Mpu1013 Etika dan Peradaban -Kumpulan3

Mpu1013 Etika dan Peradaban -Kumpulan3 Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Mpu1013 Etika dan Peradaban -Kumpulan3, Education Website, Universiti Utara Malaysia, Bukit Kayu Hitam, Sintok.

Posting 6: Poster Hentikan Jenayah Siber
10/12/2023

Posting 6: Poster Hentikan Jenayah Siber

NAMA & NO. MATRIK1) CHAN YEE CHIN 2923582) LOH YU MEI 292226POSTING 5: Kesimp**an📌 Kesimp**annya, jenayah siber adalah s...
02/12/2023

NAMA & NO. MATRIK
1) CHAN YEE CHIN 292358
2) LOH YU MEI 292226

POSTING 5: Kesimp**an📌

Kesimp**annya, jenayah siber adalah satu isu serius💢 yang memerlukan perhatian serius dari masyarakat. Fenomena ini merangkumi pelbagai bentuk seperti penipuan atas talian💻, penggodaman untuk mencuri maklumat🔐 atau merosakkan sistem, pencurian identiti💳 yang melibatkan penggunaan maklumat peribadi untuk tujuan penipuan, judi siber🃏 yang dikendalikan oleh sindiket, pengedaran pornografi kanak-kanak👶🏻, serta cetak rompak. Aktiviti jenayah siber adalah tidak batasan dan dapat menyerang sesiapa sahaja. ⚠️Penting bagi kita untuk memahami bahawa jenayah siber akan membawa impak yang besar terhadap individu, masyarakat dan negara.🇲🇾

Teknologi🌐 yang semakin maju telah memberikan kesempatan yang luas bagi para pelaku kejahatan untuk menyebarkan🗣 jaringan mereka. Mereka menggunakan kaedah yang semakin canggih dan terus berkembang untuk mencapai tujuan mereka. Punca yang paling utama adalah sikap individu yang s**ar dikawal😞, di mana keinginan untuk keseronokan dan eksperimen baru dalam dunia digital📱 sering mengakibatkan jenayah siber berlaku. Dengan minimnya pemahaman tentang bagaimana melindungi diri secara efektif, pengguna internet sering menjadi mangsa jenayah siber.🆘

Seterusnya, penting untuk memahami bahawa jenayah siber bukan hanya masalah teknikal, tetapi juga memerlukan pendekatan holistik, termasuk pendidikan🏫, peraturan, perlindungan privasi dan kerjasama👥 antara agensi dan negara. Oleh itu, pihak kerajaan perlulah mendidik orang ramai tentang kepentingan keselamatan dalam penggunaan teknologi supaya dapat melangkah ke arah masyarakat digital📱 yang lebih selamat dan dilindungi. Dengan menggunakan piawaian keselamatan yang ketat, masalah jenayah siber juga dapat dikurangkan🚫. Selain itu, semua pihak wajarlah memainkan peranan masing-masing supaya masalah jenayah siber akan diatasi.🔜

Marilah kita bersama-sama🤝 meningkatkan pemahaman kita tentang keselamatan jenayah siber supaya dapat mengelakkan diri❌ terlibat dalam masalah jenayah siber.🎳 Hal ini disebabkan risiko jenayah siber semakin serius di sekeliling masyarakat💣. Harap melalui poster yang disebarkan🗣 oleh kump**an kita mampu memberi atau meningkat↗️ kesedaran kepada pembaca agar lebih peka terhadap isu jenayah siber pada masa ini.💪

NAMA & NO. MATRIK1) CARRIN QUAH KAI LING 2917752) CHEN YONG JHI 293684POSTING 4: KESAN PENERAPAN NILAI ETIKA TERHADAP JE...
01/12/2023

NAMA & NO. MATRIK
1) CARRIN QUAH KAI LING 291775
2) CHEN YONG JHI 293684

POSTING 4: KESAN PENERAPAN NILAI ETIKA TERHADAP JENAYAH SIBER

Dengan menerapkan nilai etika dalam sanubari setiap masyarakat sejagat🙌🙌🙌, kita dapat melakukan perubahan positif➕ terhadap pelbagai aspek dalam kehidupan kita. Penerapan nilai etika dapat memastikan:

Keselamatan Masyarakat Sejagat Terjamin 🌐
Dengan adanya penerapan etika dalam tingkah laku kita(≧∇≦)b, kita dapat mencipta ruang siber yang lebih selamat(;´∀`)✨✨. Hal ini dikatakan demikian kerana pengguna siber dapat menjelajah dunia maya dan tidak perlu risau mereka akan menjadi mangsa jenayah siber. Keamanan digital🚦🚥 ialah hak asasi yang harus dimiliki oleh setiap individu dan etika membantu kita memastikan bahawa hak ini sentiasa dilindungi👀👀👀.

Privasi Dilindungi 🛡️
Kebelakangan ini, kebanyakan data peribadi disimpan secara dalam talian🌍🌎🌏. Oleh itu, nilai etika harus dipupuk agar privasi orang lain tidak dieksploitasi🚫. Dengan ini, data dan maklumat peribadi setiap pengguna Internet tidak akan tersebar atau disalahgunakan⛔📵. Pencurian identiti juga dapat dielakkan. Dengan penerapan etika, kita dapat memastikan bahawa setiap individu dilindungi dalam dunia digital.✅✅

Ekonomi Negara Ditingkatkan 💰📈
Sekiranya kes jenayah siber dikurangkan, kemerosotan ekonomi yang diakibatkan oleh tindakan tersebut juga akan berkurang〽️📉. Keadaan ini meningkatkan keyakinan pelabur asing terhadap bidang teknologi dalam negara kita. Mereka akan berani untuk melabur dan melancong🛄🛃🛂 ke negara kita. Dengan ini, mata wang negara asing akan mengalir masuk ke negara kita. Hal ini akan memesatkan ekonomi negara. 💹💹

Kesedaran Rakyat Terhadap Jenayah Siber Ditingkatkan 🚀
Salah satu manfaat daripada penerapan etika ialah peningkatan kesedaran masyarakat terhadap jenayah siber♥️. Ahli masyarakat akan disedarkan tentang cara melindungi diri daripada ancaman jenayah siber. Kita akan sentiasa berwaspada semasa menggunakan platform digital📱📱 supaya tidak melibatkan diri dalam kes penipuan, serangan siber dan sebagainya.

Jadi, marilah kita memikul tanggungjawab masing-masing dengan menerapkan nilai etika dalam setiap tindakan kita di dunia maya. Dengan ini, kita pasti dapat membentuk lingkungan digital yang lebih selamat, adil, dan aman.
💪🌐💻

NAMA & NO. MATRIK1) NUR SYAZA IZWANI BINTI MOHAMAD ZULFAIZI 2923622) KHOO SHU YUAN 292244PÖSTING 3 : 𝙇𝙖𝙣𝙜𝙠𝙖𝙝 𝙈𝙚𝙣𝙖𝙣𝙜𝙖𝙣𝙞 𝙋...
01/12/2023

NAMA & NO. MATRIK
1) NUR SYAZA IZWANI BINTI MOHAMAD ZULFAIZI 292362
2) KHOO SHU YUAN 292244

PÖSTING 3 : 𝙇𝙖𝙣𝙜𝙠𝙖𝙝 𝙈𝙚𝙣𝙖𝙣𝙜𝙖𝙣𝙞 𝙋𝙪𝙣𝙘𝙖 𝙅𝙚𝙣𝙖𝙮𝙖𝙝 𝙎𝙞𝙗𝙚𝙧 📵 𝙙𝙖𝙡𝙖𝙢 𝙆𝙤𝙣𝙩𝙚𝙠𝙨 𝙀𝙩𝙞𝙠𝙖 🎯💢

3️⃣.1️⃣ Pꫀׁׅܻꪀׁׅᧁׁυׁׅɑׁׅ֮tׁׅƙׁׅ֑υׁׅɑׁׅ֮꯱ׁׅ֒ɑׁׅ֮ɑׁׅ֮ꪀׁׅ Uꪀׁׅժׁׅ݊ɑׁׅ֮ꪀׁׅᧁׁ-Uꪀׁׅժׁׅ݊ɑׁׅ֮ꪀׁׅᧁׁ ᨮ꫶ׁׅ֮ɑׁׅ֮ꪀׁׅᧁׁ Tꫀׁׅܻᧁׁɑׁׅ֮꯱ׁׅ֒ 🔥
Pihak yang terlibat seperti Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (𝚂𝙺𝙼𝙼) 👮 dan Jawatankuasa Khas Jenayah Siber 🏢 perlu memberikan khidmat nasihat 📝 berkaitan dasar📜 dan strategi 🪄 menangani dan membanteras ⚔️ jenayah siber serta memastikan perkongsian maklumat💡 yang efisien🎖️diantara agensi penguatkuasa. 📡 Jawatankuasa ini akan mengoptimumkan ⏳ pelbagai sumber 🗂 terutamanya kepakaran 🧠 di antara agensi-agensi penguatkuasaan dan mengkaji 🔬keperluan menilai semula undang-undang 📑 sedia ada bagi menentukan tindakan penguatkuasaan yang lebih berkesan ✨ sesuai dengan perubahan 📆 teknologi maklumat. 💯 Selain itu, sistem hukuman 🚓 juga perlu berjalan dengan telus 📍 dan adil 💫. Hal ini kerana, masih ramai individu yang kurang ❌ kesedaran diri 😱. Oleh itu, pihak berwajib hendaklah memastikan ✅ ketelusan dalam penguatkuasaan undang-undang 🛡️ dan hukuman 🔫 bagi menyokong 🤝 etika hak asasi manusia dan keadilan. ⚖️

3️⃣.2️⃣ Kꫀׁׅܻꭈׁׅյׁׅɑׁׅ֮꯱ׁׅ֒ɑׁׅ֮ ꩇׁׅ݊ɑׁׅ֮ ժׁׅ݊ɑׁׅ֮ꪀׁׅ Pꫀׁׅܻꪀׁׅᧁׁᥣׁׅ֪ꪱׁׅϐׁׅ֒ɑׁׅ֮tׁׅɑׁׅ֮ꪀׁׅ Kᨵׁׅ ꩇׁׅ݊υׁׅꪀׁׅꪱׁׅtׁׅꪱׁׅ 🌎
Bagi menangani masalah jenayah siber 🖥️ , masyarakat hendaklah bersikap progresif 🧬 dengan memupuk nilai etika 🧠 melalui program 📹 kerjasama komuniti untuk membentuk 🪞 pemahaman 🗒️ tentang etika dan tanggungjawab bersama 💪🏻 dalam menggunakan teknologi📱. Di sesebuah kejiranan, 🌇 kump**an yang terlibat seperti Kelab Rukun Tetangga (KRT) 👥 perlu menggalakkan penyertaan komuniti 🏬 dalam mengenal pasti 🔍dan melaporkan aktiviti jenayah siber 📺. Sebagai contoh, mereka perlu mewujudkan forum perbincangan 🗞️ dalam komuniti🫂 untuk membincangkan 👫 isu etika siber 📵 dan cara melindungi diri 🛡️ daripada ancaman ✴️ jenayah siber yang semakin berleluasa. 🏘️ Jenayah ini kebanyakannya tertumpu kepada warga emas👨🏻‍🦳. Oleh itu, penekanan 📣 tentang isu ini kepada warga emas 👵🏻 amat penting.👂🏻 Jelaslah, jenayah siber melibatkan organisasi masyarakat sivil 👭👬dalam usaha mencegah 💢 dan mengatasi ⚠️ jenayah siber dengan menekankan nilai bertanggungjawab. ‼️

3️⃣.3️⃣ Mꫀׁׅܻꪀׁׅᧁׁɑׁׅ֮ ꩇׁׅ݊ɑׁׅ֮ᥣׁׅ֪ƙׁׅ֑ɑׁׅ֮ꪀׁׅ Etׁׅꪱׁׅƙׁׅ֑ɑׁׅ֮ Sꪱׁׅϐׁׅ֒ꫀׁׅܻꭈׁׅ ᨮ꫶ׁׅ֮ɑׁׅ֮ꪀׁׅᧁׁ Bɑׁׅ֮ꪱׁׅƙׁׅ֑👤
Untuk menangani punca jenayah siber, langkah yang perlu kita lakukan ✍🏻 ialah kita mesti mengamalkan etika siber yang baik👤 supaya tidak menjadi mangsa 📵 dalam jenayah siber. Sebagai seorang pengguna siber 🚻, kita mesti mempunyai sikap rasional💭, bertanggungjawab ✅ dan berhemah ⚜️ semasa menggunakan komputer 💻. Sebagai contoh, setiap pengguna haruslah memakai program antivirus seperti AVG, Trend Micro, Kaspersky dan sebagainya. 📌Dengan kewujudan program antivirus, pengguna siber dapat melindungi 🔑 maklumat peribadi seperti alamat 🏠, nombor telefon📱, kata laluan kad ATM 🏧 💵 daripada dicuri oleh kemas**an virus🦠. Selain itu, pengguna siber juga digalakkan untuk menukar kata laluan 🔂 setiap bulan supaya tidak mendedahkan maklumat peribadi 📞 yang penting kepada individu lain. Kata laluan yang selamat ⛔ dan panjang haruslah melibatkan kombinasi nombor 🔢 dan abjad 🆎. Pendek kata, jika pengguna internet 📶 mengamalkan sikap sediakan payung ☂️ sebelum hujan 🌧, sudah tentu mereka akan dapat mengurangkan ⬇️ kes salah laku moral internet yang mereka layari.

3️⃣.4️⃣ Pꭈׁׅᨵׁׅᧁׁꭈׁׅɑׁׅ֮ ꩇׁׅ݊ Kꫀׁׅܻ꯱ׁׅ֒ꫀׁׅܻժׁׅ݊ɑׁׅ֮ꭈׁׅɑׁׅ֮ꪀׁׅ Kꫀׁׅܻ꯱ׁׅ֒ꫀׁׅܻᥣׁׅ֪ɑׁׅ֮ ꩇׁׅ݊ɑׁׅ֮tׁׅɑׁׅ֮ꪀׁׅ Sꪱׁׅϐׁׅ֒ꫀׁׅܻꭈׁׅ 📣
Program Kesedaran Keselamatan Siber adalah inisiatif yang bertujuan meningkatkan 🔝 pemahaman masyarakat tentang risiko jenayah siber📌 dan mengajarkan keterampilan 💥 yang diperlukan untuk melindungi diri 🙅🏻‍♂️ secara online. Membangkitkan kesedaran mengenai risiko jenayah siber adalah langkah 🪜yang perlu diambil dalam menangani masalah ini. Sekolah 🏫 dan institusi pendidikan 🏢 perlu memasukkan aspek keselamatan siber dalam kurikulum 📔 mereka. Misalnya, mengajar pelajar tentang cara mengenal phishing email 📩, mengamankan kata laluan⌨️, dan mengenal tanda-tanda 🏷 aktiviti jenayah siber. Dengan pendidikan yang tepat 🎯, individu akan lebih berhati-hati 🧑🏻‍💻 dan waspada 👩🏻‍💻 terhadap ancaman ❌ jenayah siber. Dengan pendidikan yang menyeluruh dan terintegrasi dengan baik👍🏻, diharapkan individu akan dapat menghadapi 🖱️ tantangan jenayah siber dengan lebih baik, 👍🏼 meminimalkan risiko serangan, 📳 dan melindungi informasi peribadi❗serta data penting lainnya. 💽

NAMA & NO. MATRIK1) UMMI AIMAN BT MOHD AKHIR (293468)2) NURUL ATHIRAH BT MOHD ALIAS (291603)POSTING 2:PUNCA BERLAKUNYA J...
30/11/2023

NAMA & NO. MATRIK
1) UMMI AIMAN BT MOHD AKHIR (293468)
2) NURUL ATHIRAH BT MOHD ALIAS (291603)

POSTING 2:PUNCA BERLAKUNYA JENAYAH SIBER DALAM KONTEKS NILAI ETIKA

🟡Penggunaan internet ini dianggap sebagai satu keperluan pada masa kini bagi setiap individu dan masyarakat.
🟡Namun begitu, masih terdapat beberapa pihak yang menyalahgunakan kemajuan teknologi ini dengan melakukan jenayah siber.
🟡Antaranya adalah⤵️:

2⃣.1⃣ Tiada nilai kemanusiaan dalam diri
▶ Ianya tidak ❌ boleh mengubah individu tersebut melainkan individu itu sendiri yang mengubahnya 😉.
▶ Hal ini terjadi kerana, peningkatan 📈 penggunaan internet yang ketagih menyebabkan kejadian ini berleluasa.
▶ Jenayah siber sering dilakukan oleh individu yang mempunyai kelakuan negative (➖).
▶ Selain itu, sikap individu yang inginkan keseronokan 🤡 dan ingin mencuba sesuatu yang baru untuk mengaplikasikan kemahiran mereka dengan cara yang salah seperti menyebarkan virus 🧬, pengintipan 🕵‍♂️, penggodaman komputer 💻dan mencuri maklumat peribadi seseorang individu 👀 📄.
▶ Oleh sebab yang sedemikian, ramai masyarakat yang kurang pengetahuan tentang media massa akan tertipu dengan individu yang tidak bertanggung jawab 😣🫠.

2⃣.2⃣ Kurangnya tanggungjawab agensi dalam memainkan peranan untuk mencegah jenayah siber🔻
▶Penguatkuasaan undang-undang 🧑‍✈👮‍♂️yang lemah turut menjadi punca berlakunya jenayah siber di negara kita 😔.
▶ Hal ini menyebabkan kes mengenai jenayah siber mengambil masa ⏳ yang lama untuk disiasat🕵‍♂️dan kes ini mungkin akan tertangguh📆.
▶ Hal ini disebabkan oleh kurangnya keseriusan 🙇‍♂️agensi-agensi yang terlibat dalam menangani masalah jenayah siber ini 🗿.
▶ Oleh hal yang demikian, individu 👥 yang terlibat akan merasakan bahawa apa yang dilakukan itu adalah benar ✅ dan tidak salah ❎ dari segi undang-undang 📕.

2⃣.3⃣ Sikap tamak dalam diri
▶ Ini juga salah satu punca yang menyebabkan berlakunya jenayah siber.
▶ Keadaan ekonomi yang tidak stabil 💸💹 menyebabkan berlakunya jenayah siber seperti “scammer”.
▶ Hal ini dikatakan demikian kerana, sesetengah orang yang melakukan jenayah ini memerlukan wang 💵 untuk terus hidup 🙂.
▶ Hal ini menyebabkan individu tersebut sanggup melakukan apa sahaja untuk mendapatkan wang 💵 secara mudah😎🕴.
▶ Oleh sebab yang demikian, mereka mula berfikir 🧠 bahawa mengapa mereka perlu bekerja keras 🤨 jika ada perkara yang lebih mudah untuk mendapatkan wang 🤑.
▶ Hal ini jelas menunjukkan bahawa sikap tamak telah wujud dalam diri mereka👨‍💻.

2⃣.4⃣ Penjenayah s**ar dikenal pasti
▶ Pihak polis 👮‍♂️ tidak mampu untuk mengesan 🕵‍♂️ mereka kerana pihak polis masih kurang pengetahuan dalam ilmu teknologi maklumat.
▶ Selain itu, mereka juga menggunakan identiti palsu 🪪 untuk menutup sindiket ini.
▶ Mereka yang terlibat dengan sindiket ini sangat bijak 🧠 kerana mereka telah menyediakan pelbagai langkah berjaga-jaga 👀 untuk mengelakkan sindiket mereka dihidu oleh pihak berkuasa.
▶ Oleh itu, jelaslah bahawa pengetahuan yang lemah dalam ilmu teknologi maklumat daripada pihak berkuasa menyebabkan penjenayah s**ar dijejaki.

2⃣.5⃣ Sikap individu yang s**a mencuba ilmu baharu.
▶ Manusia tidak pernah lari dari sikap ingin mencuba 🤗🤩.
▶ Individu yang terlibat dengan masalah ini akan menjadi ketagih 🤠 selepas melakukannya.
▶ Tambahan p**a, segala tindakan yang dilakukan ini tidak dapat dihidu 🤫oleh pihak berkuasa 👮‍♂️.
▶ Selain itu, individu ini juga turut berkongsi 🧑‍🤝‍🧑 atau mengajak orang lain untuk melakukannya juga 🤑.
▶ Tegasnya, sikap individu yang ingin mencuba perkara baru ini terbahagi kepada dua iaitu membawa nilai yang positif (+) atau negatif (-)

NAMA & NO. MATRIK 1) CHAN SOOK KEE 2919412) GAN YU JEI 292313POSTING 1: DEFINISI JENAYAH SIBER💁🏻‍♀️Menurut Klik Dengan B...
28/11/2023

NAMA & NO. MATRIK
1) CHAN SOOK KEE 291941
2) GAN YU JEI 292313

POSTING 1: DEFINISI JENAYAH SIBER💁🏻‍♀️

Menurut Klik Dengan Bijak (Click Wisely), sesuatu inisiatif oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) 🏢untuk mendidik dan meningkatkan kesedaran awam tentang keselamatan dan perlindungan di Internet, 🌐menyatakan bahawa, jenayah siber merupakan jenayah yang menggunakan rangkaian komputer atau peranti perkakasan (hardware) 🗄️untuk mengganggu mangsa.📲⌨️

Penjenayah siber mengeksploitasi capaian global Internet dan perkembangan teknologi 🔌untuk melakukan jenis jenayah siber yang baru dan melakukan jenayah tradisional dengan cara baru.🌐🌐
Jenayah siber merupakan sesuatu jenayah moden yang muncul pada era globalisasi ini sahaja. Ianya berbeza daripada jenayah fizikal🧍🏼yang lain seperti kes pembunuhan di mana penjenayah dapat dikesan. Penjenayah siber s**ar dikesan kerana mereka menggunakan kaedah 🔧 yang semakin canggih dan menyebabkan pihak berkuasa s**ar menjejaki mereka.🥷🏻

1️⃣.1️⃣JENIS-JENIS JENAYAH SIBER DI MALAYSIA🇲🇾🖐️
Terdapat pelbagai jenis jenayah siber yang sering berlaku di Malaysia, iaitu:

1️⃣Penipuan atas talian💳
Penipuan atas talian merujuk kepada aktiviti penipuan yang dilakukan melalui internet 🛜atau saluran elektronik lainnya. Penjenyah juga akan memujuk mangsa untuk menyerahkan wang mereka. 💸Sebagai contoh, phishing. Penjenayah menghubungi mangsa untuk mendapat kepercayaan✅mereka supaya mendapat “one-time password” 🗝️dari bank 🏦untuk menipu wang daripada mereka. 💵🏦💸

2️⃣Penggodam💻📱
Penggodam juga dikenali sebagai “hacker”. 😈Penggodam akan mengakses dan mengubah maklumat sering sekali untuk mencuri maklumat peribadi, merosakkan sistem ‼️atau mencuri data sensitif. Penggodam juga akan dijalankan dengan menutup atau menyalahgunakan laman web 💻atau rangkaian komputer dengan mengenal pasti dan mengeksploitasi kelemahan dalam sistem tersebut.🥷🏻🧑‍💻

3️⃣Pencurian Identiti🪪
Penjenayah siber mencuri maklumat peribadi mangsa seperti nama penuh, tarikh lahir, atau nombor kad🪪kredit untuk melakukan penipuan kewangan atau jenayah lain, seperti memasuki atau meninggalkan sesebuah negara secara haram dan mengedar dadah💊🚫💉. Akibatnya, mangsa kecurian identiti tersebut yang akan menghadapi tindakan undang-undang disebabkan identitinya yang telah disalahgunakan oleh penjenayah siber.🤕🤕

4️⃣Judi siber🎲♟️🃏
Judi siber kebiasaanya dilakukan dalam satu sindiket. Sindiket perjudian dalam talian ini akan menggunakan aplikasi seperti Telegram dan WhatsApp 📱untuk mempromosi pelbagai permainan perjudian secara dalam talian menggunakan telefon📞. Mangsa yang terlibat menjadi ketagih apabila wang yang dilaburkan buat pertama kali berjaya digandakan. Seterusnya, dia menjadi seronok 🤩dan terus bermain sehingga kehabisan wang 💵tanpa disedari. Mangsa tersebut mencari jalan pintas 🏃🏻‍♂️untuk mendapatkan modal pertaruhan dengan meminjam dari ceti haram. Akhirnya, ia boleh mencetus kepada perpecahan mangsa dengan keluarganya.📲♠️♥️♣️

5️⃣Pengedaran pornografi kanak-kanak🙇🏻‍♀️🙇
Pengedaran pornografi kanak-kanak merujuk kepada tindakan menyebarkan, mengedar👂,atau memperoleh bahan atau bahan visual yang melibatkan kandungan seksual yang melibatkan kanak-kanak. Ini termasuk foto, video, 📸atau sebarang bahan lain yang menunjukkan kanak-kanak terlibat dalam aktiviti seksual atau eksplisit secara seksual. Ia tidak hanya melibatkan penyalahgunaan kanak-kanak 👧🏻dalam konteks seksual, tetapi juga memberikan akses kepada bahan 🗂️yang boleh merosakkan kepada orang dewasa 🧑🏻‍🦰yang terlibat dalam mendapatkan, menyimpan, atau menyebarkan bahan tersebut.📸😰

6️⃣Cetak rompak💽
Cetak rompak merujuk kepada proses yang menghasilkan salinan tidak sah ❌atau palsu daripada produk yang dilindungi oleh hak cipta, seperti CD, DVD atau produk lain yang dilindungi oleh undang-undang hak cipta🚫. Cetak rompak juga merangkumi pelbagai bentuk hiburan termasuk muzik dan permainan video.🎥📀🎞️📼

Address

Universiti Utara Malaysia, Bukit Kayu Hitam
Sintok
06010

Telephone

+60184680039

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Mpu1013 Etika dan Peradaban -Kumpulan3 posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Mpu1013 Etika dan Peradaban -Kumpulan3:

Shortcuts

Share