyAllah tahun depan Cuba lagi.

Semoga kejayaan ini menjadi pembakar semangat untuk terus melangkah lebih jauh, mencipta lebih banyak kejayaan dan mengharumkan nama SK Siputeh. β€οΈπŸ’›





πŸŽ‰ HARI PENUTUPAN KEMAHIRAN MELALUI REKABENTUK (KMR) 2026 πŸŽ‰πŸŒ·Program KMR bukan sekadar menghasilkan sesuatu yang kreatif, ...
08/08/2026

πŸŽ‰ HARI PENUTUPAN KEMAHIRAN MELALUI REKABENTUK (KMR) 2026 πŸŽ‰

🌷Program KMR bukan sekadar menghasilkan sesuatu yang kreatif, malah menjadi wadah untuk mencungkil bakat, mengembangkan potensi, membina kemahiran berfikir, memupuk semangat kerjasama serta menyemarakkan budaya inovasi dalam kalangan murid.

πŸ’‘ Kreatif dalam mencipta
πŸš€ Inovatif dalam berkarya
🌟 Berinspirasi dalam berkongsi

Tahniah kepada semua murid atas keberanian mencuba, kesungguhan berkarya dan hasil yang membanggakan.

Semoga pengalaman KMR 2026 menjadi pemangkin kepada lahirnya generasi yang kreatif, inovatif, berdaya saing dan berkemahiran tinggi!

Terima kasih atas segala usaha, masa, tenaga dan komitmen yang dicurahkan.
SK SIPUTEH β€” TERUS BERKARYA, TERUS BERINOVASI, TERUS CEMERLANG! πŸ’™πŸ’›






🌟 JOM JAGA KEBERSIHAN DIRI! 🌟Kebersihan diri mencerminkan sahsiah, disiplin dan keperibadian seorang murid. Marilah kita...
02/08/2026

🌟 JOM JAGA KEBERSIHAN DIRI! 🌟

Kebersihan diri mencerminkan sahsiah, disiplin dan keperibadian seorang murid. Marilah kita bersama-sama membudayakan amalan menjaga kebersihan diri setiap hari demi mewujudkan persekitaran sekolah yang sihat, ceria dan kondusif.

βœ… Potong kuku agar sentiasa pendek dan bersih.
βœ… Pastikan rambut sentiasa kemas dan pendek serta memakai minyak rambut jika perlu.
βœ… Pakai baju sekolah yang bersih, kemas, lengkap dengan lencana sekolah dan jalur gemilang.
βœ… Gunakan kasut sekolah yang bersih dan berkilat.
βœ… Memakai stokin yang bersih setiap hari.

Penampilan yang kemas bukan sahaja meningkatkan keyakinan diri, malah membentuk disiplin dan sahsiah yang cemerlang.

✨
Unit Bimbingan dan Kaunseling
SK Siputeh πŸ’™πŸ’›

🌟 TERIMA KASIH ATAS KEHADIRAN & SOKONGAN ANDA 🌟Alhamdulillah, Program Hari Bertemu Waris: Pelaporan Pentaksiran Bilik Da...
01/08/2026

🌟 TERIMA KASIH ATAS KEHADIRAN & SOKONGAN ANDA 🌟
Alhamdulillah, Program Hari Bertemu Waris: Pelaporan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) & Taklimat Matriks Pembelajaran Tahun 4 telah berlangsung dengan jayanya.

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua ibu bapa, penjaga, guru-guru serta warga sekolah yang telah meluangkan masa untuk hadir dan memberikan kerjasama sepanjang program berlangsung.

Kehadiran dan sokongan anda amat bermakna dalam usaha membina hubungan erat antara sekolah dan ibu bapa demi memastikan perkembangan akademik, sahsiah dan potensi anak-anak terus diperkasakan.

Semoga jalinan kerjasama ini terus kukuh demi melahirkan generasi yang cemerlang, berakhlak mulia dan berdaya saing.Terima kasih. Bersama-sama memahami, bersama-sama memajukan anak didik kita. πŸ’™πŸ’›

Address

31560
Siputeh
31560

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Sekolah Kebangsaan Siputeh posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category