19/09/2017
[ANNUAL GRAND MEETING 2017]
COLGIS - Persatuan Pengurusan Awam UUM hari ini 19 September 2017 telah mengadakan mesyuarat tahunan yang ke-33 untuk melantik kepimpinan baharu persatuan ini bagi sesi 2017/2018. Pelantikan ini dibuat secara demokrasi untuk memilih semua ahli jawatankuasa yang akan memegang jawatan berkuatkuasa pada hari ini. Dalam pada itu, mensyuarat ini juga adalah bagi mengumumkan bahawa kepimpinan persatuan bagi sesi 2016/2017 telah dibubarkan serta merta.
Persatuan Pengurusan Awam juga ingin mengucapkan setinggi-tingi terima penghargaan kepada kepimpinan lalu kerana telah banyak berjasa dan menaikkan nama baik persatuan di peringkat universiti, kebangsaan dan antarabangsa. Segala pencapaian ini amat dihargai dan turut membanggakan seluruh pelajar pengurusasn awam umumnya.
Oleh itu, pihak kami juga ingin mengucapkan tahniah kepada kepimpinan baharu kerana terpilih untuk menerajui persatuan tertua di Universiti Utara Malaysia ini. Semoga anda semua dapat memberikan komitmen yang tinggi untuk berbakti kepada seluruh pelajar pengurusan awam, pusat pengajian, universiti dan seterusnya untuk masyarakat.
"MENTADBIR, MEMIMPIN"
Persatusan Pengurusan Awam,
Kolej Undang-undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa,
Universiti Utara Malaysia.