SAN Kg. Naluyan

SAN Kg. Naluyan Assalamualaikum & Selamat Sejahtera. Utk makluman, ini merupakan page rasmi Sekolah Agama Negeri (SAN) Kg. Naluyan, Sipitang.

Insya-Allah segala maklumat dan info berkaitan sekolah akan kami hebahkan di sini.

Hari ini dan esuk 😊Jom daftarkan anak anda ke sekolah agama 🥰"Pendidikan agama yang kukuh adalah asas lahirnya generasi ...
04/12/2025

Hari ini dan esuk 😊
Jom daftarkan anak anda ke sekolah agama 🥰

"Pendidikan agama yang kukuh adalah asas lahirnya generasi berakhlak mulia.”

Assalamualaikum Jom daftarkan anak2 anda ke sekolah SAN KG. NALUYAN/SAN KG. MELALIAInsyaAllah, pendaftaran akan dibuka p...
01/12/2025

Assalamualaikum
Jom daftarkan anak2 anda ke sekolah SAN KG. NALUYAN/SAN KG. MELALIA
InsyaAllah, pendaftaran akan dibuka pada 4&5 Disember 2025.
Sila bawa dokumen-dokumen seperti yang tertera di dalam gambar
Terima kasih 🥰

Innalillahi wainna ilaihi rojiunPerkhabaran duka yang kami warga sekolah terima sangat meruntun jiwa. Apa tidaknya, baru...
19/07/2025

Innalillahi wainna ilaihi rojiun
Perkhabaran duka yang kami warga sekolah terima sangat meruntun jiwa. Apa tidaknya, baru beberapa bulan anakanda Zara Qairina melangkah ke alam sekolah menengah, kini meninggalkan kenangan yang tidak dapat kami lupakan.

Pemergian beliau turut dirasai oleh kami para guru dan rakan-rakan yang mengenalinya.
Anakanda Zara sangat baik, ceria, manja, peramah dan sentiasa menegur kami, guru-gurunya. Ada sahaja celotehnya yang menghiburkan suasana. Beliau juga antara pelajar yang cemerlang di sekolah.

Kenangan bersama beliau akan sentiasa tersemat dalam ingatan kami.
Semoga roh beliau dicucuri rahmat Allah dan ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman..Aamin
Salam takziah dari kami warga SAN Kg. Naluyan. Semoga seluruh ahli keluarga diberikan kekuatan dan ketabahan menghadapi dugaan ini.
Tulus ikhlas daripada kami, warga pendidik SAN Kg. Naluyan, Sipitang.

📌Peperiksaan Sijil Rendah Ugama (SRU) - 2024🗓️11-15 November 2024⌚8.00 pagi - 12.30 tengahari (Isnin- Khamis)      8.00 ...
11/11/2024

📌Peperiksaan Sijil Rendah Ugama (SRU) - 2024
🗓️11-15 November 2024
⌚8.00 pagi - 12.30 tengahari (Isnin- Khamis)
8.00 pagi - 11.30 pagi (Jumaat)

Bittaufiq Wannajah utk semua calon peperiksaan SAN Zon Mesapol
Warga pendidik SAN Zon Mesapol mendoakan agar dimudahkn murid-murid untuk menjawab soalan bermula hari ini hingga hri Jumaat..dikuatkn ingatan, ditajamkan fikiran, dikurniakan idea yg bernas utk menjawab soalan..aamin 🤲

Bengkel Pecutan Akhir SRU (Zon Mesapol)Semoga smua calon peperiksaan SAN Naluyan & SAN Melalia beroleh kejayaanAamin 🤲🤲🤲...
04/11/2024

Bengkel Pecutan Akhir SRU (Zon Mesapol)
Semoga smua calon peperiksaan SAN Naluyan & SAN Melalia beroleh kejayaan
Aamin 🤲🤲🤲

{﷽}السلام عليكم ورحمة الله وبركاته📌 *CUTI PERSEKOLAHAN PENGGAL PERTAMA SESI 2024/2025*(25/05/2024 - 02/06/2024)Sabtu - A...
26/05/2024

{﷽}
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

📌 *CUTI PERSEKOLAHAN PENGGAL PERTAMA SESI 2024/2025*
(25/05/2024 - 02/06/2024)
Sabtu - Ahad

📌 *CUTI UMUM HARI KEPUTERAAN YANG DI-PERTUAN AGONG*
(03/06/2024)
Isnin

Sesi persekolahan akan disambung semula pada *04/06/2024 (Selasa)*.

22/05/2024
16/05/2024

Kami ucapkan SELAMAT HARI GURU kepada semua insan yg bergelar guru, khususnya kepada guru-guru Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) 🥰
Ikhlas dari kami warga pendidik SAN Kg. Naluyan & SAN Melalia Sipitang
"GURU JAUHARI DIGITAL ASPIRASI NEGARA MADANI"

BISMILLAHIRAHMANIRRAHIMASSALAMUALAIKUM W.B.T.Tuan/PuanPERKHIDMATAN KAUNTER BEGERAK TABUNG HAJIPihak kami mengalu-alukan ...
02/05/2024

BISMILLAHIRAHMANIRRAHIM

ASSALAMUALAIKUM W.B.T.

Tuan/Puan

PERKHIDMATAN KAUNTER BEGERAK TABUNG HAJI

Pihak kami mengalu-alukan kehadiran Tuan/Puan ke Program di atas pada ketetapan berikut :-

📍Tempat : SAN NALUYAN DAN MELALIA SIPITANG
🗓️ Tarikh / Hari : 02/05/2024 - KHAMIS
⏰ Masa : 2:00 Petang Hingga Selesai

👨🏻‍💻Perkhidmatan yang disediakan : -

🎯 Pembukaan Akaun (RM 2 sahaja)
🎯 Simpanan Wang Tunai
🎯 Daftar THiJARI
🎯 Daftar TH Khairat
🎯 Kemaskini Maklumat Peribadi
🎯 Daftar Haji
🎯 Umrah
🎯 Potongan Gaji dan banyak lagi

🔖Dokumen yang perlu dibawa bersama :-

🔔Kad Pengenalan Yang Asal ( 18 Tahun Ke Atas )
🔔 Siji Lahir atau Mykid Yang Asal Dan Salinan Sekiranya Ada ( 18 Tahun Ke Bawa )

☎️Sebarang pertanyaan bolehlah rujuk dengan Pegawai Pemasaran Kami :-

HJ. MOHD FAIZAL BIN HJ. BOYOT
📞 No. Tel: 0172281712 /
087212433

Sekian Dan Terima Kasih

🕋
🕋

Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin buat seluruh warga SAN KG. NALUYAN 🥰♥️
10/04/2024

Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin buat seluruh warga SAN KG. NALUYAN 🥰♥️

11/02/2024

Berakhirnya sesi persekolahan sesi 2023/2024, begitulah berakhirnya khidmat seorang guru berdedikasi di SAN Zon Mesapol.

Hilang sebutir permata yang banyak menabur jasa dan bakti sepanjang berkhidmatan beliau di sini.

Doa kami agar beliau terus menyinar dengan cemerlang dan jayanya di sekolah baharu dan rahmat Allah SWT sentiasa mengiringi langkahmu, USTAZAH RUZANNA BINTI GANI.

Budimu tidak akan kami lupakan. Terima kasih atas segalanya. 🥰🥰🥰

Kredit: Ustaz Mohd Sahrul Mastuli

Address

Kampung Naluyan
Sipitang
89857

Opening Hours

Monday 13:30 - 17:00
Tuesday 13:30 - 17:00
Wednesday 13:30 - 17:00
Thursday 13:30 - 17:00
Friday 13:30 - 17:00

Telephone

+60138770990

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SAN Kg. Naluyan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to SAN Kg. Naluyan:

Shortcuts

Share

Category