Mpu1013 Penghayatan Etika dan Peradaban - Kumpulan 9

Mpu1013 Penghayatan Etika dan Peradaban - Kumpulan 9 Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Mpu1013 Penghayatan Etika dan Peradaban - Kumpulan 9, Education Website, Universiti Utara, Sintok.

NAMA: SYAHIRAH BINTI ROSLINO MATRIK: 295365TAJUK: PENGENALAN SIFAT BERPERIKEMANUSIAAN DENGAN RAKAN SEBILIKPendahuluan me...
10/12/2023

NAMA: SYAHIRAH BINTI ROSLI
NO MATRIK: 295365
TAJUK: PENGENALAN SIFAT BERPERIKEMANUSIAAN DENGAN RAKAN SEBILIK

Pendahuluan mengenai sifat berperikemanusiaan bersama rakan sebilik adalah suatu pengenalan kepada nilai-nilai insan dan etika hubungan antara individu yang berkongsi ruang kehidupan. Dalam konteks kehidupan bersebilik, kita berpeluang untuk melibatkan diri dalam proses saling memahami, mendukung, dan menghormati satu sama lain. Sifat berperikemanusiaan membentuk asas kehidupan bersebilik yang positif, di mana kepekaan terhadap keperluan dan hak setiap individu menjadi tumpuan utama.

Dengan menghayati sifat berperikemanusiaan, kita mampu membina ikatan emosi yang lebih kukuh dan menyediakan sokongan apabila diperlukan. Keharmonian dalam hubungan sebilik menjadi kritikal untuk mencipta persekitaran yang kondusif untuk pertumbuhan dan perkembangan diri masing-masing.

Untuk berkongsi bilik, penting untuk memahami bahawa setiap individu membawa pengalaman dan harapan masing-masing. Oleh itu, sifat-sifat seperti kesabaran, pengertian, dan sikap saling memberi peluang menjadi relevan untuk memastikan hubungan sebilik berjalan secara harmoni. Dengan cara ini, kita dapat membentuk kehidupan sebilik yang bukan sahaja praktikal tetapi juga memenuhi aspek-aspek psikososial dan emosional dalam kehidupan berkomuniti.

NAMA: NUR IZZAH SHAFFIYAH BINTI MOHD AZLINO MATRIK: 295365TAJUK: OBJEKTIF SIFAT BERPERIKEMANUSIAAN DENGAN RAKAN SEBILIK1...
10/12/2023

NAMA: NUR IZZAH SHAFFIYAH BINTI MOHD AZLI
NO MATRIK: 295365
TAJUK: OBJEKTIF SIFAT BERPERIKEMANUSIAAN DENGAN RAKAN SEBILIK

1. Membina Hubungan Saling Menghormati

Menggalakkan sikap saling menghormati antara rakan sebilik, mengenali privasi masing-masing dan nilai-nilai individu yang ada dalam diri rakan sebilik.

2. Mengurangkan Konflik dengan Komunikasi Efektif

Meningkatkan kemahiran komunikasi untuk mencegah dan menyelesaikan sebarang konflik atau masalah yang dihadapi dengan cara yang matang dan hormat dan tidak mencetuskan sebarang pergaduhan yang akan menyebabkan hubungan antara rakan sebilik itu terputus.

3. Membina Kesedaran Tanggungjawab Individu

Menggalakkan rakan sebilik untuk menyedari dan melaksanakan tanggungjawab masing-masing dalam memastikan keselesaan dan keharmonian seperti menjaga kebersihan bilik, tidak mengganggu keamanan rakan sebilik dan bertanggungjawab atas segala perkara yang berlaku di dalam bilik yang dikongsi bersama.

4. Membina Persekitaran Sokongan

Mencipta atmosfera atau persekitaran di mana rakan sebilik saling menyokong dan menghormati perkara-perkara yang melibatkan emosi, mental, dan fizikal.

Melalui penekanan pada objektif-objektif ini, hubungan dengan rakan sebilik dapat berkembang dengan lebih positif dan saling mendukung bersama antara rakan sebilik.

NAMA: MUHAMMAD SYAFIQ IKHWAN BIN SUHAIMINO MATRIK: 295418TAJUK: FAKTOR POSITIF ADA SIFAT BERPERIKEMANUSIAAN DENGAN RAKAN...
10/12/2023

NAMA: MUHAMMAD SYAFIQ IKHWAN BIN SUHAIMI
NO MATRIK: 295418
TAJUK: FAKTOR POSITIF ADA SIFAT BERPERIKEMANUSIAAN DENGAN RAKAN SEBILIK

1. Menghormati Privasi Rakan Sebilik

Menghormati privasi rakan sebilik melibatkan tanggungjawab untuk menjaga ruang individu dan kesedaran yang mendalam terhadap batasan peribadi. Ini bukan sekadar amaran untuk tidak memasuki bilik tanpa izin, tetapi lebih kepada memastikan kestabilan dan kedamaian bilik sepanjang hari. Contohnya, berkomunikasi tentang penggunaan bilik yang digunakan dan dikongsi bersama boleh mengurangkan ketegangan serta konflik. Penggunaan ruang bersama seperti dapur atau bilik mandi juga perlu dilakukan dengan berhati-hati untuk memastikan setiap individu dihormati dan berasa selesa. Kebersihan digital juga penting, memastikan agar tidak terlibat dalam aktiviti yang mendedahkan maklumat peribadi secara tidak sengaja. Komitmen terhadap privasi ditunjukkan melalui penciptaan suasana yang harmoni dan hormat-menghormati dalam hubungan rakan sebilik.

2. Pengurusan Ruang Bilik yang Berkesan

Tingkah laku atau ‘common sense’ dalam pengurusan ruang bilik dapat mencerminkan pemahaman dan penyesuaian terhadap keperluan setiap penghuni dalam menggunakan ruang bilik bersama. Ini bukan hanya tentang patuh kepada jadual, tetapi melibatkan komunikasi terbuka dan adil di antara rakan sebilik. Dengan kesedaran terhadap waktu dan keperluan individu, ‘common sense’ membolehkan perbincangan mengenai jadual penggunaan ruang bilik yang membawa kepada keputusan bersama sebagai contoh membawa rakan-rakan ke dalam bilik.

Selain itu, ‘common sense’ juga melibatkan pembahagian ruang secara adil, termasuk memahami keperluan penyimpanan dan ruang peribadi setiap penghuni. Dengan adanya ‘common sense’ dalam diri setiap individu, rakan sebilik dapat membincangkan dan menetapkan cara terbaik untuk menguruskan ruang atau bilik yang dikongsi bersama, memastikan setiap individu merasa dihormati dan terbela. Kesimpulannya, pengurusan ruang bilik yang berkesan menggunakan ‘common sense’ dapat mencipta persekitaran bilik yang seimbang, adil, dan memenuhi keperluan semua penghuni.

NAMA: AHMAD IDHAM BIN OSMANNO MATRIK: 295471TAJUK: FAKTOR NEGATIF TIADA SIFAT BERPERIKEMANUSIAAN DENGAN RAKAN BILIK1. Te...
10/12/2023

NAMA: AHMAD IDHAM BIN OSMAN
NO MATRIK: 295471
TAJUK: FAKTOR NEGATIF TIADA SIFAT BERPERIKEMANUSIAAN DENGAN RAKAN BILIK

1. Tekanan Akademik

Tekanan akademik sering kali dianggap sebagai salah satu faktor utama yang mempengaruhi hubungan antara rakan sebilik, terutamanya dalam konteks pendidikan tinggi. Tanggungjawab akademik seperti tugasan, projek, dan persiapan untuk peperiksaan boleh menghasilkan tekanan yang signifikan. Kesan tekanan ini bukan sahaja terhad kepada prestasi akademik individu, tetapi juga boleh memberi impak kepada interaksi sosial mereka.Ketika berhadapan dengan tekanan akademik, pelajar mungkin mengalami perubahan emosi, menjadi lebih mudah marah atau sensitif, yang boleh menyebabkan konflik dengan rakan sebilik.

2. Perbezaan Keperibadian dan Gaya Hidup

Masalah dan konflik sering disebabkan oleh perbezaan gaya hidup dan kepribadian rakan sebilik. Orang dengan personaliti yang berbeza mempunyai cara hidup, kebiasaan, dan keperluan yang berbeza, yang jika tidak diurus dengan baik boleh menyebabkan konflik dan ketidakfahaman. Cara mengurus kebersihan adalah salah satu aspek yang sering menyebabkan konflik. Rakan sebilik yang satu mungkin sangat kemas dan teratur, menganggap kebersihan sebagai perkara yang paling penting, manakala rakan sebilik yang lain mungkin tidak terlalu memperhatikan kebersihan dan kemasan. Waktu tidur yang berbeza juga sering menyebabkan konflik, terutamanya jika satu pihak percaya mereka sentiasa berada dalam posisi yang harus membersihkan atau menguruskan keadaan. Perbezaan ini juga boleh menyebabkan ketidakpuasan hati. Misalnya, seorang rakan sebilik mungkin s**a tidur awal dan bangun lebih awal daripada yang lain, sementara yang lain mungkin lebih aktif pada waktu malam dan tidur lebih lewat daripada yang pertama. Perbezaan ini boleh menyebabkan gangguan, terutamanya apabila ia berkaitan dengan cahaya atau kebisingan pada waktu tertentu yang tidak sesuai untuk salah satu pihak.

NAMA: NURUL NABILA NATASHA BINTI SILAMNO MATRIK: 295347TAJUK: KESAN POSITIF JIKA ADA SIFAT BERPERIKEMANUSIAAN DENGAN RAK...
10/12/2023

NAMA: NURUL NABILA NATASHA BINTI SILAM
NO MATRIK: 295347
TAJUK: KESAN POSITIF JIKA ADA SIFAT BERPERIKEMANUSIAAN DENGAN RAKAN SEBILIK

1. Wujud Hubungan yang Baik Antara Rakan Sebilik

Hubungan yang baik bermaksud seseorang selesa hidup bersama dan berkongsi ruang yang sama. Dengan mempunyai ‘common sense’ dalam diri ia akan meningkatkan kualiti hidup bersama rakan sebilik. Hubungan juga akan menjadi lebih selesa dan bebas dari banyak masalah yang mungkin timbul akibat daripada masalah kurang ‘common sense’. Ini kerana tindakan yang cenderung untuk mempertimbangkan keperluan dan keselesaan rakan sebilik, menjadikan seseorang lebih mudah berkomunikasi dan bekerjasama. Dengan itu, seseorang dapat mencipta persekitaran yang lebih positif dan harmoni bersama. Selain itu, dapat juga memupuk sikap tolong menolong antara satu sama lain. Contohnya, membersihkan bilik dan memasak bersama- sama. Ini akan menjadikan kenangan yang indah dan menyenangkan antara rakan sebilik. Hal ini, akan membantu mengurangkan pertikaian dan konflik. Oleh itu, penting untuk memahami nilai ‘common sense’ dan praktik yang bijak dalam menjaga hubungan yang sihat dengan rakan sebilik.

2. Dapat Menggalakkan Sikap Saling Hormat-Menghormati

Sikap hormat menghormati seharusnya dipupuk antara rakan sebilik kerana ianya merupakan satu etika dan adab sesama manusia. Apabila kita saling hormat menghormati, kita akan terhindar daripada sebarang konflik sesama rakan sebilik seperti contoh, boleh berlakunya perselisihan faham atau berlakunya pergaduhan antara satu sama lain. Dengan mengamalkan sikap hormat menghormati, kita dapat menyesuaikan diri dan selesa untuk berkongsi ruang bersama rakan sebilik tanpa berlaku sebarang permasalahan. Sikap hormat menghormati ini adalah juga dengan mengambil kira keadaan rakan sebilik kita, contoh apabila rakan sebilik sudah tidur, kita hendaklah tidak berbuat bising dan tidak mengganggu rakan sebilik yang sudah tidur. Selain itu kita juga mestilah menghormati barang rakan sebilik dengan tidak ses**a hati meminjam barang dan menggunakannya sebelum meminta izin. Oleh yang demikian, bersikap hormat menghormati sesama rakan sebilik dapat menggalakkan kita menjadi manusia yang lebih bertimbang rasa dan dapat mengekalkan hubungan yang baik sesama rakan sebilik.

NAMA: ADRIANA AFRINA BINTI MOHD RIZALNO MATRIK: 295379TAJUK: KESAN NEGATIF JIKA TIADA SIFAT BERPERIKEMANUSIAAN DENGAN RA...
10/12/2023

NAMA: ADRIANA AFRINA BINTI MOHD RIZAL
NO MATRIK: 295379
TAJUK: KESAN NEGATIF JIKA TIADA SIFAT BERPERIKEMANUSIAAN DENGAN RAKAN SEBILIK

1. Hubungan Bersama Rakan Sebilik Akan Terjejas

Berlakunya pergaduhan antara rakan sebilik akibat daripada ketidaksefahaman dan perasaan tidak puas hati sesama sendiri. Hal ini boleh menyebabkan tercetusnya konflik. Misalnya, jika seseorang tidak mempunyai ‘common sense’ terhadap rakan sebilik seperti meninggalkan barang-barang bersepah di dalam bilik, tidak menjaga kebersihan meninggalkan pakaian kotor di mana-mana, tidak membuang sampah dengan betul, bising berlebihan, berbicara kuat, berperilaku kurang sopan dan lain lain boleh mengganggu rakan sebilik serta akan menyebabkan pergaduhan. Hal ini demikian akan membuat rakan sebilik kurang selesa untuk berkongsi bilik bersama. Selain itu, rakan sebilik mungkin akan kehilangan kepercayaan kepada seseorang yang tidak mempunyai ‘common sense’ dalam hubungan. Akibat daripada ketidakupayaan untuk menggunakan ‘common sense’ dalam hubungan rakan sebilik boleh menyebabkan berbagai masalah dan ketidakselesaan bersama. Ini boleh menjadikan hubungan antara rakan sebilik tidak baik kerana menganggap sesorang tidak bertanggungjawab dan tiada rasa hormat antara satu sama lain. Oleh itu, penting untuk menjadikan ‘common sense’ sebagai panduan dalam membuat keputusan dan tindakan harian untuk menjaga hubungan yang sihat dan harmoni bersama rakan sebilik.

2. Menjejaskan Kesejahteraan Emosi

Kesejahteraan emosi seseorang boleh terjejas apabila rakan sebilik tidak mempunyai ‘common sense’ dan ianya akan membuat keadaan sesama rakan sebilik juga tidak begitu menyenangkan. Apabila keadaan ini berlaku, ia akan memberi impak yang negatif kepada diri dan mengganggu kesejahteraan emosi. Selain itu juga, apabila mengakibatkan ketidakselesaan sesama rakan sebilik ianya dapat mengganggu tidur,penumpuan dalam pembelajaran dan kesejahteraan kita secara keseluruhan. Apabila rakan sebilik tidak mempunyai ‘common sense’, secara langsung ia akan mengganggu fokus dan juga dapat mengganggu prestasi akademik kita. Jika masalah seperti ini berlaku secara berterusan, ia boleh menyebabkan kehilangan hubungan dengan rakan sebilik dan boleh membawa kepada konflik dan pertengkaran. Oleh itu, untuk mengelakkan kesan-kesan negatif seperti ini terjadi, penting untuk seseorang itu mempunyai ‘common sense’ dan berusaha untuk menjaga rasa hormat sesama rakan dan sensitiviti antara rakan sebilik.

NAMA: QURRATU AINIE BINTI MD SHAHIDNO. MATRIK: 295459TAJUK: CONTOH SITUASI SIFAT YANG TIDAK BERPERIKEMANUSIAAN DENGAN RA...
10/12/2023

NAMA: QURRATU AINIE BINTI MD SHAHID
NO. MATRIK: 295459
TAJUK: CONTOH SITUASI SIFAT YANG TIDAK BERPERIKEMANUSIAAN DENGAN RAKAN SEBILIK

1. Menceroboh Privasi Rakan Sebilik

Sikap seseorang yang tidak menghormati privasi rakan sebiliknya seperti melihat atau membaca mesej peribadi rakan sebilik dengan sengaja. Selain itu, tindakan seseorang itu dengan tidak hormat melalui barang peribadi orang lain, seperti menyentuh barang hak milik rakan sebilik atau membuka almari tanpa sebarang kebenaran. Tindakan ini mencerminkan kurangnya kesedaran tentang sempadan privasi yang penting dalam kehidupan bersama.

2. Tahap Kebersihan

Sikap seseorang itu yang enggan atau malas untuk membersihkan diri tanpa disedarinya ia menimbulkan bau yang tidak enak kepada rakan sebilik. Selain itu, sikap individu yang membiarkan sahaja kawasannya dalam atau luar bilik berada dalam keadaan yang kotor bukan sahaja mewujudkan suasana yang tidak selesa, tetapi juga mencerminkan kekurangan sifat tanggungjawab dan keprihatinan dalam diri terhadap kesejahteraan kolektif kediaman bersama.

3. Mengganggu Ketenteraman Rakan Sebilik

Seseorang itu bertindak menghasilkan bunyi yang tidak perlu untuk didengari oleh rakan sebilik seperti mendengar lagu atau melihat video, bernyanyi dan membaca dengan kuat tanpa menghiraukan rakan sebilik. Selain itu, seseorang yang membuat keputusan besar tanpa berunding dengan rakan sebilik seperti bertindak membawa rakan-rakannya ke dalam bilik boleh mewujudkan suasana yang tidak menyenangkan dan rasa tidak selesa terhadap rakan sebilik. Ianya seperti menunjukkan tiada persefahaman dan rasa hormat terhadap keperluan orang lain.

4. Kurang Berkomunikasi Antara Satu Sama Lain

Rakan sebilik tidak memberitahu maklumat penting seperti perubahan jadual penyelenggaraan dorm, bilik air atau sebagainya. Contohnya tidak memaklumkan kepada rakan sebilik berkenaan kehadiran kontraktor untuk masuk ke bilik untuk menyelenggara atau maklumat lain yang diperoleh jika mereka mengetahuinya. Kesalahfahaman atau rasa kurang selesa antara satu sama lain boleh dielakkan melalui komunikasi yang jelas dan terbuka. Kurang berkomunikasi dengan rakan sebilik menunjukkan kurangnya komitmen untuk mengekalkan keharmonian dalam kehidupan bersama.

5. Bersikap Tidak Jujur

Seseorang yang tidak bercakap benar atau bersikap tidak jujur tentang perkara yang melibatkan rakan sebilik boleh merosakkan kepercayaan dan mengganggu perhubungan. Sebagai contoh, bercakap bohong dengan rakan sebilik atau mencuri barangan mereka. Sikap jujur dan telus amatlah penting dan perlu diterapkan untuk mengekalkan hubungan yang sihat berdasarkan kepercayaan bersama.

NAMA: NUR SYAMIMI AMILA BINTI ZAIDINO MATRIK: 295361TAJUK: LANGKAH MENGATASI DARIPADA BERLAKUNYA KONFLIK DENGAN RAKAN SE...
10/12/2023

NAMA: NUR SYAMIMI AMILA BINTI ZAIDI
NO MATRIK: 295361
TAJUK: LANGKAH MENGATASI DARIPADA BERLAKUNYA KONFLIK DENGAN RAKAN SEBILIK

1. Ringankan Tulang Untuk Duduk Sebilik

Kebiasaannya di kolej, kerja kita pasti menimbun. Maka untuk menjaga hubungan dengan rakan sebilik kita boleh dimulakan dari situ. Sebagai contoh, bila lihat rakan sebilik tengah sibuk banyak kerja dan perlukan bantuan, jadilah ringankanlah tulang untuk membantunya walaupun dia tidak minta bantuan anda seperti mengemas bilik. Orang sebegini selalunya mungkin akan menolak tapi kita perlu bersabar dan bersikap tenang.

2. Jaga Rahsia Sesama Rakan Sebilik Dengan Baik

Bila kita duduk sebilik, kita memang tidak akan lari daripada membuat kesilapan. Walaupun kita sangat rapat tetatpi kita perlulah menjaga rahsia masing-masing dan sentiasa berbuat baik dengan semua orang. Sentiasa elakkan diri daripada bergaduh atau mencetuskan konflik antara rakan sebilik.

3. Menegur Atau Menasihati Sesama Sendiri

Seperti yang kita tahu, manusia sering melakukan kesilapan sama ada dalam keadaan sedar ataupun tidak. Sekiranya rakan sebilik kita melakukan perkara yang menyakitkan hati atau membuatkan kita tertekan pada setiap masa, kita perlulah menegur atau menasihati mereka dengan cara yang baik. Seperti contoh, ketika kita sedang solat atau ulang kaji, rakan sebilik kita membuat bunyi bising yang menyebabkan kita terasa terganggu dan tidak fokus akibat daripada perbuatannya. Oleh itu, kita perlu menegur mereka supaya tidak melakukan perbuatan itu pada masa yang akan datang dan perlu belajar menghormati masa dan perasaan rakan sebilik mahupun yang duduk bersama tidak kira waktu.

4. Melaporkan Kepada Pihak Atasan

Sesetengah orang mempunyai masalah dengan rakan sebilik mereka. Ia membuatkan ada yang tidak selesa untuk tinggal di dalam bilik tersebut kerana mereka rasa tertekan untuk menghadapi masalah yang sama setiap hari. Apa yang boleh anda lakukan adalah dengan melaporkan kepada pihak atasan bahawa anda mahu bertukar kepada bilik yang lain dengan menyatakan sebab-sebab yang munasabah dan logik supaya pihak atasan membenarkan anda untuk tinggal di bilik yang lain. Pihak atasan juga boleh memberi surat amaran kepada rakan sebilik kita sekiranya ada berlaku keganasan di dalam bilik yang dikongsi bersama.

NAMA: NUR FIRZANAH MURSYIDAH BINTI MAHADI NO. MATRIK: 295446TAJUK: AKTIVITI YANG BOLEH DILAKUKAN UNTUK MENGERATKAN HUBUN...
10/12/2023

NAMA: NUR FIRZANAH MURSYIDAH BINTI MAHADI
NO. MATRIK: 295446
TAJUK: AKTIVITI YANG BOLEH DILAKUKAN UNTUK MENGERATKAN HUBUNGAN SESAMA RAKAN SEBILIK

1. Komunikasi Terbuka

Komunikasi terbuka menerapkan perbuatan pertukaran idea, buah fikiran, dan perasaan tanpa rasa malu atau ragu. Melalui aktiviti ini, rakan sebilik boleh bercakap dengan jujur tentang apa yang mereka harapkan daripada aktiviti bersama, serta mampu berbincang tentang sebarang isu atau kebimbangan yang mungkin timbul. Komunikasi terbuka terbukti dapat mewujudkan persefahaman yang lebih baik antara satu sama lain.

2. Permainan Papan atau Video

Aktiviti melibatkan permainan papan atau video yang dimainkan bersama-sama bukan sahaja mampu untuk menghilangkan bosan dan stress ketika membuat kertas kerja akan tetapi dengan mengajak rakan sebilik untuk bermain bersama, ia dapat melibatkan kerjasama yang mencetuskan perbualan bersama. Contohnya seperti Monopoli, Scrabble, atau permainan video berkumpulan. Aktiviti ini dapat menghidupkan suasana sedikit ssebanyak yang membawa kepada keseronokan ketika bermain dan memberi peluang untuk bekerjasama dalam menyelesaikan masalah dalam permainan tersebut, dan ia juga dapat meningkatkan interaksi sosial dan mengeratkan lagi hubungan sesama rakan sebilik dari hari ke hari.

3. Aktiviti Sukan atau Rekreasi

Aktiviti s**an atau rekreasi melibatkan penyertaan dalam aktiviti fizikal atau mental bersama rakan sebilik. Contohnya, mengajak rakan sebilik untuk beriadah bersama, mendaki, atau bermain s**an seperti bola sepak, badminton dan sebagainya pada waktu petang atau waktu lapang. Aktiviti-aktiviti ini bukan sahaja dapat menyihatkan tubuh badan malah mampu membantu mengenal lebih mendalam lagi tentang rakan sebilik kita.

4. Makan Malam Bersama

Makan malam bersama rakan sebilik merupakan aktiviti sosial. Hal ini kerana ia melibatkan persediaan bahan-bahan untuk memasak atau memilih tempat untuk makan, berkongsi duit, dan menikmati makanan bersama yang memerlukan interaksi. Ia dapat memberi peluang untuk berinteraksi secara santai di luar suasana harian. Makan malam bersama boleh melibatkan masakan bersama atau melawat restoran tempatan untuk mencipta pengalaman bersama yang menyenangkan.

NAMA: PHANG AI LINGNO MATRIK: 295278TAJUK: PENUTUP SIFAT BERPERIKEMANUSIAAN BERSAMA RAKAN SEBILIKKesimpulannya, sifat be...
10/12/2023

NAMA: PHANG AI LING
NO MATRIK: 295278
TAJUK: PENUTUP SIFAT BERPERIKEMANUSIAAN BERSAMA RAKAN SEBILIK

Kesimpulannya, sifat berperikemanusiaan dalam kehidupan bersama rakan sebilik memainkan peranan yang penting dalam membentuk hubungan yang positif dan harmoni. Kepentingan untuk memahami, menghormati, dan saling memberi peluang bagi membantu mencipta persekitaran yang kondusif untuk pertumbuhan diri dan perkembangan hubungan sebilik. Faktor seperti menghormati privasi rakan sebilik, pengurusan ruang bilik yang berkesan, tekanan akademik serta perbezaan keperibadian dan gaya hidup dapat memberi pelbagai impak sama ada dari segi positif atau negatif terhadap hubungan tersebut.

Kesan positif termasuk hubungan yang baik, saling hormat menghormati, dan kemampuan untuk menggalakkan sikap tolong menolong. Namun, ketidaksefahaman dan kurangnya “common sense” boleh menyebabkan konflik, merosakkan hubungan, dan memberi kesan negatif terhadap kesejahteraan emosi.

Langkah-langkah untuk mengatasi masalah termasuk ringankan tulang untuk membantu rakan sebilik, menjaga rahsia, menegur dengan baik, dan melibatkan pihak atasan jika diperlukan. Dengan mempraktikkan nilai-nilai ini, kita dapat menjaga keharmonian dalam kehidupan bersama rakan sebilik dan mencipta suasana yang positif dan sihat.

Address

Universiti Utara
Sintok
06010

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Mpu1013 Penghayatan Etika dan Peradaban - Kumpulan 9 posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share