20/02/2023
19 Februari 2023, Telah berlangsungnya Majlis Apresiasi Kecemerlangan PGDE A221 dan Penghargaan kepada Semua AJK Program yang telah dijalankan, Syabas dan Tahniah diucapkan kepada semua.
Melalui majlis ini, kita meraikan semua pelajar PGDE yang memperoleh markah purata nilai gred kumulatif (CGPA) 3.90 dan ke atas pada semester lepas. Untuk makluman, nilai min CGPA keseluruhan pelajar Diploma Pascasiswazah Pendidikan (PGDE) adalah sebanyak 3.86. Sebanyak 158 daripada 377 pelajar iaitu 46.7% mencapai purata gred melebihi 3.90 dan ke atas.
Selain itu, program ini juga mengiktiraf komitmen pelajar yang terlibat secara aktif sebagai ahli-ahli jawatankuasa program-program khas PGDE yang telah dan sedang dijalankan seperti
a. Program Adiwiraku: Inspirasi dan Aspirasi daripada Guru Cemerlang Kedah yang membawa kepada perkongsian pengalaman dan laluan kerjaya guru-guru cemerlang dalam pelbagai subjek dan prospek,
b. Program Seronoknya Membaca 1.0, satu program CSR yang mengambil inisiatif untuk mengenalpasti masalah literasi dan menggalakkan aktiviti membaca dalam kalangan anak-anak staf dan komuniti di sekitar UUM,
c. Program ICT Edu Skill yang merupakan usaha memberi pendedahan dan bimbingan hands on kepada para pelajar PGDE sendiri dalam aplikasi Canva untuk membangunkan bahan PdP digital yang menarik dan berkesan
d. dan juga Majlis Apresiasi Kecemerlangan Pelajar Program PGDE ini.
Tahniah sekali lagi diucapkan dan semoga semua pelajar PGDE UUM akan sentiasa maju jaya dan bermotivasi untuk menjadi pendidik yang cemerlang!