Malaysian Journal of Learning And Instruction - MJLI

Malaysian Journal of Learning And Instruction - MJLI Malaysian Journal of Learning and Instruction (MJLI) is abstracted in ESCI and Scopus

SINTOK, 15 Disember: Malaysian Journal of Learning and Instruction (MJLI), jurnal kebanggaan Universiti Utara Malaysia (...
16/12/2024

SINTOK, 15 Disember: Malaysian Journal of Learning and Instruction (MJLI), jurnal kebanggaan Universiti Utara Malaysia (UUM) telah menyambut ulang tahun ke-20 dalam satu majlis anjuran UUM PRESS.

Bertemakan “20 Years of MJLI: A Way Forward”, majlis ini meraikan kejayaan, sejarah dan sumbangan MJLI dalam penerbitan akademik berkualiti tinggi.

Pengarah UUM Press, Prof. Dr. Mohd Nasrun Mohd Nawi berkata, MJLI telah mencapai pelbagai kejayaan cemerlang, antaranya MJLI telah tersenarai sebagai jurnal berindeks Scopus pada tahun 2012 dan kini berada pada kedudukan Q1, kedudukan tertinggi dalam penilaian jurnal antarabangsa.

Pada 24 Jun 2023, MJLI sekali lagi mencipta sejarah dengan menerima Journal Impact Factor tertinggi sebanyak 0.5 dalam pangkalan Emerging Sources Citation Index (ESCI) oleh Web of Science (WoS) dan berada pada kedudukan Q2 dalam bidang pendidikan, menandakan pencapaian terbaik dalam sejarah penerbitannya.

Pencapaian ini turut diserikan dengan penerimaan Anugerah Creme daripada Kementerian Pendidikan Tinggi melalui Elsevier Research Excellence Awards bagi tahun 2022, 2019, dan 2017. Kejayaan demi kejayaan ini menjadikan MJLI antara jurnal akademik yang paling berprestij di Malaysia.

Dalam majlis tersebut, mantan Ketua Pengarang, Prof. Dr. Rosna Awang Hashim turut berkongsi pengalaman dan tips kejayaan dalam memastikan MJLI bukan sahaja unggul tetapi turut memberi inspirasi kepada penerbitan jurnal lain di UUM.

Menurut Prof. Dr. Rosna Hashim, perjalanan MJLI telah bermula pada tahun 2002 dan 2004 merupakan penerbitan pertama MJLI.

“Perjalanan dua dekad MJLI telah diterajui oleh kepimpinan cemerlang barisan mantan-mantan Ketua Pengarang yang berdedikasi iaitu, Prof. Madya Dr. Salmah Ayob (2004), Prof. Madya Dr. Azlina Murad Sani (2005-2009), Prof. Dr. Tengku Faekah Tengku Ariffin (2020-2022) dan Prof. Madya Dr. S. Kanageswari A/P Suppiah Shanmugam (2022 hingga sekarang).

“Pencapaian MJLI adalah hasil kerja keras, komitmen serta kolaborasi erat antara pihak editorial, penyelidik, dan penerbit. Saya berharap agar MJLI terus maju ke hadapan dan menjadi peneraju dalam penerbitan jurnal berkualiti di peringkat global,” katanya.

Majlis ini turut dihadiri oleh Mantan Ketua Pengarang MJLI, Ahli Sidang Pengarang MJLI, Ahli Jawatankuasa Saringan Penerbitan Universiti (JSPU) dan Ahli Jawatankuasa Pengkomersialan Judul.

MJLI Retreat 16-18th July 2024
29/07/2024

MJLI Retreat 16-18th July 2024

Tahniah kepada Malaysian Journal of Learning And Instruction - MJLI terbitan UUM yang mengukuhkan kedudukan Q2 kerana me...
29/07/2024

Tahniah kepada Malaysian Journal of Learning And Instruction - MJLI terbitan UUM yang mengukuhkan kedudukan Q2 kerana menerima Faktor Impak Jurnal (JIF) 1.2 dan 220 sitasi (citations) bagi tahun 2023. Laporan ini dikeluarkan oleh Sitasi Jurnal Clarivate 2023 (Clarivate Journal Citation Reports 2023) yang diumumkan oleh Web of Science (Wos) pada Jun 2024.

Dua lagi jurnal UUM iaitu Journal of Information and Communication Technology - JICT dan International Journal of Management Studies (IJMS) turut tersenarai dalam ESCI dengan kedudukan Q4.

Sebanyak 85 jurnal di Malaysia yang tersenarai dalam ESCI (WoS) dan petunjuk JIF ini membantu komuniti sarjana mengenal pasti jurnal yang berkualiti yang telah dipilih oleh panel penilai WoS setelah melepasi 24 kriteria kualiti yang disenaraikan.

Dear Professors, Researchers, and Colleagues,We are glad to inform you that Volume 21 – Issue 1 (January) 2024 of the Ma...
21/01/2024

Dear Professors, Researchers, and Colleagues,

We are glad to inform you that Volume 21 – Issue 1 (January) 2024 of the Malaysian Journal of Learning and Instruction (MJLI) has been published. All the papers in our journal are available freely with online full-text content. The current issue and your paper can be accessed at https://e-journal.uum.edu.my/index.php/mjli/issue/view/734

Featured in this Issue:
MODEL OF TEACHING MALAY LANGUAGE TO NON-NATIVE AND FOREIGN SPEAKER
Dahlia Janan, Mohd Hafiz Mohamad Tarmizi, Punaji Setyosari, Norliza Jamaluddin, Siti Saniah Abu Bakar, Lin Chia Ying

ACADEMIC STRESS AND COPING SELF-EFFICACY OF SENIOR HIGH SCHOOL STUDENTS ATTENDING DISTANCE LEARNING DURING SARS-COV-2 PANDEMIC
Rachele A. Regalado

THE INVESTIGATION OF BEST PRACTICES ON SYMBOLIC MATHEMATICAL COMMUNICATION: A COMPARATIVE STUDY IN JAPAN, LAO PDR, AND THAILAND
Sampan Thinwiangthong, Duangmanee Ya-amphan, Phailath Sythong, Hiroki Ishizaka

ETHNOMATHEMATICAL ASPECTS OF LEARNING GEOMETRY AND VALUES RELATED TO THE MOTIFS USED BY THE DAYAK NGAJU TRIBE IN CENTRAL KALIMANTAN
Jackson Pasini Mairing, Pancarita, Henry Aritonang

THE INCLUSION OF DISASTER RISK REDUCATION IN CLASSROOM AND EXTRA-CURRICULAR ACTIVITIES: A CASE OF RURAL BALOCHISTAN, PAKISTAN
Khadija Jaffar, Amjad Reba , Hazri Jamil , Seema Azeem, Muhammad Iqbal Khan

THE EFFECT OF PROJECT-BASED LEARNING AND PROJECT-BASED FLIPPED CLASSROOM ON CRITICAL THINKING AND CREATIVITY FOR BUSINESS ENGLISH COURSE AT HIGHER VOCATIONAL COLLEGES
Lijie Hao, Kun Tian, Umi Kalsum Mohd Salleh, Chin Hai Leng, Shigang Ge, Xinliang Cheng

EXPLORING MISSING LEARNING PHENOMENON IN PRESCHOOL SETTINGS DURING COVID-19 PANDEMIC: TEACHERS’ PERSPECTIVES
Nurul Hijja Mazlan, Wardatul Hayat Adnan, Suffian Hadi Ayub, Mohd Zaidi Zeki

UNDERSTANDING MOTIVATION LOSS AND BEHAVIORAL DISENGAGEMENT OF TERTIARY STUDENTS IN FLEXIBLE LEARNING: A SELF-DETERMINATION THEORY PERSPECTIVE
Raymon Pomoy Española, Jerome A. Ouano

A DISCOVERY ON MALAYSIAN ESL TEACHERS’ ADHERENCE TO POLICY MANDATES IN CLASSROOMBASED ASSESSMENT PRACTICES
Anwar Farhan Mohamad Marzaini, Shahazwan Mat Yusoff, Noorhayati Zakaria, Mohamad Helme Basal, Wan Nurul Elia Haslee Sharil, Kaarthiyany Supramaniam

FIVE DECADES OF ACHIEVEMENT MOTIVATION RESEARCH IN ELT: A SYSTEMATIC LITERATURE REVIEW
Marzia Shurovi, Mohamad Fadhili Yahaya, Hafizah Hajimia, Md Kamrul Hasan


MJLI is a double-blind peer-reviewed, international academic journal published biannually (January and July) by Universiti Utara Malaysia. The aims of the journal are to communicate research and stimulate discussion, study and critique of teaching and learning, and to encourage scholarly writing on learning and instruction. Coverage of MJLI includes, but is not limited to critical examination of ecosystems and issues surrounding the processes of meaningful teaching and learning and better educational practices. These could be addressed at micro level (e.g., innovative modes of delivery, instructional design and technology, learning engagement, instructional settings) or at macro level (e.g., motivation, engaging curriculum, impact of socio-psychological and cultural factors on learning).

We welcome original empirical research articles with novel perspectives and/or methodological approaches that would appeal to an international readership. We do not accept unsolicited conceptual and theoretical papers.

You are invited to submit your research papers for possible inclusion in the upcoming issue of the journal. Submit via the OJS portal at http://e-journal.uum.edu.my/index.php/mjli.

Thank you very much.

All articles published in Malaysian Journal of Learning and Instruction (MJLI) are licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International License.

KUASAI TEKNIK PENULISAN SUPAYA BERJAYA DITERBITKANDisediakan oleh: Nor Arpizah AtanGambar: Muhamad Asri HanafiSINTOK, 18...
21/01/2024

KUASAI TEKNIK PENULISAN SUPAYA BERJAYA DITERBITKAN
Disediakan oleh: Nor Arpizah Atan
Gambar: Muhamad Asri Hanafi

SINTOK, 18 Januari – Pengalaman membaiki penulisan adalah proses pembelajaran yang akan mematangkan kita dalam aspek penulisan sama ada artikel jurnal atau buku. Kadang kala penulis berasa “syok sendiri” dengan penulisan yang dihasilkan namun tidak nampak kelemahan sendiri. Penulis tidak harus berputus asa jika diminta untuk membaiki penulisan.

Perkara ini dilontarkan oleh Prof. Dr. Arsaythamby Veloo yang menjadi pembimbing bengkel anjuran UUM Press dan Sidang Pengarang Malaysian Journal of Learning and Instruction (MJLI) dengan kerjasama Pusat Pengajian Pendidikan (SoE). Bengkel dua hari yang bertajuk “Writing a Winning Paper for Journal Publication” itu telah berlangsung pada 17 dan 18 Januari 2024 di Bilik Saujana, Pusat Pengajian Pendidikan, UUM.

Menurut Prof. Arsay lagi, menulis untuk artikel jurnal berbeza dengan kaedah menulis tesis. Asas menulis objektif untuk kajian penyelidikan berbeza dengan objektif penulisan artikel jurnal, aim dan purpose berbeza. Di samping itu, penulis perlu menetapkan dan memilih salah satu sahaja aspek sama ada Objektif Kajian, Persoalan Kajian atau Hipotesis dalam kajian masing-masing. Kriteria utama sesebuah makalah jurnal iaitu Tajuk, Abstrak, Pengenalan, Sorotan Kajian, Metodologi, Kesimpulan dan Rujukan perlu difahami oleh akademia dan penyelidik sebelum menghasilkan artikel untuk jurnal.

Penerbitan jurnal berimpak tinggi dan sitasi merupakan dua aspek utama untuk meningkatkan ranking Universiti. Malaysian Journal of Learning and Instruction (MJLI) sebagai jurnal berindeks Scopus (Q1) perlu mempertimbangkan cara dan strategi bukan sahaja untuk mengekalkan status indeks Scopus, malah perlu meningkatkan prestasi dan Jurnal Impak Faktor agar diindeks dalam Web of Science.

Pada sesi terakhir bengkel, Prof. Arsay telah membantu peserta secara one-to-one. Peserta berpeluang membuat penambahbaikan penulisan dengan mengambil kira cadangan yang diberikan dan seterusnya menghantar untuk pertimbangan jurnal MJLI.

Bengkel yang dihadiri oleh 30 orang pensyarah UUM ini telah dirasmikan oleh Dekan Pusat Pengajian Pendidikan, Profesor Madya Dr. Mohamad Khairi Haji Othman. Turut hadir dalam majlis perasmian ialah Rosma Ishak, Timbalan Pengarah UUM Press.

Tahniah . Dr Rosna Awang Hashim & Malaysian Journal of Learning And Instruction - MJLI!!
28/12/2023

Tahniah . Dr Rosna Awang Hashim & Malaysian Journal of Learning And Instruction - MJLI!!

BENGKEL PEMANTAPAN PENILAI DARI ASPEK PEER REVIEW MALAYSIAN JOURNAL OF LEARNING AND INSTRUCTION UNIVERSITI UTARA MALAYSI...
05/10/2023

BENGKEL PEMANTAPAN PENILAI DARI ASPEK PEER REVIEW MALAYSIAN JOURNAL OF LEARNING AND INSTRUCTION UNIVERSITI UTARA MALAYSIA

Hari Ketiga

BENGKEL PEMANTAPAN PENILAI DARI ASPEK PEER REVIEW MALAYSIAN JOURNAL OF LEARNING AND INSTRUCTION UNIVERSITI UTARA MALAYSI...
05/10/2023

BENGKEL PEMANTAPAN PENILAI DARI ASPEK PEER REVIEW MALAYSIAN JOURNAL OF LEARNING AND INSTRUCTION UNIVERSITI UTARA MALAYSIA

Hari Kedua

BENGKEL PEMANTAPAN PENILAI DARI ASPEK PEER REVIEW MALAYSIAN JOURNAL OF LEARNING AND INSTRUCTION UNIVERSITI UTARA Malaysi...
05/10/2023

BENGKEL PEMANTAPAN PENILAI DARI ASPEK PEER REVIEW MALAYSIAN JOURNAL OF LEARNING AND INSTRUCTION UNIVERSITI UTARA Malaysian Journal of Learning And Instruction - MJLI

Hari Pertama

Address

UUM Press, Universiti Utara
Sintok
06010

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Malaysian Journal of Learning And Instruction - MJLI posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Malaysian Journal of Learning And Instruction - MJLI:

Shortcuts

Share