Universiti Utara Malaysia (Official FB)

Universiti Utara Malaysia (Official FB) Official FB page for Universiti Utara Malaysia, managed by the Corporate Communication Department
(301)

Universiti Utara Malaysia (UUM), which was officially established on 16 February 1984, is the sixth Malaysian public university. It is the only university that was set up to specialise solely in management education from the very beginning of its establishment.

Jom…mai balik UUM
07/08/2026

Jom…mai balik UUM

Selamat Bersara Sahibul Samahah Prof. Dato’ Dr. Asmadi
07/08/2026

Selamat Bersara Sahibul Samahah Prof. Dato’ Dr. Asmadi

06/08/2026

MAJLIS PERASMIAN SE-BUDI HASANAH LANGUAGE AND RESILIENCE CAMP 2026

6 Ogos 2026 | SMK Langkawi, Pulau Tuba.

Berita lanjut: https://uumtoday.com/uum-news/

Moga akan kembali kenangan indah tika di UUM…
06/08/2026

Moga akan kembali kenangan indah tika di UUM…

𝗗𝗨𝗔 𝗡𝗘𝗚𝗔𝗥𝗔, 𝗦𝗔𝗧𝗨 𝗦𝗘𝗠𝗔𝗡𝗚𝗔𝗧: 𝗦𝗘𝗥𝗢𝗡𝗢𝗞𝗡𝗬𝗔 𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗠𝗢𝗕𝗜𝗟𝗜𝗧𝗜 𝗚𝗟𝗢𝗕𝗔𝗟 𝗡𝗘𝗫𝗨𝗦 𝗨𝗦𝗨 𝘅 𝗨𝗨𝗠 𝟮𝟬𝟮𝟲! Seramai 20 pelajar dari Universitas ...
06/08/2026

𝗗𝗨𝗔 𝗡𝗘𝗚𝗔𝗥𝗔, 𝗦𝗔𝗧𝗨 𝗦𝗘𝗠𝗔𝗡𝗚𝗔𝗧: 𝗦𝗘𝗥𝗢𝗡𝗢𝗞𝗡𝗬𝗔 𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗠𝗢𝗕𝗜𝗟𝗜𝗧𝗜 𝗚𝗟𝗢𝗕𝗔𝗟 𝗡𝗘𝗫𝗨𝗦 𝗨𝗦𝗨 𝘅 𝗨𝗨𝗠 𝟮𝟬𝟮𝟲!

Seramai 20 pelajar dari Universitas Sumatera Utara (USU), Medan bersama 24 pelajar Universiti Utara Malaysia (UUM) baru sahaja menyempurnakan program mobiliti inbound GLOBAL NEXUS: USU x UUM 2026 yang berlangsung meriah dari 23 Julai hingga 6 Ogos 2026.

Istimewanya, sepanjang dua minggu ini, para peserta bukan sahaja menimba ilmu tetapi turut menyelami budaya tempatan menerusi pelbagai aktiviti berimpak tinggi:

✨ 𝗦𝗶𝗻𝗲𝗿𝗴𝗶 𝗔𝗸𝗮𝗱𝗲𝗺𝗶𝗸 & 𝗞𝗲𝗯𝘂𝗱𝗮𝘆𝗮𝗮𝗻
* Menyertai Persidangan IAYC anjuran Tunku Puteri Intan Safinaz School of Accountancy (TISSA-UUM).
* Malam persahabatan yang diwarnai dengan Perkongsian Budaya Malaysia–Indonesia, Cabaran Permainan Tradisional, Malam Mewarna Batik, dan Creativity Fashion Show.

🗺️ 𝗝𝗲𝗹𝗮𝗷𝗮𝗵 𝗞𝗲𝗱𝗮𝗵 & 𝗣𝗲𝗿𝗹𝗶𝘀
* Meneroka sejarah dan mercu tanda ikonik di Alor Setar termasuk Masjid Zahir dan Menara Alor Setar.
* Merasai suasana kedai sempadan di Padang Besar, Perlis.

🏝️ 𝗣𝗲𝗻𝗴𝗮𝗹𝗮𝗺𝗮𝗻 𝗦𝗲𝗯𝗲𝗻𝗮𝗿 𝗞𝗼𝗺𝘂𝗻𝗶𝘁𝗶 𝗱𝗶 𝗣𝘂𝗹𝗮𝘂 𝗧𝘂𝗯𝗮, 𝗟𝗮𝗻𝗴𝗸𝗮𝘄𝗶
* Menyelami aktiviti seharian masyarakat menerusi Program Keluarga Angkat serta menikmati keindahan island hopping.

Majlis Penutupan gilang-gemilang disempurnakan oleh Pengerusi Majlis Pengetua UUM, Dr. Mohd Abidzar Zainol Abidin bersama Ketua Delegasi USU, Dr. Sambas Ade Kesuma.

Menurut Penasihat Program, Puan Siti Farhana binti Shabudin, program ini bukan sekadar membuka minda mahasiswa untuk melihat dunia dari perspektif luar, malah bertindak sebagai jambatan diplomasi akademik dan kebudayaan antara Malaysia dan Indonesia.

Tahniah diucapkan kepada Biro Integrasi, Komuniti & Antarabangsa INASIS Bank Muamalat serta kerjasama INASIS MISC dan INASIS Proton atas kejayaan penganjuran yang cukup bermakna ini!

Oleh: Jannatara Begum Binti Mohamad Rashid @ Maung Tin Win
Tarikh: 6 Ogos 2026

Syabas, tahniah Alumni UUM
06/08/2026

Syabas, tahniah Alumni UUM

𝗨𝗨𝗠 𝗛𝗼𝗹𝗱𝗶𝗻𝗴𝘀 𝗝𝗮𝗹𝗶𝗻 𝗞𝗲𝗿𝗷𝗮𝘀𝗮𝗺𝗮 𝗦𝘁𝗿𝗮𝘁𝗲𝗴𝗶𝗸 𝗕𝗲𝗿𝘀𝗮𝗺𝗮 𝗞𝗞𝗠, 𝗕𝗮𝗻𝗴𝘂𝗻 𝗦𝘁𝗮𝗻𝗱𝗮𝗿 𝗞𝗼𝗺𝗽𝗲𝘁𝗲𝗻𝘀𝗶 𝗞𝗲𝗷𝘂𝗿𝘂𝘁𝗲𝗿𝗮𝗮𝗻 𝗞𝗲𝘀𝗶𝗵𝗮𝘁𝗮𝗻Universiti Utara Mal...
05/08/2026

𝗨𝗨𝗠 𝗛𝗼𝗹𝗱𝗶𝗻𝗴𝘀 𝗝𝗮𝗹𝗶𝗻 𝗞𝗲𝗿𝗷𝗮𝘀𝗮𝗺𝗮 𝗦𝘁𝗿𝗮𝘁𝗲𝗴𝗶𝗸 𝗕𝗲𝗿𝘀𝗮𝗺𝗮 𝗞𝗞𝗠, 𝗕𝗮𝗻𝗴𝘂𝗻 𝗦𝘁𝗮𝗻𝗱𝗮𝗿 𝗞𝗼𝗺𝗽𝗲𝘁𝗲𝗻𝘀𝗶 𝗞𝗲𝗷𝘂𝗿𝘂𝘁𝗲𝗿𝗮𝗮𝗻 𝗞𝗲𝘀𝗶𝗵𝗮𝘁𝗮𝗻

Universiti Utara Malaysia (UUM) menerusi anak syarikatnya, UUM Holdings terus memperkukuh peranan sebagai rakan strategik industri apabila memeterai Nota Kerjasama Strategik bersama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada Majlis Peluncuran Healthcare Engineering Services Competency Standard – Healthcare Facility Management (HESCS-HFM), hari ini.

Melalui kerjasama tersebut, Bahagian Perkhidmatan Kejuruteraan KKM melantik UUM Holdings untuk membangunkan Healthcare Engineering Services Competency Standard, iaitu standard kompetensi yang akan menjadi asas kepada laluan pengiktirafan profesional serta meningkatkan tahap kompetensi jurutera dan penolong jurutera di KKM.

Pelantikan ini mencerminkan keyakinan KKM terhadap kepakaran yang dimiliki UUM, khususnya dalam pembangunan modul latihan dan standard kompetensi yang memenuhi keperluan sektor kesihatan negara.

Kerjasama ini turut membuktikan bahawa kepakaran akademik warga UUM bukan sahaja berkembang dalam dunia pendidikan dan penyelidikan, malah berjaya diterjemahkan kepada penyelesaian praktikal yang memberi impak serta nilai tambah kepada industri dan sektor awam.

Semoga pencapaian ini menjadi pemangkin kepada lebih banyak kerjasama strategik yang dapat diterokai oleh UUM Holdings dan UUM pada masa hadapan, sekali gus mengukuhkan lagi peranan universiti sebagai penyumbang kepakaran kepada pembangunan negara.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada seluruh warga UUM Holdings yang diterajui oleh Pengerusinya, YBhg. Dato’ Muhammad Khizri Abu Kassim, yang turut mewakili anak syarikat UUM dalam sesi pertukaran Nota Kerjasama Strategik bersama Ketua Setiausaha KKM, YBhg. Datuk Seri Hasnol Zam Zam.

Turut hadir ialah Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) UUM, Prof. Dr. Ram Al Jaffri Saad serta Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan UUM Holdings, Encik Azman Hisham Che Doi.

🗓️ 4 Ogos 2026 (Selasa)
📍 Dewan Damar Sari, Putrajaya

𝗞𝗼𝗻𝘃𝗲𝗻𝘀𝘆𝗲𝗻 𝗜𝗟𝗧𝗜𝗭𝗔𝗠 𝟮𝟬𝟮𝟲 𝗣𝗲𝗺𝗮𝗻𝗴𝗸𝗶𝗻 𝗥𝗲𝗳𝗼𝗿𝗺𝗮𝘀𝗶 𝗣𝗲𝗿𝗸𝗵𝗶𝗱𝗺𝗮𝘁𝗮𝗻 𝗔𝘄𝗮𝗺
04/08/2026

𝗞𝗼𝗻𝘃𝗲𝗻𝘀𝘆𝗲𝗻 𝗜𝗟𝗧𝗜𝗭𝗔𝗠 𝟮𝟬𝟮𝟲 𝗣𝗲𝗺𝗮𝗻𝗴𝗸𝗶𝗻 𝗥𝗲𝗳𝗼𝗿𝗺𝗮𝘀𝗶 𝗣𝗲𝗿𝗸𝗵𝗶𝗱𝗺𝗮𝘁𝗮𝗻 𝗔𝘄𝗮𝗺

04/08/2026

UUM melalui anak syarikatnya, UUM Holdings hari ini terus mengorak langkah ke hadapan apabila berjaya memeterai Nota Kerjasama Strategik bersama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di Majlis Peluncuran Healthcare Engineering Services Competency Standard - Healthcare Facility Management (HESCS-HFM).

Dengan pengalaman dan kepakaran yang dimiliki oleh UUM, Bahagian Perkhidmatan Kejuruteraan, KKM telah bersetuju untuk melantik UUM Holdings dalam membangunkan Healthcare Engineering Services Competency Standard sebagai satu standard kompetensi yang menyediakan laluan pengiktirafan professional dan meningkatkan tahap kompetensi kepada jurutera dan penolong jurutera KKM.

Kerjasama ini membuktikan hasil kepakaran akademia UUM bukan sekadar di bilik kuliah tetapi diterjemahkan kepada penyelesaian berimpak tinggi yang memberi nilai kepada industri. Ia juga merupakan satu pengiktirafan kepada kepakaran UUM melalui pembangunan modul latihan oleh pakar dari UUM yang akan dimanfaatkan oleh KKM.

Semoga kejayaan ini akan menjadi pemangkin kepada anak syarikat UUM khususnya dan UUM secara amnya kepada lebih banyak kolaborasi strategik seperti ini di masa akan datang.

Sekalung penghargaan dan tahniah kepada seluruh warga UUM Holdings yang diterajui oleh YBhg Dato’ Muhamad Khizri Abu Kassim, Pengerusi UUM Holdings baharu juga merupakan Ahli Lembaga Pengarah UUM mewakili anak syarikat UUM dalam Sesi Pertukaran Nota Kerjasama Strategik bersama Ketua Setiausaha KKM, YBhg Datuk Seri Hasnol Zam Zam.

Turut hadir Prof Dr Ram Al Jaffri Saad, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) dan Encik Azman Hisham Che Doi, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan UUM Holdings.

Semoga usaha murni ini terus mencipta lebih banyak kejayaan dan impak kepada negara.

🗓️ 4 Ogos 2026 | Selasa
📍 Dewan Damar Sari, Putrajaya

04/08/2026

MAJLIS PENYERAHAN KENDERAAN JABATAN KESELAMATAN UNIVERSITI UTARA MALAYSIA.

4 Ogos 2026 | Foyer Canselori Sultan Sallehuddin UUM, Sintok.

Berita lanjut: https://uumtoday.com/uum-news/

Address

Universiti Utara
Sintok
06010

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 15:30
Sunday 08:00 - 17:00

Telephone

+6049284000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Universiti Utara Malaysia (Official FB) posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share