penghayatan etika dan peradaban kumpulan 5

penghayatan etika dan peradaban kumpulan 5 Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from penghayatan etika dan peradaban kumpulan 5, Education Website, Universiti Utara Malaysia (UUM),, Bkt Kayu Hitam, Sintok.

Kita akan mengkongsikan informasi pasal sisa2 pepejal di sini utk pengetahuan dan kesedaran ramai tentang bahayanya sisa2 pepejal kepada bumi, manusia dan alam sekitar.

POSTING KE-6: Nama: Saw Ming ShengNombor Matrik: 296289Tajuk: Langkah-langkah asingkan sisa pepejalRakyat Malaysia tidak...
16/12/2023

POSTING KE-6:
Nama: Saw Ming Sheng
Nombor Matrik: 296289
Tajuk: Langkah-langkah asingkan sisa pepejal

Rakyat Malaysia tidak menyedari bahawa langkah mengasingkan sisa pepejal ialah sangat penting kerana ia dapat mengurangkan jumlah sisa pepejal dihantar ke tapak pelupusan dan ia juga dapat kitar semula bahan yang dibuang. Dengan ini, ia dapat memastikan alam sekitar tidak tercemar dan mengurangkan masalah pembuangan sisa pepejal sesuka hati. Contoh2 tempat banyak penghasilan sisa pepejal adalah seperti kawasan perumahan, tempat perindustrian, kawasan perniagaan dan lain2. Oleh itu, kita akan memberikan langkah2 mengasingkan sisa pepejal yg betul yg dapat dibuat di kawasan perumahan. Harap2 dengan ini dapat memberikan kesedaran kpd manusia utk mengurangkan sisa2 pepejal di Malaysia dan pd masa yg sama mengurangkan pencemaran2 dunia untuk keselesaan dan kesejahteraan hidup manusia sejagat. Go green!!!!

POSTING KE-5Nama: GOH WEN ZHENombor Matrik: 296850Tajuk: Kepentingan Pengasingan Sisa PepejalHai semua! Anda dah mempela...
16/12/2023

POSTING KE-5

Nama: GOH WEN ZHE
Nombor Matrik: 296850
Tajuk: Kepentingan Pengasingan Sisa Pepejal

Hai semua! Anda dah mempelajarikan cara2 untuk mengurangkan sisa pepejal?

Skrang, saya ingin berkongsi tentang kepentingan pengasingan sisa pepejal dalam kehidupan kita sehari-hari. Pengurusan sisa pepejal adalah aspek penting dalam usaha kita untuk menjaga alam sekitar dan kesihatan masyarakat. Berikut adalah beberapa kepentingan yang perlu kita pertimbangkan:

1. Perlindungan Terhadap Penyakit
Pengasingan sisa pepejal membantu mencegah penyebaran penyakit dengan memisahkan limbah organik dan anorganik, kita dapat mengurangkan risiko pembentukan tempat pembiakan bagi bakteria dan virus yang berbahaya.

2. Konservasi Sumber
Pengelolaan limbah yang baik memberikan peluang untuk mengitar semula bahan-bahan yang boleh digunakan semula. Dengan cara ini, kita dapat mengurangkan kebergantungan pada sumber alam baru dan menyokong usaha konservasi.

3. Pengurangan Pencemaran Lingkungan
Apabila sisa pepejal diurus dengan betul, kita dapat mengurangkan pencemaran tanah, air, dan udara. Pembuangan tidak terkawal dapat merosakkan ekosistem alam sekitar.

4. Pemulihan Bahan Bernilai
Proses kitar semula membuka peluang untuk memulihkan bahan-bahan bernilai dari sisa pepejal, seperti kertas, plastik, logam, dan kaca. Ini membantu mengurangkan pembaziran dan memanfaatkan semula sumber.

5. Pengurangan Pelepasan Kesan Rumah Hijau
Pemusnahan terbuka atau pembakaran sisa pepejal boleh menyumbang kepada pelepasan kesan rumah hijau. Dengan menggunakan kaedah pengurusan yang betul, kita dapat mengurangkan kesan negatif terhadap perubahan iklim.

6. Kepatuhan Terhadap Peraturan Lingkungan
Pengasingan sisa pepejal adalah kewajiban yang mematuhi undang-undang dan peraturan lingkungan. Ini penting untuk memastikan kita hidup dalam persekitaran yang bersih dan sihat.

Marilah kita bersama-sama mengamalkan pengurusan sisa pepejal yang bertanggungjawab demi kelestarian alam sekitar dan kesejahteraan bersama. Setiap tindakan kecil yang kita ambil dapat memberi impak besar dalam menjaga bumi kita.

Terima kasih atas perhatian anda.

POSTING KE-4Nama: Nanthakvatchai VoravuthNombor Matrik: 296672Tajuk: Langkah2 mengurangkan sisa pepejalAnda nampakkan mc...
16/12/2023

POSTING KE-4
Nama: Nanthakvatchai Voravuth
Nombor Matrik: 296672
Tajuk: Langkah2 mengurangkan sisa pepejal

Anda nampakkan mcm mn berlakunya pembuangan sisa pepejal ini & betapa teruknya pembuangan sisa pepejal ini jika tidak terurus kpd manusia & alam sekitar? Oleh itu, mari kita belajar langkah2 utk mengurangkan sisa pepejal. Antara caranya adalah:

1. Menyediakan lebih bnyk tong kitar semula supaya dpt mengurangkan kos pelupusan sampah. Cthnya, pembuangan kertas & botol minuman berselerak di jln akan menyebabkan pekerja utk lupuskannya padahal blh shj kita kitar semula barang2 ini.

2. Mengurangkan penggunaan plastik
-Tahukan anda plastik memakan masa dlm 10-1000 tahun utk reput?
- Oleh itu, kita perlulah katakan "Tidak" kpd plastik & mencari alternatif lain seperti menggunakan beg alam mesra semasa membeli-belah.

3. Menggunakan teknologi moden dlm pelupusan sisa pepejal
- Penggunaan teknologi insinerator & gasifikasi serta pelaburan abu
- Ini kerana ia bukan shj cara yg efektif utk melupuskan sisa2 tetapi ia juga dpt mengurangkan masalah pencemaran alam sekitar seperti bau busuk & pembiakan makhluk pembawa penyakit.

4. Membuat penyelidikan utk menghasilkan barangan yg mesra alam.
- Barangan mesra alam ini bukan shj dpt mengurangkan pencemaran alam sekitar malahan dpt mengurangkan sisa pepejal juga.
- Oleh itu, kita perlulah membuat lebih bnyk penyelidikan supaya dpt mengeluarkan produk seperti bekas plastik yg mudah reput & pinggan mangkuk yg diperbuat drp sekam padi.

POSTING KE-3Nama: GOH WEN ZHENombor Matrik: 296850Tajuk: Kesan Sisa Pepejal kepada Masyarakat dan Alam SekitarHai semua!...
16/12/2023

POSTING KE-3

Nama: GOH WEN ZHE
Nombor Matrik: 296850
Tajuk: Kesan Sisa Pepejal kepada Masyarakat dan Alam Sekitar

Hai semua! Anda telah nampakkan apa punca yg menyebabkan sisa pepejal ini?

Hari ini, saya ingin membincangkan tentang kesan sisa pepejal terhadap masyarakat dan alam sekitar. Kita sering kali menghasilkan pelbagai jenis sisa pepejal dalam kehidupan harian kita dan kesan daripada pengurusan sisa ini dapat memberi impak besar. Mari kita lihat beberapa kesan tersebut:

1. Pencemaran Lingkungan:

Sisa pepejal yang tidak diurus dengan baik boleh mencemari tanah, air, dan udara. Pembuangan terbuka atau tidak terkawal dapat mengakibatkan pencemaran yang merosakkan ekosistem alam sekitar.

2. Risiko Kesihatan Masyarakat:

Pembuangan sisa pepejal yang tidak betul boleh menyebabkan risiko kesihatan kepada masyarakat. Toksik dan bahan kimia berbahaya dalam sisa pepejal dapat menyebabkan penyakit dan masalah kesihatan kronik.

3. Kesan Terhadap Flora dan Fauna:

Pembuangan tidak terkawal boleh merosakkan habitat alam sekitar dan membahayakan spesies flora dan fauna. Sisa pepejal yang berbahaya boleh mencemari persekitaran hidup haiwan dan tumbuhan.

4. Risiko Banjir Tinggi:

Pembaziran sisa pepejal di kawasan air boleh menyumbang kepada masalah banjir. Sisa pepejal yang menyumbat saluran air dan sistem pembentungan dapat menghalang aliran air. Justeru, akan meningkatkan risiko banjir.

5. Kesan terhadap Ekonomi:

Mengurus sisa pepejal dengan cara yang tidak berkesan boleh memberi kesan kepada sektor ekonomi. Kos pembersihan dan pemulihan kawasan yang tercemar boleh menjadi beban kepada masyarakat dan pihak berkuasa.

6. Pengurangan Bahan Bernilai:

Sisa pepejal sering mengandungi bahan-bahan bernilai yang boleh dipulihkan. Jika tidak diurus dengan betul, kita mungkin kehilangan peluang untuk mengitar semula dan menggunakan semula sumber.

Oleh itu, adalah penting bagi kita sebagai masyarakat untuk mengamalkan pengurusan sisa pepejal yang bertanggungjawab dan berkesan. Tindakan setiap individu memainkan peranan dalam melestarikan alam sekitar dan mengekalkan kesejahteraan masyarakat. Mari kita bersama-sama berusaha untuk hidup dalam lingkungan yang bersih dan sihat.

Terima kasih atas perhatian anda.

POSTING KE-2Nama: Saw Ming ShengNombor Matrik: 296289Tajuk: Punca2 Pembuangan Sisa Pepejaltidak terurus di MalaysiaDi Ma...
16/12/2023

POSTING KE-2
Nama: Saw Ming Sheng
Nombor Matrik: 296289
Tajuk: Punca2 Pembuangan Sisa Pepejal
tidak terurus di Malaysia

Di Malaysia, masyarakat masih membuang sampah sukahati telah mencemar alam sekitar serta menyebabkan pelbagai pencemaran seperti pencemaran air, pencemaran udara dan sebagainya. Di bawah merupakan beberapa punca pembuangan sisa pepejal.

POSTING 1Nama: Nanthakvatchai VoravuthNombor Matrik: 296672Tajuk: Jenis2 sisa pepejalPd zaman globalisasi ini, penggunaa...
16/12/2023

POSTING 1
Nama: Nanthakvatchai Voravuth
Nombor Matrik: 296672
Tajuk: Jenis2 sisa pepejal

Pd zaman globalisasi ini, penggunaan teknologi kian maju begitu jugalah sisa pepejal yg kian bertambah akibat drp aktiviti harian manusia. Jom kita kenali jenis2 sisa pepejal yg terhasil:

Sisa pepejal umum mempunyai 4 iaitu:
1. Sisa kumbahan
2. Sisa terjadual
3. Sisa radioaktif
4. Sisa pepejal terkawal

Sisa pepejal terkawal boleh dibahagi kepada beberapa jenis antaranya:
1. Sisa pepejal isi rumah:
dihasilkan oleh sesuatu isi rumah atau penghuni kediaman.
Cth: Sisa mknan, kertas, plastik, kaca dll

2. Sisa pepejal pembinaan:
dihasilkan drp aktiviti pembinaan atau perobohan.
Cth: Batu-bata, simen, kayu, besi dll

3. Sisa pepejal perindustrian:
dihasilkan drp aktiviti perindustrian.
Cth: Sisa yg terhasil dari proses pengilangan

*selebihnya blh merujuk kpd gmbr rajah di bawah ini.

Sisa pepejal isi rumah p**a terbahagi kpd 4 iaitu:
1. Sisa baki:
Sisa pepejal yg tidak blh diguna semula atau kitar semula.
Cth: sisa mknan, dapur, lampin pakai buang dan bahan kotor.

2. Sisa kitar semula:
Sisa pepejal yg diasingkan utk kitar semula.
Cth: kertas, kaca, plastik dll.

3. Sisa taman:
Sisa pepejal yg terhasil melalui aktiviti penanaman.
Cth: daun, ranting, bunga, rumput dll.

4. Sisa pukal:
Sisa pepejal yg terlalu besar yg tidak muat dlm suatu bekas.
Cth: perabot, dahan & batang pokok dll.

Di bawah menunjukkan keadaan terkini di Malaysia akibat drp pembuangan sisa pepejal yg berleluasa. Anda dapat melihat ya...
16/12/2023

Di bawah menunjukkan keadaan terkini di Malaysia akibat drp pembuangan sisa pepejal yg berleluasa. Anda dapat melihat yang kiri itu jernih dan cantik sahaja. Ini adalah keadaan sebelum terjadinya pembuangan sisa pepejal yg tidak terurus yang dapat dilihat secara VR shj. Hal ini kerana Malaysia skrang berada pd keadaan yg dpt dilihat pd kanan anda iaitu banyak sampah sarap, air x jernih, banyak kehidupan laut terkorban sehingga sumber makanan manusia berkurang dan sebagainya. Mari kita lihat lebih lanjut pasal pembuangan sisa pepejal pada posting seterusnya.

Address

Universiti Utara Malaysia (UUM),, Bkt Kayu Hitam
Sintok
06010

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when penghayatan etika dan peradaban kumpulan 5 posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share