International Accreditation Division UUM

International Accreditation Division UUM INTERNATIONAL ACCREDITATION DIVISION (IAD)

MESYUARAT JAWATANKUASA PEMATUHAN AKREDITASI ANTARABANGSA BIL 2/2025
25/01/2026

MESYUARAT JAWATANKUASA PEMATUHAN AKREDITASI ANTARABANGSA BIL 2/2025

BRENCHMARKING BRILLIANCE: BPLB AND AACSB STORY
25/01/2026

BRENCHMARKING BRILLIANCE: BPLB AND AACSB STORY

PPQA BERSAMA PELANGGAN SEMPENA HARI KUALITI SEDUNIA
25/11/2025

PPQA BERSAMA PELANGGAN SEMPENA HARI KUALITI SEDUNIA

UUM SASAR TIGA PENSIJILAN AKREDITASI ANTARABANGSA UTAMA MENJELANG 2028SINTOK, 17 November 2025: Universiti Utara Malaysi...
18/11/2025

UUM SASAR TIGA PENSIJILAN AKREDITASI ANTARABANGSA UTAMA MENJELANG 2028

SINTOK, 17 November 2025: Universiti Utara Malaysia (UUM) memperkukuh langkah ke arah kecemerlangan global dengan menetapkan sasaran meraih tiga akreditasi antarabangsa utama, AUN-QA, AACSB dan EQUIS menjelang tahun 2028.
Perkara itu ditegaskan oleh Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Prof. Dr. Mohd Azizuddin Mohd Sani dalam ucapan perasmian Townhall Akreditasi Antarabangsa UUM 2025 yang berlangsung di Auditorium 2, Perpustakaan Sultanah Bahiyah (PSB), UUM.

Menurut beliau, sasaran ini merupakan strategi penting dalam meningkatkan reputasi dan daya saing UUM di persada pendidikan tinggi antarabangsa.
Sesi townhall ini menjadi satu platform yang penting bagi menghimpunkan warga akademik untuk menyelaras usaha persediaan menghadapi pelbagai proses audit dan penilaian antarabangsa yang bakal berlangsung.
Selain itu, UUM akan menjalani audit AUN-QA pada awal 2027 merangkumi tiga program akademik iaitu Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Pembangunan (Kepujian), SOG bagi pensijilan kitaran ke-3; Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Industri Kreatif (Kepujian), SCIMPA bagi permohonan Baharu; dan Sarjana Sains (Sains Koreksional), SAPSP bagi permohonan Baharu.

Di samping meneruskan proses kelayakan EQUIS setelah datasheet dihantar pada tahun ini.
UUM juga bersiap sedia untuk semakan penambahbaikan AACSB bagi kitaran 2027/2028, selaras dengan usaha mengukuhkan kepimpinan akademik, prestasi penyelidikan, hubungan industri dan kebolehpasaran graduan.
Beliau turut merakamkan penghargaan kepada dua pusat pengajian yang mencapai kecemerlangan penting pada 2025 iaitu SOIS yang memperoleh pensijilan AUN-QA kitaran ketiga, dan STHEM yang menerima akreditasi Institute of Hospitality (IoH) untuk keseluruhan program ijazah sarjana muda dan satu program sarjana.

Sementara itu, Pengarah Pusat Pengurusan Kualiti dan Akreditasi (PPQA), Prof. Dr. Mohd Haniff Jedin, menegaskan bahawa akreditasi antarabangsa kini menjadi keperluan strategik bagi memperkukuh kedudukan UUM dalam landskap pendidikan global yang semakin kompetitif.
Majlis turut menyaksikan penyampaian sijil dan anugerah kepada fakulti dan individu yang berjaya mengekalkan pensijilan antarabangsa serta pemenang pertandingan UUM Innovations that Inspire.

Tiga sesi perkongsian turut diadakan yang disampaikan oleh Prof. Dr Mohd Haniff Jedin, Prof Dr Natrah Saad, dan Prof Dr Hassan Abu Bakar bagi memperincikan strategi dan keperluan AUN-QA, AACSB dan EQUIS.
Dengan komitmen seluruh warga universiti, UUM optimis untuk terus melakar kecemerlangan dan memperkukuh kedudukan sebagai universiti pengurusan terkemuka di peringkat serantau dan global.

📌 Pengarah Pusat Pengurusan Kualiti dan Akreditasi (PPQA), Timbalan Pengarah Bahagian Akreditasi Antarabangsa (IAD) dan ...
06/11/2025

📌 Pengarah Pusat Pengurusan Kualiti dan Akreditasi (PPQA), Timbalan Pengarah Bahagian Akreditasi Antarabangsa (IAD) dan Pengurus IAD telah menghadiri AUN-QA International Conference 2025 pada 5 - 7 November 2025 bertempat di Universiti Malaya. Prof. Dr Mohd Haniff Jedin telah dijemput sebagai Speaker selaku Presiden, Malaysian Higher Education Institutions Quality Assurance Network (MyQAN) pada AUN-QA International Conference 2025.

06/11/2025
SHARING SESSION ON AACSB BUSINESS ACCREDITATION STANDARD 2026 AND AOL
30/07/2025

SHARING SESSION ON AACSB BUSINESS ACCREDITATION STANDARD 2026 AND AOL

BENGKEL PENULISAN SAR & KRITERIA PENILAIAN AUNQA
30/07/2025

BENGKEL PENULISAN SAR & KRITERIA PENILAIAN AUNQA

PPQA ANJUR BENGKEL AUN-QA BERSAMA TIGA PUSAT PENGAJIAN: USAHA MEMPERKASA KUALITI AKADEMIK KE PERINGKAT SERANTAUBahagian ...
30/07/2025

PPQA ANJUR BENGKEL AUN-QA BERSAMA TIGA PUSAT PENGAJIAN: USAHA MEMPERKASA KUALITI AKADEMIK KE PERINGKAT SERANTAU

Bahagian Akreditasi Antarabangsa, PPQA (IAD-PPQA), telah berjaya menganjurkan Bengkel AUN-QA yang melibatkan tiga pusat pengajian iaitu Pusat Pengajian Kerajaan (SOG), Pusat Pengajian Pengurusan Industri Kreatif dan Seni Persembahan (SCIMPA), serta Pusat Pengajian Psikologi Gunaan, Dasar dan Kerja Sosial (SAPSP).

Bengkel ini memberi pendedahan komprehensif berkenaan sistem penjaminan kualiti serantau AUN-QA, dengan penekanan kepada lapan kriteria utama yang menjadi asas kepada pengiktirafan akreditasi. Para peserta dibimbing untuk memahami secara mendalam elemen-elemen penting dalam penyediaan laporan penilaian kendiri (Self-Assessment Report - SAR) serta strategi menghadapi audit.

Seramai 20 orang pensyarah yang terlibat menunjukkan penglibatan aktif melalui sesi perbincangan, latihan simulasi, dan perkongsian amalan terbaik. Istimewanya, bengkel ini turut menampilkan penceramah jemputan, Prof. Madya Dr. Mohammad Zaki Bin Ahmad dari Pusat Pengajian Antarabangsa (SOIS), yang berkongsi pengalaman langsung kejayaan pusat pengajian tersebut mengekalkan akreditasi AUN-QA baru-baru ini. Pengalaman beliau memberi nilai tambah signifikan kepada bengkel ini, dengan memberi inspirasi serta cadangan praktikal yang boleh disesuaikan dengan konteks ketiga-tiga pusat pengajian.

Secara keseluruhan, bengkel ini bukan sahaja memperkukuh kefahaman peserta terhadap piawaian AUN-QA, malah menjadi platform strategik untuk merancang hala tuju penambahbaikan kualiti akademik secara bersepadu dan berimpak tinggi menjelang audit tahun hadapan.

CALLING FOR NOMINATIONS IN THE INNOVATION THAT INSPIRE COMPETITIONOrganized by the AACSB International. For 2025, AACSB ...
23/07/2025

CALLING FOR NOMINATIONS IN THE INNOVATION THAT INSPIRE COMPETITION

Organized by the AACSB International.

For 2025, AACSB invites your school to showcase how it collaborates with businesses, NGOs, or government entities to address today’s complex challenges. Each year, AACSB International recognizes institutions around the world that innovate to deliver relevant, equitable, and impactful business education through this competition. Elevate your impact and join us in shaping the future of business education.

Submit your entry now and take the next step toward excellence.

Registration: https://forms.gle/eqSVHSYo9NbT7jof9

IMPROVE YOUR VISIBILITY & EXPAND YOUR NETWORK WITH AACSB EXCHANGE
23/07/2025

IMPROVE YOUR VISIBILITY & EXPAND YOUR NETWORK WITH AACSB EXCHANGE

AACSB ROADSHOW TO SOG
23/07/2025

AACSB ROADSHOW TO SOG

Address

International Accreditation Division , UUM College Of Business
Sintok
06010

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 15:30
Sunday 08:00 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when International Accreditation Division UUM posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to International Accreditation Division UUM:

Shortcuts

Share

Category