Penghayatan Etika dan Peradaban -Kumpulan 1

Penghayatan Etika dan Peradaban -Kumpulan 1 💙Selamat datang kepada saudara/i yang berminat dan sudi singgah ke laman pages Facebook kami.

Dijemput untuk Like dan Follow page kami untuk mendapatkan perkongsian menarik berkenaan Pemasaran Digital. 💙

6 Platform Pasaran Digital Paling Effektif Berikut adalah beberapa contoh platform pemasaran digital yang popular:1. Goo...
29/12/2024

6 Platform Pasaran Digital Paling Effektif

Berikut adalah beberapa contoh platform pemasaran digital yang popular:

1. Google AdWords: Platform iklan berbayar per klik (PPC) yang membolehkan syarikat untuk mencipta iklan yang akan ditunjukkan dalam hasil carian Google.
2. Facebook Ads: Platform iklan yang membolehkan syarikat untuk mencipta iklan yang akan ditunjukkan di dalam laman Facebook.
3. Instagram Ads: Platform iklan yang sama dengan Facebook, membolehkan syarikat untuk mencipta iklan yang akan ditunjukkan di dalam laman Instagram
4. LinkedIn Ads: Platform iklan yang membolehkan syarikat untuk menjangkau audiens profesional yang spesifik dan menjalinkan hubungan perniagaan yang lebih baik.
5. Twitter Ads: Platform iklan yang membolehkan syarikat untuk mencipta iklan yang akan ditunjukkan di dalam laman Twitter
6. Google Analytics: Alat analitik yang membolehkan syarikat untuk mengukur prestasi laman web dan menyesuaikan strategi pemasaran dengan cepat.

NUR NIESHA NABILLAH BINTI JAFRI
298051

Pemasaran digital berkembang dengan pantas di Malaysia dan kini merupakan taktik utama untuk mengembangkan perniagaan da...
29/12/2024

Pemasaran digital berkembang dengan pantas di Malaysia dan kini merupakan taktik utama untuk mengembangkan perniagaan dalam talian.

Strategi Utama Pemasaran Digital:
Pemasaran Media Sosial: Berhubung dengan pelanggan di Facebook, Instagram, dan TikTok.
E-Dagang: Menjangkau lebih ramai pelanggan melalui Shopee, Lazada, dan Zalora.
SEO (Pengoptimuman Enjin Carian): Meningkatkan keterlihatan tapak web anda di Google.
Pemasaran Influencer: Meningkatkan penukaran dan membina kepercayaan melalui pengaruh tempatan.

Mengapa Pemasaran Digital di Malaysia?
Negara Pertama Telefon Pintar: 90% rakyat Malaysia mengakses internet melalui telefon pintar.
Populasi Muda dan Berorientasikan Teknologi: Generasi muda Malaysia adalah pengguna aktif digital.
Pasaran Pelbagai Budaya: Pelan pemasaran yang disesuaikan dengan budaya tempatan menghasilkan hasil yang lebih berkesan.

TIAH MAY GIE 299708

[USAHA KERAJAAN MEMBANTU USAHAWAN DIGITAL DI MALAYSIA]Kerajaan menyasarkan 10,000 usahawan ekonomi digital di seluruh ne...
25/12/2024

[USAHA KERAJAAN MEMBANTU USAHAWAN DIGITAL DI MALAYSIA]

Kerajaan menyasarkan 10,000 usahawan ekonomi digital di seluruh negara melalui inisiatif Pusat Ekonomi Digital (PEDi) pada tahun depan. Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil berkata PEDi antara usaha kerajaan melahirkan usahawan tempatan e-Dagang selain menggalakkan rakyat menjana pendapatan tanpa perlu berhijrah dari kawasan penempatan.

PEDi ialah inisiatif Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dan Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) serta penyedia perkhidmatan telekomunikasi yang memberi peluang kepada komuniti setempat memperkasa kemahiran digital dan menjana pendapatan melalui platform e-Dagang.

Rujukan: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/kerajaan-sasar-10000-usahawan-ekonomi-digital-di-seluruh-negara-pada-2024-449216

MUHAMMAD SHAUQI BIN MOHD SHAHIDI
297618

[KEJAYAAN MELALUI PEMASARAN DIGITAL: SEORANG GADIS 'INTOVERT' POPULAR DI TIKTOK BUKTI USAHAWAN DIGITAL BERJAYA]Siapa san...
25/12/2024

[KEJAYAAN MELALUI PEMASARAN DIGITAL: SEORANG GADIS 'INTOVERT' POPULAR DI TIKTOK BUKTI USAHAWAN DIGITAL BERJAYA]

Siapa sangka, seorang gadis ‘introvert’ berjaya membuktikan dirinya mampu meraih pendapatan lumayan menerusi perniagaan dalam platform digital. Pemilik Akaun TikTok Ume Cikin atau nama sebenar Ume Nurashikien M. Azhar, 29, berjaya mengaplikasikan kemahiran penggunaan platform digital untuk memasarkan produk acar ikan masin keluarannya.

Berkat kegigihan dan kreativitinya, dia yang mempunyai lebih 400,000 pengikut di TikTok dan 70,000 pengikut di Facebook, berjaya memperoleh nilai jualan mencecah RM30,000 sebulan.

bekas graduan Sarjana Kejuruteraan Pembuatan dan Rekabentuk UTeM, yang menerima anugerah Ikon Keusahawanan Inovasi Wanita, Nurul Hidayah Arshad, 38 tahun tidak mensia-siakan teknik yang dipelajarinya sewaktu menuntut dan mengajar di UTeM untuk menghasilkan aiskrim buatan muslim berkualiti menggunakan inovasi proses pembuatan.

Rujukan: https://www.melakahariini.my/gadis-introvert-popular-di-tiktok-bukti-usahawan-digital-berjaya/

MUHAMMAD SHAUQI BIN MOHD SHAHIDI
297618

[PROGRAM PEMASARAN DIGITAL TAHUN 2024 UNTUK USAHAWAN] Pada 6 - 8 September 2024 yang lalu, program pemasaran digital tel...
25/12/2024

[PROGRAM PEMASARAN DIGITAL TAHUN 2024 UNTUK USAHAWAN]

Pada 6 - 8 September 2024 yang lalu, program pemasaran digital telah diadakan bertempat di Hotel Bahang Bay, Teluk Bahang, Pulau Pinang. Peserta program diberikan pendedahan secara terperinci mengenai konsep pemasaran secara digital.

Fokus utama penganjuran program ini adalah untuk memastikan usahawan bimbingan PERDA memperoleh pengetahuan dan keterampilan yang diperlukan untuk merancang, melaksanakan dan mengoptimumkan strategi pemasaran di platform digital. Program diserikan lagi dengan kehadiran YB Dato’ Haji Rashidi Bin Zinol, Exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

Semoga program seperti ini akan diadakan sekali lagi di seluruh Malaysia bagi memberi pendedahan berkenaan pemasaran digital.

Rujukan: https://www.perda.gov.my/index.php/program-pemasaran-digital-pmd-tahun-2024

MUHAMMAD SHAUQI BIN MOHD SHAHIDI
297618

[Kesilapan Yang Biasa Berlaku Dalam Strategi Pemasaran Digital (Digital Marketing)]Pada hari ini, kempen pemasaran digit...
22/12/2024

[Kesilapan Yang Biasa Berlaku Dalam Strategi Pemasaran Digital (Digital Marketing)]

Pada hari ini, kempen pemasaran digital adalah sesuatu yang amat penting. Ini kerana internet bukanlah satu yang asing lagi. Justeru penggunaan telefon bimbit, media sosial, melayari Google dan juga menonton video di Youtube adalah sesuatu kebiasaannya. Walau bagaimanapun, segalanya menjadi sia-sia sahaja jika anda membuat kesilapan dalam industri pemasaran digital ini. Mari kita kami kongsikan beberapa kesilapan yang biasa buat oleh usahawan dalam industri pemasaran digital supaya dapat memastikan kejayaan perniagaan besar dan kecil.

1. Tidak Mengambil Berat Mengenai Analitik
Analitik membantu usahawan memahami tahap prestasi perniagaan mereka, perkara yang disenangi oleh audien dan penambahbaikan yang boleh dilakukan misalnya kata kunci (keyword). Jangan abaikan analitik jika anda tidak mahu alami kerugian dari segi masa, tenaga dan kewangan.

2. Lebih fokus kepada Kuantiti berbanding Kualiti
Disebabkan terlalu fokus kepada follower dalam pemasaran digital, ramai juga pemilik bisnes yang terlepas pandang mengenai kaedah pemasaran yang baik. Mereka fokus kepada meraih perhatian follower tanpa memikir kandungan promosi mereka itu bagus atau tidak.

3. Mengabaikan Kemudahan Telefon Bimbit
Anda perlu membuat setting yang mesra telefon bimbit. Jika tidak, pengguna telefon bimbit tidak akan dapat melihat paparan dengan betul dan ini menghalang pemahaman mereka. Optimumkan paparan pada telefon bimbit supaya mereka selesa.

MUHAMMAD SHAUQI BIN MOHD SHAHIDI
297618

[PEMASARAN DIGITAL: DARI MEDIA SOSIAL KE SAMBAL PALING LARIS]Perkongsian kalini kami kongsikan berkenaan seorang usahawa...
22/12/2024

[PEMASARAN DIGITAL: DARI MEDIA SOSIAL KE SAMBAL PALING LARIS]

Perkongsian kalini kami kongsikan berkenaan seorang usahawan yanng berjaya melaui pemasaran digital. Media sosial merupakan salah satu platform pemasaran digital yang sangat membantu usahawan sekiranya dimanfaatkan sebainya. Ramai tokoh usahawan Malaysia bermula daripada bawah, dan Khairul Aming ialah contoh 'social media content creator' yang berjaya membina jenama dan perniagaan tersendiri.

Sebagai salah seorang calon top 10 usahawan Malaysia, kejayaannya dengan Sambal Nyet menjadi inspirasi kepada usahawan Malaysia yang ingin menceburi dunia digital. Beliau memanfaatkan pengaruhnya sebagai tokoh usahawan Malaysia untuk membina perniagaan Sambal Nyet yang unik.

Strategi Khairul Aming dalam perniagaan online yang menekankan pemasaran digital (digital marketing) dan kualiti produk menjadi faktor utama kejayaan ini. Sambal Nyet bukan sekadar sambal, tetapi satu jenama yang membawa identiti tempatan.

Tips untuk usahawan Malaysia yang ingin berjaya seperti Khairul Aming ialah fokus pada kualiti produk, penggunaan media sosial secara pintar, dan sentiasa peka terhadap kehendak pelanggan.

MUHAMMAD SHAUQI BIN MOHD SHAHIDI
297618

[STRATEGI PEMASARAN UNTUK PERUSAHAAN KECIL DAN SEDERHANA (PKS)]Perkembangan sektor perusahaan kecil dan sederhana (PKS &...
22/12/2024

[STRATEGI PEMASARAN UNTUK PERUSAHAAN KECIL DAN SEDERHANA (PKS)]

Perkembangan sektor perusahaan kecil dan sederhana (PKS & IKS) hendaklah sentiasa memperkukuhkan lagi establishment serta kredibiliti digital perniagaan . Peluang pemasaran digital perlu dimanfaatkan supaya perniagaan sentiasa maju ke hadapan.

Pemasaran digital akan menjadi lebih sengit apabila lebih banyak perniagaan mula memfokuskan kewujudan digital melalui pelbagai kaedah dan strategi. Pengusaha, peniaga dan pemasar PKS yang mengendali platform digital juga perlu sentiasa cakna terhadap trend pengguna dan motivasi pasaran.

Di sini kami kongsikan kepada anda semua berkaitan 4 fokus pemasaran digital di atas dapat membantu menjana persaingan yang positif dikalangan peniaga, PKS dan IKS untuk kebaikan jangka panjang.

MUHAMMAD SHAUQI BIN MOHD SHAHIDI
297618

📌Pemasaran Digital telah menarik perhatian masyarakat- BAGAIMANA?????📌                                                  ...
14/12/2024

📌Pemasaran Digital telah menarik perhatian masyarakat- BAGAIMANA?????📌
1. Kemudahan Akses dan Interaksi
Pelanggan dapat berinteraksi dengan jenama secara langsung melalui media sosial, laman web, atau aplikasi, menjadikan pengalaman lebih mudah dan pantas.
Contoh: Soalan atau aduan boleh dijawab dalam masa nyata, meningkatkan keyakinan pelanggan.

2. Promosi dan Tawaran Menarik
Pemasaran digital sering menawarkan diskaun eksklusif, jualan kilat (flash sales), atau hadiah percuma yang hanya boleh didapati melalui platform dalam talian.
Contoh: Tawaran eksklusif seperti "Diskaun 20% jika anda membeli melalui aplikasi kami!" boleh menarik perhatian.

3. Kandungan Kreatif dan Menarik
Visual seperti video, gambar, atau infografik yang kreatif lebih mudah menarik minat masyarakat berbanding pemasaran tradisional.
Contoh: Video TikTok atau Instagram Reels yang lucu dan informatif dapat membuat pelanggan terhibur sambil berminat dengan produk.

4. Mudah Membuat Keputusan Pembelian
Pemasaran digital memberikan maklumat lengkap tentang produk, seperti ulasan pelanggan, video demonstrasi, dan perbandingan harga, membantu pelanggan membuat keputusan dengan lebih yakin.

(PREMI AP SATHIYANENTHEN 298586)

[BERHATI-HATI DENGAN PENIPUAN ‘SCAMMER’]Dengan kecanggihan media teknologi, segelintir individu telah menggunakan pemasa...
12/12/2024

[BERHATI-HATI DENGAN PENIPUAN ‘SCAMMER’]

Dengan kecanggihan media teknologi, segelintir individu telah menggunakan pemasaran digital dengan jenayah dalam talian. Pelbagai taktik digunakan untuk memperdayakan mangsa. Antara punca isu ini berlaku kerana sikap mudah percaya terhadap penipuan dalam talian dan kurangnya kesedaran akan isu ini.

Orang ramai diingatkan untuk sentiasa berwaspada akan sebarang iklan yang dijumpai di sosial media untuk mengelakkan diri menjadi mangsa.

MUHAMMAD SHAUQI BIN MOHD SHAHIDI (297618)

[PEMASARAN DIGITAL UNTUK SEMUA USAHAWAN]Lumrah cabaran usahawan kecil di Malaysia adalah kekangan masa untuk memantau op...
09/12/2024

[PEMASARAN DIGITAL UNTUK SEMUA USAHAWAN]

Lumrah cabaran usahawan kecil di Malaysia adalah kekangan masa untuk memantau operasi perniagaan dan menjalankan aktiviti pemasaran secara berkesan pada masa yang sama. Kepentingan teknologi tidak dapat disangkal lagi untuk para usahawan memanfaatkannya untuk memasarkan perniagaan mereka dengan lebih efektif.

Berdasarkan artikel ini, Unifi Business membantu usahawan melalui kempen pemasaran. Naib Presiden Unifi Business, Mohamad Yusman Ammeran berkata solusi digitalisasi yang ditawarkan membantu perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) meluaskan akses pasaran dan meningkatkan produktiviti.

Unifi Business mengambil inisiatif ini demi membantu para usahawan dan memudahkan kerja mereka dalam menjayakan perniagaan. Unifi Business menyediakan perkhidmatan iaitu membantu mengiklankan produk mereka dan perkhidmatan ini dibayar secara ansuran.

MUHAMMAD SHAUQI BIN MOHD SHAHIDI (297618)

Rujukan: https://www.astroawani.com/berita-bisnes/kempen-pemasaran-dilakukan-sepenuhnya-unifi-business-usahawan-498971

07/12/2024

Apa contoh keberkesanan pemasaran digital melalui media sosial di Malaysia? ❓❓❓❓

📚Di Malaysia, terdapat beberapa contoh sukses pemasaran digital melalui media sosial yang menunjukkan bagaimana platform ini dapat digunakan secara efektif untuk meningkatkan penjualan dan kesedaran merek. Berikut adalah beberapa contoh utama:📚

1. TikTok Shop ✅
TikTok Shop telah menjadi fenomena di kalangan peniaga di Malaysia, dengan lebih dari 1 juta penjual aktif dan 1.7 juta pencipta konten. Platform ini menggabungkan elemen hiburan dan perdagangan, membolehkan penjual mempromosikan produk mereka melalui sesi langsung dan video interaktif. Kategori produk yang paling laris termasuk kecantikan, fesyen, dan barang isi rumah. TikTok Shop memberikan peluang kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) untuk menjangkau pelanggan secara langsung dan meningkatkan hasil jualan mereka.

2. Shopee Live✅
Shopee juga mencatatkan kejayaan besar dengan fitur Shopee Live, di mana pesanan strim langsung meningkat sebanyak 500% pada tahun 2023 berbanding tahun sebelumnya. Dengan lebih dari 1 juta rakyat Malaysia berdaftar untuk menstrim secara langsung, Shopee Live telah menjadi saluran utama bagi peniaga untuk memperkenalkan produk mereka kepada pelanggan. Sekitar 80,000 penjual mengalami peningkatan pendapatan sebanyak 25% tahun ke tahun, menunjukkan keberkesanan platform ini dalam memacu penjualan.

CHELL NARI A/P BON CHUAN (299357) KUMPULAN 1

Address

Universiti Utara
Sintok

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Penghayatan Etika dan Peradaban -Kumpulan 1 posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share