Shamshuritawati Sharif

Shamshuritawati Sharif Official Page of Shamshuritawati Sharif

๐Ÿ“š ๐—ฆ๐˜‚๐—บ๐—บ๐—ฎ๐—ฟ๐˜† ๐—ผ๐—ณ ๐—ง๐˜†๐—ฝ๐—ถ๐—ฐ๐—ฎ๐—น ๐—ฃ๐—ต๐—— ๐—–๐—ฎ๐—ป๐—ฑ๐—ถ๐—ฑ๐—ฎ๐˜๐—ฒ ๐—ฆ๐—ธ๐—ถ๐—น๐—น๐˜€๐Ÿญ. ๐˜ˆ๐˜ค๐˜ข๐˜ฅ๐˜ฆ๐˜ฎ๐˜ช๐˜ค ๐˜ž๐˜ณ๐˜ช๐˜ต๐˜ช๐˜ฏ๐˜จ ๐˜“๐˜ข๐˜ฏ๐˜จ๐˜ถ๐˜ข๐˜จ๐˜ฆCorrect use of technical terms. Precision in gramma...
11/01/2026

๐Ÿ“š ๐—ฆ๐˜‚๐—บ๐—บ๐—ฎ๐—ฟ๐˜† ๐—ผ๐—ณ ๐—ง๐˜†๐—ฝ๐—ถ๐—ฐ๐—ฎ๐—น ๐—ฃ๐—ต๐—— ๐—–๐—ฎ๐—ป๐—ฑ๐—ถ๐—ฑ๐—ฎ๐˜๐—ฒ ๐—ฆ๐—ธ๐—ถ๐—น๐—น๐˜€

๐Ÿญ. ๐˜ˆ๐˜ค๐˜ข๐˜ฅ๐˜ฆ๐˜ฎ๐˜ช๐˜ค ๐˜ž๐˜ณ๐˜ช๐˜ต๐˜ช๐˜ฏ๐˜จ ๐˜“๐˜ข๐˜ฏ๐˜จ๐˜ถ๐˜ข๐˜จ๐˜ฆ

Correct use of technical terms. Precision in grammar, punctuation, and typographic design. Clear, coherent argumentation with effective signposting (e.g., headings). Writing in an appropriate academic voice.

2. ๐˜’๐˜ฏ๐˜ฐ๐˜ธ๐˜ญ๐˜ฆ๐˜ฅ๐˜จ๐˜ฆ ๐˜ฐ๐˜ง ๐˜“๐˜ช๐˜ต๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ข๐˜ต๐˜ถ๐˜ณ๐˜ฆ

Accurate citation of seminal texts with critical evaluation. Demonstrating awareness of literature growth from foundational to current works. Identification of key recent texts relevant to the thesis, showing originality. Inclusion of interdisciplinary references. Organizing literature into a coherent, critical structure (themes, gaps, importance).

3. ๐˜™๐˜ฆ๐˜ด๐˜ฆ๐˜ข๐˜ณ๐˜ค๐˜ฉ ๐˜”๐˜ฆ๐˜ต๐˜ฉ๐˜ฐ๐˜ฅ๐˜ด

Knowledge of main methods in the discipline (data collection, record-keeping, analysis). Understanding what counts as valid evidence and knowledge claims. Competent application of at least one method. Critical analysis of standard methods, recognizing strengths and limitations.

4. ๐˜›๐˜ฉ๐˜ฆ๐˜ฐ๐˜ณ๐˜ฆ๐˜ต๐˜ช๐˜ค๐˜ข๐˜ญ ๐˜œ๐˜ฏ๐˜ฅ๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ด๐˜ต๐˜ข๐˜ฏ๐˜ฅ๐˜ช๐˜ฏ๐˜จ

Grasp of key theoretical strands and concepts. Awareness of how theory shapes research questions. Ability to contribute meaningfully to theoretical debates.

5. ๐˜”๐˜ช๐˜ด๐˜ค๐˜ฆ๐˜ญ๐˜ญ๐˜ข๐˜ฏ๐˜ฆ๐˜ฐ๐˜ถ๐˜ด ๐˜š๐˜ฌ๐˜ช๐˜ญ๐˜ญ๐˜ด

Independence in research (not just following supervisorโ€™s direction). Awareness of the workโ€™s contribution to the discipline. Mature overview of the discipline as a whole.

โœจ ๐—œ๐—ป ๐˜€๐—ต๐—ผ๐—ฟ๐˜: ๐—” ๐˜€๐˜๐—ฟ๐—ผ๐—ป๐—ด ๐—ฃ๐—ต๐—— ๐—ฐ๐—ฎ๐—ป๐—ฑ๐—ถ๐—ฑ๐—ฎ๐˜๐—ฒ ๐—ฑ๐—ฒ๐—บ๐—ผ๐—ป๐˜€๐˜๐—ฟ๐—ฎ๐˜๐—ฒ๐˜€ ๐—บ๐—ฎ๐˜€๐˜๐—ฒ๐—ฟ๐˜† ๐—ผ๐—ณ ๐—ฎ๐—ฐ๐—ฎ๐—ฑ๐—ฒ๐—บ๐—ถ๐—ฐ ๐˜„๐—ฟ๐—ถ๐˜๐—ถ๐—ป๐—ด, ๐—ฑ๐—ฒ๐—ฒ๐—ฝ ๐—ธ๐—ป๐—ผ๐˜„๐—น๐—ฒ๐—ฑ๐—ด๐—ฒ ๐—ผ๐—ณ ๐—น๐—ถ๐˜๐—ฒ๐—ฟ๐—ฎ๐˜๐˜‚๐—ฟ๐—ฒ, ๐—บ๐—ฒ๐˜๐—ต๐—ผ๐—ฑ๐—ผ๐—น๐—ผ๐—ด๐—ถ๐—ฐ๐—ฎ๐—น ๐—ฐ๐—ผ๐—บ๐—ฝ๐—ฒ๐˜๐—ฒ๐—ป๐—ฐ๐—ฒ, ๐˜๐—ต๐—ฒ๐—ผ๐—ฟ๐—ฒ๐˜๐—ถ๐—ฐ๐—ฎ๐—น ๐—ถ๐—ป๐˜€๐—ถ๐—ด๐—ต๐˜, ๐—ฎ๐—ป๐—ฑ ๐—ถ๐—ป๐—ฑ๐—ฒ๐—ฝ๐—ฒ๐—ป๐—ฑ๐—ฒ๐—ป๐—ฐ๐—ฒ ๐—ถ๐—ป ๐—ฐ๐—ผ๐—ป๐˜๐—ฟ๐—ถ๐—ฏ๐˜‚๐˜๐—ถ๐—ป๐—ด in their field.

Janji tau, 2026 habis PhD. โœŒ๏ธ

Dulu-dulu kita kata"panjang sangat cerita, cer lukis"Alhamdulillah lately ni ada notebooklm tolong lukis. Nota : Tahun 2...
08/01/2026

Dulu-dulu kita kata

"panjang sangat cerita, cer lukis"

Alhamdulillah lately ni ada notebooklm tolong lukis.

Nota : Tahun 2026 kita submit tesis kan?

08/01/2026

Pengenalan Pengujian Hipotesis

Hipotesis atau andaian sahaja?

Tekaan atau dakwaan?

Hipotesis - dakwaan yang kita boleh siasat, dan boleh dibuktikan dengan data.

Video 6 minit. Boleh dengarkan sambil memandu.

Psssttt... Tahun 2026, Tahun Kita Submit Tesis Okay?

Suasana Oktober 2025Selamat Datang Nov 2025Kampus paling tenangBersih. Hijau. Tersusun.UUM SintokKedah
01/11/2025

Suasana Oktober 2025
Selamat Datang Nov 2025

Kampus paling tenang
Bersih. Hijau. Tersusun.
UUM Sintok
Kedah

22-10-2025Google GeminiComplete Image Prompt"A majestic, cartoon comic-style illustration and portrait of a lone Muslim ...
22/10/2025

22-10-2025
Google Gemini

Complete Image Prompt
"A majestic, cartoon comic-style illustration and portrait of a lone Muslim lady (with a headscarf covering the breast area) standing powerfully on a snow-covered mountain peak at dawn. The art style should feature strong outlines and vibrant coloring typical of a comic book. The sky is a vibrant mix of deep indigo, soft pink, and gold. The overall feeling is one of solitude, resilience, and power. Include the text overlay/call-out: 'The path is long, but Allah's light shines on every step.'"

Kerpan, Kedah Darul Aman

05/10/2025

Pergilah conference sebanyak mungkin ketika proses pengajian PhD. Itu cara kita enjoy dengan kehidupan sebagai pelajar PhD.

Keluarlah mengembara mencari ilmu, melihat ilmu berkembang, berkomunikasi dalam topik yang sama, mendekati penyelidik lain, tambah lagi dapat mengenali guru dalam bidang kajian, Itu satu bonus besar.

Buka ruang untuk diri berkelana membina keyakinan diri, jangn terlalu duduk dalam zon selamat. Tak*t nanti kita rasa kerdil sampai bila-bila. Rasa tak*t apabila tiada lagi supervisor dibelakang kita.

Pergilah, keluarlah, tulis dapatan kecil, bentang dengan cara terbaik dan siap sedia untuk mendengar kritikan orang (walaupun mungkin menyakitkan).

Tak apa.

Nanti boleh meningkatkan bilangan rakan dalam circle yang sama bidang.

Lihat cara dan pemilihan topik kajian penyelidik luar. Adakalanya kita rasa diri kita kecil sahaja, namun adakala kita akan lihat diri kita sama dengan yang lain juga.

Jangan duduk dalam circle yang sama sehingga kita terlalu selesa. Banyak yang kita boleh belajar ketika musafir secara tak langsung sebagai muslim; bagaimana mendapatkan makanan halal dan cara mengerjakan solat tanpa surau, cara jaga wuduk (jika pergi musim sejuk), cara jamaq (bukan jamaq tak payah).

Macam-macamlah.

Conference tu tak wajib untuk lulus. Artikel untuk conference pun (dipanggil proceeding) pun tak diambil kira sebagai syarat lengkap PhD.

Tetapi banyak kita boleh belajar.

Tapi kena sertai conference sama bidang. Jangan pergi yang asal boleh sahaja. โœŒ๏ธ

06/03/2025

Nota 5 - Apa kaitan min, sisihan piawai dan korelasi?

Dalam formula korelasi, ada kiraan min juga..

Maknanya, jika min yang digunakan tidak mewakili nilai data sebenar, pekali korelasi Pearson yang diperolehi juga sia-sia sahaja.

1. Apakah penyebab min yang digunakan tidak mewakili nilai data sebenar?

Data pencilan. Atau dalam bahasa inggeris kita panggil outlier.

2. Bagaimana kita tahu adanya data pencilan dalam set data yang dikumpul?

Lihat taburan data menggunakan gambarajah kotak (box plot). Sekiranya ada data yang terpencil, min tidak lagi sesuai untuk digunakan, maka bertukar kepada "median". Sisihan piawai kita gantikan dengan julat (range) dan korelasi Pearson kita gantikan dengan korelasi pangkat Spearman.

3. Bagaimana jika orang tak faham median? Masih mahukan nilai min sebagai bahan utama?

Keluarkan data pencilan, kemudian gunalah min, sisihan piawai dan korelasi Pearson seperti biasa.

4. Jika tak nak keluarkan data pencilan, tetapi nak teruskan juga dengan nilai min, sisihan piawai dan korelasi Pearson, bagaimana?

Gunalah. Tetapi menjadi sia-sia sahaja.

5. Jahat sangatkan data pencilan?

Tak jahat. Hahahha. Kita ada nasi dan mee kuah, makanlah salah satu jika kita nak jaga kalori. Jika tak kisah, habiskan dua-dua sekali. Ramai je yang hidup sihat. Kan?

Tetapi kenapa kita nak jaga kalori?

Sebab kita nak kesihatan yg terbaik.

Kak Sham
Boleh relate tak kalori dengan soalan no 5?
6 Mac 2025 - Day 5

04/03/2025

Nota 4/30 - Makna pekali (nilai) korelasi

Korelasi biasanya diwakilkan dengan simbol r
(small letter r). Sekiranya r mendekati sifar maka dapat disimpulkan "tiada hubungan di antara dua pemboleh ubah kajian".

Lebih tepat, "tiada hubungan linear antara dua pemboleh ubah".

Sekiranya A dan B berkorelasi, maknanya kedua-duanya berhubungan. Tetapi tidak bermaksud A mempengaruhi B, atau B mempengaruhi A.

Hubungan sahaja belum tentu boleh mempengaruhi. Kita ada hubungan dengan suami, tetapi belum tentu boleh pengaruhi beliau untuk belikan gelang emas. ๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…

Jika nak tahu pengaruh? Boleh gunakan kaedah permodelan regresi linear (sebagai contoh). Apapun, mesti berhubung terlebih dahulu sebelum mengukur pengaruh.

Apakah itu hubungan linear?

Hubungan yang berkadar langsung. Jika pemboleh pertama meningkat, pemboleh ubah kedua juga meningkat. Contoh, apabila kadar pengangguran meningkat, kadar inflasi juga meningkat. Atau apabila usia meningkat semangat membeli belah makin menurun (ye ke menurun? ๐Ÿคฃ๐Ÿคฃ๐Ÿคฃ).

Ada jenis hubungan lain juga ke?

Ya, ada hubungan tak linear (non linear) seperti kuadratik, exponen dan pelbagai nama lain. Contoh, apabila tempoh belajar meningkat, CGPA makin meningkat. Namun sampai satu tahap, makin lama kita belajar CGPA boleh menurun juga sebab dan tepu atau mungkin sebab berlakunya tekanan jiwa.

Dalam hidup ini, tak semua perkara berhubungan linear.

Sebab itu, ada p**a metod yang namanya analisis regresi tak linear (boleh baca disini : https://www.sciencedirect.com/topics/engineering/nonlinear-regression).

Cara mentafsir nilai korelasi

1. Nilai yang mendekati 0, mewakili korelasi yang lemah.

2. Nilai yang mendekati 1 atau -1: Mewakili korelasi yang kuat.

Contoh interpretasi:

1. Pekali korelasi sebanyak 0.8 antara jam belajar dan skor peperiksaan menunjukkan korelasi positif yang kuat, yang bermaksud semakin meningkat jam belajar, skor peperiksaan juga cenderung meningkat.

2. Pekali korelasi sebanyak -0.6 antara jualan aiskrim dan suhu menunjukkan korelasi negatif yang sederhana, yang bermaksud semakin meningkat suhu, jualan aiskrim cenderung menurun.

Oh yaaa, perlu semak tak kenormalan data jika nak gunakan min, sisihan piawai, dan pekali korelasi?

Jawapan : Tak perlu.

Bilakah kita perlu semak kenormalan data?

Jawapan : Apabila melibatkan ujian hipotesis. Apabila kita mahu lakukan kesimp**an umum ke atas pop**asi kajian.

Kak Sham
Esok kita kaitkan apa hubungan nilai min dengan pekali korelasi. Tunggu ya.
5 Mac 2025 - Day 4

04/03/2025

Nota 3/30 - Korelasi dari perkataan co-relation

"Co" itu sendiri sudah menunjukkan "DUA". "Relation" p**a ialah hubungan.

Maka korelasi bermaksud hubungan dua benda. Lebih tepat hubungan dua pemboleh ubah.

Maka, apabila kita ada dua pemboleh ubah dengan datanya secara berpasangan, bolehlah kira nilai korelasi untuk

1. Kadar faedah dan jumlah pelaburan

2. Harga diesel dan kos membajak sawah

3. Skor semangat membeli belah dan umur si-pembeli.

4. Kadar pengangguran dan kadar inflasi

5. Kualiti air dan kepekatan oksigen.

Hasilnya dalam nilai antara -1 hingga 1. Ada tiga formula bagi kiraan korelasi.

1. Pearson correlation

2. Spearman correlation

3. Kendal's tau correlation

Perlu kira ketiga-tiga?

Tak!

Kita perlu pilih.

Kenapa ye nak tahu hubungan?

Kita memang macam tu. Habit!

๐Ÿ˜๐Ÿ˜๐Ÿ˜

Makcik-makcik memang s**a nak tahu hubungan sangat. Dah berbaik? OOO dah berpisah? Takkk! Tak jadi punnnn.

Gitulah dalam penyelidikan. Jika tak cukup "busy body" memang kita tak ada idea untuk research. Hehhehe.

Kak Sham
Tunggu nota ke empat esok. Episod dua (sambungan kisah) korelasi.
4 Mac 2025 - Day 3

02/03/2025

Nota 2/30 - Sisihan piawai/varians.

Semalam kita belajar min. Satu nilai bagi mewakili keseluruhan data. Hari ini tentang sisihan piawai (standard deviation -SD) dan varians (variance).

Perkataan sisihan itu sendiri membawa maksud perbezaan antara dua nilai. Variance tu kita ingat perkataan "vary" yg bermaksud berbeza, berubah.

Sisihan piawai adalah mewakili purata jarak antara satu data dengan data yang lain dari nilai min. Min dok tengah-tengah, yg lain sekelilingnya. Boleh bayangkan?

1. Jika ada 100 responden dengan min skor bernilai 6 (out of 10), dan sisihan piawainya 0.08, itu maknanya 100 responden tadi mempunyai citarasa yg hampir sama.

2. Dengan skor yang sama, sisihan piawainya 1.22. Citarasa mereka dlm kump**an ini agak berbeza.

3. Dengan min skor yang sama, sisihan piawainya lagi besar, 2.54. Citarasa mereka dalam kump**an ini makin ketara berbeza-beza antara satu sama lain.

Jika rasa nak buka kedai makan, untuk pop**asi seperti kes pertama, sesuai buka kedai nasi ayam, atau nasi beriani, atau nasi yang menunya terhad. Depa tak memilih menu sangat orangnya. ๐Ÿ˜๐Ÿ˜๐Ÿ˜

Kes kedua, mungkin perlukan 10 menu berbeza. Manakala ketiga, kita perlu ada 50 menu berbeza. Hahahhaha.

Jika parti politik? Janganlah seperti kes ketiga, pening ketua nak pikiaq pendekatan memenangi hati ahli.

Jika dalam kelas pun sama, pening cikgu nak pikiaq approach yg sesuai sebab ada kemampuan yg berbeza. Tapi kadang-kadang, dapat murid semua sama style, tak syok juga. Kerana karenah merekalah kita menjadi semangat nak mengajar. Hahahhaa. Walaupun kadang-kadang rasa nak bebai. ๐Ÿคฃ๐Ÿคฃ๐Ÿคฃ

Lagi besar sisihan piawai (varians pun akan makin besar), maknanya respons yg kita perolehi adalah tidak konsisten. Jarak data masing-masing dari nilai min menjadi jauh.

Salahkah? Tak salah.

Cuma kita perlu faham data kita. Perlu make sense of data. Jadi kita tak kalut dengan dapatan seterusnya apabila menggunakan segala bagai analisis statistik yg lain.

Kak Sham
Esok kita sambung lagi.
3 Mac 2025 - Day 2

01/03/2025

Nota 1/30 - Min

Min, atau dikenali juga sebagai purata adalah nilai statistik yang paling kerap digunakan untuk mewakili satu set data.

Contoh kita ada skor tahap kepuasan pelanggan (skala 1-10) bagi 100 pelanggan. Maka akan ada pelbagai nilai skor yang diberikan (ye lah..manusia kan tidak pernah puas ๐Ÿ˜…. Mustahil akan berikan skor yg sama). Kita pun simpan data masuk ke dalam MS Excel.

Katakan min skor pertama ialah 7, diik*ti 5, 6, 6, 8, 8, 8, 9, 5, 6, 7 .... sehinggalah pelanggan ke seratus. Bayangkan jika ada 200, 300, atau 1000. Mau berpinau mata kita. Silap haribulan boleh jadi juling. ๐Ÿคฃ๐Ÿคฃ๐Ÿคฃ

Lagi lama kita tenung, habis semua bulan bintang naik di kepala. Saya pernah rasa meloya, terutama ketika melihat file milik orang lain. Hahahha.

Ok, berbalik kepada kisah min.

1. Min boleh merumuskan data bagi sekump**an data yang besar.

Tak kan lah kita nak senaraikan semua nilai untuk 100 orang pelanggan kan? Dalam kes ini, kita boleh wakilkan dengan satu nombor sahaja iaitu min. Contoh min skor tahap kepuasan ialah 7.5.

2. Min juga boleh digunakan untuk membuat perbandingan bagi dua kump**an. Tiga, empat, lima dan beberapa kump**an pun boleh.

Kita ni memang sudah ada satu habit nak "compare". Hahahha. Dia dan aku, siapa paling cantik? Keluarga dia dan aku, mana lebih T20? Skor markah pelajar kelas Ali, kelas Abu dan aku, mana lebih baik? Waima siapa masak paling sedap pun kita nak banding juga.

Buka tesis, perhatikan bahagian objektif kajian "to identify the different between...." atau "to compare between ....". Sifat semulajadi kita. Antara boleh di kawal atau tak jer. Nak jadi researcher kena ada elemen "curiosity - sibuk nak banding-banding".

๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…

Katakanlah min skor bagi 3 kelas, 7.4, 7.8, dan 7.3. Maka kita tahu, skor markah pelajar kelas Abu paling tinggi. Itulah matematik kehidupan. Tapi signifikan kah? Sikit sangatkan beza pun.

I dont care! Janji aku nombor satu! Walaupun bezanya 0.4. Hahahah. Kerana 0.4 itu juga manusia boleh bermasam muka.

Esok kita sambung ye.

Kak Sham
Harap boleh la konsisten 30 hari.
2 Mac 2025. Day 1.

07/02/2025

Apa yang mungkin bakal pemohon PhD belum tahu?

1. Penyelia tak ada bajet untuk bantu bayar yuran publication. Walhal, utk tamat PhD perlu ada penerbitan (ada yg minta 1, ada yg minta 2, ik*t universiti masing-masing). Ada saja penerbitan yg percuma (biasanya lama). Jika beliau ada bajet, itu mungkin duit poket beliau atau duit geran.

2. Penyelia boleh jer jika nak tarik diri daripada menyelia. ๐Ÿ˜…

3. Jika daftar tajuk "pembentukkan model bla bla bla dengan supervisor A", kemudian tukar supervisor (atau tukar universiti), mungkin boleh kekal dengan tajuk yg sama, atau perlu mula dengan tajuk lain. Ini kena tanya betul-betul.

4. Jika sudah dua tahun di universiti A, tukar ke universiti B, maka dikira mula balik dari "hari pertama", cuma dari segi pengalaman, kita telah banyak belajar proses penyelidikan dan proses memahami manusia.

5. Sidang viva akan ada dua/atau tiga penilai tesis, penilai berkuasa penuh untuk memberi keputusan (1) lulus tanpa pembetulan, (2) lulus dengan pembetulan minor, (3) lulus dengan pembetulan major, (4) viva semula selepas 1 tahun, atau (5) anda gagal. Nombor 5 ini rasa tidak ada k*t kes berkenaan, kecuali "ketegaq" tak mau hantar pembetulan tesis selepas tempoh yg ditetapkan. Jika ada tesis terlepas dengan typo segala bagai tu, macam mustahil boleh berlaku jika anda tahu dan merasai sistem penyerahan tesis yg diamalkan. Orang kata, mau tak sabaq ni...boleh bebai la.

6. Tak ada cuti semester. Pengajian 3 tahun, maknanya jika cuti umum pun tak cuti. Cuma biasanya pelajar PhD buat-buat jer macam cuti. Tak perlu minta cuti juga. Tak ada cuti sakit juga. Supervisor pun tak lah kejam sangat suruh buat kerja semasa sakit atau cuti umum kecuali hang yg delay kerja tu pada awalnya. ๐Ÿ˜๐Ÿ˜๐Ÿ˜

7. Tak ada catatan kehadiran juga. Kecuali anda jadi GRA (graduate research assistant - yg dapat elaun bulanan sekitar 1500). Tapi biasanya pelajar yg cergas mantap ni, jarang sangat supervisor nak kacau. Kalau rajin habis cepat, kalau lambat, habis lambat. ๐Ÿ˜…

8. Ada kelas untuk satu/atau dua subjek umum. Biasanya pelajar PhD yg ada pengalaman ni, depa dapat pelepasan dengan sokongan supervisor. Tetapi bukan saya lah. Saya tak lepaskan. Saya suruh p masuk kelas. Esok hampa nak jadi pensyarah. Lagipun masa tu la bercampur dengan geng PhD yg lain.

9. Tak ada silibus atau SOW ik*t mingguan seperti pelajar Ijazah sarjana muda.Tak ada ketetapan masa wajib belajar. Tak ada ujian, tak ada kuiz, tak ada group assignment. Yang selalu ada "individual assignment". Pandai-pandai la rancang masa. Nak buat pagi atau tengah malam atau petang, ik*t hang lah. Selalunya memang tak cukup tidur. Ada juga ketika MALAS menguasai, tidur terlebih-lebih. ๐Ÿ˜‚ Bab pengurusan masa ni yg kita perlu ada senior. Tapi kena pandai tapis juga. Banyak sangat vibes negatif pun susah juga, jika semua vibes positif pun, tak nak juga.

10. Gaji PhD tangga pertama (tanpa elaun) di universiti awam (tanpa pengalaman) kurang daripada pat ribuan. ๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚

Address

UUM
Sintok
06010

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Shamshuritawati Sharif posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Shamshuritawati Sharif:

Shortcuts

Share

Category