07/12/2023
AMIN ASYRAF BIN AMINUDIN (295060)
Kesan Peperangan Terhadap Politik :-
1) Perubahan Struktur Kuasa Domestik
= Ini berlaku apabila ada pemimpin yang mampu mentadbir negaranya yang dilanda perang dengan baik, maka dia akan disanjung tinggi dan disokong sepenuh hati oleh rakyat, dan ini akan membuatkannya dapat mengukuhkan kedudukan politiknya sendiri. Akan tetapi, sekiranya pemimpin gagal mentadbir negara dengan baik apabila negara dilanda perang, maka ini akan mendorong kepada wujudnya ketidakstabilan politik dalam negara yang ditadbirnya.
2) "Ekonomi Perang"
= Setiap kali peperangan berlaku, sudah tentu banyak perbelanjaan yang akan dikeluarkan oleh kerajaan yang bertujuan untuk menguatkan pertahanan kerajaan masing-masing, dan ini sekaligus mendorong kepada wujudnya istilah "ekonomi perang". "Ekonomi perang" ini adalah situasi ekonomi dimana ianya berupaya untuk merangsang pertumbuhan ekonomi negara dalam jangka masa pendek, tetapi ianya akan memberi cabaran yang sukar kepada ekonomi negara dalam jangka masa panjang seperti hutang dan juga inflasi.
3) Diplomasi dan Hubungan Antarabangsa
= Peperangan yang berlaku selalunya akan membawa kepada pembentukan ataupun pembubaran. Yang dimaksudkan dengan pembentukan ialah pembentukan pakatan baharu antara negara - negara serantau disebabkan oleh wujudnya konflik kepentingan yang sama antara negara-negara. Manakala, yang dimaksudkan dengan pembubaran p**a ialah pembubaran pakatan yang telah sedia ada di sebabkan oleh berubahnya konflik kepentingan ataupun tiada langsung konflik kepentingan antara negara dengan negara yang lain.
4) Psikologi (Trauma Perang)
= Peperangan bukan sahaja memberi kesan fizikal kepada penduduk sesebuah negara, malah kesan psikologi juga. Hal ini kerana peperangan yang berlaku akan terdorong untuk mempengaruhi sikap dan juga tingkah laku politik untuk golongan generasi kini dan juga yang akan datang. Sebagai contoh, rakyat dalam sesebuah negara merasakan tekanan ataupun trauma selepas perang, dan juga keinginan dalam diri untuk memperoleh semula keamanan dalam negara,dan ini juga boleh membawa kepada terbentuknya sentimen politik akibat daripada peperangan yang berlaku itu.