11/05/2024
[Posting 1]
Tema : Kemusnahan Habitan Flora dan Fauna 🌍
Subtajuk : Definisi Flora dan Fauna 🌿🐾
Apa itu Flora? 🌱
Definisi:
Flora merujuk kepada semua bentuk kehidupan tumbuhan yang wujud dalam satu kawasan atau masa tertentu. Ini termasuk pelbagai jenis tumbuhan, dari yang paling kecil seperti lumut 🌿 hingga kepada pokok-pokok besar 🌳. Flora adalah penting kerana ia membentuk sebahagian dari ekosistem semula jadi dan berperanan dalam pengeluaran oksigen 🍃, penyimpanan karbon 💨, dan menyediakan habitat serta makanan bagi fauna 🦔.
Apa itu Fauna? 🐅
Definisi:
Fauna merujuk kepada semua jenis kehidupan haiwan dalam satu kawasan atau ekosistem tertentu. Ini termasuk semua spesies haiwan, dari serangga mikroskopik 🐜 hingga kepada haiwan besar seperti gajah 🐘 atau harimau 🐅. Fauna memainkan peranan penting dalam kitaran nutrien 💧, pembuahan tumbuhan 🌺, serta sebagai sebahagian dari rantai makanan dalam ekosistem 🌍
Mengapakah kumpulan kita memilih tema ini? 🤔
Tema ini dipilih untuk meningkatkan kesedaran mengenai isu-isu alam sekitar, terutamanya kehilangan habitat yang merupakan salah satu ancaman terbesar kepada biodiversiti 🐾🌱. Kumpulan kita memilih tema ini untuk meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan menjaga alam sekitar, definisi flora dan fauna, langkah untuk memelihara flora dan fauna serta kesan pencemaran alam sekitar melalui posting yang akan dibuat pada masa yang akan datang. Dengan memahami kepentingan dan definisi flora dan fauna, kumpulan kita mengharapkan dapat menyebarkan maklumat dan kesedaran ini.
Tema ini boleh menjadi asas untuk pendidikan dan penyelidikan lebih lanjut dalam bidang biologi, ekologi, atau konservasi 📚🔬. Ia memberi peluang kepada ahli kumpulan untuk mendalami cara-cara bagaimana manusia mempengaruhi ekosistem semula jadi dan apa yang boleh dilakukan untuk melindungi dan memulihara kepelbagaian hayati.
Melalui tema ini, kumpulan kita akan menyerbarkan maklumat tentang kepentingan menjaga alam sekitar supaya dapat meningkatkan kesedaran masyarakat dan juga menggalakan komuniti atau masyarakat untuk melibatkan diri dalam aktiviti konservasi atau projek pemuliharaan 🌿🤝. Ini boleh termasuk aktiviti seperti penanaman semula, pembersihan habitat, atau program pendidikan kesedaran.🌍💚.
Disediakan oleh : Chay Yi Chun (297606)