Sek Keb Kuala Mengalong

Sek Keb Kuala Mengalong Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Sek Keb Kuala Mengalong, School, Sipitang.

syukur Alhamdulillah…Sekalung penghargaan ditujukan kepada guru-guru sekalam terutama kepada penyelaras Program G-Force ...
20/04/2026

syukur Alhamdulillah…Sekalung penghargaan ditujukan kepada guru-guru sekalam terutama kepada penyelaras Program G-Force iaitu Cikgu NUR ZAIMAH ATIRAH BINTI TAUL selaku Guru ICT yang menjadi tulang belakang dalam memastikan setiap perancangan dapat dilaksanakan dengan jayanya.Komitmen, kesungguhan dan pengorbanan yang dicurahkan menjadi pemacu utama kepada kejayaan ini. Sesungguhnya, usaha yang tidak terlihat itulah yang menghasilkan impak yang besar.

Pencapaian ini bukan milik individu, tetapi milik KAMI SEMUA. hasil usaha bersama seluruh Family SK Kuala Mengalong serta bimbingan padu daripada rakan strategik GEG SABAH. Terima kasih atas sokongan yang telah diberikan kepada kami.

Penghargaan khusus kepada mentor GEG Sabah Mohd Idremzizan Idris yang sentiasa membimbing dan membuka ruang pembelajaran baharu kepada kami.

Semoga usaha pendigitalan ini terus memberi impak besar kepada kemenjadian murid.InshaAllah

Sekolah kami hanyalah sebuah sekolah kecil tetapi kami tidak melihat kekurangan sebagai sebuah kelemahan, tetapi sebagai sebuah peluang untuk membina kekuatan untuk kami melangkah lebih jauh.

Sekolah kecil bukan batasan tapi ia adalah ruang dan peluang untuk mencipta impak yang besar.

Yang penting bukan di mana kita bermula, tetapi sejauh mana kita sanggup pergi.

SK Kuala Mengalong, Sipitang telah bersama dengan GEG untuk mendapatkan bantuan bimbingan dan sokongan pendigitalan serta pensijilan pengiktirafan Google sehingga mereka menjadi sekolah pertama di Sipitang dengan pensijilan ini.

Selepas itu mereka telah mengikuti program GEG Sabah yang dinamakan Sekolah GEG yang akan merangkumi pensijilan, latihan bimbingan, pembudayaan digital yang melibatkan Chromebook yang ada disekolah mereka dan ini telah turut meningkatkan penggunaan DELIMa dikalangan murid dan guru mereka.

Kami di GEG Sabah tumpang bangga dengan pencapaian ini. Tahniah GB Achien serta terima kasih kerana terus bersama kami sebagai rakan strategik pendigitalan sekolah.

Arus pensijilan Google ini siapa pun boleh dapatkannya sekarang tetapi untuk sampai ke fasa pembudayaan digital ini yang ramai masih berada ditahap perlu dibantu.

GEG Sabah
20 April 2026

Sambutan Hari Raya 2026
10/04/2026

Sambutan Hari Raya 2026

Enjoy the videos and music you love, upload original content, and share it all with friends, family, and the world on YouTube.

10/04/2026
🌿✨ Makluman Cuti Sekolah ✨🌿Warga SK Kuala Mengalong, ambil maklum ya! 😊📅 02 April 2026 (Khamis) – Cuti Peristiwa📅 03 Apr...
01/04/2026

🌿✨ Makluman Cuti Sekolah ✨🌿

Warga SK Kuala Mengalong, ambil maklum ya! 😊

📅 02 April 2026 (Khamis) – Cuti Peristiwa
📅 03 April 2026 (Jumaat) – Good Friday

🎒 Murid-murid akan kembali ke sekolah pada:
👉 06 April 2026 (Isnin)

💡 Sepanjang cuti:
✔ Gunakan masa dengan aktiviti berfaedah
✔ Jaga diri & keselamatan

Jumpa lagi di sekolah nanti! 🌈

🌞 MAKLUMAN PENGOPERASIAN SEKOLAH SEMASA CUACA PANAS 🌞Assalamualaikum dan salam sejahtera,Dimaklumkan bahawa pihak sekola...
29/03/2026

🌞 MAKLUMAN PENGOPERASIAN SEKOLAH SEMASA CUACA PANAS 🌞

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Dimaklumkan bahawa pihak sekolah akan meneruskan sesi persekolahan seperti biasa sepanjang perubahan cuaca panas. Walau bagaimanapun, beberapa langkah penyesuaian telah diambil bagi memastikan keselesaan dan keselamatan murid serta warga sekolah:

✅ Aktiviti luar bilik darjah akan dikurangkan atau dijalankan pada waktu yang lebih sesuai.

✅ Murid digalakkan membawa bekalan air minuman secukupnya

✅ Pemakaian pakaian yang bersesuaian dan selesa adalah amat digalakkan.

✅ Aktiviti PdP yang melibatkan aktiviti luar akan disusun dengan mengambil kira keadaan cuaca semasa.

Oleh yang demikian, Ibu bapa/penjaga dinasihatkan agar sentiasa memastikan kesihatan anak-anak berada dalam keadaan baik sebelum hadir ke sekolah.

Kerjasama semua pihak amat dihargai dalam memastikan kesejahteraan murid sentiasa terpelihara.

Sekian, terima kasih.

19/03/2026

Kadang-kadang persiapan raya penuh dengan huru-hara dan kelam-kabut. Ada yang sibuk memasak, menghias rumah, mencari baju raya, dan menyiapkan segala yang belum sempurna.

Namun di sebalik semua kekalutan itu, ada sesuatu yang lebih bermakna.

🤣 Gelak tawa.
❤️ Kasih sayang.
💃Kebersamaan.
🤝 Kerjasama

Kerana sebenarnya, raya bukanlah tentang kesempurnaan. Raya adalah tentang hati yang saling memaafkan dan keluarga yang saling menghargai.

Walau huru-hara sekalipun,
selagi kita bersama… raya tetap paling bahagia. Gelak tawa yang tercipta dalam kekalutan itulah yang sebenarnya membina kenangan terindah dalam sebuah keluarga dan komuniti.

Semoga semangat kebersamaan ini terus mekar, mengikat kita sebagai sebuah keluarga besar SekAlam.

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
Maaf Zahir dan Batin.

Putri Achien

17/03/2026

Hari raya merupakan masa yang amat bermakna untuk kita mengeratkan silaturahim, memupuk kasih sayang dalam keluarga serta mensyukuri segala nikmat yang dikurniakan. Gunakanlah cuti ini dengan sebaiknya bersama keluarga tersayang.

Semoga Hari Raya ini membawa kegembiraan, keberkatan dan kenangan indah buat kita semua.

Jangan lupa untuk sentiasa menjaga keselamatan, menghormati ibu bapa, dan mengamalkan nilai murni walau di mana kita berada.

SELAMAT HARI RAYA - MAAF ZAHIR DAN BATIN buat seluruh keluarga besar SeKaLAM

Putri Achien

Bacaan Yaasin & Perkongsian Hadith 40
02/03/2026

Bacaan Yaasin & Perkongsian Hadith 40

Ceramah Perdana Ramadhan & Majlis Berbuka Puasa SK Kuala Mengalong
01/03/2026

Ceramah Perdana Ramadhan & Majlis Berbuka Puasa SK Kuala Mengalong

Buat seluruh Family SeKaLAM selamat menjalani Ibadah Puasa. Moga semua sihat walafiat dan dapat melaksanakan ibadah puas...
18/02/2026

Buat seluruh Family SeKaLAM selamat menjalani Ibadah Puasa. Moga semua sihat walafiat dan dapat melaksanakan ibadah puasa dengan sempurna. Aamiinn

13/02/2026

Selamat bercuti kepada semua anak-anak SeKaLAM. Manfaatkan cuti sekolah dengan aktiviti yang berfaedah, luangkan masa bersama keluarga dan jangan lupa jaga keselamatan diri walau di mana berada.

Semoga kembali ke sekolah nanti dengan azam dan semangat yang lebih tinggi.

Address

Sipitang
89857

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Sek Keb Kuala Mengalong posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Sek Keb Kuala Mengalong:

Shortcuts

Share

Category