PASTI Bestari Gador Sipitang

PASTI Bestari Gador Sipitang Memaparkan aktiviti anak-anak di PASTI

Assalammualaikum & Selamat Kembali ke PASTI Bestari Gador! 🌸Suasana Perhimpunan Pagi pertama selepas cuti sekolah 2 ming...
08/06/2026

Assalammualaikum & Selamat Kembali ke PASTI Bestari Gador! 🌸

Suasana Perhimpunan Pagi pertama selepas cuti sekolah 2 minggu di PASTI Bestari Gador. Wajah-wajah ini kembali berhimpun dengan penuh semangat, memulakan hari dengan tadahan doa dan zikir harian.

Ya Allah, peliharalah anak-anak didik kami ini. Jadikanlah mereka zuriat yang menyejukkan pandangan mata ibu bapa, tetapkanlah iman di dada mereka, dan jadikanlah mereka generasi yang menegakkan agama-Mu suatu hari nanti.

Selamat kembali menuntut ilmu anak-anak! Biar lelah hari ini, asalkan beroleh redha-Nya di sana nanti.

Tarikh: 21 Mei 2026 (Khamis)Tempat: PASTI Bestari GadorAlhamdulillah, selesai sudah sambutan Hari Guru peringkat PASTI B...
23/05/2026

Tarikh: 21 Mei 2026 (Khamis)
Tempat: PASTI Bestari Gador

Alhamdulillah, selesai sudah sambutan Hari Guru peringkat PASTI Bestari Gador yang disambut pada 21 Mei lalu. Meriah betul gelagat anak-anak soleh dan pintar!

Terima kasih kepada ibu bapa yang sudi menghantar hadiah, ucapan, dan doa yang menitip rasa hargai buat para guru. Tapi yang paling mahal tentulah senyuman, pelukan, dan ucapan ikhlas daripada anak-anak didik kami. πŸ₯°

Semoga Allah SWT terus mengurniakan kesabaran, keikhlasan, dan kekuatan buat semua guru dalam mendidik dan melahirkan Generasi Soleh dan Pintar. Insya-Allah.

17/05/2026
16/05/2026

Wajah-wajah hebat di sebalik senyuman anak-anak PASTI Bestari Gador. 🀍

Selamat Hari Guru buat semua pendidik PASTI Bestari Gador yang tidak pernah jemu mendidik dengan penuh sabar dan kasih sayang.

Terima kasih buat semua guru PASTI Bestari Gador…
yang mengajar bukan hanya ilmu, tetapi adab, iman dan kehidupan kepada anak-anak.

Semoga setiap penat lelah menjadi pahala yang berterusan di sisi Allah SWT.

Selamat Hari Guru buat semua guru!

Cikgu Norliah, Cikgu Zahidah, Cikgu Zaimah, Cikgu Amirah, Cikgu Nana, Cikgu Rozidah, Cikgu Taufiqah, Cikgu Rahidah, Cikgu Lin, Cikgu Dilla. πŸ’š

13/05/2026

Adakah anda sudah bersedia untuk menyaksikan kehebatan jaguh-jaguh cilik kita? Pertarungan sengit antara PASTI Bestari, PASTI Al Ummah, dan PASTI Nurul Iman bakal bermula tidak lama lagi!

πŸ—“ Tarikh: 15 - 16 Mei 2026
πŸ“ Tempat: Gelanggang Topten, Sipitang

Jom penuhkan gelanggang dan berikan sokongan padu! πŸ“’

Lensa Aktiviti: Lawatan Penaziran PASTI NegeriAlhamdulillah, selesai sudah sesi lawatan penaziran daripada pihak PASTI N...
08/05/2026

Lensa Aktiviti: Lawatan Penaziran PASTI Negeri

Alhamdulillah, selesai sudah sesi lawatan penaziran daripada pihak PASTI Negeri Sabah di PASTI Bestari Gador.

Pihak pengurusan dan guru-guru ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Puan Jumrah binti Djalami dan Puan Norherah Binti Abu Bakar atas bimbingan dan nasihat yang sangat bermakna.

Lawatan ini bukan sekadar pemantauan, malah menjadi platform untuk kami terus memperbaiki mutu pengurusan dan PdP agar selari dengan standard yang ditetapkan. Semoga guru-guru boleh memperbaiki segala kekurangan.😊

Terima kasih atas segala tunjuk ajar dan nasihat nya! 🌷

πŸŒ™βœ¨ Selamat Menyambut Bulan Ramadan βœ¨πŸŒ™Ramadan kembali menjelma, membawa seribu keberkatan, keampunan dan rahmat daripada ...
18/02/2026

πŸŒ™βœ¨ Selamat Menyambut Bulan Ramadan βœ¨πŸŒ™

Ramadan kembali menjelma, membawa seribu keberkatan, keampunan dan rahmat daripada Allah SWT.
Semoga bulan yang mulia ini mendidik hati kita menjadi lebih sabar, ikhlas dan penuh kasih sayang.

✨ Nantikan pelbagai aktiviti yang telah disusun khas untuk anak-anak PASTI, bagi memupuk kecintaan mereka terhadap Ramadan serta memupuk nilai-nilai Islam dari kecil. πŸŒ™

Semoga segala amalan diterima, rezeki dipermudahkan dan Ramadan kali ini menjadi yang terbaik buat kita semua.
Ramadan Mubarak! πŸŒ™πŸ•Œβœ¨

🌟 Daripada kami,
Guru-Guru PASTI Bestari Gador 2026

Address

Kampung Menengah Sebelah Masjid MIHAH
Sipitang
89850

Opening Hours

Monday 08:00 - 12:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 12:00
Thursday 08:00 - 12:00
Friday 08:00 - 12:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when PASTI Bestari Gador Sipitang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share