06/12/2023
‼️ LANGKAH MEMBANTERAS PENYALAHGUNAAN DADAH ‼️
Terdapat pelbagai langkah untuk menghindari diri daripada terlibat dalam kegiatan penyalahgunaan dadah. Antara langkah-langkah tersebut ialah:
1. Penubuhan Pusat Pemulihan
- Pihak kerajaan telah menubuhkan rumah-rumah pemulihan yang bertujuan untuk memberi rawatan bagi penagih-penagih dadah tidak mengira umur, bangsa, dan lain-lain. Contohnya, Kerajaan Burnei telah menubuhkan sebuah rumah pemulihan yang dikenali sebagai Rumah Al-Islah untuk merawat serta memulihkan pemikiran mental serta tingkah laku mereka kepada jalan yang benar.
2. Melaksanakan Pendidikan Untuk Mencegah Daripada Penyalahgunaan Dadah
- Pihak yang berkenaan sama ada kerajaan mahupun swasta dalam usaha untuk membanteras isu penyalahgunaan dadah perlu mengadakan program yang berinformatif untuk mencegah penyalahgunaan dadah. Sebagai contoh, mengadakah aktiviti-aktiviti seperti ceramah, seminar, pameran dan sebagainya. Hal ini bertujuan untuk memberi informasi, pengetahuan serta kefahaman kepada masyarakat terutama golongan remaja tentang bahayanya dadah dan memberi kesedaran kepada mereka. Selain itu, pihak yang berkenaan boleh mengadakan aktiviti ko-kurikulum seperti perkhemahan motivasi dan sebagainya.
💙 💙