Institut Penyelidikan & Inovasi Zakat - IPIZ UUM

Institut Penyelidikan & Inovasi Zakat - IPIZ UUM Pusat Kecemerlangan Universiti (UCoE), Universiti Utara Malaysia.

-Memacu Kecemerlangan Zakat-

DIRGAHAYU TUANKUAssalamualaikum dan Salam Sejahtera.Merafak sembah dan setinggi-tinggi ucapan tahniah sempena Sambutan U...
31/05/2026

DIRGAHAYU TUANKU

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Merafak sembah dan setinggi-tinggi ucapan tahniah sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim.

Semoga Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku sentiasa dikurniakan kesihatan yang berpanjangan, kesejahteraan, serta berada dalam rahmat dan lindungan Allah SWT, seterusnya terus memayungi negara dengan penuh kebijaksanaan, keadilan dan kemakmuran.

Daulat Tuanku.

Sembah Takzim Daripada
Pengarah dan Seluruh Warga Kerja
Institut Penyelidikan dan Inovasi Zakat (IPIZ)
Universiti Utara Malaysia (UUM) 🇲🇾

PEMBENTANGAN LAPORAN AKHIR GERAN PENYELIDIKANPada 30 April 2026 telah berlangsung pembentangan laporan akhir geran penye...
06/05/2026

PEMBENTANGAN LAPORAN AKHIR GERAN PENYELIDIKAN

Pada 30 April 2026 telah berlangsung pembentangan laporan akhir geran penyelidikan bertajuk “Transformasi Asnaf kepada Muzakki: Kajian Keberkesanan Program Bantuan Usahawan Asnaf oleh LZNK” yang diketuai oleh Dr. Raja Rizal Iskandar Raja Hashim.

Sesi pembentangan ini telah dipengerusikan oleh Prof. Madya Dr. Solahuddin Abdul Hamid serta dinilai oleh panel penilai iaitu Prof. Madya Dr. Bidayatul Akmal Mustafa Kamil dan Prof. Madya Dr. Maliani binti Mohamad.

Turut hadir dalam sesi pembentangan ini ialah En. Mohd Shauqi Mat Saad daripada Pusat Kajian Pengantarabangsaan Zakat Kedah.

Diharapkan hasil penyelidikan ini dapat menyumbang kepada usaha memperkasa transformasi asnaf kepada muzakki secara lebih sistematik serta menjadi rujukan dalam meningkatkan keberkesanan program bantuan usahawan asnaf pada masa hadapan.

SELAMAT MENYAMBUT HARI PEKERJAAssalamualaikum wbt. dan Salam Sejahtera.Kami daripada Institut Penyelidikan dan Inovasi Z...
01/05/2026

SELAMAT MENYAMBUT HARI PEKERJA

Assalamualaikum wbt. dan Salam Sejahtera.

Kami daripada Institut Penyelidikan dan Inovasi Zakat (IPIZ), ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada seluruh warga pekerja yang menjadi tunjang kekuatan negara.

Dedikasi tulus buat seluruh warga pekerja yang menjadi nadi pembangunan negara dengan iltizam, integriti dan semangat kebersamaan dalam memacu kemajuan ummah dan kesejahteraan masyarakat.

Ikhlas daripada,
Pengarah dan Seluruh Warga Kerja,
Institut Penyelidikan dan Inovasi Zakat (IPIZ)

29/04/2026

Assalamualaikum wbt. dan salam sejahtera,

📌Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kami ucapkan kepada semua panel penilai yang telah meluangkan masa, komitmen serta memberikan pandangan yang bernas dalam Sesi Pitch Idea Geran LZNK–IPIZ Fasa 1/2026 pada hari ini.

Semoga kerjasama dan sokongan yang diberikan ini dapat diteruskan pada masa akan datang.

Sekian, terima kasih.😊

29/04/2026

✨ COMING SOON!!!

Are you ready?? 👀
For something NEW?? 🔥

🎯 ZAWED 2026 is coming!

Stay tuned for more exciting update 📌

Don’t miss out !!!

PEMBENTANGAN LAPORAN AKHIR GERAN PENYELIDIKANPada 19 April 2026, telah berlangsung pembentangan laporan akhir geran peny...
22/04/2026

PEMBENTANGAN LAPORAN AKHIR GERAN PENYELIDIKAN

Pada 19 April 2026, telah berlangsung pembentangan laporan akhir geran penyelidikan bertajuk “Pembangunan Modul Interaktif Mualaf: Isu dan Cabaran” yang diketuai oleh Prof. Madya Dr. Mohd. Nizho Abdul Rahman.

Sesi pembentangan ini telah dipengerusikan oleh Prof. Madya Dr. Azizah Othman serta dinilai oleh panel penilai iaitu Prof. Madya Dr. Solahuddin Abdul Hamid dan Prof. Madya Dr. Nor Hasimah Ismail.

Turut hadir dalam sesi pembentangan ini ialah Dr. Hafizah Zainal, Pengarah Pusat Kajian Pengantarabangsaan Zakat Kedah dan Ustaz Mohd. Khairi Ishak daripada Divisyen Pembangunan Mualaf dan Dakwah Sosial.

Diharapkan hasil penyelidikan ini dapat menyumbang kepada pemerkasaan pembangunan modul interaktif mualaf serta menjadi rujukan dalam menangani isu dan cabaran berkaitan pada masa hadapan.

Dengan penuh sukacita, kami merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Yang Berusaha Prof. Madya Dr. Bakti bin Hasan Basr...
22/04/2026

Dengan penuh sukacita, kami merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Yang Berusaha Prof. Madya Dr. Bakti bin Hasan Basri atas pelantikan sebagai Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni), Universiti Utara Malaysia berkuat kuasa pada 20 April 2026.

Semoga pelantikan ini akan terus memperkukuh kecemerlangan kepimpinan serta menyumbang kepada kemajuan universiti dan pembangunan mahasiswa secara holistik.

Ikhlas daripada,
Pengarah dan seluruh warga kerja,
Institut Penyelidikan dan Inovasi Zakat (IPIZ)

📢 JOM PITCH IDEA ANDA! UNTUK PERMOHONAN GERAN IPIZ FASA 1/2026Assalamualaikum wbt. dan salam sejahtera,Sukacita dimaklum...
16/04/2026

📢 JOM PITCH IDEA ANDA! UNTUK PERMOHONAN GERAN IPIZ FASA 1/2026

Assalamualaikum wbt. dan salam sejahtera,

Sukacita dimaklumkan bahawa permohonan Geran LZNK–IPIZ Fasa 1/2026 kini dibuka kepada semua yang berminat.

✨ Jom Bentangkan Idea Anda! (Pitch Idea)
Sesi ini merupakan peringkat awal penilaian sebelum cadangan dipertimbangkan untuk tawaran geran.

📌 Butiran sesi pitching:
🗓 Tarikh: 27 April 2026 (Isnin)
⏰ Masa: 9.30 pagi – 1.00 petang
📍 Tempat: Bilik Mesyuarat IPIZ

⏳ Tempoh pembentangan: 7 minit sahaja
🎯 Kaedah: Bebas & kreatif

⚠️ Hanya cadangan idea yang layak akan dipertimbangkan untuk tawaran geran.

📲 Imbas QR pada poster untuk pendaftaran.

Sebarang pertanyaan boleh hubungi:
📞 Dr. Fazlini 011-28189770/4743
📞Cik Aida 011-54106240/4746
📧 [email protected]

💡 Jangan lepaskan peluang untuk merealisasikan idea penyelidikan anda!

13/04/2026

📢 CALL FOR PAPERS – ZAWED 2026

Assalamualaikum & salam sejahtera,

Dengan sukacitanya dimaklumkan bahawa The 4th International Conference on Zakat, Tax, Waqf and Economic Development (ZAWED 2026) akan diadakan seperti ketetapan berikut:

📅 Tarikh: 14 & 15 September 2026
📍 Tempat: The Everly Hotel, Putrajaya

💡 Tema:
“Innovating Islamic Social Finance: Digital Transformation of Zakat, Waqf and Sadaqah for Global Ummah Well-Being”

📌 Tarikh Penting:
• Abstract Deadline: 14 Mei 2026
• Penerimaan Abstract: 1 Jun 2026
• Full Paper: 30 Jun 2026

📄 Pelbagai bidang berkaitan kewangan sosial Islam, zakat, waqf, tadbir urus, AI dalam zakat dan lain-lain adalah dialu-alukan.

🔗 Hantar kertas kerja di:
https://submit.confbay.com/conf/zawed2026

📲 Imbas QR pada poster untuk maklumat lanjut.

Sehubungan itu, semua penyelidik, ahli akademik, pengamal industri serta pelajar adalah dijemput untuk menghantar kertas kerja dan menyertai persidangan ini.

Sebarang pertanyaan boleh hubungi:
📧 [email protected]

📢 HEBAHAN PENAWARAN GERAN IPIZ FASA 1/2026Assalamualaikum dan salam sejahtera.Sukacita dimaklumkan bahawa Institut Penye...
13/04/2026

📢 HEBAHAN PENAWARAN GERAN IPIZ FASA 1/2026

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Sukacita dimaklumkan bahawa Institut Penyelidikan dan Inovasi Zakat (IPIZ), UUM dengan kerjasama LZNK membuka permohonan geran bagi Fasa 1/2026 yang merangkumi:

✅ Geran Penyelidikan
✅ Geran Perundingan
✅ Geran Kolaborasi
✅ Geran Sepadan

📌 *Tarikh Permohonan: 12 – 23 April 2026*

📌 Tarikh Penting:
• 23 April 2026 – Jerayawara Penawaran
• 27 April 2026 – Sesi Pitching Idea

Permohonan adalah berdasarkan tema-tema khusus yang telah ditetapkan seperti inovasi ekonomi sosial, transformasi digital, tadbir urus, dan pembangunan ummah.

📲 Sila imbas kod QR pada poster untuk maklumat lanjut dan garis panduan permohonan.

📧 Sebarang pertanyaan:
[email protected]

☎️ Dr. Fazlini Hashim (04-928 4743)
☎️ Cik Aida Farzana (04-928 4746)

🔔 Jangan lepaskan peluang ini untuk menyumbang kepada pembangunan dan inovasi dalam bidang zakat!

Address

Universiti Utara
Sintok
06010

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 15:30
Sunday 08:00 - 17:00

Telephone

+6049284745

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Institut Penyelidikan & Inovasi Zakat - IPIZ UUM posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share