PusatBudaya Uum

PusatBudaya Uum Page about all arts and cultural activities for the student development

MAJLIS PENYERAHAN BENDERA SEMPENA PERLEPASAN KONTINJEN UUM KE IMT-GT VARSITY CARNIVAL DI PADANG INDONESIA DAN SUKIPT 202...
19/08/2026

MAJLIS PENYERAHAN BENDERA SEMPENA PERLEPASAN KONTINJEN UUM KE IMT-GT VARSITY CARNIVAL DI PADANG INDONESIA DAN SUKIPT 2026 DI UM

Semoga seluruh kontinjen UUM diberikan kekuatan, semangat dan keyakinan yang tinggi dalam mengharungi setiap pertandingan. Berjuanglah dengan penuh kesungguhan, semangat kesukanan dan membawa nama UUM dengan penuh kebanggaan. Semoga segala usaha dan pengorbanan membuahkan kejayaan serta mengharumkan nama UUM. Selamat berjuang dan semoga berjaya membawa pulang kemenangan!

πŸŽ‚πŸ‡²πŸ‡Ύ ππ„π‘π“π€ππƒπˆππ†π€π πƒπ„πŠπŽπ‘π€π’πˆ πŠπ„πŠ πŒπ„π‘πƒπ„πŠπ€!πŸ‡²πŸ‡ΎπŸŽ‚Jawatankuasa Kebudayaan MKSK mempelawa staf UUM yang berbakat, kreatif dan berm...
12/08/2026

πŸŽ‚πŸ‡²πŸ‡Ύ ππ„π‘π“π€ππƒπˆππ†π€π πƒπ„πŠπŽπ‘π€π’πˆ πŠπ„πŠ πŒπ„π‘πƒπ„πŠπ€!πŸ‡²πŸ‡ΎπŸŽ‚

Jawatankuasa Kebudayaan MKSK mempelawa staf UUM yang berbakat, kreatif dan berminat untuk menyertai Pertandingan Dekorasi Kek Merdeka! 🎨✨

Ayuh serlahkan kreativiti anda dalam menghasilkan dekorasi kek bertemakan semangat patriotik dan kemerdekaan. ❀️

πŸ† HADIAH MENARIK MENANTI!
πŸ₯‡ Johan = RM350
πŸ₯ˆ Naib Johan = RM250
πŸ₯‰ Ketiga = RM200
🎁 Saguhati Tempat 4 hingga 10 = RM50

πŸ“… 8 September 2026 (Selasa)
⏰ 9.00 pagi
πŸ“ Dewan Budi Siswa, Pusat Budaya dan Seni UUM
πŸ’° PERCUMA!

⚠️ Tempat TERHAD – hanya 10 kumpulan terawal yang mendaftar!

πŸ“² Daftar sekarang melalui QR Code pada poster atau pautan di bawah:
https://forms.gle/K4SZSUKfSPej7T5P6

πŸ“ž Sebarang pertanyaan:
Pn. Zunaida : 4216 / 012-578 7864

LEBIH 100 PESERTA MERIAHKAN PROGRAM ZUMBA IGNITE 2026 DI UUMSINTOK, 21 Julai 2026 – Program Zumba Ignite 2026 anjuran Ja...
23/07/2026

LEBIH 100 PESERTA MERIAHKAN PROGRAM ZUMBA IGNITE 2026 DI UUM

SINTOK, 21 Julai 2026 – Program Zumba Ignite 2026 anjuran Jawatankuasa Pengurusan Kebudayaan MKSK, Universiti Utara Malaysia (UUM) telah berlangsung dengan jayanya di Laman Siswa, Pusat Budaya dan Seni (PBS), UUM pada Selasa bermula jam 8.30 pagi.

Program yang menghimpunkan warga UUM serta komuniti sekitar ini berjaya menarik penyertaan lebih 100 peserta yang bersama-sama memeriahkan aktiviti senaman zumba dalam suasana penuh semangat dan ceria. Program ini turut mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada kakitangan universiti dan masyarakat setempat yang hadir bagi menyokong usaha membudayakan gaya hidup sihat.

Penganjuran Zumba Ignite 2026 bertujuan menggalakkan amalan gaya hidup sihat melalui aktiviti fizikal yang menyeronokkan, di samping meningkatkan tahap kesejahteraan fizikal, mental dan emosi peserta. Selain itu, program ini menjadi platform untuk mengeratkan hubungan silaturahim, memupuk semangat kebersamaan serta menggalakkan penglibatan aktif antara warga universiti dan komuniti.

Sepanjang program berlangsung, peserta menunjukkan komitmen dan semangat yang tinggi dengan mengikuti setiap sesi senaman yang dikendalikan oleh jurulatih berpengalaman. Suasana yang meriah serta penyertaan aktif daripada semua peserta membuktikan bahawa aktiviti kecergasan seperti ini mampu menjadi medium terbaik dalam memupuk budaya hidup sihat.

Jawatankuasa Pengurusan Kebudayaan MKSK merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua jawatankuasa pelaksana, jurulatih, sukarelawan serta seluruh warga UUM dan komuniti sekitar yang telah memberikan kerjasama dan sokongan dalam menjayakan program ini.

Diharapkan Program Zumba Ignite akan terus dianjurkan pada masa hadapan sebagai satu platform yang mampu meningkatkan kesedaran masyarakat tentang kepentingan aktiviti fizikal, di samping memperkukuh hubungan antara universiti dan komuniti melalui aktiviti yang bermanfaat.

πŸ”₯ ZUMBA IGNITE 2026 πŸ”₯Senam. Semangat. Sihat Bersama!Jom sertai program ZUMBA IGNITE 2026, sebuah acara kecergasan yang p...
24/06/2026

πŸ”₯ ZUMBA IGNITE 2026 πŸ”₯
Senam. Semangat. Sihat Bersama!

Jom sertai program ZUMBA IGNITE 2026, sebuah acara kecergasan yang penuh bertenaga untuk meningkatkan kesihatan, kecergasan dan semangat kebersamaan warga UUM serta komuniti setempat.

πŸ“… Tarikh: 21 Julai 2026 (Selasa)
⏰ Masa: 8.30 Pagi
πŸ“ Tempat: Laman Siswa, Pusat Budaya dan Seni, UUM

✨ Menarik Menanti Anda!
βœ… Penyertaan PERCUMA untuk semua staf UUM
βœ… Hanya RM25 untuk peserta luar
βœ… T-Shirt Eksklusif disediakan
βœ… Sarapan pagi disediakan

⚠️ Penyertaan terhad kepada 100 peserta terawal sahaja!

πŸ“² Imbas kod QR pada poster untuk pendaftaran segera atau klik di pautan tersebut: https://forms.gle/AwGfKT8UkTtv9RAh8

πŸ“ž Pn. Zunaida – 04-9284216

πŸ“’ π—›π—˜π—•π—”π—›π—”π—‘ π—žπ—˜π—£π—”π——π—” π—¦π—˜π— π—¨π—” π—£π—˜π—Ÿπ—”π—π—”π—₯ π—¨π—¨π— π—£π—˜π—₯𝗠𝗒𝗛𝗒𝗑𝗔𝗑 π—£π—˜π—‘π—šπ—šπ—¨π—‘π—”π—”π—‘ π—™π—”π—¦π—œπ—Ÿπ—œπ—§π—œ 𝗣𝗨𝗦𝗔𝗧 𝗕𝗨𝗗𝗔𝗬𝗔 𝗗𝗔𝗑 π—¦π—˜π—‘π—œ 𝗨𝗨𝗠Assalamualaikum dan Salam Seja...
22/06/2026

πŸ“’ π—›π—˜π—•π—”π—›π—”π—‘ π—žπ—˜π—£π—”π——π—” π—¦π—˜π— π—¨π—” π—£π—˜π—Ÿπ—”π—π—”π—₯ 𝗨𝗨𝗠

π—£π—˜π—₯𝗠𝗒𝗛𝗒𝗑𝗔𝗑 π—£π—˜π—‘π—šπ—šπ—¨π—‘π—”π—”π—‘ π—™π—”π—¦π—œπ—Ÿπ—œπ—§π—œ 𝗣𝗨𝗦𝗔𝗧 𝗕𝗨𝗗𝗔𝗬𝗔 𝗗𝗔𝗑 π—¦π—˜π—‘π—œ 𝗨𝗨𝗠

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Dimaklumkan bahawa semua permohonan penggunaan fasiliti di Pusat Budaya dan Seni, Universiti Utara Malaysia (UUM) hendaklah dibuat secara dalam talian melalui pautan yang disediakan.

πŸ”— Link Permohonan:
https://sites.google.com/view/permohonanpenggunaanfasilitifa/homepage

πŸ“Œ Permohonan perlu dikemukakan lebih awal bagi memudahkan urusan semakan, kelulusan dan penyelarasan penggunaan fasiliti.
Antara fasiliti yang boleh dipohon:

βœ… Dewan Budi siswa
βœ… Laman Siswa
βœ… Bilik mesyuarat
βœ… Kemudahan lain di bawah pengurusan Pusat Budaya dan Seni

Sebarang pertanyaan lanjut boleh diajukan kepada pihak Pusat Budaya dan Seni UUM di talian 04 - 928 4208 (En. Baharizan)

Mohon kerjasama semua pelajar untuk menggunakan sistem permohonan yang telah disediakan.

Terima kasih

Seluruh warga PBS mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha Semoga setiap amal ibadah kita  diterima serta membawa keberk...
25/05/2026

Seluruh warga PBS mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha Semoga setiap amal ibadah kita diterima serta membawa keberkatan, kebahagiaan dan kesejahteraan buat semua.

24/05/2026

🎢 Bengkel Inspirasi Seni: Pemantapan Persembahan Live dan Kreativiti Muzik dianjurkan oleh Jawatankuasa Kebudayaan MKSK sebagai persiapan Konsert Seribu Rahmat Umbrella bagi memperkemaskan persembahan dan meningkatkan kreativiti muzik dalam kalangan staf UUM. ✨

🎟️✨ Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan Konsert Seribu Rahmat Umbrella secara LIVE di Dewan Mu’adzam Shah, UUM pad...
24/05/2026

🎟️✨ Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan Konsert Seribu Rahmat Umbrella secara LIVE di Dewan Mu’adzam Shah, UUM pada 6 Jun 2026 | 8.00 Malam!

Nikmati persembahan istimewa daripada kumpulan legenda Umbrella bersama penampilan khas Floor 88 dan Zamani yang pasti mengubat rindu peminat muzik tanah air. 🎀πŸ”₯

πŸ“ Dapatkan tiket anda sekarang melalui imbasan QR atau di:
ticket2u https://www.ticket2u.com.my/event/49514_eab1411844c847fdb762b95b6cf2cd35

πŸŽ‰ π“π€π‡ππˆπ€π‡ 𝐒𝐂𝐀𝐑𝐋𝐀! πŸŽ‰Setinggi-tinggi tahniah dan syabas diucapkan kepada kumpulan SCARLA atas kejayaan meraih Tempat Ketig...
26/04/2026

πŸŽ‰ π“π€π‡ππˆπ€π‡ 𝐒𝐂𝐀𝐑𝐋𝐀! πŸŽ‰

Setinggi-tinggi tahniah dan syabas diucapkan kepada kumpulan SCARLA atas kejayaan meraih Tempat Ketiga dalam pertandingan Battle of The Bands (BOTB) IPT 2026 sempena Sambutan Hari JPJ ke-80 yang berlangsung di Stadium Batu Kawan, Pulau Pinang.

Kejayaan ini merupakan satu pencapaian yang amat membanggakan buat Universiti Utara Malaysia (UUM), khususnya Pusat Budaya dan Seni (PBS) serta Kelab Muzik. Walaupun berdepan persaingan sengit daripada IPTA terkemuka seperti UM, USM, UPM, ASWARA dan UPSI, SCARLA berjaya membuktikan kemampuan dan kualiti bakat mahasiswa UUM di pentas besar.

Penghargaan turut diberikan kepada barisan jurulatih, pengurusan dan semua pihak yang terlibat atas sokongan dan bimbingan yang berterusan. Kejayaan ini bukan sahaja membanggakan universiti, malah menjadi bukti bahawa mahasiswa UUM mampu bersaing secara profesional dalam industri seni muzik.

Semoga pencapaian ini menjadi pemangkin untuk terus melakar kejayaan yang lebih gemilang pada masa hadapan. Teruskan berkarya dan mengharumkan nama UUM! 🎢✨

Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua yang telah menjayakan Fiesta Tradisi Milenial (FTM) 19–24 April dengan penuh k...
26/04/2026

Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua yang telah menjayakan Fiesta Tradisi Milenial (FTM) 19–24 April dengan penuh komitmen dan semangat kebersamaan! πŸŽ‰βœ¨

Penghargaan khas ditujukan kepada barisan Executive Fiesta Tradisi Milenial, yang menjadi tulang belakang dalam merancang, menyelaras dan memastikan setiap pengisian program berjalan dengan lancar dan berimpak tinggi.

Usaha, dedikasi dan pengorbanan anda semua amat dihargai dan menjadi inspirasi kepada seluruh warga yang terlibat.

Tidak dilupakan juga kepada semua peserta, sukarelawan, rakan kolaborasi dan warga komuniti yang bersama-sama memeriahkan program ini. Kejayaan ini adalah hasil kerjasama erat dan semangat cintakan budaya yang tinggi.

Program ini bertujuan mendidik mahasiswa untuk memahami dan menghayati dunia pekerjaan sebenar, khususnya dalam aspek pengurusan acara, kepimpinan, komunikasi dan kerja berpasukan.

Selain itu, program ini menjadi platform pembelajaran praktikal yang memberi pengalaman berharga dalam membina kemahiran insaniah, profesionalisme serta meningkatkan keyakinan diri dalam menghadapi cabaran dunia kerjaya.

Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin untuk terus memartabatkan seni, budaya dan warisan bangsa ke tahap yang lebih gemilang pada masa akan datang.

**β€œWarisan Dipelihara, Masyarakat Diperkasa”** πŸ’«

Address

Pusat Budaya Dan Seni, Universiti Utara
Sintok
06010

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when PusatBudaya Uum posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to PusatBudaya Uum:

Shortcuts

Share