Penghayatan Etika dan Peradaban Team 1

Penghayatan Etika dan Peradaban Team 1 Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Penghayatan Etika dan Peradaban Team 1, Education, UNIVERSITI UTARA, Sintok.

[POSTER]Tema : Isu Etika Profesional Kewartawanan 🎤🎥"Menjelajahi Kewartawanan dengan Mata Etika : Memastikan Etika diter...
16/12/2023

[POSTER]
Tema : Isu Etika Profesional Kewartawanan 🎤🎥

"Menjelajahi Kewartawanan dengan Mata Etika : Memastikan Etika diterap di dalam Berita" 🗞️🤳🏾📚

Sekian daripada kami,
Kump**an 🥇

Disediakan oleh :
1) RITA NAZEERA BINTI MOHD NAIM (297353)
2) NISRINA NABIHAH BINTI NOR AZHAR (297360)
3) SARAH NUR BALQIS BINTI MUHAMMAD RIDHWAN PANG (297449)
4) NANTHINI A/P MURUGESAN (297529)
5) IMAN DAMIA BATRISYIA BINTI MUHAMMAD RUJHAN (297530)
6) NUR SHAZRENA BINTI AB MAULLOD (297563)
7) DHANYASRI A/P KARTHIGASU (297570)
8)ASHA A/P RAGOO (297575
9) KALAI SIVA A/L SALMUGAM (297582)
10) MUHAMMAD ZIKRI RAIMY BIN MAT ZAID (297624)

Hey gais👋🏻👋🏻! Harap semua sihat dan okay🥰Jom borak skit pasal benda serius tapi penting✍🏻 - Etika Professional dalam Kew...
15/12/2023

Hey gais👋🏻👋🏻! Harap semua sihat dan okay🥰Jom borak skit pasal benda serius tapi penting✍🏻 - Etika Professional dalam Kewartawanan🗣️📍

"Secara keseluruhan, perbincangan ini tekankan kepentingan etika professional dalam kewartawanan sebagai jalan utama pembentukan media yang dipercayai dan berkualiti. Dalam dunia penuh berita viral dan info yang melambung-lambungℹ️ℹ️💁, isu ni bukan main penting weh.🧐Tapi sebelum kita terjun lebih dalam, kita kena faham, etika ni bukan benda 'kakak ajar adik' je tau,😅 tapi melibatkan kita semua, pengguna media.👥📱

So, selepas merenung dan merentas isu ni, kita boleh simpulkan bahawa etika professional kewartawanan bukan lagi sekadar checklist formal📝, tapi satu panggilan kepada setiap pengguna media, sama ada kita pembaca atau penulis.✏️📖 Wartawan bukan sahaja tanggungjawab nak bawakan berita👩🏻‍💼🧑🏻‍💼📰, tapi juga berkongsi nilai integriti dan kebenaran.😌❗Kita sebagai rakyat Malaysia pun ada bebanan🙇🏻‍♀️. Dengan sokongan kepada media yang amalkan etika tinggi, kita turut menyumbang kepada pembentukan persekitaran media yang lebih adil dan dipercayai💁🏻‍♀️👍🏻😎. Kalau nak media berkualiti☑️, kita kena jadi penilai kritis, tuntut kebenaran💯💯, dan terlibat dalam perbincangan membina maklumat.🤓🤓Dalam zaman digital ni👨🏻‍💻🌐, isu etika kewartawanan dah tak boleh diabaikan.🙅🏻‍♀️🙅🏻‍♂️ Semua tindakan dan kata-kata wartawan dapat capaian luas dalam sekelip mata⏳. Wartawan memerlukan asas yang kukuh untuk mengendalikan pemberitaan✍🏻✍🏻.

Oleh itu, garis panduan atau etika yang jelas dan menyeluruh diperlukan. Ini semua dilakukan untuk mengekalkan kawalan ke atas wartawan dan membolehkan mereka bekerja dengan betul dan jujur😌😊. Seperti yang ditunjukkan oleh kajian ini, kebanyakan wartawan mengakui bahawa mereka menggunakan kod etika sebagai garis panduan dan rangka kerja untuk menghalang mereka daripada melakukan perkara yang negatif❌ dan tidak bertanggungjawab.‼️‼️‼️ Etika Kewartawanan Malaysia dicipta oleh wartawan untuk wartawan: “Sebaliknya, kod etika kewartawanan boleh membatasi kemampuan individu wartawan untuk bertindak dan membuat keputusan secara bebas.”👀👐🏻

Oleh itu, adalah kewajipan wartawan Malaysia🇲🇾 untuk memahami dan mematuhinya☝🏻🤞🏻. Lebih 50% wartawan dalam kajian mempunyai tahap etika yang sangat tinggi🫡, menunjukkan bahawa wartawan mengamalkan semua prinsip EKM dengan baik😊😊. Ini adalah hasil daripada fakta bahawa wartawan telah menjadi sebahagian daripada kerjaya yang berdasarkan prinsip etika universal♾️♾️🌍. Prinsip dan nilai kewartawanan sudah ada, dan EKM menyempurnakannya untuk konteks Malaysia. Majoriti wartawan yang terlibat dalam kajian ini bertindak mengikut prinsip kewartawanan sama ada mematuhi prinsip etika EKM atau menjadikannya pegangan sejagat yang mendorong wartawan untuk bersikap lebih profesional👩‍🏫👨‍🏫.Sebagai warga media, kita mempunyai tanggungjawab📝untuk menyemak dan memastikan kebenaran maklumat sebelum dikongsikan kepada masyarakat💯🙉. Hindari menyebarkan berita palsu atau tidak disahkan yang boleh merosakkan reputasi dan kepercayaan orang ramai terhadap sumber berita‼️‼️‼️.

Kita sebagai rakyat madani👥🇲🇾kena jaga etika profesional kita supaya dapat memainkan peranan yang positif➕dalam menyampaikan maklumat kepada masyarakat. Kita boleh menjadi agen perubahan yang membawa kesedaran dan pemahaman yang baik kepada masyarakat melalui laporan yang telus dan beretika🤝✊🏻.Wartawan perlu memahami peranan penting mereka sebagai penjaga kebenaran dan penghubung masyarakat dengan informasi yang akurat☑️.Pentingnya memastikan kejujuran, ketelusan, dan integriti dalam setiap laporan berita tidak boleh diabaikan🙅‍♀️🙅🏻‍♂️. Wartawan perlu menjauhi sensasionalisme dan memastikan bahawa setiap informasi yang disampaikan telah melalui proses verifikasi yang teliti♾️📇.

Secara amnya, kod etika kewartawanan boleh membantu wartawan mengenal pasti pelbagai isu dan menyedarkan mereka bahawa mereka ditugaskan untuk mencari dan melaporkan berita dengan lengkap dan tepat,📌🔍 serta mengingatkan mereka supaya sentiasa berwaspada terhadap tekanan yang boleh menghalang kebebasan akhbar.📰🧾 Jadi, mari kita bersama-sama🤝👐🏻 memahami dan menghargai betapa pentingnya etika professional dalam kewartawanan✔️✔️✔️. Dengan menjaga kejujuran dan integriti, kita mampu memberikan kontribusi positif kepada masyarakat melalui berita yang berkualiti➿.

Terima kasih kerana menyertai perbincangan ini, 🙌🏻dan mari kita terus menjaga kredibiliti sebagai wartawan yang bertanggungjawab.🫱🫲

Jadi, mari kita sama-sama jadi penjaga dan penentu etika media.👐🏻🤝 Bukan senang, tapi kalau kita berjaya💪🏻, kita boleh bangunkan masyarakat yang bijak maklumat dan tahu nilai benar salah.💡Jangan lupa, media bukan lawan kita, tapi medium untuk berkongsi cerita♻️✅. Etika kewartawanan jadi pilihan bersama untuk menjadikan dunia media lebih baik.💯💯

So, keep it real, stay informed📢🤟, dan jadi bahagian dalam pembinaan landskap media yang lebih positif‼️🌀🛜🩷

Berita palsu tak berdaya, bila etika menjadi raja,
Wartawan bertanggungjawab, masyarakat dapat terima.
Jadi, dalam penulisan, dan dalam setiap kata,
Jaga etika kewartawanan, selalu dihati kita.🫶🏻

DISEDIAKAN OLEH,
NANTHINI MURUGESAN 297529
ASHA RAGOO 297575

Assalamualaikum dan salam madani 👋🏻🇲🇾Pasal apa p**ak ni kakak-kakak, abang-abang oii ?? 😫Hari ini kami kembali lagi dala...
13/12/2023

Assalamualaikum dan salam madani 👋🏻🇲🇾

Pasal apa p**ak ni kakak-kakak, abang-abang oii ?? 😫

Hari ini kami kembali lagi dalam sesi sembang sampai ke langit 🌁😶‍🌫️🔛🔝
Orang kata nak bukak cerita ni kena laa ada mukadimah sikit kannn 🤌🏻 TAPI JANGAN RISAU 🫷🏻kami skip terus kepada tajuk perkongsian harini yang berbunyi :-

⚡️~ Representasi Kewartawanan Malaysia : Apa Cerita Ni Gaisssss ❓❗️❗️~ ⚡️

Sebelum ni banyak korang dengar tentang 💢isu atau masalah💢 pasal wartawan kan tapi sebenarnya BANYAK lagi kita tak tahu yang industri kewartawanan Malaysia bukan main lagi seronok dan happening ! 🥳🤩 Macam mana diorang capai tahap slayy macam tu ❔💅🏻 Senang je, diorang taburkan elemen spontaniti dan kreativiti dalam setiap berita, buat semua orang terpegun! 💢

Pertama sekali, Malaysia ni macam negara K-pop, tau tak ? 🇰🇷🕺🏻Ada Melayu, Cina, India, semua campur aduk jadi satu. 👩🏻‍🤝‍👨🏾 Wartawan di sini power gila! 🤩🤩 Diorang tak pegang stik etnik, tapi pegang stik keadilan 🪄 Cerita pasal budaya masing-masing dengan penuh kasih sayang. Bahasa pun campur aduk, macam rojak, tapi rojak yang padu ! 😋💯 Bahasa p**ak, ala-ala bahasa pasar, tapi terer buat cerita yang deep. Kena hati, kena jiwa, itulah cerita Malaysia.

Malaysia ni macam pasar malam besar, semua ada 🎊😽 ! Wartawan-wartawan kita ni macam penjaja cerita 🎤. Diorang tak kisah nak explore dari kampung ke bandar, semua ada cerita menarik 🤯🤯. Dari perayaan tradisional sampai ke festival kontemporari, semuanya jadi satu dalam genggaman diorang 🎉✊🏻. Dengan cara ni, cerita Malaysia tak terbatas, macam 'unlimited data' ! 🛜🧑🏻‍💻👩🏻‍💻

Pastu, tengok tu alam Malaysia. 🌍 Cantik gila !!! Dari hutan hujan 🌳🌴 sampai ke pantai 🌊, wartawan kita ni macam penyihir visual. Diorang capai kamera, snap-snap sikit, 📸📸 terus jadi macam poster holiday yang kita selalu tergoda nak pergi. Tapi, wartawan kita ni bukan setakat pandai tangkap gambar, diorang ni macam Greenpeace Malaysia. Berita bukan setakat 'hot', tapi juga 'cool' sebab cerita pasal kelestarian alam. Jangan main-main, diorang ni juga jadi pahlawan alam sekitar ⚔️ Bagitau kita semua pasal isu-isu yang berkaitan dengan alam sekitar. Macam tu lah, kita boleh appreciate kecantikan alam sambil jaga bumi kita. 😍🌍

Korang tahu tak industri kewartawanan ni bukan main penting wehh ?! 😟 KENAPA ⁉️🤷🏻‍🤷🏻‍♀️ Sebabbbb setiap artikel, informasi dan berita 🗞️ yang disampaikan oleh wartawan merupakan representasi negara kita iaitu Malaysia 🇲🇾 dan secara langsung menjadi cerminan🪞 masyarakat Malaysia terhadap orang negara luar 🌎. Bukan tu je gengggg, ‘headline’ ✍️ berita juga sangat penting bagi menarik perhatian netizen untuk berminat membaca artikel yang dikongsikan. Oleh itu, wartawan kena laa beretika dalam setiap penulisan ‘headline’ mereka supaya tidak mengelirukan atau mencetuskan fitnah dengan cara meletakkan ‘headline’ yang berlainan maksud dengan informasi sebenar dalam artikel tu 😞👎🏻❌.

Tak habis kat situ je tauu, kalau nak sembang pasal industri kewartawanan ni memang tak habis sebab SERIOUS GEMPAKKK 😤😤👍🏻. Yang paling best, diorang tak jadi superhero 🦸🏻‍♂️ dalam office je. Diorang juga jadi selebriti 🧚🏻‍♀️di dunia maya. Ada Instagram, Twitter, semua lah! Instagram diorang macam gallery indah, Twitter jadi tempat 'rojak' fakta dan pendapat. Diorang 'on' 24/7, post gambar, buat live, interaksi dengan kita semua. Wartawan kita ni pandai guna gila-gila🤭🤭. Live dari lapangan📡, update gambar🌋, video📹, semua serba spontan🎤. Bukan main lagi interaksi dengan penonton. Macam kawan kita je, tapi kawan yang kebetulan jadi wartawan. Dialog bukan setakat dalam kertas, tapi melibatkan semua orang. 👨‍👩‍👧‍👦 Kita boleh comment, diorang reply. Cik Abang oi! Dialog tak pernah putus.

Cerita sosioekonomi pun diorang tackle habis-habisan 😱📈📉. Bukan sekadar berita, tapi macam cerita drama dalam hidup rakyat Malaysia. Diorang kasi suara kat warga tempatan, biar diorang cerita sendiri. 🏘️🏡 Dalam berita, ada kisah hidup, ada realiti rakyat Malaysia dihidangkan dengan gaya yang tak boleh move on.

Cerita hidup rakyat Malaysia p**a, diorang ni macam 'Story Whisperer'. 🫣🤫 Diorang jumpa dengan orang biasa 👀, dengar cerita diorang👂🏻, pastu bawak cerita tu jadi blockbuster. 🎬 Dari kisah s**a duka masyarakat kampung 🧑🏻‍🌾🛖, sampai la ke perjuangan hidup bandar 👨🏻‍💼🏢, semuanya dalam radar diorang. Wartawan kita bukan saja jadi penyampai berita, tapi penulis kisah rakyat. ✍🏻💭

Jadi, kita boleh cakap, representasi Malaysia dalam industri kewartawanan ni macam karnival kreativiti 🪅🎉. Setiap cerita tu macam rollercoaster emosi🎢, dari ketawa sampai terharu 🥹. Wartawan kita ni bukan saja merekodkan berita 📝, tapi buat Malaysia punya kisah hidup jadi lebih bermakna 🫶🏻✨. Dengan cara ni, Malaysia punya cerita dalam industri kewartawanan bukan setakat factual, tapi betul-betul mengena hati. 🫶🏻👩🏻‍💻 Spontan, kreatif, dan penuh warna. ❤️🤍💙💛 Industri kewartawanan Malaysia bukan main lagi, macam bunga api yang sentiasa meletup dan memukau ! 🎆✨ Sebab tu, bila kita dengar "Malaysia punya cerita," kita rasa bangga dan excited nak dengar lagi! 🎤🌟

Akhirnya, tamat sudah perkongsian dari kami 🥳 Moga warganet terhibur !! 😍

DISEDIAKAN OLEH :
NISRINA NABIHAH BINTI NOR AZHAR (297360)
SARAH NUR BALQIS BINTI MUHAMMAD RIDHWAN PANG (297449)

Assalamualaikum dan selamat petang semua !! ☀️✨☁️Pada hari yang cerah 🌤️di tanah air tercinta kita 🇲🇾, orang ramai sibuk...
03/12/2023

Assalamualaikum dan selamat petang semua !! ☀️✨☁️

Pada hari yang cerah 🌤️di tanah air tercinta kita 🇲🇾, orang ramai sibuk dengan rutin harian mereka Namun, tanpa disedari, kehidupan mereka mula dibuai oleh gelombang maklumat tidak betul yang tersebar melalui pelbagai saluran sehingga mencetuskan isu kontroversi dan mendatangkan kesan buruk. 😵‍💫🥴

Kisah itu bermula ✨ apabila berita palsu mengenal serangan misteri ke atas satu satunya taman negara 🏞️ Malaysia mula tersebar melalui media sosial. Berita itu mendakwa bahawa hutan dilindungi yang berharga di dalam taman negara itu telah dimusnahkan secara beramai-ramai. Rakyat dengan cepat bertindak balas dengan kemarahan dan kebimbangan, berkongsi berita tanpa melakukan pengesahan yang mencukupi. 🧐😶‍🌫️

Akibat penyebaran berita palsu ini, orang ramai dan kump**an alam sekitar mula berkumpul untuk menyuarakan bantahan dan menuntut tindakan segera daripada kerajaan.📰🏢👮🏻‍♀️ Namun, pada masa yang sama, kebenaran berita itu semakin tidak jelas. Ketidakpastian ini menimbulkan ketegangan dalam masyarakat.😵‍💫😵‍💫 Ramai yang mula menyalahkan antara satu sama lain dan berbelah bahagi dalam sikap mereka terhadap isu tersebut. Konflik diburukkan lagi dengan kump**an yang sengaja menyebarkan maklumat palsu untuk kepentingan politik atau ekonomi mereka sendiri. 😈🤷🏻

Kerajaan 🏢, menyedari potensi kerosakan 💔yang boleh berlaku akibat penyebaran berita palsu, maka terlahirlah beberapa langkah proaktif. Mereka melancarkan kempen pendidikan besar-besaran untuk meningkatkan celik digital orang ramai dan membantu mereka memahami kepentingan mengesahkan maklumat sebelum menyebarkannya. 📲🖥️💻

Bagaimanapun, kesanya berleluasa😔😢. Sebilangan pelabur asing🧐 menarik diri 😒 kerana bimbang tentang kestabilan politik dan keselamatan di Malaysia. Ini mencetuskan kemerosotan dalam nilal mata wang dan pertumbuhan ekonomi yang perlahan 📉. Selain itu, kepercayaan orang ramai terhadap institusi kerajaan dan media tradisional telah goyah.

Kemerosotan ekonomi 📉 dan goyahnya kepercayaan 💔 menunjukkan bahawa penyebaran berita palsu boleh meruntuhkan asas masyarakat🤷🏻🤷🏻‍♀️. Oleh itu, kita perlu menjadi penjaga kebenaran. Mengamalkan sifat kritikal dan mengesahkan maklumat sebelum menyebarkannya adalah langkah penting. Kempen pendidikan digital harus diperkukuhkan untuk memastikan masyarakat celik maklumat. Kesedaran terhadap impak negatif boleh membentuk masyarakat yang berwaspada dan memupuk keharmonian dalam menerima maklumat. 📲🖥️💻

1️⃣. Malaysia 🇲🇾 perlu mengambil langkah proaktif dalam menangani penyebaran berita palsu untuk memastikan kestabilan masyarakat dan pertumbuhan ekonomi 🆙📈. Pertama sekali, penguatkuasaan undang-undang 👨🏻‍✈️ berkaitan dengan penyebaran berita palsu perlu diperketat . Contohnya, hukuman berat boleh dikenakan kepada individu 🙎🏻‍♂️atau kump**an 👨‍👨‍👦‍👦yang sengaja menyebarkan maklumat palsu untuk menghalang niat jahat. 👿😈

2️⃣. Kedua, kerajaan 🏢 harus mewujudkan badan pemantau independen yang bertanggungjawab untuk mengesahkan kebenaran berita 📰🗞️. Badan ini boleh berkolaborasi dengan ahli media 📝, pakar industri, dan pihak berkepentingan 👮🏻‍♀️lain untuk menyediakan analisis 🧐yang telus dan tidak berat sebelah. ⚖️

3️⃣. Ketiga, kempen pendidikan digital 📱💻perlu diperkukuhkan dengan memasukkan modul pembelajaran mengenai pengesahan maklumat dalam kurikulum sekolah. Ini membolehkan generasi muda menjadi lebih celik digital dan kritis terhadap maklumat yang mereka terima. ℹ️📲📶📳

4️⃣. Keempat, kerjasama antara kerajaan, media, dan masyarakat sivil perlu ditingkatkan.📈🏢👮🏻‍♀️ Misalnya, melalui forum atau perbincangan berkala, pihak-pihak ini boleh berkolaborasi untuk menyebarkan maklumat yang sahih dan memberi peluang kepada masyarakat untuk bertanya dan mendapatkan penjelasan. ⚖️👨‍👨‍👦‍👦🇲🇾

5️⃣. Kelima, media sosial perlu memainkan peranan penting dengan mengambil inisiatif untuk menyekat atau menyingkirkan akaun yang secara berterusan menyebarkan berita palsu. 📵🤳🏻 Langkah-langkah teknikal seperti penggunaan algoritma dan kecerdasan buatan boleh membantu mengesan dan menangani isu ini secara lebih efisien. 🙅🏻‍♂️👎🏻↗️📈

Saya yakin, satu masa Malaysia 🇲🇾 boleh mencapai persekitaran maklumat ℹ️yang lebih telus dan mengurangkan impak negatif 👎🏻📉 penyebaran berita palsu terhadap kehidupan masyarakat 👨‍👨‍👦‍👦 dan ekonomi negara🇲🇾.

Kes dalam dan luar Malaysia 🇲🇾

Adakah anda tahu? Terdapat kes melibatkan wartawan yang telah menyebarkan berita palsu di Malaysia yang bersosiasi koronavirus 🦠🫨💊. Kejadian ini berlaku pada awal tahun 2️⃣0️⃣2️⃣0️⃣ iaitu pada ketika pandemic Covid 1️⃣9️⃣ menular di negara 🇲🇾 tercinta kita dengan amat pesat. ❤️

Individu tersebut adalah seorang wanita 👩 yang berumur 41 tahun juga seorang wartawan. 👩‍💻💼Wartawan tersebut didakwa bahawa pernyataan yang dilakukan beliau adalah untuk menyebabkan kegentaran dan ketakutan kepada orang awam.

Tuduhan ▶️ bawah Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan juga boleh dihukum di bawah Seksyen 505 kanun memberikan hukuman penjara selama 2 tahun mahupun denda atau kedua-duanya sekali jika tertuduh disabit bersalah.

❗❕❗Selain itu, tertuduh telah kelihatan bimbang atas sebab kekurang wang bagi membuat jaminan. Walaubagaimanapun, hasil daripada bantu yang disalurkan oleh Kesatuan Wartawan Kebangsaan Malaysia (NUJ) dan sekump**an wartawan, mereka berjaya membantu tertuduh membayar wang jaminan. 😦😧😮

👀🗣️🤔 Tidak hanya dalam negara, malah luar negara juga terdapat kes melibatkan wartawan yang melaporkan berita palsu. Lebih mengejutkan adalah ia melibatkan negara Malaysia kita. Tahukah anda mengenai apa? Mari saya kongsikan.

Tempat - China 🇨🇳, laporan akhbar 📰 “South China Morning Post” (SCMP) 🗞️ pada 30 Mac 2018 telah mengeluarkan artikel bertajuk 🤵🏻‍♂️"Why are foreign leaders snubbing Najib ahead of Malaysia’s election?”. Dipetik daripada akhbar 📰, ia mendakwa bahawa kepimpinan Malaysia di mata dunia antarabangsa yang sedang merudum 📉🔽⬇️ ketika pimpinan 🤵🏻‍♂️ Menteri Datuk Seri Najib Razak. South China Morning Post (SCMP) mendakwa bahawa orang kenamaan kurang hadir ke Malaysia di bawah kepimpinannya. Namun perkara ini disangkal apabila dinyatakan bahawa kerajaan yang menolak lawatan negara asing ke Malaysia.

Bagi memperkuatkan lagi sangkaan tersebut, mari kita senaraikan orang kenamaan (VIP) antaranya adalah 👑🫅 "Raja Saudi Arabia, Presiden Perancis, Putera Maharaja Jepun, Raja Bahrain, Perdana Menteri Laos, Setiausa Negara Amerika Syarikat, Kaunselor Republik Rakyat China Wang Yong, Emir Qatar, Putera Wales dan Duchess Cornwall, Presiden Indonesia, Perdana Menteri Maghribi, Presiden Comoros dan Gabenor Jeneral New Zealand”.👨‍⚖️👸🤴.

Ingin saya tambah bahawa South China Morning Post (SCMP) 🇨🇳 sedar namun tidak mengambil endah bahawa tugas seorang Perdana Menteri merangkumi pelbagai perkara, tidak hanya tertumpu kepada pertemuan dengan pemimpin asing. 😒😵‍💫🧐

Disediakan

1) Muhammad Zikri Raimy bin Mat Zaid (297624)
2) Kalai Siva A/L Salmugam (297582)

01/12/2023

Assalamualaikum pembuka bicara 🤗 dan semestinya salam malaysia Madani 😍🫶🏻 untuk yang sedang bertatap mata di posting ini.
Psst psst🫣, dah ready ke tu nak sambung ceritaa‼️
ehhh ehhh tapi sabar sabar apa kata kita mula dengan pantun dulu🤪 orang kata nak orang baca kena tarik perhatian dulu😝❗️��

Dengan pena🖊️ dan kamera mereka bergerak,
Menulis berita🗞️, tak pernah terlepas.
Mereka mencari kebenaran di sepanjang jalan,
Wartawan sejati, tanpa henti mereka lanjutkan. 📝📷

Okayyy saya rasaaa semua dah dapat hint tajuk apa kita nak cerita dalam posting kalini kannn🤔❗️okay lets goo guysss😍❗️
Harini saya dan iman akan cerita tentang ETIKA KEWARTAWANAN MALAYSIA. 🗣️📰
Korang tahu tak apa tu Etika Kewartawanan Malaysia🤔. Kalau tak tahu jom kami cerita 🤭 ilmu yang berguna macam ni perlu dikongsi bersama🤗
Kaum wartawan ini merupakan golongan profesional yang peranannya, dapat mempengaruhi pandangan atau sikap masyarakat, melalui laporan dan tulisan. Oleh yang demikian wartawan dianggap agen perubahan masyarakat.
Sebagai golongan yang berpengaruh wajarlah mereka mempunyai etika profesionnya untuk dijadikan peraturan dan panduan dalam menjalankan tugas harian dengan rasa disiplin dan penuh tanggungjawab.
Haaaa mesti ada antara korang yang selalu tertanya tanyakan🤔 tentang etika bila menjadi wartawan kan❓Jadi, ini lah antara etika yang perlu dipatuhi oleh wartawan-wartawan yang ada di malaysia.☺️

1. Tugas utama wartawan adalah melaporkan kebenaran dan menghormati hak orang ramai untuk mendapat maklumat yang benar;

📌Sebagai seorang wartawan, penting untuk memahami hak kebebasan yang dimiliki sebelum menjalankan tugas😉. Hak-hak ini mencakup akses yang sama dengan orang ramai untuk menghadiri perbicaraan, mesyuarat, dan persidangan. Kadang-kadang, wartawan dapat diberikan akses khusus, seperti menghadiri mahkamah juvana, meskipun mungkin tidak ada berita penting🤔. Ini dilakukan sebagai pengingat kepada pihak berkuasa tentang pentingnya hak wartawan.☺️

2. Dalam melaksanakan tugas ini dia menghayati kebebasan memungut dan menyiarkan berita secara jujur serta berhak membuat ulasan dan kritik yang saksama;

📌Kebebasan dalam mengumpulkan dan menyiar berita sering dikaitkan dengan kebebasan akhbar. Namun, konsep kebebasan akhbar berbeza-beza antara negara berdasarkan keadaan tempatan🤔. Di Malaysia, kebebasan akhbar adalah hak yang disertai dengan tanggungjawab terhadap negara dan masyarakat, sejalan dengan prinsip dan semangat Rukun Negara.
Kebebasan akhbar yang mutlak tanpa tanggungjawab dapat membahayakan stabilitas negara, terutama jika media 🎥menyalahgunakan kebebasannya. Kebebasan akhbar yang ekstrem dan berlebihan dapat meragukan pemikiran dan pandangan masyarakat.
Di Barat, media 🎥sering memperjuangkan kebebasan akhbar🗞️, tetapi mereka juga harus menjaga kepentingan pemilik media dan golongan yang diwakilinya. Dalam melaksanakan kebebasan akhbar, wartawan perlu memberikan ulasan dan kritikan yang konstruktif dan berhati-hati agar tidak terkesan tendensius.😉
Selama melaporkan berita, wartawan juga harus memahami dan mematuhi undang-undang seperti Akta Rahsia Rasmi, Akta Hasutan, Akta Fitnah, dan peraturan lain yang berkaitan dengan profesion kewartawanan🤔. Ini adalah aspek penting dalam menjalankan tanggungjawab mereka sebagai penghubung antara masyarakat dan berita📰

3. Wartawan hendaklah menggunakan cara yang wajar untuk mendapatkan berita, gambar/filem dan dokumen;

📌Wartawan boleh mendapatkan berita dengan pelbagai cara asalkan cara itu wajar dan untuk kepentingan orang ramai🧐. Menyamar ketika mencari berita adalah satu cara yang kadang-kadang digunakan, tetapi perlu dihormati batas kesopanan dan undang-undang. Wartawan seharusnya mengenalkan diri dan akhbar yang diwakilinya ketika bertugas. Menyamar diri biasanya dilakukan dalam laporan penyiasatan, tetapi sebaiknya dielakkan kecuali dalam keadaan tertentu. Wartawan mempunyai hak yang sama dengan orang ramai dalam mencari berita🗞️, dan kesalahan melanggar kawasan berlaku untuk semua termasuk wartawan😧. Namun, dalam keadaan tertentu, wartawan boleh diberi kebenaran untuk masuk ke kawasan tertentu. Di kawasan terbuka kepada orang ramai, wartawan bebas untuk menjalankan tugas tanpa perlu kebenaran khas. Objek yang menjadi fokusnya tidak boleh menghalang wartawan daripada menjalankan tugasnya, dan jika berlaku gangguan atau keganasan, wartawan boleh membuat aduan polis👮🏻‍♂️.

Haaaaa menarik kan topik niii‼️korang mesti terujakan nak tahu apa lagi etika yang perlu dipatuhi wartawan❓

4. Sebarang maklumat tersiar yang didapati tidak benar hendaklah diperbetulkan;

📌Wartawan dan media bertanggungjawab untuk membetulkan kesilapan dalam laporan dengan segera, terutama jika kesilapan itu serius😓. Kejujuran dan keikhlasan wartawan dan media dapat dilihat dari kesediaan mereka untuk mengakui kesilapan yang dilakukan tanpa sengaja (in good faith).😇

5. Wartawan hendaklah menghormati kerahsiaan sumber berita;

📌Wartawan sering menghadapi masalah ketika mendapatkan keterangan rahsia yang tidak boleh disiarkan secara terbuka🫤. Keterangan seperti ini biasanya diberikan hanya untuk latar belakang dan bukan untuk disiarkan. Wartawan seharusnya menghormati permintaan sumber berita dalam hal ini. Jika terpaksa disiarkan, identiti sumber keterangan harus dirahsiakan, dan istilah seperti "sumber-sumber yang boleh dipercayai" atau "sumber-sumber yang mengetahui" digunakan.
Beberapa wartawan mungkin bersedia untuk mengungkapkan identiti sumber berita "off the record" hanya kepada hakim di mahkamah, dengan pertimbangan undang-undang negara🤨. Namun, ini harus dipertimbangkan dengan berhati-hati, dan kepala pengarang memiliki hak untuk mengetahui sumber berita yang dirahsiakan untuk membuat keputusan yang tepat mengenai apakah berita tersebut dapat dirahsiakan atau tidak😅. Beberapa wartawan bahkan mungkin bersedia untuk dipenjara atau didenda daripada mengungkapkan identiti sumber berita mereka.😊

6. Wartawan hendaklah berbudi pekerti ketika menjalankan tugas dan mengelakkan diri daripada plagiarisme dan hasutan, tuduhan tidak berasas serta rasuah dalam apa bentuk sekalipun;

📌Ketika bertugas, wartawan harus menjaga kesopanan dan ketertiban kelakuan untuk mendapatkan layanan yang baik😊. Sikap saling menghormati sangat penting, termasuk dalam temu ramah dan sidang akhbar🗞️. Waktu janji harus dihormati, dan peraturan persidangan harus diikuti.
Plagiarisme tidak diterima dalam profesion wartawan. Mereka harus menulis berdasarkan pengalaman, pandangan, penelitian, dan kemampuan mereka sendiri, bukan menjiplak karya orang lain🫣.
Fitnah dan hasutan dalam berita atau rencana bisa berakhir dengan hukuman penjara dan/atau denda😨. Wartawan harus berhati-hati dalam menghindari fitnah, bahkan ketika melaporkan pernyataan orang lain yang mengandung unsur fitnah.
Tuduhan tanpa dasar tergantung pada tempat dan keadaan. Menuduh seseorang komunis, misalnya, menjadi kesalahan jika dilakukan di negara yang melarang ideologi komunis, tetapi tidak salah jika dilakukan di negara yang membenarkannya. Wartawan harus berhati-hati dalam menggunakan kata-kata sensitif di berbagai daerah.
Wartawan harus menyadari bahwa orang yang memiliki kedudukan atau status sosial tinggi lebih rentan terhadap fitnah🤨. Menerima imbuhan atau hadiah dengan harapan mendapatkan keuntungan pribadi dapat membahayakan kejujuran dan integritas wartawan😰.
Beberapa wartawan mungkin mengklaim bahwa mereka dapat menerima imbuhan tanpa memengaruhi objektivitas mereka, tetapi tindakan ini tetap memunculkan keraguan tentang integritas mereka. Hadiah yang dimaksudkan di sini adalah hadiah berharga, bukan cenderamata kecil☺️.

Okay, saya nak tanya❗️sampai sini korang faham kan❓❓Betapa besarnya tugas wartawan-wartawan yang ada di malaysia ni. Haaa sebagai rakyat malaysia kita perlu bangga tau bila kita ada wartawan yang hebat seperti ini ‼️

7. Wartawan hendaklah menghindari siaran berita rencana yang bersifat perkauman, melampau dan bertentangan dengan tatasusila masyarakat majmuk Malaysia;

📌Untuk memupuk perpaduan rakyat Malaysia, media🎥 perlu menyebarkan berita yang tidak mengandung unsur perkauman atau melanggar tatasusila masyarakat majmuk Malaysia. Rukun Negara menekankan nilai-nilai murni yang harus dipegang untuk menyatukan masyarakat.
Usaha mengurangi berita 🗞️perkauman, keganasan antar-kaum, atau agama harus ditingkatkan, terutama di negara-negara yang sedang berkembang. Seminar Wartawan Asia Tenggara di Filipina pada April 1970 menyetujui beberapa ketentuan terkait "Ketegangan Kaum dan Etnik," termasuk pentingnya memeriksa kebenaran berita yang melibatkan kaum atau agama dengan teliti sebelum disiarkan.
Berita yang tidak dapat dipastikan kebenarannya atau berisi spekulasi tentang keganasan harus dihindari, terutama jika itu dapat memicu tindakan kekerasan😧.
Dalam masyarakat majmuk yang rentan terhadap ketegangan sosial, ekonomi, atau agama, media harus mengambil inisiatif untuk melaporkan berita investigatif dan penjelasan yang mengutamakan aspek sosial🧐. Ini dapat membantu membangun pemahaman yang lebih baik dan mengurangi perasaan benci dan curiga yang dapat memicu konflik☺️.

8. Wartawan hendaklah memahami undang-undang dan peraturan negara yang berkaitan secara langsung dengan profesion mereka.

📌Beberapa akta yang relevan dengan profesion kewartawanan 🗣️🧐adalah:
1. Akta Hasutan 1948: Bertujuan menghukum mereka yang membangkitkan isu sensitif 😓dengan tujuan menghasut dan membahayakan keselamatan negara. Ini termasuk kata-kata hasutan di luar dan di dalam Parlimen atau Dewan Undangan Negeri.
2. Akta Rahsia Rasmi (pindaan) 1986: Bertujuan menjaga kerahsiaan negara dan menghukum pelanggarannya dengan hukuman penjara😰.
3. Akta Fitnah 1957: Bertujuan melindungi masyarakat dari fitnah dan kata-kata dusta yang dapat merusak reputasi seseorang. Tanggung jawab membuktikan fitnah terletak pada yang dituduh😧.
4. Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960: Bertujuan membendung kegiatan subversif yang dapat membahayakan keselamatan negara👮🏻‍♂️.
5. Kanun Keseksaan: Memiliki beberapa peruntukan jenayah yang mencabuli kebebasan berbicara, seperti yang berkaitan dengan perkataan cabul, ugutan, mengeji, kenyataan khianat, berita angin, iklan buku-buku lucah, dan kenyataan yang mengganggu agama😰.
6. Akta Hak Cipta 1987: Melindungi karya asli dari penyalinan tanpa izin.
7. Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984: Mengawal penerbitan, termasuk yang mencetak kandungan lucah atau yang bertentangan dengan akhlak atau mengandungi hasutan🧐.
8. Injungsi: Digunakan untuk membatasi kebebasan berbicara atau menerbitkan isu tertentu melalui perintah mahkamah🤨.

Ini sahaja penerangan dari kami, wahhh nampak muka pembaca semua macam menarik dengan topik ni. Seronok kannn❓❓kami harap tak dak yang terlena🥱 la baca posting kami ni😂 haaa apa kata lepas ni korang tengok lagi untuk next posting dari group kami🫣. Ada macam-macam lagi kami nak cerita ni😍😍 Kita mula dengan pantun akhir mesti pantun jugak kan hihi😬🤭

Tersenyum ceria☺️, hati gembira,
Terima kasih, jangan lupa kembali ya❗️
Dengan pantun comel, kita berpisah,
Selamat tinggal🤗, hingga jumpa nanti lagi❗️

DISEDIAKAN OLEH :
IMAN DAMIA BATRISYIA BINTI MOHAMMAD RUJIHAN (297530)
&
NUR SHAZRENA BINTI AB MAULLOD (297563)

Hai assalamualaikum dan salam sejahtera semua 😍👋🏻. Sihat tak tu ? Semoga baik-baik ye semua  ☺️🫶🏻 Harini saja la nak sha...
19/11/2023

Hai assalamualaikum dan salam sejahtera semua 😍👋🏻. Sihat tak tu ? Semoga baik-baik ye semua ☺️🫶🏻
Harini saja la nak share tentang satu isu yang penting kat hampa 👀 Nak tahu tak apa tu ? Isunya adalah isu etika professional kewartawanan. Ha mesti tak tahu kan 😂 Jangan pening eh🥲 jom ikut apa yang kita share ni kalau nk tahu

READYYYY ???? SILA BERI TUMPUAN 🤫 DAN PASANG MATA ELOK ELOK TAU 🤭

Apakah itu maksud kewartawanan ❓❓❓

Nak tahu pasal latar belakang kewartawanan sekali ❔❔❔

Okey jom 😇
Wartawan merupakan golongan profesional yang peranannya mampu untuk mempengaruhi pandangan atau sikap masyarakat melalui berita dan laporan. Oleh hal yang demikian, wartawan dianggap sebagai ejen perubahan masyarakat. Sebagai golongan yang berpengaruh, wartawan perlu mempunyai etika dalam profesionnya untuk dijadikan peraturan dan panduan dalam menjalankan tugas harian. Berdasarkan definisi etika berikut, dapat disimpulkan bahawa etika kewartawanan adalah berlandaskan tanggungjawab dalam pemberitaan. Antara tanggungjawab utama wartawan ialah melaporkan berita secara adil, jujur dan tepat serta menghormat kerahsiaan maklumat. Ini merupakan aspek yang paling penting dalam profesion kewartawanan.
Namun begitu,wartawan perlu mempunyai etika untuk menghindari berita yang bersifat perkauman, hasutan dan bertentangan dengan tatasusila masyarakat. Untuk memenuhi keperluan inilah beberapa langkah atau pendekatan yang digunakan dalam profesion kewartawanan untuk mewujudkan suatu etika yang sesuai.

Sebagai golongan yang berpengaruh wajarlah mereka mempunyai etika profesionnya untuk dijadikan peraturan dan panduan dalam menjalankan tugas harian dengan rasa disiplin dan penuh tanggungjawab.

Untuk memenuhi keperluan inilah Institut Akhbar Malaysia, yang dianggotai 35 pertubuhan media massa di Malaysia, mengambil inisiatif untuk mewujudkan suatu etika yang sesuai bagi kaum wartawan Malaysia.

Ketika menyusun kandungan etika tersebut Jawatankuasa Penggubal Etika Kewartawanan Malaysia, yang dianggotai oleh ketua-ketua pengarang media Malaysia, cetak dan elektronik, telah mengkaji beberapa jenis etika kewartawanan yang digunakan di Amerika Syarikat, Jepun, Republik Korea, Filipina dan di Indonesia.

Jawatankuasa tersebut telah juga menimbangkan syor dan pandangan dalam beberapa kertas kerja, antaranya, dari Jabatan Perpaduan Negara (“Usaha-Usaha ke Arah Mewujudkan Perpaduan Yang Lebih Kukuh di Kalangan Rakyat Berbilang Kaum- Peranan Media” – Dis 1987).

Pada 20hb. Mei, 1989 di Kuala Lumpur dalam perhimpunan wakil-wakil media cetak dan elektronik, Tokoh Wartawan Negara Haji (kemudian Tan Sri) Abdul Samad Ismail diberi kehormatan untuk mengisytiharkan Etika Kewartawanan Malaysia.

Wakil-wakil pertubuhan media massa yang hadir telah berucap dan menyokong pengumuman dan kandungan Etika Kewartawanan Malaysia. Antara yang hadir ialah wakil-wakil Persatuan Pengarang-Pengarang Akhbar (ONE), Kelab Kebangsaan Akhbar Malaysia (NCP), kump**an akhbar New Straits Times (NST), kump**an akhbar Berita.Orait lagi tak tu gais nak membaca hehe😆

Haa okay so jom teruskan dengan perkara seterusnya yang mana sebenarnya apa je tugas wartawan ni?korang tahu tak?kalau taktahu meh baca sini hehe.so okay first sekali memandangkan tajuk isu kita adalah etika kewartawanan kan jadinya tugas wartawan dalam menjalankan tugas mereka kenalah selari dengan panduan dalam etika kewartawanan.🧑🏻‍💼
Pertama sekali,tugas utama wartawan adalah melaporkan kebenaran dan menghormati hak orang ramai untuk dapatkan maklumat yang benar dan sahih,haa apa maksudnya tu?maksudnya kat sini adalah,sebelum wartawan menjalankan tugas mereka,mereka perlu tahu tentang hak-hak mereka dan hak-hak orang awam contohnya macam adakah sesuatu majilis tu dibenarkan atau tidak untuk wartawan hadirkan diri mereka.
Lepastuu,wartawan juga perlu menghayati kebebasan memungut dan menyiarkan berita secara jujur dan berhak membuat ulasan dan kritikan yang sama yang mana perkara ni membawa maksud wartawan tak boleh salahgunakan kebebasan memungut dan menyiarkan berita yang akan menyebabkan pemikiran masyarakat sekeliling berubah secara tidak menentu oleh kerana berita yang mereka siarkan dan juga wartawan kenalah buat ulasan yang membina dan saksama atas sesuatu berita tu kritikan itu tidak dianggap melulu dan bermuslihat.haa macamtu gaiss so faham tak sekarang ni sebab ada lagi korangg…belum habis niiii hahaha haa jom teruskan dengan tugas mereka yang seterusnya..🤗

Ok tugas wartawan yang seterusnya p**a dalam mematuhi etika kewartawanan ni adalah wartawan hendaklah memperbetulkan semula jika ada berita yang disiarkan tak betul dengan fakta sebenarnya.Maksudnya,mereka bertanggungjawab untuk memperbetulkan sesuatu berita setelah mengetahui kesalahannya ataupun diminta oleh pihak pihak tertentu.So kat sini keikhlasan seorang wartawan tu dapat dinilai sendiri sama ada dia bersedia atau tak untuk menerima dan mengakui sesebuah kesalahan tu.OKKK mesti dah penat kan baca tugas tugas wartawan so kita beralih p**a ke tajuk penting ke etika dalam dunia kewartawanan ni sebenarnya?haa apa pendapat korang pasal ni????🤔

Jadi sebenarnya penting atau tak etika kewartawanan ni?? mai sini nak tolong jawab takyah pusing pusing pikiaqq na☺️ sepertimana yang kita semua tau etika berkait rapat dengan profesioinalisme sesuatu pekerjaan kan so etika kewartawanan adalah penting dalam dunia pekerjaan kewartawanan untuk memastikan warga media melaksanakan tugas secara professional.Oleh itu,satu mekanisme diwujudkan bagi tujuan pengamalan warga media untuk kekal beretika dan professional dalam melaksanakan tugasan mereka.Jadinya tulah kepentingan etika kewartawanan dalam dunia wartawan tapi…apa p**a kepentingan etika kewartawanan ni terhadap masyarakat setempat dan sekeliling ?

Haa..kepentingan etika kewartawanan terhadap Masyarakat sekeliling iaitu kita sendiri adalah untuk mengelakkan berlakunya salah faham dan pemikiran dan pandangan dari sudut negatif terhadap sesuatu pihak.Perkara macam ni oleh berlaku apabila pihak media menyiarkan berita-berita palsu yang mana mereka tidak mengikut etika-etika yang telah ditetapkan yang akan menyebabkan berlakunya salah faham dalam kalngan masyarakat sendiri..so benda ni tak baguslahkan untuk masyarakat majmuk macam kita ni yang hidup Bersatu dalam satu negara yang aman dan harmoni..

Inilah serba sedikit yang dapat kami ceritakan kat hampa tentang etika kewartawanan dan selok-belok dunia kewartawanan….semua mata okay lagi ka tuuu?terima kasih sebab sudi baca penceritaan kami yang panjang lebar ni ya hehe😅

Kesimp**annya,etika kewartawanan ni adalah satu mekanisme atau medium yang digunakan untuk memastikan keharmonian dan keamanan terhadap semua pihak iaitu wartawan sendiri dan masyarakat sekeliling dan juga dapat membina sikap profesionalisme dalam diri wartawan sendiri yang akan menyumbang kepada pembangunan masyarakat dan keharmonian negara dan bangsa kita..Sekian itu saja dari kami,sat baca pantun sikit lagi naa 😬

Duduk manis di atas bangku,
Hati Ikhlas mencari ilmu,
Terima kasih saudaraku,
Semoga Tuhan membalasmu.🤗

Sekian dari kami,💌
Rita Nazeera Binti Mohd Naim (297353)
Dhanyasari a/p Karthigasu(297570)

Address

UNIVERSITI UTARA
Sintok
06010

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Penghayatan Etika dan Peradaban Team 1 posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Penghayatan Etika dan Peradaban Team 1:

Shortcuts

Share

Category