Penghayatan Etika dan Peradaban

Penghayatan Etika dan Peradaban MPU 1022 (K)
Dikhaskan untuk sesi pembelajaran dan pengajaran di Universiti Utara Malaysia sahaja. Kump**an 1
Tema : Isu Etika dalam Politik

Penulis: Ainnur Syiffa Binti Mohamad Afendi (297502) Etika Dalam Mematuhi Amanah:Etika dalam mematuhi amanah melibatkan ...
10/06/2024

Penulis: Ainnur Syiffa Binti Mohamad Afendi (297502)
Etika Dalam Mematuhi Amanah:

Etika dalam mematuhi amanah melibatkan beberapa aspek penting seperti kejujuran, amanah, keadilan, dan menepati janji. Berikut adalah penerangan lebih mendalam mengenai setiap aspek tersebut:

1. Kejujuran😇: Kejujuran adalah asas utama dalam mematuhi amanah. Ini melibatkan berterus terang dalam tindakan dan kata-kata, serta menepati komitmen yang telah dibuat. Kejujuran membantu memastikan integriti diri dan organisasi, serta membina kepercayaan di kalangan rakan sekerja dan orang sekeliling kita.❤️

2. Amanah 😇: Memegang amanah dengan baik bermaksud bertanggungjawab terhadap tugas yang diberikan tanpa melanggar kepercayaan yang diberikan oleh pihak lain. Ini melibatkan menjaga kepercayaan yang diberikan dan melaksanakan tanggungjawab dengan penuh integriti dan kecekapan.🤗

3.Keadilan😇: Aspek keadilan penting dalam mematuhi amanah kerana melibatkan memberikan perkhidmatan secara adil kepada semua pihak tanpa berat sebelah. Memastikan keadilan dalam pengurusan tugas dan keputusan membantu mewujudkan persekitaran kerja yang adil dan beretika.⚖️

4. Menepati Janji😇: Mematuhi janji-janji yang dibuat adalah penting dalam menunjukkan integriti dan kebolehpercayaan dalam melaksanakan tanggungjawab. Ini melibatkan kesediaan untuk memenuhi komitmen yang telah dibuat dengan tepat pada masanya, serta bertanggungjawab terhadap kata-kata dan tindakan yang dilakukan🥰.

Dengan mempraktikkan nilai-nilai etika seperti kejujuran, amanah, keadilan, dan menepati janji, seseorang dapat memastikan bahawa mereka mematuhi amanah dengan penuh tanggungjawab dan integriti. Ini tidak hanya membantu membangun kepercayaan dalam hubungan kerja, tetapi juga menjaga reputasi individu dan organisasi. 🥰❤️

Penulis: H’NG ZHI SHIN (297756)Sesuatu perkara yang amat penting dalam masyarakat terkini adalah mengajar seorang menjad...
10/06/2024

Penulis: H’NG ZHI SHIN (297756)
Sesuatu perkara yang amat penting dalam masyarakat terkini adalah mengajar seorang menjadi amanah. Apabila seseorang itu tidak jujur dengan orang lain, namun telah memusnahkan amanah. Maka, itulah amat penting bagi ibu bapa dan sekolah/institusi pengajian memberi pelajaran tentang amanah kepada anak-anak atau pelajar-pelajar.
Pendidikan tentang Amanah dalam Masyarakat: 1.Ibu Bapa
a. Ibu bapa perlulah memainkan peranan menjadi suri teladan anak-anak. Anak-anak sentiasa cenderung mengikut tingkah laku ibu bapa mereka. Ibu bapa perlu sentiasa menunjukkan kecenderungan untuk bersikap jujur dan boleh dipercayai dalam tindakan dan interaksi mereka. Apabila anak-anak melihat orang dewasa bercakap dengan jujur dan boleh dipercayai, mereka lebih cenderung untuk meniru dan menyerap kebaikan ini. anak-anak menyerap aura positif dan negative sepanjang masa, dan walaupun kita mungkin menganggap mereka mengabaikannya, mereka mengetahuinya.
b. Biarkan anak-anak memahami kepentingan kepercayaan dalam hubungan sosial: setiap hubungan yang lengkap adalah berdasarkan kepercayaan bersama jangka panjang. Tanamkan empati dalam diri anak-anak dengan menggalakkan mereka mempertimbangkan perasaan dan kesejateraan orang lain. Apabila mereka memahami kepentingan kepercayaan dalam perhubungan, mereka libeh cenderung untuk menghargai kejujuran.
c. Ibu bapa juga boleh sentiasa menggalakkan pemikiran kritis mereka. Ajar anak-anak menilai secara kritis situasi dalam mayarakat dan membuat pilihan yang bijak dan beretika. Beritahu mereka kemungkinan hasil atau akibat daripada tingkah laku yang jujur dan tidak jujur. Dalam Masyarakat, pecah amanah boleh menjatuhkan imej seseorang.

2. Sekolah/institusi pengajian
a. Pendidikan Integriti diperkenalkan di semua sekolah dan university. Pelaksanna nilai amanah dalam kalangan pelajar IPT p**a adalah pada kehadiran ke kelas, menggalakkan pelajar menghasilkan karya asli yang bermutu dan terbaik sama ada di kampus dan luar kampus. Nilai integrity boleh dilihat memfokuskan kepada pembetukan peribadi secara total, namun secara halusnya, ia cuba mendidik pelajar atau generasi baru akan pentingnya nilai amanah dan tanggugjawab yang perlu dilakasanakan dalam apa jua tindakan yang dilakukan termasuklah tidak mengamalkan rasuah.
b. Penubuhan Sekolah Amanah. Matlamat penubuhan Sekolah Amanah ini adalah untuk mempertingkatkan prestasi pelajar secara holistic seperti yang dihasratkan oleh Kementarian Pendidikan Malaysia (KPM) melalui kendalian selama lima tahun oleh Yayasan Amir Bersama LeadED Service sebagai selaku penyelia perkhidmatan Pendidikan secara perkongsian awam dan swasta. Objektif utama penubuhan Sekolah Amanah ialah mempertingkatkan prestasi Pendidikan pelajar dan menambah baikkan pengurusan sekolah. Di samping itu, program Sekolah Amanah ini turut memberi penekanan terhadap aspek keinsanan, berfikir, kreatif, inovatif dan mempunyai etika kerja. Memberi pelajar tentang amanah amat penting dalam masyarakat dan menjadikan seorang yang mempunyai nilai amanah.
Secara keseluruhanya, semua orang termasuk anak-anak dan pelajar perlu mempunyai amanah. Kerana setiap sesuatu dipertanggungjawab dalam urusan harta benda, kehormatan dan kerahsiaan. Mempunyai amanah membolehkan kita menghormati jiran, guru, rakan dan masyarakat sekeliling dan tidak berlaku jenayah.

PENULIS: NURUL 'AIN NEEZAM 297752Undang-undang memainkan peranan penting dalam memerangi pecah amanah, atau pecah amanah...
07/06/2024

PENULIS: NURUL 'AIN NEEZAM 297752

Undang-undang memainkan peranan penting dalam memerangi pecah amanah, atau pecah amanah iaitu;

1. Perundangan Khusus:
Banyak negara mempunyai undang-undang khusus yang mengawal dan menghukum perkara yang berkaitan dengan pecah amanah. Sebagai contoh, Seksyen 405 hingga 409 Kanun Keseksaan Malaysia menerangkan definisi dan akibat kesalahan pecah amanah. Hukuman berat, seperti penjara dan denda, berfungsi untuk menghentikan orang yang berpotensi melakukan pecah amanah.

2. Penubuhan Badan Penguatkuasaan:
Organisasi di Malaysia seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bertanggungjawab menyiasat dan mendakwa kes pecah amanah. Penguatkuasaan yang berkesan oleh badan-badan ini memastikan kesalahan ini dibawa ke muka pengadilan.

3. Regulasi dan Pengawasan Korporat:
Syarikat diwajibkan mengikut undang-undang korporat seperti Akta Syarikat 2016 (Malaysia) untuk mengamalkan tadbir urus korporat yang baik, termasuk pelaporan kewangan yang telus dan akauntabiliti dalam pengurusan dana mereka. Ini mengurangkan risiko pecah amanah dalam syarikat.

4. Proses Perundangan yang Telus dan Adil:
Sistem kehakiman yang berfungsi dengan baik dan terbuka memastikan bahawa kes pecah amanah diadili dengan pantas dan adil. Ini termasuk penyiasatan yang teliti, pendakwaan yang adil, dan hukuman yang setimpal kepada mereka yang bersalah.

Secara keseluruhannya, undang-undang bukan sahaja menyediakan kerangka untuk menghukum pesalah tetapi juga memainkan peranan penting dalam pencegahan melalui penguatkuasaan, pendidikan, dan pengawasan yang berkesan.

Penulis : Rossalinda Reeana Binti Rosli Raju (297534)Assalamualaikum dan Hai semua ! Harap semua dalam keadaan sihat har...
07/06/2024

Penulis : Rossalinda Reeana Binti Rosli Raju (297534)

Assalamualaikum dan Hai semua ! Harap semua dalam keadaan sihat hari ini 🤍

So, untuk hari ini kita nak share tentang tanggungjawab individu dalam menjaga amanah. Haa ye betul semuanya bermula dengan diri kita ni 🫵🏻

Antara langkah-langkah yang kita dapat amalkan untuk mengatasi kes pecah amanah ini adalah :

1) Integriti
- seperti mana kita tahu integriti merupakan sikap kejujuran. jadi, kita perlulah sentiasa bersikap jujur dalam apa jua keadaan walaupun tiada siapa yang melihat ketika itu.

2) Komitmen
- komitmen adalah satu tanggungjawab yang harus kita laksanakan apabila kita telah berjanji kepada pihak yang lain.

3) Kepatuhan
- kita perlulah sentiasa mematuhi segala undang-undang, peraturan dan prosedur berkaitan dengan tanggungjawab yang kita galas agar dapat menjaga amanah dalam melaksanakannya.

4) Kepercayaan
- kita perlulah menjaga kerahsiaan tentang amanah yang diberi dengan cara tidak memberitahu perkara sulit atau berkongsi maklumat kepada pihak yang tidak berkaitan agar kepercayaan yang diberikan kepada kita tidak disalahgunakan.

Akhir kata, semuanya bermula dengan diri kita. Marilah kita putuskan rantaian kes pecah amanah agar dapat hidup dengan aman dan harmoni. Ingat, biasakan yang betul dan betulkan yang biasa ! Anda mampu mengubahnya 💪🏻🤍

Penulis 🖋️ : WONG JIA XIN Nombor Matrik : 297629Beberapa kes terkenal yang melibatkan pecah amanah jenayah di Malaysia🇲🇾...
01/06/2024

Penulis 🖋️ : WONG JIA XIN
Nombor Matrik : 297629

Beberapa kes terkenal yang melibatkan pecah amanah jenayah di Malaysia🇲🇾 termasuk:

1️⃣Skandal 1MDB, yang melibatkan penyelewengan berbilion dolar daripada dana pelaburan negara.😱
2️⃣Kes SRC International, yang melibatkan dakwaan penyelewengan dana daripada bekas anak syarikat 1MDB.😰
3️⃣Skandal Tabung Haji, yang melibatkan salah urus dana di tabung haji yang dikendalikan kerajaan.😨
4️⃣Skandal National Feedlot Corporation, yang melibatkan dakwaan penyelewengan dana daripada projek penternakan lembu yang disokong kerajaan.😱
5️⃣Skandal Felda Global Ventures Holdings Berhad, yang melibatkan dakwaan salah urus dana di syarikat minyak sawit berkaitan kerajaan.😰
🔖Kes-kes ini telah mendapat perhatian media yang ketara dan telah membawa kepada seruan untuk lebih ketelusan dan akauntabiliti dalam sektor kerajaan dan perniagaan Malaysia.

Daripada kes yang disenaraikan di atas, yang paling ketara mungkin kes 1MDB.⚠️⚠️⚠️

1MDB (1Malaysia Development Berhad) ialah dana pelaburan negeri yang ditubuhkan pada 2009 oleh kerajaan Malaysia untuk menggalakkan pembangunan ekonomi. Bagaimanapun, dana itu terlibat dalam skandal rasuah, dengan dakwaan penyelewengan dan pengubahan wang haram yang melibatkan bekas Perdana Menteri Najib Razak dan pegawai berpangkat tinggi yang lain. Skandal itu membawa kepada penyiasatan di beberapa negara, termasuk Amerika Syarikat, Switzerland dan Singapura.

Pada 2018, bekas PM Najib Razak didakwa atas pelbagai pertuduhan pecah amanah jenayah, pengubahan wang haram, dan salah guna kuasa berkaitan skandal 1MDB.

Akhir kata
⛔RAMAI YANG PECAH AMANAH, AKHIRNYA TAK BERKAT ⛔

Penulis : Nurul Nabila Binti Abdul Rahim 297235Cara-cara mencegah isu pecah amanahGejala pecah amanah ini dapat dicegah ...
31/05/2024

Penulis : Nurul Nabila Binti Abdul Rahim 297235

Cara-cara mencegah isu pecah amanah

Gejala pecah amanah ini dapat dicegah melalui penerapan konsep keagamaan dan moral dengan beberapa cara melalui :

1. Pemahaman Nilai-nilai Etika. Agama sering mengajarkan nilai-nilai moral yang kuat seperti kejujuran, integriti, dan keadilan. Memahami dan mengaplikasikan nilai-nilai ini dapat mendorong individu untuk bertindak dengan jujur dan bertanggung jawab dalam menjalankan amanah. Selain itu, agama mengajar pentingnya kejujuran sebagai prinsip moral yang mendasar. Dengan memahami nilai kejujuran, individu dapat memupuk pendirian yang tetap untuk tidak menipu atau menyembunyikan kebenaran dalam menjalankan amanah mereka.

2. Menghayati dan Mengamalkan Rukun Negara. Menghayati rukun negara, yang meliputi kepercayaan kepada Tuhan, kesetiaan kepada raja dan negara, keluhuran perlembagaan, kedaulatan undang-undang, dan kesopanan dan kesusilaan, adalah langkah penting dalam mencegah isu pecah amanah. Nilai-nilai ini membina kesedaran akan tanggungjawab kepada masyarakat dan negara, mendorong individu untuk bertindak dengan integriti dan menghormati amanah yang diberikan kepada mereka. Dengan memupuk semangat perpaduan dan keharmonian dalam masyarakat, penghayatan terhadap rukun negara membantu mencipta iklim di mana isu pecah amanah dapat dihindari dan kestabilan dapat dipelihara.

3. Menjalankan dan Menyertai Kempen yang Efektif. Melakukan kempen yang efektif dapat mencegah isu pecah amanah dengan meningkatkan kesedaran masyarakat tentang pentingnya integriti dan tanggungjawab. Contohnya, kempen anti-rasuah yang menyasar golongan muda dapat mengajarkan nilai-nilai kejujuran dan integriti, mengurangkan kecenderungan untuk terlibat dalam amalan pecah amanah di masa depan. Selain itu, kempen pemupukan kesedaran tentang pentingnya menjaga amanah dalam bidang-bidang seperti perniagaan, pentadbiran awam, dan perkhidmatan kesihatan juga dapat membantu mencegah isu pecah amanah dengan mengingatkan individu akan tugas dan tanggungjawab mereka terhadap masyarakat dan negara.

4. Penguatkuasaan Undang-Undang. Menguatkuasakan undang-undang adalah langkah penting untuk mencegah isu pecah amanah dengan menetapkan garis panduan yang jelas dan memberikan hukuman yang tegas kepada pelanggar. Contohnya, melalui penegakan undang-undang yang ketat terhadap kes rasuah dan penyelewengan kuasa, kerajaan dapat menunjukkan komitmen terhadap integriti dan memastikan bahawa individu yang melanggar amanah dikenakan tindakan undang-undang yang sesuai. Selain itu, penyediaan undang-undang yang menyokong perlindungan kepada pemberi maklumat tentang penyelewengan, seperti undang-undang whistleblower, juga penting. Ini memberikan perlindungan kepada individu yang mendedahkan amalan pecah amanah tanpa takut represali atau penganiayaan. Dengan menguatkuasakan undang-undang secara konsisten dan adil, institusi boleh membina kepercayaan masyarakat dan memberi amaran yang jelas tentang akibat yang bakal dihadapi oleh mereka yang melanggar amanah.

Penulis: Siti Aina Farzana Binti Fazli (297286)Akibat-akibat Pecah Amanah terhadap:INDIVIDURasulullah SAW menegaskan: "T...
25/05/2024

Penulis: Siti Aina Farzana Binti Fazli (297286)

Akibat-akibat Pecah Amanah terhadap:

INDIVIDU
Rasulullah SAW menegaskan: "Tiada iman bagi orang tidak memegang amanahnya dan tiada agama bagi orang tidak dapat dipegang janjinya." (HR Ahmad dan Dailami)
Orang yang pecah amanah tidak boleh dipercayai memikul amanah serta melakukan pengkhianatan ketika berkhidmat kepada masyarakat, bermakna ia bukan benar-benar beriman kepada Allah SWT.
Oleh itu, kegagalan menjalankan amanah yang diberi dapat menyebabkan kita tidak akan dipercayai oleh orang ramai untuk melaksanakan sesuatu tugas itu. Ini kerana, apabila tugas itu diberi, ia seumpama kepercayaan diberi keatas kebolehan dan kemampuan seseorang itu untuk menyiapkan dan menjayakan tugasan tersebut mengikut kriteria yang ditetapkan. Disini dapat disimpulkan bahawa amanah adalah penentu tahap keimanan kerana orang yang beriman tidak akan mengingkari amanah atau kepercayaan yang diberi.

KELUARGA
Seseorang anak juga akan digelar anak derhaka apabila dia tidak melaksanakan amanah yang diberi oleh ibu bapanya. Ini kerana ibu bapa merupakan insan yang paling rapat dan wajib dihormati dalam institusi keluarga atas sebab jasa dan pengorbanan mereka yang telah membesarkan dan mendidik kita. Oleh itu, setiap suruhan atau tanggungjawab yang diberi oleh ibu bapa kepada kita haruslah dilaksanakan dengan baik sebagai tanda membalas kebaikan mereka menjaga dan membesarkan kita. Tanpa mereka siapalah kita.

Sehubungan dengan itu, perlakuan pecah amanah juga boleh mencemarkan nama keluarga. Hal ini kerana, keluarga adalah cerminan atas tindakan kita. Jika baik tindakannya, maka baiklah didikan keluarganya. Jika buruk tindakannya, maka keluarga gagal mendidiknya dengan baik.

Selanjutnya, pecah amanah juga boleh menyebabkan hubungan keluarga menjadi renggang disebabkan kepercayaan yang telah rosak.

Seterusnya, sebagai seorang bapa kepada anak-anak, perlakuan pecah amanah boleh mempengaruhi anak-anak untuk berbuat sedemikian pada masa akan datang. Hal ini kerana, ibu bapa merupakan suri teladan yang boleh dicontohi anak-anak. Ibu bapalah yang akan mencorakkan kehidupan anak-anak di peringkat awal. Pada peringkat awal, anak-anak tidak dapat menilai diantara kelakuan baik dan buruk. Mereka hanya menjadikan ibu bapa sebagai panduan hidup. Oleh itu, ibu bapa perlu mengelakkan diri daripada melakukan atau terlibat dalam pecah amanah dan sikap buruk yang lain supaya anak-anak dapat menjadi insan yang berpegang kepada janji dan amanah yang diberi.

MASYARAKAT
Tindakan melakukan perkara luar daripada amanah yang diberi sememangnya membawa suasana yang tidak harmoni dalam masyarakat. Hal ini disebabkan masing-masing sudah hilang kepercayaan di antara satu sama lain. Misalnya, kes pecah amanah yang dilakukan oleh Syed Saddiq dimana dana RM 1 juta milik Angkatan Bersatu Anak Muda telah diagihkan olehnya kepada ketua-ketua bahagian dan ahli ARMADA di seluruh negara untuk kepentingan sendiri kerana beliau berasa kedudukan beliau di Pakatan Harapan ketika itu tidak kukuh. Namun, menurut akhbar yang diterbitkan oleh Astro Awani, dana milik ARMADA itu sebenarnya akan digunakan untuk sumbangan hari Raya, bantuan COVID-19 dan kebajikan yang lain. Di sini kita dapat lihat suasana penyalahgunaan harta yang secara tidak langsung telah menggugat kepercayaan masyarakat terhadap bekas Menteri Belia dan Sukan itu. Kegagalan menjalankan amanah boleh mendorong kepada pergaduhan dan kebencian orang sekeliling kerana hilang keyakinan terhadap individu tersebut.

Penulis ✍🏼: Nik Nur Aliaa Aisyah Binti Korde (297590)Punca-punca berlakunya pecah amanah☝️Pecah amanah merupakan satu is...
24/05/2024

Penulis ✍🏼: Nik Nur Aliaa Aisyah Binti Korde (297590)

Punca-punca berlakunya pecah amanah☝️

Pecah amanah merupakan satu isu serius yang boleh menggugat kepercayaan dalam sesebuah organisasi atau komuniti. Berikut adalah beberapa punca utama yang sering dikaitkan dengan berlakunya pecah amanah:

1. Tamak 🤑💰
Sifat tamak merupakan punca utama yang mendorong seseorang melakukan pecah amanah. Individu yang menginginkan lebih banyak kekayaan atau kuasa. Mereka menyalahgunakan kepercayaan yang diberikan untuk keuntungan peribadi.

2. Kawalan dalam syarikat lemah 📊🗂️
Organisasi yang tidak mempunyai sistem kawalan dalaman yang berkesan mudah menjadi sasaran pecah amanah. Kekurangan dalam pemantauan, audit, dan prosedur operasi yang tidak mencukupi membuka peluang kepada individu untuk melakukan penyelewengan.

3. Masalah kewangan 💆💸
Masalah kewangan peribadi juga boleh mendorong seseorang untuk terlibat dalam pecah amanah. Individu yang menghadapi masalah kewangan mungkin melihat penyalahgunaan kuasa sebagai jalan keluar untuk mengatasi masalah mereka.

4. Kekurangan kesedaran atau pendedahan👩‍🏫
Kesedaran dan pendedahan tentang akibat daripada pecah amanah yang kurang boleh menyumbang kepada tingkah laku yang tidak bertanggungjawab.

5. Kelemahan penguatkuasaan undang-undang 👩‍⚖️👮‍♂️
Penguatkuasaan undang-undang yang lemah dan hukuman yang tidak berat terhadap kes pecah amanah memberi isyarat bahawa tindakan tersebut tidak akan membawa akibat yang serius. Ini boleh mendorong individu untuk mengambil risiko melakukan pecah amanah.

Secara keseluruhannya, pecah amanah adalah masalah serius yang berpunca daripada pelbagai faktor. Memahami punca-punca ini adalah langkah pertama dalam mencegah berlakunya pecah amanah. Apabila adanya pendekatan yang menyeluruh melibatkan semua pihak dari individu hingga ke organisasi, barulah kita dapat membina persekitaran yang lebih bertanggungjawab.

Penulis ✍🏻 : Siti Zulaikha binti Mohd ZaharulnizamNombor matriks 🔢: 297379⁉️Tahukah anda bahawa kedudukan Malaysia dalam...
18/05/2024

Penulis ✍🏻 : Siti Zulaikha binti Mohd Zaharulnizam
Nombor matriks 🔢: 297379

⁉️
Tahukah anda bahawa kedudukan Malaysia dalam senarai rasuah global semakin meningkat ? Menurut laporan Berita Harian yang diterbitkan pada 30 Januari 2024, negara Malaysia telah mencapai 50 mata berbanding 47 mata pada tahun sebelumnya (Indeks Persepsi Rasuah, CPI 2023 yang diumumkan oleh Transparency International Malaysia).

‼️
Dan kita harus ketahui bahawa isu rasuah yang dibincangkan ini sangat berkait rapat dengan pecah amanah.
Kerana apabila seseorang itu melakukan rasuah maka automatik dia akan dianggap sebagai individu yang pecah amanah.
Mari ketahui dengan lebih lanjut apakah jenis jenis rasuah dan pecah amanah. Ini terbahagi kepada 4 jenis, iaitu :

1. *Meminta / menerima rasuah*
- Seksyen 16 & 17(a) Akta SPRM 2009
- Mana mana orang atau ejen yang meminta / menerima suapan sebagai balasan untuk melakukan atau tidak melakukan sesuatu perkara.

2. *Menawar / memberi rasuah*
- Seksyen 17(b) Akta SPRM 2009
- Mana mana orang yang menawar suapan kepada ejen atau pegawai awam untuk melakukan sesuatu perkara yang berkaitan dengan pekerjaan pegawai awam tersebut.

3. *Mengemukakan tuduhan palsu*
- Seksyen 18 Akta SPRM 2009
- Mana mana pihak yang mengemukakan dokumen tuntutan yang mempunyai maklumat palsu dengan niat memperdayakan prinsipalnya (pejabat / majikan)
- Contoh dokumen tuntutan : sijil cuti sakit / surat kerajaan dan lain lain).

4. *Salah guna kedudukan atau jawatan*
- Seksyen 23 Akta SPRM 2009
- Pegawai awam yang menggunakan kedudukan untuk melakukan tindakan berhubung dengan sesuatu perkara yang di mana dia dan sekutunya mempunyai kepentingan bersama.

Kesimp**annya, kita perlu terus cakna dengan isu rasuah dan pecah amanah ini supaya isu yang tidak bermoral ini dapat diatasi bersama.

Ingat ‼️ Amanah itu adalah kepercayaan, bila mana kita memecah amanah maka akibatnya kita tidak akan mampu lagi mendapatkan kepercayaan yang teguh daripada orang sekeliling.


Penulis✍🏻 : NUR MUSIZALEEANNA BINTI MUSTAPA KAMAL (297480)Posting Pertama📸Definisi Pecah Amanah🔥💵"Pecah amanah" merujuk ...
17/05/2024

Penulis✍🏻 : NUR MUSIZALEEANNA BINTI MUSTAPA KAMAL (297480)

Posting Pertama📸

Definisi Pecah Amanah🔥💵

"Pecah amanah" merujuk kepada perbuatan melanggar kepercayaan atau tanggungjawab yang diberikan kepada seseorang. Ini boleh berlaku dalam pelbagai konteks, dari urusan kewangan hingga peribadi. Contohnya, dalam konteks kewangan, ia mungkin merujuk kepada penyelewengan dana atau pengurusan yang tidak betul oleh individu atau syarikat yang dipercayai untuk menguruskan aset orang lain.

Isu ini berkait rapat dengan kepercayaan dan integriti. Pecah amanah boleh mengakibatkan kerugian material dan emosi kepada individu atau pihak yang terjejas, dan juga boleh merosakkan reputasi individu atau organisasi yang terlibat. Ini juga sering kali melibatkan isu undang-undang dan boleh membawa kepada tindakan undang-undang terhadap individu yang terlibat dalam tindakan pecah amanah.

Address

UNIVERSITI UTARA
Sintok
06010

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Penghayatan Etika dan Peradaban posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category