Penghayatan Etika Dan Peradaban - G - Kumpulan 6

Penghayatan Etika Dan Peradaban - G - Kumpulan 6 Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Penghayatan Etika Dan Peradaban - G - Kumpulan 6, Education Website, University Utara, Sintok.

Assalamualaikum w.b.t, Salam Sejahtera dan Salam Biru Warna💙🤍Hello semuaa👋🏻Memperkenalkan barisan ahli utama kump**an 6 ...
19/11/2023

Assalamualaikum w.b.t, Salam Sejahtera dan Salam Biru Warna💙🤍

Hello semuaa👋🏻Memperkenalkan barisan ahli utama kump**an 6 dengan tajuk:
▪️PENGARUH BUDAYA BARAT YANG MEMBERI KESAN NEGATIF KEPADA RAKYAT MALAYSIA ‼️📈

▪️Barisan Mahasiswa KUMPULAN 6:
1. LIAW YEAN SHAN 301001 (KETUA KUMPULAN)
2. NURUL ANISS BT ABU BAKAR 301007 (TIM KETUA)
3. NURUL HUDA BINTI JAMIAN 301005
4.MAZIYATUL NABILAH BINTI MOHAMAD HASMIMIE 300977
5. NUR AINA NABILA BINTI AZMAN 300998
6. AISYAH HANNA BINTI AHMAD SYAIHAN 300986
7. NUR NADIA BINTI HALIM 300983
8. FATINI AISHA BINTI MOHD ZAHIR 300982
9. NUR RAIHAN BINTI MOHAMAD HUSAINI 301002
10.NUR LIYANA SYAFIQAH BINTI ZULKEFLE 301000

📌Menjemput semua warga Facebook untuk membaca serba sedikit maklumat yang akan dikongsikan oleh ahli kump**an kami 🫶🏻

Penghayatan Etika dan Peradaban📚
Ilmu. Budi. Bakti.
Pelajar Semester 1 A231, 2023/2024
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA

NAMA: MAZIYATUL NABILAH BINTI MOHAMAD HASMIMIENO. MATRIK:300977TAJUK: PENGARUH BUDAYA BARAT YANG MEMBERI KESAN NEGATIF K...
19/11/2023

NAMA: MAZIYATUL NABILAH BINTI MOHAMAD HASMIMIE
NO. MATRIK:300977
TAJUK: PENGARUH BUDAYA BARAT YANG MEMBERI KESAN NEGATIF KEPADA RAKYAT MALAYSIA
ISU : PENGENALAN

Dasawarsa ini, sama ada kita sedar atau tidak sejak beberapa tahun kita bebas dijajah oleh pengaruh barat, kita telah berjaya membangunkan pembangunan negara yang semakin gah di persada dunia seiring dengan perkembangan teknologi dan peningkatan ekonomi yang semakin pesat. Namun disebalik itu, kita sering kali terserentak dengan pelbagai permasalahan yang dicetus oleh rakyat kita sendiri.

Pada era permodenan ini, manusia sentiasa berlumba-lumba untuk mengikut "trend" yang dibawa oleh pengaruh barat tanpa mengambil kira tindakan yang dilakukan menjadi contoh teladan yang buruk kepada generasi muda begitu juga dengan rakyat Malaysia. Kita akui bahawa pengaruh barat membawa transformasi kepada Malaysia sebagai satu negara yang lebih moden dan terbuka. Kita dapat menyaksikan bahawa rakyat Malaysia pada hari ini dengan mudahnya menyerap unsur Barat dan membuat pengubahsuaian dalam kehidupan dari segi pergaulan dan pemakaian supaya dapat menyesuaikan unsur tersebut dalam adat resam kalangan rakyat Malaysia yang dahulunya nenek moyang kita bermati-matian mempertahankan adat resam melayu agar tidak ditelan zaman.

Pengaruh ini telah membawa perubahan yang negatif dalam kalangan masyarakat Malaysia yang merupakan tonggak utama pembangunan negara kerana impak pengaruh Barat ini sedikit sebanyak mencorakkan pandangan generasi hari ini dalam menerajui proses pembangunan negara.

Nama: Aisyah Hanna binti Ahmad SyaihanNo Matrik: 300986Tajuk: Pengaruh Budaya Barat Memberi Kesan Negatif Kepada Rakyat ...
19/11/2023

Nama: Aisyah Hanna binti Ahmad Syaihan
No Matrik: 300986
Tajuk: Pengaruh Budaya Barat Memberi Kesan Negatif Kepada Rakyat Malaysia
Isu: Le***an, Gay , Biseksual dan Transgender (LGBT)

Pengaruh budaya luar LGBT merujuk kepada gabungan dari perkataan Le***an, Gay , Biseksual dan Transgender. Le***an dilabelkan kepada seorang wanita yang menyukai atau mempunyai tarikan kepada wanita sahaja dan tidak tertarik kepada seseorang yang berlainan jantina.Gay p**a digunakan di dalam sesetengah budaya yang mewakilkan hubungan lelaki yang tertarik dengan lelaki dari aspek romantik , er**ik dan emosi. Gay turut mewakili hubungan sesama jantina seperti le***an, namun perkataan ini lebih kepada jantina lelaki dengan lelaki.Makna Biseksual p**a didefinisikan sebagai tarikan romantik dan sesksual terhadap kedua-dua jantina. Contohnya, lelaki secara alami, haruslah mempunyai tarikan kepada wanita, namun dari aspek biseksual, golongan ini turut menyukai lelaki, sesama jantinanya.Akhir sekali, Transgender merupakan istilah umum yang digunakan apabila seseorang itu tidak menggambarkan identiti jantinanya sendiri malah menampilkan dirinya sebagai jantina yang berlawanan. Sebagai contoh, seorang lelaki yang mengubah penampilan dirinya sebagai seorang wanita dengan memakai pakaian wanita malah berhias seperti wanita.

PERGAULAN BEBAS

Pergaulan bebas merujuk kepada gaya hidup di mana seseorang individu itu terlibat secara meluas dalam perilaku interaksi sosial sesama individu lain atau kelompok tanpa batasan yang menyimpang dari garis panduan hidup manusia . Pergaulan bebas dari aspek agama membawa maksud proses pergaulan dengan orang lain sehingga melampaui ikatan batasan pergaulan. Pergaulan bebas juga disebabkan oleh pengaruh budaya luar yang kini ramai yang terdedah dengan media massa secara global dan banyak lahi di mana kandungan media tersebut tiada tapisan dan pantauan pihak berkuasa umumnya.

PEMAKAIAN

Pengaruh budaya luar juga telah berjaya mempengaruhi fesyen pemakaian masyarakat di Malaysia. Corak pemakaian yang terdedah sudah menjadi norma baharu dalam kalangan masyarakat Malaysia , ini bercanggah dari sudut agama masing-masing . Corak pemakaian masyarakat Malaysia banyaknya dipengaruhi oleh pempengaruh di media sosial yang ingin mengikuti perkembangan semasa atau mahu menarik perhatian masyarakat.

Nama: Nur Nadia Binti Halim No Matrik: 300983Tajuk: Pengaruh Budaya Barat Yang Memberi Kesan Negatif kepada Rakyat Malay...
19/11/2023

Nama: Nur Nadia Binti Halim
No Matrik: 300983
Tajuk: Pengaruh Budaya Barat Yang Memberi Kesan Negatif kepada Rakyat Malaysia
Isu: Punca Pergaulan Bebas

^ pengaruh rakan sebaya
pergaulan bebas akan terjadi sekiranya terdapat rakan ii yang negatif dan tidak menitik beratkan tentang pergaulan yang selamat kepada sesetengah remaja. ini kerana ada yang rakan yang akan mengajar kita perkara baru sama ada baik ataupun tidak. oleh itu, sesetengah remaja terikut akan ajaran yang tidak baik oleh rakan sebaya seperti keluar lewat malam, merokok dan sebagainya.

^ pengaruh media sosial
kebanyakan remaja lebih minat untuk bermain dengan teknologi yang baru seperti media sosial dan lain ii. pergaulan bebas terjadi apabila adanya kelakuan tidak senonoh yang mereka saksikan telah menimbulkan rasa untuk mencuba perkara itu sendiri. Rasa ingin tahu yang tinggi akan membuatkan remaja tersebut mencari dan merasai sendiri perkara yang mereka lihat di media sosial.

^ dunia cinta remaja
pergaulan bebas yang berlaku dalam kalangan remaja mungkin disebabkan oleh zaman sekarang yang menjadikan 'couple' atau pasangan cinta satu perkara yang biasa dan normal. Oleh itu, ramai yang akan mengikut dan menginginkan pasangan masing - masing dengan bergaul dengan ramai orang untuk mencari pasangan yang sesuai dengan mereka.

^ kurang perhatian
ada remaja yang melakukan perkara ini kerana kekurangan perhatian dari keluarga mereka sendiri. hal ini akan mengakibatkan remaja tersebut akan mencari perhatian orang lain dengan bergau bersama rakan yang mengalami masalah dan kehendak yang sama. Maka apabila remaja tersebut merasakan rakan berlainan jantina yang lain mengalami nasib yang sama, merekan akan cenderung untuk memenuhi kehendak antara satu sama lain.

Nama : Nurul Aniss Bt Abu BakarNo.matrik : 301007Tajuk : Pengaruh Budaya Barat yang memberi kesan negatif kepada rakyat ...
19/11/2023

Nama : Nurul Aniss Bt Abu Bakar
No.matrik : 301007
Tajuk : Pengaruh Budaya Barat yang memberi kesan negatif kepada rakyat Malaysia
Isu : Kesan Pergaulan Bebas

Salah satu kesan buruk dalam pergaulan bebas memberi impak terutama dalam kalangan remaja adalah menjejaskan tahap kesihatan . Hal ini dikatakan demikian kerana , apabila pergaulan bebas menjadi kebiasaan akan mendorong remaja melakukan hubungan seksual luar nikah secara berulang kali tanpa memikirkan akibat daripada perbuatan mereka sendiri . Perkara ini mengakibatkan remaja yang melakukan hubungan seksual berkumungkinan akan menghidapi penyakit berjangkit seperti HIV dan AIDS .

Kesan buruk dalam pergaulan bebas yang kedua adalah keruntuhan akhlak . Hal ini demikian kerana , remaja mahupun golongan yang lain lebih meluangkan masa dengan perkara yang tidak berfaedah . Secara tidak langsung perkara ini menyebabkan remaja cenderung mengabaikan pelajaran sehingga tidak dapat membezakan diantara perkara yang baik atau buruk disebabkan kurangnya didikan agama . Perkara yang tidak berfaedah yang dilakukan adalah seperti merokok , merempit dan berjudi .

Peningkatan bilangan pembuangan bayi merupakan kesan buruk pergaulan bebas yang ketiga . Hal ini dikatakan demikian kerana , remaja yang telah melakukan hubungan seksual luar nikah tanpa mengambil sebarang pil perancang mahupun lain-lain menyebabkan remaja perempuan itu mengandung tanpa keinginan mereka sendiri . Bagi remaja yang tidak dapat menerima realiti dan tidak berperikemanusian , tanpa berfikir panjang akan membuang bayi yang dikandung di tepi-tepi jalan ataupun menggugurkan kandungan tersebut .

Nama : Nur Raihan binti Mohamad Husaini No.matrik : 301002Tajuk : Pengaruh Budaya Barat yang memberi kesan negatif kepad...
19/11/2023

Nama : Nur Raihan binti Mohamad Husaini
No.matrik : 301002
Tajuk : Pengaruh Budaya Barat yang memberi kesan negatif kepada rakyat Malaysia
Isu : Langkah Mengatasi Pergaulan Bebas

Terdapat beberapa langkah untuk mengatasi pergaulan bebas. Langkah yang pertama ialah memperkuatkan pendidikan agama. Ibu bapa memainkan peranan penting untuk memberikan didikan agama yang sempurna dalam diri anak-anak. Hal ini dapat meningkatkan iman dalam diri seseorang. Rintihan daripada itu, apabila seseorang mempunyai iman yang kuat, ia dapat mengelakkan seseorang agar tidak terjebak dalam pergaulan bebas.

Selain itu, langkah yang kedua ialah bijak memilih kawan. Seseorang perlulah memilih kawan yang baik dan memahami agama. Sehubungan dengan itu, ia dapat mengelakkan diri seseorang daripada melakukan perkara negatif seperti melakukan pergaulan bebas. Hal ini supaya dapat membimbing seseorang untuk sentiasa melakukan kebaikan.

Akhir sekali, langkah yang terakhir ialah menggunakan masa dengan aktiviti yang berfaedah. Hal ini kerana masa yang terluang dapat diisi dengan aktiviti yang berfaedah seperti riadah pada waktu petang. Malahan itu, riadah juga dapat menyihatkan tubuh badan dan mengeratkan hubungan silaturrahim.

Nama: Fatini Aisha Binti Mohd ZahirNo.matrik: 300982Tajuk: Pengaruh budaya barat yang memberi kesan negatif kepada rakya...
19/11/2023

Nama: Fatini Aisha Binti Mohd Zahir
No.matrik: 300982
Tajuk: Pengaruh budaya barat yang memberi kesan negatif kepada rakyat Malaysia.
Isu: Faktor pengaruh budaya barat dari segi pemakaian yang memberi kesan negatif kepada rakyat Malaysia.

Pengaruh budaya barat terhadap rakyat Malaysia semakin meluas dan menular terutamanya dalam kalangan remaja yang dapat memberi kesan buruk di mana remaja sekarang semakin terpesong daripada jalan sebenar. Ini dapat dibuktikan apabila sesetengah masyarakat sudah dipengaruhi oleh budaya barat dari segi pemakaian mereka atau dikenali sebagai fesyen barat terutamanya dalam kalangan Wanita. Fesyen merupakan satu ikutan trend yang mempengaruhi sebahagian besar masyarakat tertentu terutamanya para remaja. Ia adalah suatu perkara yang negatif dan pada pandangan golongan muda atau remaja, ia menjadi suatu perkara yang perlu dititikberatkan. Masa, trend dan zaman menjadi pencetus yang boleh dikatakan memainkan peranan besar pada masyarakat dalam memilih gaya berpakaian. Oleh itu, masyarakat akan melihat kemodenan seseorang itu dari cara pemakaiannya.

Terdapat beberapa faktor pengaruh budaya barat yang memberi kesan negatif kepada rakyat Malaysia dari segi pemakaian mereka termasuklah media massa, pengaruh rakan sebaya, keluarga, kurang didikan agama dan sebagainya. Media massa menjadi salah satu faktor kerana terdapat pelbagai aplikasi atau platform yang berfungsi menyebarkan dan memaparkan maklumat yang boleh membawa impak positif mahupun negatif. Kebanyakan masyarakat zaman kini menggunakan media sosial sebagai salah satu cara berkomunikasi di mana jua mereka berada. Contohnya, masyarakat sering menggunakan aplikasi Tiktok, Instagram, Facebook dan sebagainya yang juga memaparkan fesyen barat dari pelbagai negara. Secara tidak langsung, perkara yang menjadi trend akan mudah mempengaruhi masyarakat kita dan mungkin akan dinormalisasikan.

Selain itu, pengaruh rakan sebaya juga merupakan pengaruh budaya luar kerana seseorang individu itu akan menganggap rakan karibnya sebagai keluarganya sendiri terutamanya apabila mereka mempunyai hubungan yang sangat akrab. Oleh itu, apabila mereka diajak oleh rakan karib mereka untuk melakukan sesuatu yang bebas serta tanpa batasan, mereka akan menerimanya tanpa berfikir panjang. Hal ini kerana rakan sebaya kebiasaannya mempunyai persamaan terutamanya dari segi pemikiran dan emosi. Disebabkan itu, sebagai seorang remaja dan masyarakat yang bijak, mereka seharusnya berhati-hati dalam memilih rakan kerana setitik nila, rosak susu sebelanga.

Seterusnya, keluarga turut menjadi faktor pengaruh budaya barat ini kepada anak-anak mereka apabila terdapat ibu bapa yang sibuk dan tidak mempunyai masa untuk anak mereka. Apabila perkara tersebut berlaku, anak mereka akan berasa tidak diperlukan dan mereka turut merasa bebas untuk melakukan semua perkara tanpa halangan dan batasan. Tambahan p**a, pada usia muda, seseorang individu mudah terpengaruh dengan situasi yang berada di sekitar mereka. Kekurangan kasih sayang dan kebosanan turut mendorong remaja untuk berpaut dan mencari seseorang untuk meluahkan perasaan dan berkongsi masalah.

Akhir sekali, amalan kerohanian dan pegangan agama yang lemah juga menjadi salah satu faktor yang menggalakkan remaja untuk melibatkan diri dalam menggunakan fesyen barat. Keinginan individu untuk memakai pakaian yang terdedah dan tidak menutup aurat adalah tinggi apabila seseorang individu mempunyai pegangan agama yang lemah. Kurang didikan daripada ibu bapa akan menyebabkan pegangan agama yang lemah dalam kalangan masyarakat. Oleh itu, mereka selalu terjerumus dan terpengaruh untuk melakukan perkara-perkara negatif dan mengamalkan gaya luar.

Nama: Nur Aina Nabila Binti Azman No. Matrik: 300998Tajuk: Pengaruh budaya barat yang memberikan kesan negatif kepada ra...
19/11/2023

Nama: Nur Aina Nabila Binti Azman
No. Matrik: 300998
Tajuk: Pengaruh budaya barat yang memberikan kesan negatif kepada rakyat Malaysia
Isu: Kesan negatif yang dihadapi akibat pengaruh fesyen pemakaian budaya barat.

Pengaruh budaya barat dari aspek pemakaian di negara kita semakin membimbangkan dan sewajarnya dirisaukan lebih-lebih lagi dalam kalangan remaja. Hal ini kerana pemakaian dan fesyen sesebuah bangsa melambangkan identiti negaranya. Tambahan p**a, remaja merupakan generasi yang bakal memimpin negara kita. Di sini, kami ingin mengupas kesan- kesan negatif akibat pengaruh fesyen pemakaian budaya barat sekiranya perkara ini tidak dibendung.

> Pakaian tradisional semakin dilupakan

Pengaruh fesyen dari budaya barat akan menyebabkan remaja kini hilang tarikan untuk memakai pakaian tradisional. Hal ini disebabkan mereka beranggapan bahawa pakaian tradisional seperti baju kurung, baju melayu, cheong sam, sari dan lain-lain lapuk dan tidak mengikut trend terkini. Perkara ini perlu dititikberatkan kerana pakaian tradisional merupakan pakaian tradisi turun temurun dari nenek moyang kita dan sewajarnya diteruskan ke generasi seterusnya. Namun, sekiranya hal ini dianggap remeh berkemungkinan kelak generasi akan datang tidak akan kenal pakaian tradisional kita.

> Keruntuhan akhlak

Seperti mana kita tahu bahawa fesyen pemakaian barat sangat tidak sesuai untuk diikuti dan dicontohi oleh masyarakat umum oleh kerana pemakaian mereka yang tidak sopan dan mencolok mata. Sekiranya masyarakat negara kita terpengaruh dengan fesyen barat, ia akan menyebabkan keruntuhan akhlak oleh kerana hilangnya sifat malu seseorang manusia. Kami yakin dan percaya bahawa semua agama menuntut penganutnya memakai pakaian yang sopan dan tidak mencolok mata.

> Peningkatan tekanan sosial

Pengaruh fesyen budaya barat menciptakan dan menetapkan standard kecantikan dan gaya hidup yang tinggi. Hal ini akan memberikan tekanan social kepada individu yang tidak mampu untuk mengikuti atau memenuhi standard tersebut. Kesannya, individu tersebut berasa tertekan kerana beranggapan orang lain memandang rendah oleh disebabkan tidak mengikuti trend semasa.

Nama : Nur Liyana Syafiqah Binti Zulkefle No . Matrik : 301000Tajuk: Pengaruh budaya barat memberikan kesan negatif kepa...
19/11/2023

Nama : Nur Liyana Syafiqah Binti Zulkefle
No . Matrik : 301000
Tajuk: Pengaruh budaya barat memberikan kesan negatif kepada rakyat Malaysia
Isu : Langkah menangani pengaruh budaya barat dari aspek pemakaian

~Peranan media massa
Antara langkah-langkah yang boleh diambil adalah melalui peranan media massa. Kandungan rancangan televisyen barat banyak mempamerkan ciri-ciri pemakaian yang tidak sesuai dengan standard pemakaian dalam Islam. Oleh itu, pihak media yang terlibat sepatutnya mengurangkan paparan tentang cara pemakaian orang barat yang seksi atau kurang sopan di internet, televisyen, majalah, akhbar dan lain-lain. Sebaliknya, media massa sepatutnya menyiarkan lebih banyak perkara yang membina dan relevan kepada masyarakat Malaysia.

~Peranan kerajaan
Selain itu, kerajaan seharusnya membuat penapisan kandungan rakaman filem barat sebelum ditayangkan di Malaysia. Contohnya, pihak bertanggungjawab iaitu Lembaga Penapisan Filem (LPF) perlu mengehadkan filem barat yang banyak menyumbang kepada unsur-unsur negatif terutamanya etika pemakaian yang tidak senonoh atau menjolok mata. Hal ini penting kerana masyarakat Malaysia khususnya golongan remaja pada masa kini sangat mudah terpengaruh dengan apa yang dilihat atau ditonton oleh mereka.

~Peranan ibu bapa
Ibu bapa sepatutnya memainkan peranan yang penting dalam memantau cara pemakaian anak-anak mereka khususnya golongan remaja pada hari ini yang mudah terpengaruh dengan fesyen pemakaian budaya barat. Mereka sering terikut-ikut fesyen trend semasa yang dianggap menarik di media sosial seperti di Tiktok dan Instagram. Misalnya, ibu bapa perlulah menegur terhadap cara pemakaian anak-anak mereka terutamanya anak-anak perempuan yang mengenakan pakaian yang seksi dan ketat sehingga menampakkan sebahagian aurat atau bentuk badan.

~Peranan individu
Individu memainkan peranan penting dalam membentuk diri mereka untuk menjadi lebih baik. Sebagai umat Islam, kita wajib memperkukuhkan lagi keimanan kita kepada Allah. Apabila kita mempunyai keimanan yang kukuh, kita pasti akan takut melakukan perkara yang dimurkai oleh Allah S.W.T seperti tidak menutup aurat dengan sempurna. Hal ini kerana kita sedar bahawa berpakaian yang menampakkan sebahagian aurat adalah haram dan berdosa. Oleh itu,setiap umat Islam sama ada lelaki ataupun wanita wajib menjaga batasan aurat mereka dengan sempurna.

Nama: Nurul Huda Binti JamianNo.Matrik: 301005Tajuk: Pengaruh Budaya Barat yang memberi kesan negatif kepada rakyat Mala...
19/11/2023

Nama: Nurul Huda Binti Jamian
No.Matrik: 301005
Tajuk: Pengaruh Budaya Barat yang memberi kesan negatif kepada rakyat Malaysia
Isu: Contoh Pengaruh Budaya Barat terhadap Pergaulan Bebas dan Pemakaian

Terdapat beberapa contoh pergaulan bebas dari budaya barat yang telah memberi kesan negatif kepada rakyat Malaysia seperti:
1) LGBT (Le***an, Gay, Bisexual dan Transgender)
2) Seks Bebas
3) Clubbing

Manakala dari segi pemakaian yang di bawa oleh budaya barat p**a ialah:
1) Bertindik
2) Berpakaian ketat
3) Punk
4) Hiphop
Contoh-contoh yang diberikan ini semakin serius dalam kalangan rakyat Malaysia terutamanya remaja. Oleh itu akan memberikan impak yang negatif kepada rakyat Malaysia.

Nama: LIAW YEAN SHANNo. Matrik: 301001Tajuk: Pengaruh Budaya Barat Yang Memberi Kesan Negatif Kepada Negara MalaysiaIsu ...
18/11/2023

Nama: LIAW YEAN SHAN
No. Matrik: 301001
Tajuk: Pengaruh Budaya Barat Yang Memberi Kesan Negatif Kepada Negara Malaysia
Isu : KESIMPULAN

Secara keseluruhan, tidak dapat kita nafikan bahawa budaya Barat mendatangkan pelbagai hiburan terhadap negara kita. Namun, masyarakat Malaysia terutamanya golongan remaja mengidolakan penghibur-penghibur tersebut sehingga meniru tingkah laku dan mempraktikkan budaya Barat ini dalam kehidupan seharian tanpa menghiraukan pegangan agama seperti meniru cara pemakaian artis Barat mencolokkan mata orang ramai. Dengan ini, mereka telah menjejakkan kakinya ke kancah kedurhakaan kerana kebanyakan penghibur atau artis dari Barat kurang berbudi pekerti dan mempunyai akhlak yang kurang sopan. Tamsilnya, pengambilan arak, penyalahgunaan dadah, merokok, seks rambang, golongan LGBT dan sebagainya. Lama-kelamaan masanya bukan sahaja golongan yang terjebak dalam pengaruh budaya Barat yang negatif ini yang terjejas tetapi budaya negara kita juga akan merosot akibat pengaruh budaya Barat yang songsang ini. Hal ini dikatakan demikian kerana, remaja merupakan asas dan hasrat bangsa dan negara kita. Sekiranya budaya Barat menjadi ikutan mereka maka bagai kaca terhempas ke batu, hancurlah harapan negara kita. Bulan semakin terang, bayang kian jelas bahawa bagaimana budaya Barat mendatangkan impak negatif kepada negara kita. Pihak kerajaan, sekolah dan ibu bapa memainkan peranan yang amat penting dan haruslah mengambil inisiatif yang sepatutnya untuk membatasi budaya kita dari budaya Barat ini daripada mendominasi dunia. Mafhumnya, kita sebagai rakyat Malaysia haruslah berganding bahu dan menggembleng tenaga serta mempunyai semangat tinggi setinggi Gunung Kinabalu, seluas Banjaran Titiwangsa dalam menangani masalah ini daripada membarah sebelum terlewat kerana sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya.

Ribuan terima kasih kami ucapkan kepada pembaca kerana sudi meluangkan masa untuk membaca hasil kami. Semoga Allah SWT permudahkan segala urusan kita dan kepada non-muslim semoga Tuhan permudahkan segala urusan kita.

Address

University Utara
Sintok
06010

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Penghayatan Etika Dan Peradaban - G - Kumpulan 6 posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share