13/05/2021
KITA SEBAHAGIAN DARIPADA SEJARAH
Kursus yang saya minati daripada zaman sekolah adalah sejarah dan geografi. Cukup s**a apabila mengetahui tentang peristiwa silam dan keistimewaan setiap lokasi di dunia.
Peristiwa Perang Dunia, Spanish Flu, bencana alam diiikuti dengan penuh minat. Abah dan Mbah pun banyak bercerita dengan keadaan kehidupan zaman Jepun, 1950an, 1960an dan seterusnya. Mereka bercerita dengan apa yang mereka rasai dulu. Keperitan hidup, kegembiraan, sekatan semuanya bercampur-campur.
Kita sekarang ni ditakdirkan Allah SWT hidup dalam keadaan pandemik COVID 19 yang sedang melanda dunia. Keperitan hidup, kegembiraan, sekatan, perjuangan datang berselang seli. Mungkin kita tak terfikir pun yang hidup kita diuji sebegini rupa. Kehidupan orang zaman dahulu kita rasakan tidak akan berulang di zaman kita.
Sejarah, datangnya berselang seli, masa sahaja yang berubah. Kenangan inilah yang akan diceritakan pada anak cucu di masa depan.