23/09/2026
SATU PERJALANAN BAHARU, SERIBU DOA DARIPADA MEREKA
Hari ini, ibu dan ayah menghantar anak melangkah ke alam universiti dengan penuh harapan dan doa. Di sebalik setiap beg yang diangkat, perjalanan yang ditempuh dan keperluan yang disediakan, tersimpan kasih sayang serta pengorbanan yang tidak ternilai.
Buat anak-anak yang baru memulakan perjalanan sebagai mahasiswa, hargailah setiap pengorbanan mereka. Belajarlah dengan tekun, manfaatkan peluang yang diberikan dan jadikan kejayaan sebagai hadiah terindah buat ibu dan ayah.
Langkahmu hari ini adalah hasil doa dan pengorbanan mereka.