05/12/2025
๐ฒ๐พ ๐ข๐๐๐๐ค๐ฃ๐๐ ๐๐๐ก๐ ๐๐๐๐๐จ๐ข๐๐ & ๐๐๐๐๐๐ข ๐๐๐๐ค๐ฃ๐ค๐๐๐ ๐๐ค๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ข๐๐๐ 2025 ๐ข๐ ๐๐ฎ๐ท๐ญ๐พ๐ต๐ธ๐ท๐ฐ
-๏ผจ๏ฝ๏ฝ๏ฝ๏ฝ๏ฝ๏ฝ๏ฝ ๏ฝ๏ฝ
๏ฝ๏ฝ๏ฝ-
11 September 2025 - SK Mendulong telah melaksanakan Sambutan Hari Malaysia dan Majlis Penutupan Bulan Kebangsaan peringkat sekolah dengan penyertaan penuh warga sekolah, YDP PIBG, ibu bapa, serta penjaga murid. Majlis ini dirasmikan oleh YDP PIBG, Encik Ali Ahmad bin Mohd Nur.
Sambutan ini diraikan setiap tahun bagi mengukuhkan pengetahuan murid tentang sejarah negara, memupuk perpaduan, serta menyemai semangat cinta akan tanah air. Program ini juga menjadi platform untuk menonjolkan bakat murid serta mengeratkan hubungan silaturahim seluruh komuniti sekolah.
Pelbagai pengisian menarik telah berlangsung pada hari tersebut, termasuk persembahan tarian sambut, gimik pelancaran, persembahan sajak, persembahan koir, persembahan nyanyian solo serta penyampaian hadiah bagi semua acara Bulan Kebangsaan.
Antara pertandingan dan program sepanjang Bulan Kebangsaan ialah:
1. Majlis Pelancaran Sambutan Hari Kebangsaan & Hari Malaysia
2. Pertandingan Tulisan Kemas (Pantun) Tahap 1
3. Pertandingan Tulisan Berangkai (Sajak) Tahap 2
4. Pertandingan Mewarna Pra Sekolah & Tahap 1
5. Pertandingan Kuiz Kemerdekaan Tahap 2
6. Pertandingan Melafazkan Pantun (Tahap 1)
7. Pertandingan Mendeklamasikan Saiak (Tahap 2)
8. Pertandingan Nyanyian Irama Malaysia
9. Pertandingan Bicara Buku
10. Pertandingan Word Puzzles (Pra Sekolah & Tahap 1)
11. Pertandingan Manga Drawing Contest (Tahap 2)
12. Poetry Recitation (Tahap 1)
13. English Song Contest (Tahap 2)
14. Pertandingan Koir
15. Pertandingan Kelas Patriotik SK Mendulong
16. Pertandingan Ink Merdeka (Tahap 2)
17. Pertandingan Mencipta Mercu Tanda (Tahap 2)
18. Info Merdeka
19. Jiwa Merdeka (Tahap 1)
Ucapan terima kasih kepada KRT Mendulong atas sumbangan dan sokongan yang diberikan, serta tahniah kepada semua panitia yang terlibat kerana kerjasama padu daripada setiap panitia telah memastikan program ini berjalan dengan lancar dan berjaya, sekali gus menyemai semangat patriotik dalam diri setiap warga SK Mendulong . Semoga semangat patriotik terus subur dalam diri setiap warga SK Mendulong โ Temaden Feribatun Nau Luk Felaba Do.