Buli Dalam Kalangan Pelajar

Buli Dalam Kalangan Pelajar MPU1022 PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN (M)

Kump**an 7

MOHAMAD RIZAIDIN BIN MOHD NIZAM (299896)      *PENGENALAN KEPADA BULI DALAM KALANGAN PELAJAR*       Tahukah Anda Buli Bo...
18/05/2024

MOHAMAD RIZAIDIN BIN MOHD NIZAM (299896)

*PENGENALAN KEPADA BULI DALAM KALANGAN PELAJAR*

Tahukah Anda Buli Boleh Membawa Maut ?

Buli, ialah perbuatan mengasari orang yang lemah dengan tujuan untuk menunjukkan kekuatan masing-masing.

Oleh hal yang demikian, berdasarkan poster ini saya akan berkongsi maklumat mengenai apa itu 'Buli' , beserta jenis tingkah laku buli dalam kalangan pelajar.

MUHAMMAD AMIER SALAHUDDIN BIN OSMAN (299579)"JENIS-JENIS BULI"Kita sering digemparkan dengan pelbagai kes buli di Malays...
18/05/2024

MUHAMMAD AMIER SALAHUDDIN BIN OSMAN (299579)

"JENIS-JENIS BULI"

Kita sering digemparkan dengan pelbagai kes buli di Malaysia sama ada dalam kalangan pelajar mahupun orang awam. Gejala buli ini malah semakin berleluasa walau pelbagai langkah telah diambil untuk menanganinya. Namun, apakah anda tahu apakah jenis buli yang terdapat di Malaysia? Sini saya kepilkan beberapa jenis buli yang terdapat di Malaysia.

NUR WAHEDA AMIRA BINTI ABDUL WAHAB (299756)     *STATISTIK KES BULI DALAM KALANGAN PELAJAR*         Kes buli dalam pelaj...
18/05/2024

NUR WAHEDA AMIRA BINTI ABDUL WAHAB (299756)

*STATISTIK KES BULI DALAM KALANGAN PELAJAR*

Kes buli dalam pelajar kian meningkat dari semasa ke semasa.

Berdasarkan Data daripada Sistem Sahsiah Diri Murid (SSDM) dari Kementerian Pendidikan (KPM) dari tahun 2021 hingga oktober 2023 , sebanyak 9,207 kes telah dicatatkan.

Kes buli yang banyak dicatatkan adalah dari kalangan remaja tingkatan 1. 16% daripada keseluruhan kes buli adalah disebabkan alasan "mengejek bentuk fizikal atau rupa paras seseorang”.

Berdasarkan data dikongsi Timbalan Menteri Pendidikan, Lim Hui Ying di Dewan Rakyat pada Rabu, jumlah kes buli paling yang direkodkan adalah pada 2021 iaitu sebanyak 326 kes. Hal ini disebabkan oleh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dijalankan pada masa itu.

Jumlah kes buli dalam kalangan pelajar meningkat mendadak daripada 3,887 kes pada tahun 2022 kepada 4,994 kes pada tahun 2023.

Oleh itu, semua pihak perlu memainkan perana agar kadar buli dalam kalangan pelajar dapat dikurangkan.

MOHAMMAD NAZHIR BIN AKIRUL(299760)- FAKTOR BERLAKUNYA BULI -(FAKTOR DALAMAN)LIM HUI YIN (299972)-FAKTOR BERLAKUNYA BULI ...
18/05/2024

MOHAMMAD NAZHIR BIN AKIRUL(299760)- FAKTOR BERLAKUNYA BULI -(FAKTOR DALAMAN)
LIM HUI YIN (299972)-FAKTOR BERLAKUNYA BULI -(FAKTOR LUARAN)

Assalamualaikum w.b.t. dan Salam Sejahtera,

Kita sering mendengar bahawa buli adalah masalah yang tidak pernah hilang dan bahkan kes buli semakin bertambah dari masa ke semasa. Buli boleh terjadi di semua peringkat umur dan jantina. Dalam era moden ini, kes-kes buli semakin mudah diketahui. Namun, adakah kita pernah berfikir, mengapa dan siapa yang sering terjerumus dalam kancah buli ini? Poster yang dilampirkan menerangkan sedikit tentang faktor-faktor yang menyebabkan buli berlaku. Semoga dengan perkongsian ini, kita dapat mengambil iktibar dan bersama-sama menghentikan buli.

Sekian, Terima Kasih

NURUL QISTINA BINTI AZMI (299903)AIZA SYUHADA BINTI ZAILI (299619)*'KESAN BULI DALAM KALANGAN PELAJAR'*🔖Mempengaruhi keh...
18/05/2024

NURUL QISTINA BINTI AZMI (299903)
AIZA SYUHADA BINTI ZAILI (299619)

*'KESAN BULI DALAM KALANGAN PELAJAR'*

🔖Mempengaruhi kehidupan sosial
•Mangsa buli akan kehilangan keyakinan diri untuk bersosial. Mereka juga berasa takut untuk hadir ke sekolah dan lebih memilih untuk bersendirian berbanding bergaul dengan pelajar-pelajar lain.

🔖Prestasi akademik merosot
•Mangsa buli tidak dapat memberikan tumpuan sepenuhnya terhadap pelajaran kerana terlalu memikirkan masalah yang dihadapi. Akibatnya, mereka ponteng sekolah kerana takut kepada pembuli dan prestasi akademik merosot akibat hilang minat untuk belajar lalu gagal dalam peperiksaan.

🔖Kecederaan Fizikal
•Dalam kes buli fizikal, mangsa mungkin mengalami kecederaan seperti lebam, luka, atau lebih teruk. Ini menyebabkan terdapat kesan parut terhadap anggoa badan mangsa. Lebih malang, sekirang terdapat kecederaan dalam yang boleh meninggalkan kesan jangka panjang pada mangsa.

🔖Masalah Perilaku
•Sesetengah mangsa mungkin menunjukkan perubahan perilaku, dengan cara bertindak ganas atau menjadi pemberontak sebagai cara untuk melindungi diri atau meluahkan rasa frustrasi mereka. Namun masalah ini bakal menjadi lebih teruk apabila mangsa buli hilang kewarasan dan pertimbangan lalu mencedarakan p**a pembuli.

✋🏻

*' LANGKAH UNTUK MENGATASI GEJALA BULI '*📌. *Mengadakan kempen kesedaran* Pihak kerajaan boleh mengadakan kempen kesedar...
18/05/2024

*' LANGKAH UNTUK MENGATASI GEJALA BULI '*

📌. *Mengadakan kempen kesedaran*
Pihak kerajaan boleh mengadakan kempen kesedaran tentang bahayanya gejala buli. Kempen kesedaran ini boleh dianjurkan di kawasan sekolah ataupun di institusi pengajian tinggi. Hal ini kerana gejala buli biasanya berlaku dalam kalangan pelajar yang meningkat dewasa. Melalui kempen kesedaran ini, para pelajar dapat mengetahui sedikit sebanyak akan permasalahan ini. Para pelajar akan terdedah dengan penglibatan jenayah buli secara langsung atau secara tidak langsung melalui kempen kesedaran ini. Oleh itu, para pelajar akan mengambil jalan inisiatif untuk mengelak menjadi mangsa buli seterusnya mengelak menjadi pembuli.

📌. *Penguatkuasaan undang-undang *
Selain itu, penguatkuasaan undang-undang yang berat terhadap pembuli juga dapat dijadikan sebagai langkah untuk mengatasi gejala buli. Dalam perlaksanaan hukuman ini, pihak kerajaan memainkan peranan penting bagi memastikan hukuman berat dikenakan ke atas pembuli. Dengan itu, pembuli akan berasa serik untuk membuli dan mereka tidak mengulangi lagi pembuatan tersebut.

📌. *Mempelajari seni mempertahankan diri*
Apabila seseorang pelajar mempelajari seni mempertahankan diri, mereka akan dapat mempertahankan diri mereka apabila diserang pembuli. Secara tidak langsung mereka akan menggunakan teknik mempertahankan diri yang dipelajari di kelas seni mempertahankan diri. Contoh seni mempertahankan diri yang boleh dipelajari oleh para pelajar ialah taekwando,seni silat gayung dan sebagainya.

📌 *Ibu bapa menjadi suri teladan*
Menjadi contoh yang baik kepada anak-anak serta memberikan pendidikan awal dalam bentuk nasihat dan contoh yang baik.

📌*Peranan media massa*
Media massa mempunyai kuasa dalam mempengaruhi minda para pembaca. Media massa boleh berperanan dalam menyiarkan berita mengenai keburukan buli kepada pelajar dan ibubapa.

*“Bersama Kita Hentikan Buli”*

📍NURUL ARMARLIN BINTI ABD RAHMAN (299894)
📍NURUL NAJWA BINTI MOHAMAD ZAHIR (299866)

NURUL AIN AISYAH BINTI RUSLI (299804).                                              Dapat kita rumuskan masalah buli dal...
18/05/2024

NURUL AIN AISYAH BINTI RUSLI (299804).

Dapat kita rumuskan masalah buli dalam kalangan pelajar adalah serius dan memerlukan perhatian segera. Kesannya boleh berpanjangan pada mangsa, termasuk kebimbangan, kemurungan, dan penurunan prestasi akademik. Oleh itu, semua pihak perlu memperkasakan usaha pencegahan, kesedaran dan intervensi bagi menangani masalah ini dengan berkesan.

Assalamualaikum dan selamat datang semua ke halaman Facebook kami.🙌😁Kami merupakan Pelajar sesi A232 Universiti Utara Ma...
09/05/2024

Assalamualaikum dan selamat datang semua ke halaman Facebook kami.🙌😁

Kami merupakan Pelajar sesi A232 Universiti Utara Malaysia (UUM). Kami adalah Kump**an 7 bagi Subjek MPU1022 Penghayatan Etika dan Peradaban (M) di bawah bimbingan Dr. Azman Md Zain

Kump**an kami terdiri daripada beberapa orang jejaka yang tampan dan si jelita :

1. MUHAMMAD AMIER SALAHUDDIN BIN OSMAN (299579) - KETUA KUMPULAN
2. NURUL AIN AISYAH BINTI RUSLI (29980)
3. NURUL ARMARLIN BINTI ABD RAHMAN (299894)
4. NURUL QISTINA BINTI AZMI (299903)
5. AIZA SYUHADA BINTI ZAILI (299619)
6. MOHAMMAD NAZHIR BIN AKIRUL (299760)
7. NUR WAHEDA AMIRA BINTI ABDUL WAHAB (299756)
8. NURUL NAJWA BINTI MOHAMAD ZAHIR (299866)
9. LIM HUI YIN(299972)
10. MOHAMAD RIZAIDIN BIN MOHD NIZAM (299896)

Dalam halaman ini, kami akan berkongsi bersama anda berkaitan isu Buli Dalam Kalangan Pelajar🫱🏾‍🫲🏻. Kamu semua mesti selalu dengar masalah berkaitan buli dalam kalangan pelajarkan?😔Oleh disebabkan hal yang demikian, kami mewujudkan halaman ini bagi memberi sedikit sebanyak kesedaran dan teladan kepada semua pelajar.

Kami berharap agar posting yang kami paparkan dapat membantu semua pelajar dalam masalah buli yang semakin berleluasa ini. Dengan ini semua pelajar akan berasa selamat apabila berada di tempat belajar . Kamu semua juga boleh menggunakan tips yang kami beri untuk mempertahankan diri😊.

Berlayar pemudi bersama pertapa,
Menuntu ilmu di alam fana,
Guru mendidik khilanya apa?
Tular di maya dicerca dihina👣

Jalan-jalan mencari mentari
Agar bisa p**ang dengan nyaman
Demi miliki manfaat diri
Mari kita berkenalan🫱🏾‍🫲🏻

Address

Universiti Utara
Sintok

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Buli Dalam Kalangan Pelajar posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category