Ghazali Shafie Graduate School of Government

Ghazali Shafie Graduate School of Government Serving The Global Community He was also one of Malaysia’s founding fathers and well respected as a visionary diplomat and strategic thinker.

ABOUT US GSGSG

Since its establishment, the Ghazali Shafie Graduate School of Government (GSGSG) has acquired the reputation as a leading research and graduate teaching institution in various domains ranging from international affairs, public management, international business, law, tourism and hospitality in the Asia Pacific Region. The Ghazali Shafie Graduate School of Government will catapult

three institutes under its stable namely Institute of Governance, Innovation Studies (IGIS), Institute for Malaysian Political Analysis (MAPAN) and Institute for Indonesia, Thailand and Singapore (ITS) as a key component institutes focusing on research to serve national and regional needs to the next level besides enhancing Malaysia’s standing as a regional and international hub for higher education and research. Ghazali Shafie Graduate School of Government name also serves to honour the contributions of the late Tan Sri Ghazali Shafie who held various Cabinet appointments until his retirement. The School has been successful in attracting top quality students including many in important government positions. These include promising Indonesian and Malaysian politicians’, academicians and military officers

23 Disember 2025 / 21 Jamadilakhir 1447“UUM: UNIVERSITI PENGURUSAN TERKEMUKA”(THE EMINENT MANAGEMENT UNIVERSITY)Oleh: Mu...
29/12/2025

23 Disember 2025 / 21 Jamadilakhir 1447
“UUM: UNIVERSITI PENGURUSAN TERKEMUKA”
(THE EMINENT MANAGEMENT UNIVERSITY)

Oleh: Muhammad Irwan bin Nazmi
Gambar oleh: Puan Zaiton Kunhali

BADMINTON ACTIVITY STRENGTHEN STAFF BONDING AT GSGSG

On 23 December 2025, a recreational badminton activity was successfully held by GSGSG at the Universiti Utara Malaysia (UUM) Sports Centre. The activity began at 8.30 p.m. and received a very enthusiastic participation from staff involved.

The program started with a warm-up session led by Encik Rafaie Md Tahir before the badminton matches commenced. The matches were carried out in a cheerful, healthy, and sportsmanship atmosphere, giving the staff the opportunity to relax and interact outside the formal working environment.

After the matches, it continued with a prize-giving ceremony. First place was won by Encik Rafaie Md Tahir and Muhammad Irwan Nazmi, followed by second place by Puan Norash*ta Abdul Razak and Encik Mohd Affendy Hashim, while third place was secured by Encik Shukri Kamarudin and Cik Dania Azieyanti Zulkafli. The program then continued with a refreshment session at Taman Rekreasi nearby PKKU, which was sponsored by Encik Jafri Ishak. This session further enhanced the friendly atmosphere and strengthened the bond among the staff.

Overall, the activity successfully achieved its objective of promoting a healthy lifestyle and fostering a positive and harmonious working environment among GSGSG staff.

End.

9 December 2025 / 18 Jamadilakhir 1447“UUM: UNIVERSITI PENGURUSAN TERKEMUKA”(THE EMINENT MANAGEMENT UNIVERSITY)Oleh: MUH...
29/12/2025

9 December 2025 / 18 Jamadilakhir 1447
“UUM: UNIVERSITI PENGURUSAN TERKEMUKA”
(THE EMINENT MANAGEMENT UNIVERSITY)

Oleh: MUHAMMAD IRWAN BIN NAZMI
Gambar oleh: MUHAMMAD IRWAN BIN NAZMI

UUM EKSA PROGRAM BRINGS ALL COMMUNITY TOGETHER BY SOCIAL ACTIVITIES

On 9 December 2025, Universiti Utara Malaysia (UUM) held the Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) program, bringing the slogan “Suasana Kondusif, Kerja Efektif”. The program was held near the ostrich park, Bougainvillea as the main zone. The program began at 8.30 p.m. and received an active participation from all the staff.

The program started with a cheerful aerobic session led by Assoc. Prof. Dr. Lily Julienti binti Abu Bakar, the Director of Pusat Alumni. It is one of the ways to encourage a healthy lifestyle and to strengthen the community bonding. The activities received a very good response from the staff, as it also created an energetic and cheerful feeling.

After the aerobic session, it continued with the “makan-makan” session, through this it allows them to interact, relax, and foster closer their relationships between different departments. With nasi lemak and variety of kuih-muih selection, it provides a warm and friendly atmosphere for everyone.

To conclude the event, a group photo session was held involving all the staff. The photo session served as memorable capturing moment, showing the bond of staff from various department in ensuring that the EKSA program for this year was a success.

With EKSA program, it shows that UUM is really committed in creating an organized, clean and efficient working environment, which make it align with EKSA’s slogan, “Suasana Kondusif, Kerja Efektif”.

End.

3MT Returns! Powered by Passion, Backed by AHSGS, OYAGSB & GSGSGAre you a PhD candidate with a passion for your research...
23/04/2025

3MT Returns! Powered by Passion, Backed by AHSGS, OYAGSB & GSGSG

Are you a PhD candidate with a passion for your research?

Think you can present your PhD thesis in just 3 minutes?

Now’s your chance to shine at the 3MT University-Level Competition!
🎤 Showcase your research
🧠 Sharpen your communication skills.
🏆 Compete for exciting prizes.
🌍 Inspire across disciplines.

Let your ideas speak loud and clear.

📌 Join the 3MT Briefing Session
🗓️ 27 April 2025 (Sunday)
🕒 2.30 PM
📍 https://shorturl.at/pqoMX (Webex Platform]
Meeting password: 3MT270425

Supervisors are also encouraged to attend this session!

Thank you.

[PEMAKLUMAN] TAWARAN PENAJAAN PROGRAM MYBRAIN 2.0, KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI BAGI SESI AKADEMIK 2025/2026🗓 Tawaran p...
13/04/2025

[PEMAKLUMAN] TAWARAN PENAJAAN PROGRAM MYBRAIN 2.0, KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI BAGI SESI AKADEMIK 2025/2026
🗓 Tawaran penajaan Program MyBrain 2.0 kini dibuka mulai 9 April 2025 sehingga 8 Mei 2025.
✅ Program ini dibuka kepada orang awam tidak bekerja atau tidak berpendapatan tetap dan pensyarah-pensyarah Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS) terpilih untuk melanjutkan pengajian di peringkat Ijazah Sarjana dan Ijazah Kedoktoran di Universiti Awam (UA) dalam negara bagi sesi akademik 2025/2026.
📌 Bidang pengajian :
🔹 Keutamaan dalam Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM); dan
🔹 Sains Sosial dan Sastera Ikhtisas terpilih.
🌐 Maklumat lanjut boleh dirujuk melalui pautan: https://biasiswa.mohe.gov.my/MyBrain2/

"UUM : UNIVERSITI PENGURUSAN TERKEMUKA"            (THE EMINENT MANAGEMENT UNIVERSITY)Oleh: Encik Nor Afiq Abd RazakGamb...
27/03/2025

"UUM : UNIVERSITI PENGURUSAN TERKEMUKA"
(THE EMINENT MANAGEMENT UNIVERSITY)

Oleh: Encik Nor Afiq Abd Razak
Gambar oleh: GSGSG, UUM COLGIS

‘IFTAR PERDANA GSGSG 2025 BERSAMA PELAJAR PASCASISWAZAH DAN PENJAWAT UTAMA UUM COLGIS: MENGERATKAN UKHWAH BERSAMA’

Pada 19 Mac 2025 Rabu (18 Ramadhan 1446H), Ghazali Shafie Graduate School of Government (GSGSG) telah menganjurkan program University Social Responsibility (USR) serta majlis berbuka puasa bersama pelajar pascasiswazah dan penjawat utama UUM COLGIS di EDC UUM.

Ghazali Shafie Graduate School of Government (GSGSG) turut menjemput tetamu daripada ahli Mesyuarat JIL UUM COLGIS, penjawat utama universiti, Pengarah Pusat Zakat & Waqaf UUM, para asnaf daerah Changlun, staf UPSB serta pelajar pascasiswazah UUM COLGIS yang berada di Kampus UUM.

Majlis dimeriahkan lagi dengan sumbangan bakul ramadhan kepada para asnaf Changlun dan staf UPSB yang telah disediakan oleh pihak Ghazali Shafie Graduate School of Government (GSGSG) hasil sumbangan tunai dari Tabung Zakat, Pusat Zakat & Wakaf UUM.

Sementara itu, Dekan GSGSG, Prof. Dr. Rusdi Bin Omar dalam ucapannya berharap majlis iftar ramadhan yang dilaksanakan ini dapat merapatkan lagi silaturrahim sesama staf, pelajar pascasiswazah dan penduduk setempat.

Di samping itu, Prof. Dr Rusdi Omar juga berharap agar hubungan baik antara GSGSG dengan para pelajar pascasiswazah dapat terus dikekalkan pada masa akan datang.

Turut hadir dan memeriahkan lagi majlis ialah Dr. Mohamad Zulkurnai Ghazali, Pengarah Pusat Zakat & Wakaf UUM dan beberapa pelajar VVIP serta alumni UUM COLGIS.

Habis.

25 FEBRUARI 2025 / 26 SHA’BAN 1446H=============================“UUM : UNIVERSITI PENGURUSAN TERKEMUKA” (THE EMINENT MAN...
05/03/2025

25 FEBRUARI 2025 / 26 SHA’BAN 1446H
=============================
“UUM : UNIVERSITI PENGURUSAN TERKEMUKA”
(THE EMINENT MANAGEMENT UNIVERSITY)

Oleh: Nur Nabila Natasha Othman
Gambar oleh: Nur Farzana Fuad
AKTIVITI RIADAH KELAB KEBAJIKAN DAN REKREASI GSGSG

Pada 25 Februari 2025, Kelab Kebajikan dan Rekreasi Ghazali Shafie Graduate School of Government (GSGSG) telah mengadakan aktiviti riadah bertempat di Stadium Pusat Sukan UUM dan kawasan sekitar UUM. Antara aktiviti riadah yang telah diadakan ialah Aerodance anjuran Pusat Kaunseling UUM dan Brisk Walk sejauh 3 kilometer di sekitar kawasan UUM. Aktiviti riadah yang diadakan ini bertujuan untuk memperkukuh semangat kerjasama di kalangan kakitangan serta menggalakkan gaya hidup sihat.

Aktiviti ini dimulakan pada jam 8:30 pagi dengan senaman pemanasan badan diikuti dengan acara Aerodance yang menarik perhatian ramai. Seterusnya, setelah selesai sesi Aerodance selama satu jam, aktiviti ini diteruskan dengan Brisk Walk sejauh 3 kilometer. Pihak pengurusan Kelab Kebajikan dan Rekreasi GSGSG turut menyediakan makanan dan minuman ringan untuk semua peserta sebagai sebahagian daripada usaha untuk memastikan semua kakitangan kekal bertenaga sepanjang aktiviti.

Menurut Dekan GSGSG, Prof. Dr. Rusdi Omar, program riadah seperti ini adalah salah satu langkah untuk mempereratkan hubungan antara rakan sekerja di luar pejabat. Selain daripada meningkatkan kesihatan fizikal, aktiviti seperti ini memberi peluang kepada kakitangan untuk berinteraksi dalam suasana yang lebih santai dan mesra. Diharapkan aktiviti sebegini akan diteruskan setiap tahun bagi memastikan kesejahteraan serta keharmonian di tempat kerja.

Aktiviti ini berakhir pada pukul 12.00 tengah hari. Semua peserta berpuas hati dengan aktiviti tersebut dan berharap lebih banyak program riadah akan dianjurkan pada masa akan datang.

Habis.

15 JANUARI 2025 / 15 REJAB 1446H=============================“UUM : UNIVERSITI PENGURUSAN TERKEMUKA”            (THE EMI...
21/01/2025

15 JANUARI 2025 / 15 REJAB 1446H
=============================

“UUM : UNIVERSITI PENGURUSAN TERKEMUKA”
(THE EMINENT MANAGEMENT UNIVERSITY)

Oleh: Nur Nabila Natasha Othman
Gambar oleh: Nur Syahiddatul Najwa Mohamad Sahrum Nizam (Pelajar Praktikum)

UUM COLGIS TERIMA KEMASUKAN 33 PELAJAR BAHARU PASCASISWAZAH

UUM COLGIS telah menerima kemasukan seramai 33 orang pelajar baharu pascasiswazah bagi trimester kedua sesi 2024/2025 (Sesi A242). Daripada jumlah tersebut, 25 pelajar merupakan pelajar tempatan, manakala 8 lagi adalah pelajar antarabangsa dari pelbagai negara yang membawa bersama kepelbagaian budaya dan pengalaman.

Sehubungan dengan itu, satu sesi pendaftaran dan taklimat pengajian telah diadakan secara bersemuka pada 8 Januari 2025 bagi menyambut kedatangan pelajar baharu ini. Dekan Ghazali Shafie Graduate School of Government (GSGSG), Prof. Dr. Rusdi Omar, dalam ucapannya mengalu-alukan kedatangan pelajar baharu UUM COLGIS ke UUM dan mengucapkan tahniah kerana memilih universiti ini untuk melanjutkan pengajian.

Beliau turut menerangkan kepentingan bagi pelajar baharu untuk memanfaatkan peluang ini dalam meneroka perkara baharu, mengambil tanggungjawab penuh terhadap pembelajaran mereka serta menghargai perbezaan budaya dengan bergaul bersama pelajar dari pelbagai negara.

“Jadikan pengajian di UUM ini sebagai satu perjalanan yang mencabar tetapi menarik. Rebut peluang ini untuk belajar dan memperolehi pengetahuan baru, sekali gus membangunkan kemahiran baru serta meningkatkan sifat keperibadian yang baik,” ujarnya.

Sementara itu, Timbalan Dekan GSGSG, Prof. Madya Dr. Kamarul Azman Khamis, menzahirkan ucapan tahniah dan selamat datang kepada pelajar baharu di bumi Sintok bagi melanjutkan pengajian pascasiswazah. Beliau turut menyampaikan taklimat akademik manakala pengerusi program dari setiap pusat pengajian di UUM COLGIS memberi penerangan mendalam berkenaan program yang ditawarkan.

Taklimat tentang kemudahan dan fasiliti di Perpustakaan Sultanah Bahiyah (PSB) telah diberikan oleh Pn. Noraini Alias dari PSB dan dikongsikan dalam whatsapp group pelajar baharu sementara En. Mohd Solehhuddin Ab Mutalib dari UUMIT menyampaikan penerangan tentang penggunaan Portal UUM.

Habis.

18 DISEMBER 2024 / 17 JAMADILAKHIR 1446H=============================“UUM : UNIVERSITI PENGURUSAN TERKEMUKA” (THE EMINEN...
18/12/2024

18 DISEMBER 2024 / 17 JAMADILAKHIR 1446H
=============================
“UUM : UNIVERSITI PENGURUSAN TERKEMUKA”
(THE EMINENT MANAGEMENT UNIVERSITY)

Oleh: Nur Nabila Natasha Othman
Gambar oleh: Syahiddatul Najwa Mohamad Sahrum Nizam (Pelajar Praktikum)
SESI INTERAKTIF GSGSG: DEMONSTRASI PENGGUNAAN SISTEM MODUL PERTAHANAN CADANGAN (INTENT TO SUBMIT FOR PROPOSAL DEFENCE)

Pada 11 Disember 2024, Ghazali Shafie Graduate School of Government (GSGSG) telah mengadakan Sesi Demo Sistem Modul Pertahan Cadangan yang dikhususkan untuk para staf UUM COLGIS yang terlibat dalam proses kerja berkaitan pertahan cadangan. Program ini berlangsung di Makmal Komputer Eksekutif (MKE), Pusat Konvensyen Universiti Utara Malaysia (UUM). Peserta yang mengikuti sesi demo ini adalah terdiri daripada penyelia dan wakil staf Pusat Pengajian Undang-Undang (SoL), Pusat Pengajian Kerajaan (SoG), Pusat Pengajian Antarabangsa (SoIS), dan Pusat Pengajian Pengurusan Pelancongan, Hospitaliti dan Acara (STHEM).
Sesi demo ini merupakan inisiatif untuk membantu staf pusat pengajian menguruskan sesi mempertahankan cadangan (proposal defence) penyelidikan pelajar pascasiswazah penyelidikan, yang akan bermula pada 1 Januari 2025. Encik Abd. Rahman Mohd Isa, Ketua Penolong Pengarah UPS HEA, telah menyampaikan panduan komprehensif mengenai penggunaan modul pertahan cadangan melalui portal rasmi UUM. Panduan ini khusus untuk penyelia dan wakil staf dari setiap pusat pengajian bagi memastikan kelancaran pelaksanaan proses tersebut.

Selain itu, sesi ini memberi penerangan terperinci tentang penggunaan sistem dalam talian untuk mempermudahkan proses pertahanan cadangan. Para peserta diberi latihan praktikal untuk memahami setiap langkah dalam modul tersebut, termasuk cara memuat naik cadangan penyelidikan, menetapkan tarikh pertahanan, dan menguruskan sesi secara keseluruhan.

Dengan adanya sistem ini, diharapkan proses pertahanan cadangan dapat dilaksanakan dengan lebih teratur dan mudah, selain meminimumkan kesilapan teknikal yang mungkin berlaku. Para peserta turut berpeluang mengemukakan soalan dan mendapat penyelesaian praktikal daripada Encik Abd. Rahman.

Secara keseluruhannya, sesi ini telah berjalan dengan lancar dan memberi pendedahan yang amat berguna kepada staf terlibat. Ini adalah langkah penting dalam memastikan persediaan yang sempurna bagi pengurusan pertahanan cadangan penyelidikan pelajar pascasiswazah di UUM, sekaligus meningkatkan keberkesanan sistem pengurusan akademik di masa hadapan.

14 NOVEMBER 2024 / 12 JAMADILAWAL 1446H======================================“UUM : UNIVERSITI PENGURUSAN TERKEMUKA”    ...
19/11/2024

14 NOVEMBER 2024 / 12 JAMADILAWAL 1446H
======================================

“UUM : UNIVERSITI PENGURUSAN TERKEMUKA”
(THE EMINENT MANAGEMENT UNIVERSITY)

Oleh: Mohammad Hamiz Haqim Ibrahim
Gambar oleh: Nur Farzana Fuad

UUM COLGIS TERIMA KEMASUKAN 52 PELAJAR BAHARU PASCASISWAZAH

Kehadiran 52 pelajar baharu pascasiswazah di UUM COLGIS bagi kemasukan trimester pertama sesi 2024/2025 (Sesi A241) mengukuhkan lagi komuniti akademik kampus. Daripada jumlah ini, 36 pelajar adalah dari Malaysia, manakala 16 lagi dari pelbagai negara yang membawa bersama kepelbagaian budaya dan pengalaman.

Satu sesi taklimat pendaftaran dan pengajian telah diadakan secara bersemuka pada 11 September 2024 bagi menyambut kedatangan pelajar baharu ini. Dekan Ghazali Shafie Graduate School of Government (GSGSG), Prof. Dr. Rusdi Omar, dalam ucapannya mengalu-alukan kedatangan pelajar baharu UUM COLGIS ke UUM dan mengucapkan tahniah kerana memilih universiti ini untuk melanjutkan pengajian. Beliau turut menerangkan kepentingan bagi pelajar baharu untuk memanfaatkan peluang ini dalam meneroka perkara baharu, mengambil tanggungjawab penuh terhadap pembelajaran mereka serta menghargai perbezaan budaya dengan bergaul bersama pelajar dari pelbagai negara.

“Jadikan pengajian di UUM ini sebagai satu perjalanan yang mencabar tetapi menarik. Rebut peluang ini untuk belajar dan memperolehi pengetahuan baru, sekali gus membangunkan kemahiran baru serta meningkatkan sifat keperibadian yang baik,” ujarnya.

Para pelajar juga dimaklumkan bahawa sesi pengajaran dan pembelajaran untuk trimester ini akan dilaksanakan sepenuhnya secara bersemuka.

Sementara itu, Timbalan Dekan GSGSG, Prof. Madya Dr. Kamarul Azman Khamis, menzahirkan ucapan tahniah dan selamat datang kepada pelajar baharu di bumi Sintok bagi melanjutkan pengajian pascasiswazah. Beliau turut menyampaikan taklimat akademik manakala penyelaras dari setiap pusat pengajian di UUM COLGIS memberi penerangan mendalam berkenaan program yang ditawarkan.

Pustakawan Kanan, Pn. Wan Hanis Kamarruddin dari Perpustakaan Sultanah Bahiyah (PSB) turut memberi taklimat kepada pelajar baharu mengenai kemudahan dan fasiliti yang disediakan oleh PSB, sementara Pegawai Teknologi Maklumat Kanan, En. Mohd Solehhuddin Ab Mutalib dari UUMIT menyampaikan penerangan tentang penggunaan Portal UUM.

Habis.

Congratulation to all graduands class of 2024.Please check your name and confirm your attendance for the 37th Convocatio...
08/10/2024

Congratulation to all graduands class of 2024.

Please check your name and confirm your attendance for the 37th Convocation Ceremony through the UUMCONVO application. The deadline for attendance confirmation is 15 October 2024 (by 12.00 noon).

Click this link to confirm your attendance:
http://hea.uum.edu.my/index.php/convo-convocation

Thank you.

SOFT REMINDER
24/09/2024

SOFT REMINDER

Address

Ghazali Shafie Graduate School Of Government, Universiti Utara
Sintok
06010

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 15:30
Sunday 08:00 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Ghazali Shafie Graduate School of Government posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Ghazali Shafie Graduate School of Government:

Shortcuts

Share

Category