10/12/2023
[POSTING 2]
Isu Etika Alam Sekitar
Jenis dan punca pencemaran
Assalamualaikum dan Salam Malaysia madani kepada pembaca semua yang kami hargai😄. Apa khabar semuannya? Semoga sihat dan berada dalam keadaaan yang baik baik saja ya.Nak tanya sikit ni, kita semua sayangkan alam sekitar kita kan🍃🌱? Mestilah sayangkan, alam sekitar ni kan amanah daripada tuhan yang esa untuk kita jaga bersama. Tapi korang semua perasan tak yang alam sekitar kita ni dah mula terganggu disebabkan pencemaran? Mesti ada korang terfikirkan? Pencemaran jenis apa yang berlaku dan apa penyebab dan punca-punca berlaku pencemaran niiiii?🧐🧐
Haaaaaa,Jadi di sini kami nak mintak pinjam mata 😋pembaca-pembaca semua kerana kami nak share sikit berkenaan dengan jenis pencemaran dan punca berlakunya pencemaran
JADI SEMUA, BERI TUMPUAN DAN PASANG TELINGA KERANA ADA BANYAK FAKTA MENARIK KAMI NAK SAMPAIKAN NI.✍️📝
Apakah jenis pencemaran yang kita perlu tahu?
Mesti korang tertanya Tanya kan? Jom kita selami bersama tapi sebelum tu, mari kita berkenalan sedikit apa itu pencemaran🌍
Pencemaran adalah peristilahan yang disebabkan oleh kemasukan bahan-bahan seperti bahan kimia🧪, hingar, haba🌡️, cahaya💡, dan tenaga di alam sekitar, yang mengakibatkan kesan yang memusnahkan sehingga membahayakan kesihatan manusia, mengancam sumber alam 🌍dan ekosistem🌊, serta mengganggu ameniti dan kelestarian alam sekitar
Mesti korang dah faham sikit sikit kan.. korang memang terbaik laa.👍🏻
Tapi sabar, itu baru intro. Meh kita pergi kepada jenis pencemaran alam sekitar dan penyebabnya
Korang tahu tak pencemaran alam sekitar ni terbahagi kepada 4 jenis. Kalau korang yang dah tahu, terbaik laa korang. Tapi bagi yang tak tahu, jangan sedih sebab kami akan terangkan kepada korang secara terperinci.
1. Pencemaran udara💨
Pencemaran udara adalah merupakan satu keadaan di mana keterlibatan sebarang bahan kimia, jirim zarah atau bahan biologi yang boleh menyebabkan kualiti udara terjejas😷, ketidak selesaan kepada manusia dan organisma hidup yang lain serta dapat merosakkan alam sekitar apabila ianya dibebaskan ke atmosfera. Contoh bahan yang menjadikan udara tercemar adalah seperti gas karbon dioksida, sulfur dioksida, sulfur dioksida, klofloro karbon, bau bauan, logam toksik seperti plumbum tembaga dan sisi radioaktif yang meruap. Di sekeliling kita, pelepasan asap kotor oleh industri terus ke udara melalui cerobong asap kilang yang tidak mengikut piawaian yang ditetapkan, 🛵🚘kenderaan motor di jalan raya dan 🌋letusan gunung berapi menjadi penyebab berlakunya pencemaran udara. Pencemaran ini dapat membawa kepada penipisan lapisan ozon, jerebu, hujan asid dan pemanasan bumi. Pencemaran ini bukan sahaja memberi kesan kepada kesihatan malahan keselamatan juga turut terjejas.
🫰🏽📝HAA, korang dah tahu serba sedikit kan tentang pencemaran udara, tapi kawan kawan semua jangan bimbang sebab perbincangan kita belum selesai. Mari kita pergi kepada pencemaran yang lain
2. Pencemaran air🌊
Pencemaran air merupakan proses globalisasi yang membawa kepada kemajuan Negara🏠🏢 namun menyebabkan pencemaran alam sekitar semakin berleluasa. Masalah ini juga telah mengakibatkan berlakunya kerosakkan kepada struktur sistem sungai yang membekalkan sumber air mentah kepada penduduk. Meskipun sumber air tidak akan pupus, namun sumber air 💧yang selamat untuk digunakan oleh manusia 👫akan semakin berkurangan. Setiap isu air yang berlaku di Negara kita yang telah timbul melahirkan rasa sedar akan betapa seriusnya masalah pencemaran air di Negara kita. Punca air tercemar disebabkan oleh logam berat seperti plumbum, merkuri, kuprum, arsenik dan kromium yang digunakan dalam proses penyalutan timah, penyaduran dan larutan penyalutan kromium boleh bertindak sebagai penghalang metabolic atau pernafasan dalam banyak organisma. 🔗Logam berat ini akan mempengaruhi 🦠organisma pengurai, dengan ini system akuatik 🐟akan musnah. Seterusnya, pencemaran yang lazim adalah daripada bahan organic. Sememangnya bahan bahan organic tidak dapat meracuni hidupan sungai atau mempengaruhi pH, tetapi apabila bahan organik diserang oleh bakteria dan dipecah menjadi kompaun yang ringkas. Ini akan menjejaskan kualiti udara dalam air yang diperlukan oleh ikan. 🐟Ikan mempunyai keperluan oksigen yang paling tinggi dan biasanya ikan air sejuk memerlukan lebih oksigen daripada ikan air panas.
3. Pencemaran tanah🏖️🏖️
Pencemaran tanah dapat ditakrifkan sebagai perbuatan yang berlaku kepada sesuatu kawasan sehingga terjadi pertukaran warna, kesuburan, dan hakisan. Ia disebabkan oleh bahan buangan dalam bentuk cecair atau pepejal yang terdiri daripada pencemar organik, kimia atau fizikal. 😰Keseriusan pencemaran tanah bergantung kepada kesuburan tanah. ✍️Semakin kurang kesuburan tanah, semakin serius pencemaran yang berlaku. Antara sebab yang jelas dapat dilihat berlakunya pencemaran tanah adalah disebabkan Pembuangan sampah🗑️ secara sesuka hati dan tidak memenuhi syarat, (illegal dumping) merupakan antara punca yang mengakibatkan masalah pencemaran tanah. Apabila masyarakat membuang sampah ke atas tanah, tanah tersebut akan menjadi habitat bagi pelbagai mikroorganisma 🦠 yang terdiri daripada bakteria dan virus yang menyebabkan pelbagai jenis penyakit. Kualiti air tanah p**a akan berkurang disebabkan bahan cemar dari sampah. Penurunan kualiti air tanah dapat diperhati melalui perubahan fizikal seperti bau, warna, rasa dan kemunculan lapisan minyak. PVC 🧤(polyvinyl chloride) yang lebih dikenali sebagai plastik dan logam sulit merupakan dua contoh sampah yang dapat mempengaruhi kemampuan tanah menyerap air. 📝Tambahan p**a plastik adalah hasil ciptaan manusia yang tidak melalui proses biodegradasi. Ia tidak akan terurai secara semulajadi walaupun selepas berjuta-juta tahun
4. Pencemaran bunyi📣💥
Pencemaran bunyi boleh didefinisikan sebagai bunyi bising yang keterlaluan 😡yang boleh memekakkan telinga👂 individu yang mendengarnya. Pencemaran bunyi biasanya berlaku apabila bunyi melebihi 80 desibel (dB). Kategori pencemaran boleh berpunca daripada manusia seperti jeritan 🙀dan bunyi kenderaan 🚘atau pencemaran bunyi semulajadi seperti bunyi guruh⚡️. Kebanyakan bunyi yang dikeluarkan daripada kerja kilang seperti jentera🚛, mesin kilang 🏭serta pemprosesan dan pembuatan material boleh menggangu ketenteraman masyarakat setempat yang tinggal berhampiran dengan kilang tersebut. Seterusnya kenderaan, Bunyi deruman enjin kenderaan di jalan raya serta bunyi hon 📣yang tiada henti boleh memekakkan pendengaran🙉 dan mengakibatkan stres 😤terutamanya di jalanraya yang sesak🛣️. Hal ini bertambah teruk dengan kewujudan kereta dan motosikal yang enjinnya telah diubahsuai supaya menjadi lebih bising dan mengganggu ketenteraman. Selain kenderaan di jalan raya, kenderaan seperti jet juga dapat menyebabkan pencemaran bunyi. Jet memerlukan enjin yang berkuasa tinggi untuk terbang di udara yang secara tidak langsung menghasilkan bunyi yang kuat
🤯Faham tak tu korang semua? Kami harap korang semua faham sambil dapat belajar fakta fakta baru. Thankyou pinjamkan kami masa ⏱️⏳korang tau. Kalau semua masih lagi berminat 🤣dengan posting kami, boleh la baca posting yang seterusnya tau. Disebabkan kami rasa seronok berkongsi ilmu dengan korang, mari akhiri perbincangan ini dengan serangkap pantun ni.😔🥲
Tiada panorama seindah hutan,
Hutan tempat bermainnya si rama rama,
Indahnya bumi kurniaan tuhan,
Menjaga alam sekitar tanggungjawab Bersama
Korang memang terbaik,
Orang Perak kabo “ Kamu semua mmg handeiiii”
Ahmad Arifuddin Bin Arifin 295603
Muhammad Aniq Aiman Bin Azrin 295633