PASTI Al Ummah Sipitang

PASTI Al Ummah Sipitang PASTI Al-Ummah
πŸ“ Pendidikan awal kanak-kanak yang berteraskan Islam
πŸ§’ 4 β€’ 5 β€’ 6 tahun
🌱 Membina sahsiah & potensi sejak kecil
πŸ“† Ditubuhkan sejak 2019

✨ MAJLIS ANUGERAH MAHKOTA ILMU PASTI βœ¨β€œMenghargai setiap usaha, meraikan setiap kejayaan.” 🌸Alhamdulillah, telah berlang...
20/07/2026

✨ MAJLIS ANUGERAH MAHKOTA ILMU PASTI ✨

β€œMenghargai setiap usaha, meraikan setiap kejayaan.” 🌸

Alhamdulillah, telah berlangsung Majlis Anugerah Mahkota Ilmu PASTI Al Ummah, Sipitang

Majlis ini merupakan satu bentuk penghargaan kepada murid-murid yang berjaya menamatkan atau berpindah ke buku seterusnya dalam pembelajaran Bahasa Melayu (Membaca) dan Nurul Quran. Semoga pengiktirafan ini menjadi pembakar semangat untuk mereka terus berusaha, istiqamah menuntut ilmu dan mencapai kecemerlangan ❀️‍πŸ”₯πŸ’ͺ🏻

🌟 Tahniah kepada semua murid yang diraikan atas usaha dan kesungguhan yang telah ditunjukkan. Semoga setiap pencapaian hari ini menjadi langkah awal ke arah kejayaan yang lebih besar pada masa hadapan.

πŸ’ Penghargaan yang tidak terhingga juga buat seluruh guru PASTI Kawasan Sipitang yang sentiasa sabar, ikhlas dan komited membimbing anak-anak sehingga berjaya mencapai tahap ini.

❀️ Setulus penghargaan kepada semua ibu bapa yang sentiasa memberikan dorongan, kerjasama dan sokongan kepada anak-anak, termasuk meluangkan masa serta menyediakan hadiah-hadiah istimewa bagi meraikan kejayaan mereka. Semoga setiap usaha dan pengorbanan yang dicurahkan dibalas dengan sebaik-baik ganjaran oleh Allah SWT.

Semoga Majlis Anugerah Mahkota Ilmu PASTI terus menjadi pemangkin kepada lahirnya generasi yang mencintai ilmu, berakhlak mulia serta istiqamah dalam menuntut ilmu demi agama, bangsa dan negara.

Tahniah buat semua penerima anugerah! Teruskan melakar kejayaan. πŸŒΉπŸ“šβœ¨

Alhamdulillah 🀍Selesai untuk perlawanan hari pertama buat pasukan PASTI Al Ummah dalam Kejohanan BSBJ PASTI KAWASAN SIPI...
15/05/2026

Alhamdulillah 🀍
Selesai untuk perlawanan hari pertama buat pasukan PASTI Al Ummah dalam Kejohanan BSBJ PASTI KAWASAN SIPITANG 2026 πŸ’ͺ🏻⚽🏐 Esok lagi perlawanan hari kedua!

2 Team Bola jaring PASTI Al Ummah
🩷 Hijab Strikers
πŸ’š Ummah Defenders

πŸ”₯ Keputusan hari ini:
β€’ Ummah Defenders 3️⃣ – 0️⃣ Najjah
β€’ Hijab Strikers 1️⃣8️⃣ – 0️⃣ Mujahidah
β€’ Ummah Defenders 6️⃣ – 0️⃣ Mujahidah
β€’ Hijab Strikers 1️⃣8️⃣ – 0️⃣ PNI

Syabas anak-anak Al Ummah atas semangat, disiplin dan usaha all out di gelanggang hari ini πŸ‘πŸ»
Terima kasih juga kepada ibu bapa, guru dan penyokong yang hadir memberi sokongan dan doa ❀️

Perjuangan belum selesai… esok kita sambung lagi!
Semoga Allah permudahkan urusan dan terus kurniakan kekuatan buat semua pemain 🀲🏻πŸ”₯





14/05/2026
πŸ”₯ Gelanggang bakal bergegar! πŸ”₯Jom sama-sama saksikan aksi wakil bola sepak & bola jaring PASTI Al Ummah di Kejohanan BSB...
14/05/2026

πŸ”₯ Gelanggang bakal bergegar! πŸ”₯

Jom sama-sama saksikan aksi wakil bola sepak & bola jaring PASTI Al Ummah di Kejohanan BSBJ 2026 ⚽🏐

Semoga anak-anak diberikan kekuatan, semangat berpasukan dan keyakinan untuk memberikan persembahan terbaik di gelanggang πŸ’ͺ🏻🀍

Jom turun untuk berikan sorakan, semangat dan sokongan padu kepada Team BSBJ PASTI Al Ummah! ✨

SEKALUNG PENGHARGAAN BUAT PENAZIRAN PASTI NEGERI SABAH. Pihak PASTI Al Ummah Sipitang merakamkan setinggi-tinggi ucapan ...
09/05/2026

SEKALUNG PENGHARGAAN BUAT PENAZIRAN PASTI NEGERI SABAH.

Pihak PASTI Al Ummah Sipitang merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih dan penghargaan kepada pihak Penaziran PASTI Negeri Sabah, khususnya kepada Puan Jumarni atas kesudian hadir menjalankan penaziran di PASTI kami pada Rabu lalu (06 Mei 2026)

Segala bimbingan, teguran serta saranan yang diberikan amat kami hargai dan akan dijadikan panduan dalam memperkukuhkan lagi mutu pendidikan, pengurusan serta pentadbiran PASTI Al Ummah dari semasa ke semasa.

Tidak dilupakan sekalung penghargaan buat Pengerusi PASTI Kawasan Sipitang Ustaz Abdul Karim bin Abdul Rahim dan Pengurus PASTI Al Ummah, Doktor Faizul Jalal yang sentiasa menjadi tulang belakang buat kami semua. Terima kasih atas segala idea, pandangan, bantuan, saranan serta sokongan yang tidak pernah putus khusunya dalam memastikan segala keperluan dan kebajikan PASTI Al Ummah sentiasa terjaga. Dalam setiap kekurangan dan kesulitan, mereka berdua sentiasa hadir membantu kami guru-guru dan memberikan yang terbaik demi kelangsungan serta kemajuan PASTI Al Ummah.

Terima kasih juga diucapkan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan serta membantu persiapan penaziran ini. Segala jasa, kerjasama dan pengorbanan yang diberikan amat kami hargai dan hanya Allah SWT mampu membalasnya dengan sebaik-baik ganjaran.

Alhamdulillah, asbab daripada itu syukur Alhamdulillah PASTI Al Ummah berjaya memperoleh pencapaian KPI CAWANGAN tertinggi dengan markah 92/100 (Cemerlang). Pencapaian ini pastinya menjadi pembakar semangat buat seluruh warga PASTI Al Ummah untuk terus memberikan yang terbaik demi anak-anak PASTI.

Semoga segala usaha dan khidmat yang dicurahkan diberkati Allah SWT serta menjadi asbab kemajuan pendidikan Islam di bumi Sabah. Jazakillahu khairan kathira.

🌟 Program Khidmat Bakti πŸŒŸπŸ“… 11 April 2026 (Sabtu)Ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada adi...
12/04/2026

🌟 Program Khidmat Bakti 🌟
πŸ“… 11 April 2026 (Sabtu)

Ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada adik-adik Faizal, Fatihah, Nuraliah dan Farah daripada Kelas 5 Inovatif 2025, SMPO, atas kesudian hadir dan menjayakan Program Khidmat Bakti di PASTI Al-Ummah.

Sumbangan tenaga dan usaha kalian dalam membantu menceriakan persekitaran PASTI amatlah dihargai dan memberi makna besar kepada kami semua.

Semoga segala kebaikan ini menjadi amal jariah yang berpanjangan serta saham akhirat buat kalian. Didoakan agar adik-adik semua terus berjaya dan cemerlang dalam apa jua bidang yang diceburi, dunia dan akhirat.

Terima kasih! 🌸

Address

PASTI AL UMMAH
Sipitang
89857

Opening Hours

Monday 07:00 - 17:00
Tuesday 07:00 - 17:00
Wednesday 07:00 - 17:00
Thursday 07:00 - 17:00
Friday 07:00 - 17:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when PASTI Al Ummah Sipitang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category