Penghayatan Etika Dan Peradaban

Penghayatan Etika Dan Peradaban Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Penghayatan Etika Dan Peradaban, Education, Universiti Utara, Sintok.

⭐️Tajuk Poster: Buli Siber⭐️Ahli Kump**an :1. Nur Qistina Badrisyia Binti Abdul Aziz (294359)2. Najaa Naili Binti Azaman...
01/12/2023

⭐️Tajuk Poster: Buli Siber⭐️

Ahli Kump**an :
1. Nur Qistina Badrisyia Binti Abdul Aziz (294359)
2. Najaa Naili Binti Azaman (294383)

⭐️ #8 KESAN BULI SIBER⭐️🚫 Kesan psiko-emosi 2: Isolasi atau BersendirianBuli siber menyebabkan mangsa diasingkan, dikecu...
11/11/2023

⭐️ #8 KESAN BULI SIBER⭐️

🚫 Kesan psiko-emosi 2: Isolasi atau Bersendirian

Buli siber menyebabkan mangsa diasingkan, dikecualikan dan diejek sama ada di sekolah atau pejabat sebab rakan sekolah dan rakan sepejabat turut boleh membacanya.
Kesan isolasi ini lebih teruk dirasakan oleh kanak-kanak dan remaja yang mana persahabatan adalah faktor penting perkembangan yang sihat pada usia ini.
Apabila mangsa buli tiada lagi kawan, ini menambahkan lagi risiko untuk mereka dibuli secara fizikal dan psikologikal.

Tambahan p**a, apabila ibu bapa mendapat anak mereka menjadi mangsa buli, ibu bapa dengan secara simplistik meminta anak mereka untuk menyahaktifkan aplikasi berkaitan atau tidak boleh guna gajet langsung.
Tapi, apabila satu-satunya komunikasi anak mangsa buli siber dengan dunia luar telah ‘dirampas’ oleh ibu bapa, kesan isolasi dan bersendirian akan menjadi lebih teruk akibat kesunyian.

🚫Kesan Psiko-mental

Kesan psiko-mental 1: Depresi (Depression) dan Anziati (Anxiety)

✍🏻 Mangsa buli siber, apabila terlalu lama menghadap kesan emosi buli siber, boleh menjadi lebih teruk dan mengidap penyakit mental seperti kecelaruan depresi major atau kecelaruan kemurungan utama; dan juga kecelaruan anzieti atau kecelaruan keresahan.

Kesan psiko-mental 2: Harga Kendiri (Self-Esteem) Rendah

✍🏻 Apabila dibuli secara siber bertubi-tubi dan berpanjangan, mangsa boleh berasa sangsi terhadap harga kendiri dan rasa diri sebagai manusia yang tidak berguna, lebih-lebih lagi kanak-kanak dan remaja yang sangat memerlukan sahabat pada ketika usia tersebut.

Kesan psiko-mental 3: Masalah Akademik

✍🏻 Mangsa buli siber boleh hilang minat untuk belajar di sekolah, kolej atau universiti. Malah, mungkin ada juga mangsa buli yang sudah dewasa tapi belajar secara sambilan supaya mendapat peluang pekerjaan yang lebih baik, dan mereka juga boleh hilang minat untuk belajar.
Mereka mungkin mula tidak hadir kelas kerana untuk elak pembuli siber yang berada di tempat belajar; ataupun malu dengan rakan-rakan di tempat belajar yang dapat maklumat tentang mereka sebagai mangsa buli siber secara dalam talian.
Ini menyebabkan risiko gred mangsa menurun dan juga risiko berhenti sekolah, kolej atau universiti, malah tidak mahu lagi meneruskan pengajian.

Kesan psiko-mental 4: Mencederakan diri dan pemikiran bunuh diri

✍🏻 Jika beban emosi dan mental mangsa buli siber sangat berat, boleh juga berlaku mereka akan mencederakan diri sendiri, walaupun tidak berniat untuk membunuh diri.
Di samping itu, boleh juga berlaku mangsa buli siber mempunyai pemikiran bunuh diri yang bertalu-talu dan berisiko untuk benar-benar membunuh diri walaupun sebenarnya mereka tidak mahu membunuh diri.
Percubaan bunuh diri sebenarnya adalah jeritan batin meminta pertolongan daripada orang sekeliling bahawa mangsa sukar untuk melarikan diri daripada pemikiran bunuh diri. Ini adalah kemuncak kekejaman buli siber atau mana-mana bentuk buli sekalipun.

Najaa Naili Binti Azaman 294383

⭐️ #7 KESAN BULI SIBER⭐️Dilaporkan baru-baru ini seorang pemilik akaun TikTok pop**ar meninggal dunia (dipercayai mangsa...
11/11/2023

⭐️ #7 KESAN BULI SIBER⭐️

Dilaporkan baru-baru ini seorang pemilik akaun TikTok pop**ar meninggal dunia (dipercayai mangsa bunuh diri) dalam perjalan ke hospital dari rumahnya selepas dilaporkan menerima komen kebencian (hate comment) bertubi-tubi di media sosial.

Ini adalah berita yang menyedihkan. Mungkin masih ramai rakyat Malaysia yang meremehkan kekerapan buli siber berlaku di Malaysia dan mungkin juga meremehkan kesan buruknya terhadap individu dan masyarakat.

Jom saya share apa kesan siberbuli terhadap mangsa

🚫 Kesan psiko-emosi 1: Memalukan

Buli siber terasa kekal oleh mangsa buli. Apabila mesej buli dihantar secara dalam talian, ia akan kekal di dunia
maya. Ini menyebabkan mangsa merasakan maruah diri terdedah dan dimalukan. Dan emosi ini dirasai oleh mengsa setiap hari.
Ini disebabkan hantaran buli siber tersebar kepada ramai netizen dan berganda jumlahnya dengan pantas. Ini melahirkan rasa malu yang sangat teruk dalam diri mangsa buli siber.

NAJAA NAILI BT AZAMAN 294383

⭐️ #6 LANGKAH ATASI BULI SIBER⭐️Bukan setakat itu , terdapat banyak lagi langkah mengatasi siberbuli iaitu :👩🏻‍🏫 Bimbing...
11/11/2023

⭐️ #6 LANGKAH ATASI BULI SIBER⭐️

Bukan setakat itu , terdapat banyak lagi langkah mengatasi siberbuli iaitu :

👩🏻‍🏫 Bimbingan dan Kaunseling
- Menyediakan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling bagi mangsa siberbuli.
- Memberikan bimbingan kepada pelaku untuk memahami akibat perbuatan mereka.

✍🏻 Latihan untuk Penggunaan Bertanggungjawab Teknologi
- Menyediakan latihan kepada pelajar tentang penggunaan bertanggungjawab teknologi.
- Menekankan etika dalam berinteraksi dalam talian

👨‍👩‍👧 Penyedaran di Kalangan Ibu Bapa
- Menyediakan sesi penyedaran kepada ibu bapa tentang tanda-tanda siberbuli dan cara mengatasinya.
- Mendorong ibu bapa untuk terlibat dalam aktiviti digital anak-anak mereka.

Dan kalau kita menelaah lagi sumber internet , kita mungkin akan jumpa beribu langkah untuk menghindari kes ini dari berlaku . Tapi kan , semuanya bergantung kepada masyarakat jugak . Bak kata pepatah hendak seribu daya tak hendak seribu dalih .

NAJAA NAILI BT AZAMAN 294383

⭐️ #5 LANGKAH ATASI BULI SIBER⭐️Korang nak tahu tak macam mana langkah untuk mengatasi buli siber ? jom saya kongsi bebe...
11/11/2023

⭐️ #5 LANGKAH ATASI BULI SIBER⭐️

Korang nak tahu tak macam mana langkah untuk mengatasi buli siber ? jom saya kongsi beberapa point

📕 Pendidikan dan Kesedaran
- Melibatkan pendidikan siber dan kesedaran dalam kurikulum.
- Menyampaikan maklumat kepada pelajar tentang risiko dan akibat siberbuli.

📱Pemantauan Aktiviti Dalam Talian
- Pemantauan aktif terhadap aktiviti dalam talian oleh pihak sekolah dan ibu bapa.
- Penggunaan perisian atau aplikasi pemantauan untuk mendeteksi tindakan siberbuli.

👩🏻‍💼🧑🏻‍💼Pelibatan Komuniti
- Membina kerjasama dengan platform media sosial untuk menangani siberbuli.
- Menyediakan sesi maklumat kepada ibu bapa dan komuniti tentang penggunaan internet selamat.

NAJAA NAILI BT AZAMAN 294383

⭐️ #4 MENGAPA WUJUDNYA BULI SIBER?⭐️(Sambungan…)⚠️Peningkatan penggunaan internet📍Peningkatan penggunaan internet merupa...
11/11/2023

⭐️ #4 MENGAPA WUJUDNYA BULI SIBER?⭐️

(Sambungan…)

⚠️Peningkatan penggunaan internet
📍Peningkatan penggunaan internet merupakan salah satu punca berlakunya buli siber yang semakin berleluasa di negara kita. Peningkatan pengguna internet sebagai alat komunikasi terkini telah mendorong ramai pengguna internet menyalahgunakan internet untuk pelbagai tujuan tanpa mengira betul atau salah seperti membuli pengguna internet yang lain.

⚠️Masalah keluarga
📍Berlakunya pergolakan dalam rumah tangga akan mengganggu ketenteraan jiwa seseorang itu. Hal ini menyebabkan mereka memilih untuk menjadi pembuli siber untuk melarikan diri dan melepaskan kemarahan mereka kepada orang yang tidak bersalah di dalam laman sesawang.

⚠️Kelemahan undang-undang
📍Penggunaan teknologi yang tidak terhad menjadikan pembuli siber lebih berani dalam melakukan jenayah. Hal ini kerana mereka tahu bahawa mereka tidak akan ditangkap dan tiada tindakan yang berat akan dikenakan sekiranya mereka menjadi pembuli siber dengan menggunakan profil palsu.

Penulis: Nur Qistina Badrisyia Binti Abdul Aziz (294359)

⭐️ #3 MENGAPA WUJUDNYA BULI SIBER?⭐️Assalamualaikum and Hello!! Ok sekarang kami nak hurai p**a tentang punca berlakunya...
11/11/2023

⭐️ #3 MENGAPA WUJUDNYA BULI SIBER?⭐️

Assalamualaikum and Hello!! Ok sekarang kami nak hurai p**a tentang punca berlakunya buli siber.

Buli siber dapat disebabkan oleh kurangnya penghayatan nilai-nilai agama, ketidakpuasan hati terhadap individu tertentu, dan kurangnya pemantauan ibu bapa terhadap penggunaan internet oleh anak-anak. Setiap hari, masyarakat di seluruh dunia dipengaruhi oleh buli siber. Berikut adalah gambaran sebab utama mengapa wujudnya buli siber:

⚠️Dendam
📍Apabila kanak-kanak telah dibuli, mereka sering ingin membalas kejahatan yang telah mereka alami dengan kejahatan yang lain. Mereka berasa tidak bersalah dalam tindakan mereka kerana mereka juga telah dianiaya sebelumnya. Mereka mahu orang lain hadap apa yang mereka telah rasa. Mereka juga akan mendapat kepuasan melihat orang lain turut alami apa yang mereka telah lalui sepanjang menjadi mangsa buli.

⚠️Tiada empati
📍Anak-anak yang tiada sifat empati dalam diri akan mencari hiburan dengan cara buli siber untuk menambahkan keseronokan dalam kehidupan mereka. Mereka mendapat kepuasan daripada kesempitan dan kesulitan orang lain.

⚠️Sikap manusia yang susah dikawal
📍Kita tidak boleh mengubah kelakuan seseorang melainkan orang itu sendiri mengubahnya. Buli siber sering dilakukan oleh manusia yang mempunyai kelakuan yang negatif. Pembuli siber menyerang mangsa disebabkan perasaan suka-suka dan hanya sekadar untuk main-main ataupun ingin menggunakan ilmu yang baru mereka pelajari. Kebanyakan mereka ini adalah remaja dan kanak-kanak. Mereka belum cukup matang untuk berfikir tentang akibat jenayah yang mereka lakukan.

Penulis: Nur Qistina Badrisyia Binti Abdul Aziz (294359)

⭐️ #2 JENIS-JENIS BULI SIBER⭐️Hiiii! Hari ini, kami nak bincang dan terangkan jenis-jenis buli siber yang pernah berlaku...
11/11/2023

⭐️ #2 JENIS-JENIS BULI SIBER⭐️

Hiiii! Hari ini, kami nak bincang dan terangkan jenis-jenis buli siber yang pernah berlaku. Antaranya ialah:

📌Penyamaran identiti : Pembuli menggunakan nama dan
profil yang palsu dan kemudian menyiarkan perkara yang dapat menyakitkan pihak lain. Pembuli berbuat sedemikian untuk mengatakan perkataan yang dapat menyinggung perasaan, menyertakan perkara seksual atau perkara lain yang tidak bersesuaian kepada mangsa. Ada juga pembuli yang berpura-pura untuk menjadi orang lain untuk menarik seseorang kepada hubungan palsu atas sebab tertentu seperti ingin mendapatkan duit atau hal-hal lain.

📌Gangguan atas talian : Gangguan atas talian ini selalunya terjadi melalui media sosial. Pembuli menggunakan platform seperti Facebook atau Instagram dengan menghantar mesej untuk mengganggu, mengancam atau memalukan mangsa sasaran mereka. Pembuli juga boleh menghantar teks yang banyak secara ‘spamming’ yang boleh mengakibatkan tekanan emosi.

📌Penyalahgunaan gambar : Ini berlaku apabila pembuli mengambil gambar mangsa di dalam bilik persalinan tanpa kebenarannya untuk disebarkan. Pembuli juga boleh mengancam mangsa untuk menyebarkan foto yang memalukan itu sebagai cara untuk memeras ugut mangsa untuk melakukan apa yang dikehendakinya.

📌Sexting : Sexting ialah perbuatan menghantar bahan seks melalui teks mesej tanpa kebenaran si mangsa. Hal ini boleh menjadi ketagihan kepada pembuli serta memusnahkan kehidupan mangsa dengan meninggalkan trauma yang mendalam. Ada juga mangsa yang masih lagi merupakan pelajar sekolah yang turut terkena dengan perbuatan yang keji ini.

📌Pengebaran gossip online : Perbuatan membuli dan bergossip secara keterlaluan menggunakan platform media sosial boleh menyebabkan seseorang itu dip**aukan mahupun di alam realiti serta di media sosial. Hal ini dapat mendatangkan pelbagai kesan negatif kepada mangsa. Perbuatan ini juga selalunya datang dengan tujuan untuk memalukan serta mengaibkan mangsa atas rasa dengki dan iri hati si pembuli.

Penulis: Nur Qistina Badrisyia Binti Abdul Aziz (294359)

⭐️  #1 POSTING BULI SIBER ⭐️📌Korang nak tahu tak? Sejak dulu lagi budaya buli masih menjadi topik hangat yang berlaku di...
11/11/2023

⭐️ #1 POSTING BULI SIBER ⭐️

📌Korang nak tahu tak? Sejak dulu lagi budaya buli masih menjadi topik hangat yang berlaku disekeliling kita tanpa kita sedar. Budaya ini selalu diambil mudah oleh sesetengah masyarakat yang mengganggapnya perkara kecil dan tidak memberi impak besar kepada mangsa. Buli datang dari pelbagai aspek seperti buli mental, buli fizikal, buli jalanan serta banyak lagi. Hari ini, kita nak fokus kepada buli siber.

📌Buli siber (cyberbullying) merujuk kepada perilaku penghinaan atau pelecehan yang terjadi melalui media digital. Ini termasuk media sosial seperti Whatsapp, Instagram, Tiktok, X serta bentuk-bentuk komunikasi online yang lain.

📌Contoh buli siber melibatkan penggunaan kata-kata kasar, penyebaran rumor atau informasi palsu, penghinaan, pencemaran nama baik atau penyebaran gambar atau video peribadi tanpa izin. Buli siber dapat memberikan impak yang serius terhadap kesejahteraan emosional seseorang.

Penulis: Nur Qistina Badrisyia Binti Abdul Aziz (294359)

Address

Universiti Utara
Sintok
06010

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Penghayatan Etika Dan Peradaban posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category