A222 Mpu1013 Kumpulan 2 - Penghayatan Etika dan Peradaban

A222 Mpu1013 Kumpulan 2 - Penghayatan Etika dan Peradaban ISU ETIKA DALAM PERNIAGAAN

“MAIN POSTING”(POSTING 6)Assalamualaikum & Salam Sejahtera semua🤝🏼😎Kini berakhirlah posting dari kump**an 2 tentang “ISU...
16/06/2023

“MAIN POSTING”
(POSTING 6)

Assalamualaikum & Salam Sejahtera semua🤝🏼😎

Kini berakhirlah posting dari kump**an 2 tentang “ISU ETIKA DAN PERADABAN DALAM PERNIAGAAN”. Sudah tiba masanya tamatlah tugas yang telah diamanahkan kepada kami sekump**an. 😇🤩

Dari Kedah ke pekan sari,
Beli suasa di Kota Tinggi,
Selesai sudah tugas diberi,
Di lain masa bersua lagi.

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa bersama page kami 🤍💙

Disediakan oleh :-
1. LIM WEN XIN (291756)
2. PUTERI NUR KHAYRIN BT MOHD NORLIZAM (291760)
3. MUHAMMAD ZAHIN BIN RAZALI (291800)
4. CALLISTA TAY KAI JET (291824)
5. NUR ATHIRAH AYUNI BT MAZLAN (291827)
6. NURUL ASYIQIN BT MAT GHANI (291833)
7. AIN AQILAH BT AZIZAN (291854)
8. SRI ISSHETHA A/P GUNASEGARAN (291855)
9. MUHAMMAD SYAHMI BIN JUMBRI (291860)
10. HUMAIRA SAFIAH BT HAZIN (291868)

(Posting 5)Tajuk: Penyelesaian isu etika dalam perniagaan 1.Nak hadapi masalah etika dalam bisnes, syarikat kena bertang...
13/06/2023

(Posting 5)

Tajuk: Penyelesaian isu etika dalam perniagaan

1.Nak hadapi masalah etika dalam bisnes, syarikat kena bertanggungjawab betul-betul. 🏢 Berikut ni adalah beberapa langkah yang boleh korang ambil untuk atasi masalah etika dalam bisnes:

2.Tetapkan kod etika: Syarikat kena ada kod etika yang jelas dan komprehensif. 👥 Kod ni kena nyatakan nilai-nilai, prinsip, dan piawaian tingkah laku yang diharapkan daripada semua pekerja syarikat dan pihak berkepentingan. 😇 Kod etika ni kena dikembangkan dengan kerjasama semua pihak dan dikemas kini secara berkala.

3.Latihan etika: Syarikat kena bagi latihan etika kepada pekerja untuk tambah pemahaman mereka tentang masalah etika dalam bisnes. 📚 Latihan ni kena meliputi polisi etika syarikat, penyelesaian masalah etika, dan pembuatan keputusan etika.

4.Jawatankuasa etika: Syarikat boleh bentuk jawatankuasa etika yang terdiri daripada wakil daripada pelbagai jabatan dan peringkat dalam organisasi. 👥 Jawatankuasa ni bertanggungjawab untuk menganalisis dan menangani masalah etika yang timbul, beri nasihat, dan pantau pelaksanaan polisi etika syarikat.

5.Galakkan pelaporan: Syarikat kena bina saluran komunikasi yang selamat dan terbuka untuk pekerja dan pihak berkepentingan lain melaporkan pelanggaran etika. 📞 Proses pelaporan kena dijaga kerahsiaan, dan pelapor yang lapor dengan niat baik kena dilindungi.

6.Amalkan hukuman: Kalau ada pelanggaran etika, syarikat kena berikan hukuman yang setimpal dan sewajarnya. ⚖️ Hukuman ni boleh termasuk tindakan disiplin, pembetulan tingkah laku, dan dalam kes tertentu, pecat pekerja. Hukuman ni kena konsisten dan telus untuk memastikan keadilan.

7.Pantau dan audit: Syarikat kena pantau dan audit secara berkala untuk pastikan pematuhan terhadap polisi etika dan prosedur bisnes. 🔍 Audit etika ni boleh bantu kenal pasti penyimpangan atau kelemahan dalam pelaksanaan polisi dan bagi cadangan untuk perbaikan.

8.Galakkan tanggungjawab sosial syarikat: Bisnes kena bertanggungjawab secara sosial dan fikirkan kesan sosial, alam sekitar, dan ekonomi daripada keputusan bisnes mereka. ♻️ Ni termasuk penilaian kesan sosial, amalan bisnes yang mampan, dan sumbangan kepada masyarakat dan alam sekitar.

8.Tingkatkan ketelusan: Syarikat kena berkomitmen pada ketelusan dalam melaporkan prestasi etika mereka kepada pihak berkepentingan. 📊 Laporan tahunan, laporan mampan, dan pengungkapan awam kena bagi maklumat yang jujur dan lengkap tentang usaha syarikat dalam menjaga etika bisnes.

9.Faham implikasi teknologi: Dalam zaman digital ni, syarikat kena ambil perhatian pada implikasi etika yang timbul daripada penggunaan teknologi seperti privasi data, kecerdasan buatan, dan keselamatan siber. 💻 Syarikat kena bentuk polisi dan amalan yang ambil kira etika digital dan lindungi kepentingan dan privasi pengguna.

Jadi, kesimp**annya, langkah-langkah atasi masalah etika dalam bisnes ni adalah tanggungjawab penting syarikat. Dengan laksanakan langkah-langkah ni, syarikat boleh cipta budaya yang etika, pastikan pematuhan kepada piawaian etika yang tinggi, dan bina kepercayaan dengan pekerja dan pihak berkepentingan lain. 🤝 Selain tu, syarikat juga kena perhatikan implikasi etika yang timbul daripada penggunaan teknologi dan fikirkan kesan sosial, alam sekitar, dan ekonomi daripada keputusan bisnes mereka. Dalam semua ni, penting bagi syarikat berkomitmen pada ketelusan dan melibatkan semua pihak dalam pembangunan, pelaksanaan, dan pemantauan polisi etika syarikat. 🌍

Disediakan oleh :
1. Muhammad Zahin bin Razali (291800)
2. Sri Isshetha Gunasegaran (291855)

( Posting 4)SINAR HARIAN : PENGGUNA SERING JADI MANGSA PENIAGA TIADA ETIKAKUALA LUMPUR: 📺 Menurut Ketua Setiausaha Kemen...
13/06/2023

( Posting 4)

SINAR HARIAN : PENGGUNA SERING JADI MANGSA PENIAGA TIADA ETIKA

KUALA LUMPUR: 📺 Menurut Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Muez Abdul Aziz,👨‍💼 telah menyoroti kurangnya kesedaran dan pengetahuan 🎓di kalangan pengguna mengenai hak-hak ✋️mereka dalam isu kepenggunaan. Beliau mengungkapkan bahawa situasi ini menjadikan pengguna mudah menjadi mangsa peniaga yang tidak bertanggungjawab dan tidak beretika😡.
Sebagai pengguna kita sedia tahu terdapat beberapa isu yang sering dihadapi oleh pengguna seperti ketiadaan tanda harga 🏷 pada barangan yang dijual, label barang yang tidak lengkap, penipuan dalam sukatan 📏 dan timbangan ⚖ ️, dan sebagainya. Ketidaktahuan pengguna 🤷 mengenai hak-hak yang diberikan oleh undang-undang 🧑‍⚖️untuk melindungi mereka sebelum dan selepas membeli 🛍 dan menerima barangan atau perkhidmatan di pasaran menjadi punca utama mereka mudah ditipu oleh peniaga yang tidak bertanggungjawab💢.
Datuk Muez menyatakan bahawa pengguna yang bijak 🎓adalah mereka yang sedar akan hak-hak mereka dan sentiasa mengambil langkah 🏃 proaktif untuk melindungi hak tersebut. Sebagai pengguna kita sebenarnya dilindungi daripada barangan atau perkhidmatan yang membahayakan kesihatan 🩺 dan kehidupan mereka. Kita juga berhak untuk mendapatkan maklumat 📰 yang diperlukan agar dapat membuat pilihan yang tepat, terhindar dari iklan dan label yang mengelirukan🤔 , serta memperoleh barangan dan perkhidmatan dengan harga yang wajar dan berkualiti💯.
Di samping itu, kita juga berhak untuk menyuarakan pendapat 📣 dan mengemukakan aduan agar suara mereka didengar👂 dan diambil kira oleh pihak berkuasa dalam proses penggubalan dasar kerajaan. Oleh itu, pendidikan kepenggunaan ✍️merupakan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan oleh pihak berkuasa, pertubuhan pengguna, pengeluar barang-barang dan perkhidmatan, serta para penjual sebagai ejen mereka.
Datuk Muez menjelaskan bahawa terdapat beberapa undang-undang dan akta 📜 yang diperkenalkan oleh KPDNHEP untuk melindungi pengguna daripada amalan perniagaan yang tidak beretika 🥸 . Contohnya, Akta Perlindungan Pengguna 1999 (Akta 599), Akta Perihal Dagangan, Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan, Akta Sewa Beli, dan Akta Kontrak.
Selain daripada undang-undang, terdapat juga Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) 📜 yang merupakan alternatif kepada mahkamah sivil untuk pengguna menuntut ganti rugi terhadap pembelian barangan dan perkhidmatan yang tidak memenuhi apa yang diiklankan 📺 . Proses ini hanya memerlukan bayaran sebanyak RM5 💰 apabila mengemukakan aduan di TTPM. Kementerian akan mengambil tindakan untuk menyiasat 🧐 aduan tersebut dan memanggil kedua-dua pengguna dan peniaga berkenaan untuk diadili di 'mahkamah'🧑‍⚖️.
Oleh itu, dengan adanya pendedahan melalui posting facebook 💻 ini, diharapkan akan membuka mata 👀 ramai pengguna untuk menitikberatkan tentang perlindungan hak-hak mereka dan mengambil berat tentang masalah berkait dengan etika dalam bidang perniagaan📊🧰

https://www.sinarharian.com.my/article/59692/berita/nasional/pengguna-sering-jadi-mangsa-peniaga-tiada-etika

Disediakan oleh -

1. AIN AQILAH BINTI AZIZAN (291854)
2. HUMAIRA SAFIAH BINTI HAZIN (291868)

(Posting 3)🤗Tajuk: PERLINDUNGAN PRIVASI DAN KEAMANAN DATA🛡️Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua!!Hai korang👋🏻~~ k...
12/06/2023

(Posting 3)🤗
Tajuk: PERLINDUNGAN PRIVASI DAN KEAMANAN DATA🛡️

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua!!
Hai korang👋🏻~~ kami dari kump**an 2 nak cerita pasal perlindungan privasi dan keamanan data. Memang isu panas🔥 la topik ni sekarang sebab banyak cerita pasal data breach, hacking, dan privacy invasion. Kita sekarang kan dah hidup pada era digital sains dan teknologi yang canggih kann🤖??!! Jadi, korang mesti tau yang data-data kita ni penting gila, kan? Hanya dengan satu sentuhan☝🏻 maklumat kita oleh tersebar meluas. Oleh hal demikian, kita kena lindungi betul-betul maklumat peribadi kita supaya tak jadi mangsa dalam apa jua kegiatan negatif. Tambah-tambah lagi jenayah siber👩🏻‍💻 yang berleluasa sejak dahulu seiring kemajuan teknologi ni.
Bercakap pasal ni, korang tau tak maksud hak privasi💁🏻‍♀️???? Meh nak cerita hak privasi ni merujuk kepada data peribadi yang anda tidak mahu dedahkan pada orang lain❌➡️👥. Undang-undang perlindungan data privasi pun diwujudkan pihak kerajaan tau. Antaranya adalah Akta Perlindungan Data Peribadi 2010🛡️
Untuk pengatahuan korang lagi, kebergantungan kepada kecanggihan teknologi maklumat dan komunikasi sekarang untuk menjalankan aktiviti harian mahupun perniagaan atas talian juga perlu diseimbangkan tau supaya keselamatan kita terjamin. Betul tak??? Justeru kita perlu menyimpan data-data🗃️ yang penting sebaiknya dan hanya berkongsi maklumat yang perlu sahaja pada warga awam di sosial media📲. Hakikatnya kemudahan tidak datang tanpa risiko💥. Maka ‘’sediakanlah payung sebelum hujan’’ bak kata peribahasa orang melayu. Hurmm, seperti kita ketahui maklumat jika tidak dikawal dengan betul ia boleh menyebabkan pencerobohan data peribadi yang bakal menjejaskan keselamatan kita ataupun premis perniagaan kita. Maklumlah laman sosial ni mudah cenderung ke arah negatif bila banyak pihak memanfaatkan perkhidmatan jalur lebar🛜 untuk keuntungan mereka tanpa integriti. Oleh itu marilah kita mengembleng langkah-langkah yang sedia ada mahupun yang baru untuk melindungi data di platform digital ini.
Sebagai pengguna laman sosial, kami nak berkongsi langkah yang kita semua boleh ambil untuk menghindari ketirisan maklumat pada dunia luar🌍. Maklumat peribadi kan tanggungjawab sosial kerana merangkumi data-data penting sesebuah organisasi. Andaikan korang jalankan perniagaan secara atas talian ke… berkongsi aktiviti harian ke kat media sosial… korang kena miliki kesedaran lindungi data peribadi🙆🏻‍♀️. Okey mengupas usaha-usaha yang perlu korang laksanakan adalah….
Pertama, korang kena pastikan yang korang guna password yang kuat dan berbeza. Jangan main-main buat password macam "123456", “0000” atau "password" gitu-gitu je. Ambil serius hal ni sebab penceroboh boleh memintas kata laluan kita untuk mengakses maklumat kita sewenang-wenangnya. Kalau korang main hentam tu memang bagi peluang kat hacker nak masuk dalam akaun korang la😌. Jadi sebagai pengguna platform media sosial yang bijak, mestilah kita kena fahami betul-betul akta dan hak perlindungan data privasi sebaiknya. Benda-benda macam ni penting tau untuk elakkan korang cemas bila di situasi yang negatif ni. Jadi korang boleh tau nak laporkan pada siapa dan tindakan yang sesuai. Misalnya kan bagus kalau korang guna kombinasi huruf besar🅰️, huruf kecilℹ️, nombor1️⃣2️⃣3️⃣, dan simbol⚛️ yang berbeza serta kukuh. Contohnya, korang boleh guna "P@ssw0rd!". Lepas tu boleh juga dapatkan rangkaian persendirian maya(VPN) untuk menyulitkan data yang anda hantar dan terima di samping menyembunyikan alamat IP.
Lepas tu, korang kena ingat yang jangan la kongsi info peribadi korang secara sembarangan🪪. Kebanyakan pengguna sering cuai dengan memuatnaik data peribadi mereka secara terbuka di media sosial🤳🏻📱. Benda tu tak salah tapi biarlah berpada-pada. Maka, bagi menghindari kebocoran data, maklumat-maklumat berkenaan nama penuh, tarikh lahir, alamat rumah, nombor akaun(bank) semua tu kena lindungi. Takut-takut tanpa kita sedar ada pihak yang tidak bertanggungjawab menggunakan data kita untuk perkara negatif . Lagi-lagi khusus buat peniaga online sebab peranan maklumat data peribadi semakin signifikan dalam ekonomi transaksi globalisasi. Boleh jadi kita terlibat dengan kegiatan jenayah tanpa kita sedari apabila terlalu mendedahkan diri. Malahan perniagaan juga boleh gulung tikar sekiranya data-data bocor kepada pesaing-pesaing lain. Oleh itu, tapis dahulu apa yang perlu dan yang tidak perlu sebelum berkongsi dengan khalayak di jaringan jalur lebar tanpa sempadan.

Yang penting, jangan la senang-senang klik🖱️link sebarang email atau mesej tanpa berfikir panjang. Semak kesahihannya link tersebut dahulu agar tidak ditipu. Peringatan juga jangan sesuka hati melayari website yang bukan-bukan. Banyak scammer👨🏻‍💻sekarang ni pakai taktik fishing untuk dapatkan maklumat sensitif dari korang. Sebagai contoh, mereka menyamar sebagai pihak bank, institusi perniagaan, agensi kerajaan atau lain-lain. Oleh itu, sila ambil maklum sebelum memindahkan data kepada sesuatu dengan mana-mana pihak. Sekiranya tidak yakin, cek dulu sumber link tu selamat ke tak di laman sesawang kerajaan. Kalau rasa mencurigakan, better delete je terus. Dapatkan perisian antivirus🦠 juga agar scammer tidak boleh merentas apa sahaja yang anda lakukan di alam maya.
Tidak ketinggalan, ketika kita membuat transaksi atas talian📱💸, pastikan korang guna laman web yang betul. Cara paling mudah nak tau laman web secure atau tak ialah tengok URL. Kalau ada "https://" pada permulaan URL dan ada icon padlock, tu tandanya laman web tu secure dan maklumat korang dilindungi dengan baik. Pastikan anda juga membaca📑 testimoni daripada pelanggan-pelanggan lain dan mengenal pasti gambar profil yang digunakan sebelum berurusan jual beli atau sebagainya. Buat perbandingan harga barang dan servis di platform lain bagi menggelakan risiko penipuan kerana dikelabui dengan harga yang murah sedangkan barang tidak sampai.
Satu lagi‼️, korang jangan lupa untuk backup data korang secara berkala. Benda ni penting sebab kalau terjadi apa-apa perkara tak dijangka pada data korang, korang still ada salinan yang selamat. Boleh guna external hard drive💾, cloud storage, atau mana-mana medium yang korang rasa sesuai.
Last but not least, korang boleh install software keamanan⚔️🛡️ yang bagus kat komputer🖥️ atau telefon📱 korang. Install apa-apa yang legal dalam App Store atau Play Store sahaja, jangan install apa-apa aplikasi dari mana-mana sahaja. The good news is, ada banyak antivirus dan firewall yang boleh tolong deteksi dan block aktiviti mencurigakan. Pastikan korang update software tu secara berkala sebab pihak pembangun akan keluarkan patch untuk baiki kelemahan.
Jadi, dalam dunia digital yang advanced ni, kita memang kena berwaspada. Jaga privasi dan keamanan data korang macam jaga harta paling berharga kerana ini hak kita jugak✋🏻! Lagipun, prevention is better than cure✨. Thank you for your time, have a blissful day🌈

Malaysia Madani🇲🇾

Disediakan oleh,
CALLISTA TAY KAI JET (291824)
NURUL ASYIQIN BINTI MAT GHANI (291833)

[Posting 2] 🥰Assalamualaikum dan Salam Biru Warna 🤩🤩Dalam posting kali ini, kami akan membincangkan tentang masalah yang...
11/06/2023

[Posting 2] 🥰
Assalamualaikum dan Salam Biru Warna 🤩🤩

Dalam posting kali ini, kami akan membincangkan tentang masalah yang kebiasaannya sering terjadi dan dialami oleh semua jenis perniagaan 🤓🙌🏻.

Tapi sebelum tu, kami akan selitkan dulu pantun 4 kerat yang berkait rapat dengan tajuk posting kali ini 😎✌🏻.

Masak daging dicampur bihun,
Nasinya mentah ditambah mentimun,
Sudah pagi lekaslah bangun,
Mari bekerja, tak boleh melamun.

haaa hampa dah boleh nampak ke tak tu tajuk posting? hehehe 🤭😬.

okay lah, di posting kedua ini, kami akan membincangkan tentang “MASALAH ETIKA PEKERJA DALAM PERNIAGAAN”👩🏻‍💼🧑🏻‍💼👨🏻‍💼.

Sebutlah apa jenis perniagaan, semuanya ada masalah dan isu tersendiri tambah-tambah lagi apabila melibatkan “pekerja” 🧐😓. Memang mustahil lah kalau cakap setiap perniagaan tak akan alami tekanan dan bebanan sedangkan sebuah perniagaan terpaksa berhadapan dengan ramai orang pekerja yang mempunyai pelbagai-bagai karenah 😣😣.

Jadi, dalam posting kali ini, kami akan berkongsi tentang serba sedikit masalah etika pekerja yang semua orang pernah dengar dan familiar dengan isu-isu ini 🤗📝.

‼️ SELALU TIDAK DATANG KERJA ‼️

Masalah yang pertama yang akan kami kupaskan adalah masalah pekerja yang selalu tidak datang kerja tanpa sebarang sebab yang kukuh dan tanpa memberitahu pihak Jabatan Sumber Manusia ❌🫵🏻. Pada kebiasaannya, pelbagai alasan yang tidak releven digunakan oleh golongan ini demi menutupi kesalahan mereka apabila mereka tidak hadir ke tempat kerja 💁🏻‍♀️. Alasan yang selalu kita dengar ialah alasan berkaitan kesihatan diri mereka seperti demam, batuk, selesema dan sebagainya 😷🤧. Alasan kesihatan ni sering diragui oleh pihak Jabatan Sumber Manusia kerana terdapat segelintir daripada pekerja yang mengaku sakit tapi tanpa memberikan apa-apa bukti seperti “Medical Certificate” atau sijil cuti sakit untuk menyokong hujah mereka 🤔🤔. Alasan lain yang selalu kita dengar ialah alasan peribadi atau atas dasar mempunyai “hal kecemasan” ⚠️. Mereka tidak memberikan penjelasan yang spesifik tentang hal kecemasan yang dialami dan sebaliknya hanya melampirkan alasan yang tidak jelas dan samar-samar 🫤🫤. Secara tidak langsung, Banyak kesan negatif yang akan dialami oleh sesebuah perniagaan ataupun syarikat jika isu ketidakhadiran pekerja tanpa sebab yang kukuh ini berterusan 😔😔. Salah satu kesan yang dialami oleh perniagaan ialah produktiviti akan menurun ⬇️📉. Ketidakhadiran pekerja secara tidak terkawal akan mengganggu aliran kerja kerana jika ada seorang pekerja yang tidak hadir, tugasnya akan tertunda dan terbengkalai ❌. Jadi, ini akan mempengaruhi pencapaian keuntungan yang telah ditetapkan oleh sesebuah perniagaan 📄📑. Tambahan p**a, bebanan kerja terhadap pekerja lain pun akan meningkat disebabkan isu ketidakhadiran pekerja ni 😵‍💫😵‍💫. Tugas-tugas pekerja yang tidak hadir mungkin akan dipindahkan atau diberikan kepada pekerja lain demi mencapai sepenuhnya target perniagaan 💯. Pekerja lain pun sangat sibuk dan mempunyai banyak tugas mereka sendiri, tapi kena pikul bebanan tugas orang lain p**ak 🥲🥲. Hal ini sememangnya akan dapat meningkatkan kesan bebanan kepada pekerja lain sehingga menyebabkan berlakunya stres, keletihan dan produktiviti mereka menurun.

Jadi hampa semua, adakah perbuatan tidak hadir ke tempat kerja ini wajar 🤔? Adakah kita perlu membudayakan adat ketidakhadiran ke tempat kerja dalam kalangan masyarakat kita 🤔?

jawapannya adalah TIDAK SAMA SEKALI ❌‼️. Pengamalan perbuatan ketidakhadiran ke tempat kerja dalam kalangan masyarakat akan memberikan impak negatif kepada kebanyakan pihak seperti perniagaan, kerajaan dan juga individu itu sendiri 🙌🏻. Jika berlaku ketidakhadiran yang secara berterusan dan berlebihan, sesebuah perniagaan itu boleh mengenakan tindakan yang sewajarnya terhadap para pekerja yang tidak datang bekerja 📝. Mengikut Seksyen (2) Akta Kerja 1955, seorang pekerja dianggap melanggar perkhidmatannya jika tidak hadir bekerja lebih 2 hari berturut-turut tanpa pemakluman awal kepada majikan. Oleh itu, sesebuah perniagaan atau syarikat boleh mengambil tindakan yang sesuai berdasarkan situasi pekerja tersebut mengikut tatacara proses tindakan disiplin yang betul ✅. Bentuk-bentuk hukuman berkaitan disiplin ialah menahan kenaikan gaji tahunan, turun pangkat, gantung kerja, kehilangan faedah kerja dan akhir sekali pemecatan ✍🏻.

‼️ GANGGUAN SEKSUAL ‼️

Masalah kedua yang akan kami huraikan adalah masalah gangguan seksual dalam kalangan pekerja 🔞. Gangguan seksual adalah satu perlakuan yang tidak bermoral yang dilakukan oleh seseorang terhadap seseorang yang lain. Bentuk gangguan seksual bukan sahaja membabitkan perbuatan secara fizikal tetapi kata-kata yang bersifat lucah melalui lisan dan secara isyarat juga dianggap sebagai gangguan seksual 📝📝. Pada zaman sekarang yang serba moden dengan pelbagai teknologi canggih turut menyumbang kepada gangguan seksual iaitu gangguan secara visual melalui media sosial seperti Facebook, Instagram dan WhatsApp 📱💻🖥️. Malah, gangguan secara psikologi pun boleh berlaku tau hampa 😲😲 dan perbuatan ini selalunya melibatkan perbuatan cuba merapati, memujuk rayu, atau menggugut mangsa secara seksual bagi memenuhi keinginan seksual pelaku 😥😥. Mangsa yang mengalami gangguan seksual akan mengalami kesan-kesan negatif seperti trauma dan berasa takut dengan keadaan persekitaran sehingga boleh menyebabkan rutin harian mereka terjejas. Kebiasaannya, kita selalu dengar golongan wanita yang menjadi mangsa gangguan seksual di tempat kerja 👩🏻‍💼👩🏻‍💻. Namun, dalam dunia sekarang, tanggapan tentang gangguan seksual hanya berlaku kepada golongan wanita sahaja perlu diubah kerana isu ini boleh berlaku kepada sesiapa sahaja tanpa mengira bangsa, umur dan jantina 🗣️🗣️. Golongan lelaki juga boleh menjadi mangsa gangguan seksual di tempat kerja 👨🏻‍💼👨🏻‍💻. Hal ini dapat dibuktikan melalui statistik yang dikeluarkan oleh pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang menunjukkan bahawa dari tahun 2013 hingga 2017 terdapat seramai 257 lelaki dilaporkan telah menjadi mangsa daripada keseluruhan 1,218 kes gangguan seksual yang dilaporkan ‼️. Sememangnya isu ini bukanlah satu isu yang kecil dan tidak boleh dipandang ringan ❗️❕. Pihak perniagaan atau organisasi yang mempunyai autoriti perlu menyiasat dan mengambil tindakan keras sekiranya terdapat aduan tentang isu gangguan seksual dalam kalangan pekerja ⭕️❗️.

hampa pernah dengar tak tentang peruntukan undang-undang yang diguna pakai dalam negara kita untuk mengatasi masalah gangguan seksual? 🤔🤔

haaa kalau belum pernah dengar, di sini kami akan berkongsi serba sedikit tentang akta undang-undang serta tindakan yang boleh diambil oleh mangsa gangguan seksual 💁🏻‍♂️💁🏻‍♀️.

Walaupun negara Malaysia ni tiada akta khusus berkaitan gangguan seksual, tetapi beberapa jenis peruntukan undang-undang yang terdapat di negara ini diguna pakai demi menyelesaikan masalah gangguan seksual yang kian berleluasa ✅.

Peruntukan Undang-undang:

1. Akta Perhubungan Perusahaan 1967 [Akta 177] 💯
2. Akta Kerja 1955 [Akta 265] 💯
3. Kanun Keseksaan [Akta 574] 💯

Tindakan yang Boleh Diambil oleh Mangsa Gangguan Seksual:

- Mengumpulkan bukti seperti merekod catatan berkenaan tarikh, tempat dan masa ketika kejadian itu berlaku ✏️📝. Jika berlaku gangguan seksual secara visual melalui aplikasi media sosial, mangsa perlu menyimpan semua rekod yang berunsur seksual secara digital untuk dijadikan sebagai bahan bukti 📱📲💻.
- Memaklumkan kejadian yang berlaku itu kepada pihak ketiga supaya dapat menjadi saksi dan boleh diminta untuk memberi keterangan apabila diperlukan 🗣️👤👥.
- Mengemukakan aduan kepada pihak yang bertanggungjawab seperti Unit Intergriti Jabatan Syarikat, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) atau agensi-agensi yang mengendalikan isu berkaitan gangguan seksual di tempat kerja untuk mendapatkan khidmat nasihat selanjutnya 📋.
- Membuat laporan polis jika gangguan seksual yang dialami oleh mangsa semakin parah dan secara berterusan 👮🏻👮🏻‍♂️.

‼️ TIDAK MENEPATI WAKTU BEKERJA ‼️

Masalah yang ketiga merupakan masalah yang sering berlaku dalam sebuah perniagaan iaitu pekerja yang tidak menepati waktu bekerja tanpa sebab yang kukuh dan alasan yang logik😏💀. Adakah normal jika datang lewat ke tempat kerja berkali-kali? TENTULAH TIDAK YA RAKAN-RAKAN SEMUA🤬! Masalah ini akan sentiasa berlaku jika pihak majikan tidak memberi perhatian sepenuhnya untuk mengatasinya. Individu yang selalu datang lewat ke kerja ini merupakan pekerja yang banyak memberi masalah kepada syarikat mahupun majikannya 💢💢. Aneh bukan? Jika ditanya mengapa datang lewat ke tempat kerja pasti jawapan sama diberi seperti berlaku kesesakan lalu lintas, terlajak tidur akibat terlalu penat dan mungkin sakit perut🧐🤫. Alasan-alasan ini akan diulangi jika diberi peluang kemaafan berkali-kali. Kawan-kawan..🔊 jika terdapat pekerja macam ni syarikat pun boleh lingkup tauu ishishh😤❌. Nak tahu tak kenapa individu-individu macam ni wujud? Mestilah kena tau🙀. Salah satu sebabnya ialah tak ada displin dalam diri tu🔫. Tak ada disiplin dalam diri ni lah menyebabkan seseorang tu tidak kesah untuk datang ke kerja dengan lewat berulang-ulang kali pun. Individu macam ni tiada motivasi dan kesedaran dalam diri ni❗❗Lebih-lebih lagi juga, mereka ni tidak mempunyai perasaan tanggungjawab dengan pekerjaan mereka sebab itulah selalu mai kerja lambat⏰. Disebabkan pekerja macam ni, syarikat akan mendapat banyak kesan negatif jika isu ini tak ditangani dengan segera. Hal ini akan mempengaruhi prestasi syarikat sama ada baik 👍🏻 ataupun kurang baik👎🏻.

Jadi hampa semua, adakah kelakuan datang ke tempat kerja lambat ini bagus🧐?

Mestilah jawapannya adalah TIDAK YAA HAMPA 🤬❗❌. Perbuatan ni tidak boleh dibiar semakin berlarutan kerana pekerja macam ini akan naik lemak🤯🦶🏻. Betulkan⁉️Mengikut Akta Kerja 1955, majikan boleh mengeluarkan tindakan ini jika melanggar peraturan yang ditetapkan dan tidak mengambil serius dengan peluang-peluang yang telah diberi berulang kali😎. Majikan boleh memberi amaran secara lisan🗣️ mahupun tertulis📝. Pemberian amaran ⚠️ ini merupakan tanda majikan memberi nasihat dan peluang untuk berubah untuk menepati waktu bekerja😇.

‼️PENYALAHGUNAAN KUASA ‼️

Masalah keempat yang hampa akan tahu ialah isu penyalahgunaan kuasa oleh pekerja yang mempunyai pangkat yang tinggi 💼🙅🏻‍♀️. Penyalahgunaan kuasa ini merupakan tindakan yang tidak sewajarnya berlaku dalam sebuah perniagaan🥺. Hal ini akan menimbulkan keraguan 🧐dan kurang percaya 🤔 antara satu sama lain dalam sebuah perniagaan, dengan itu sebuah perniagaan tidak dapat maju. Dalam era globalisasi kini kawan-kawan, percaya atau tidak penyalahgunaan kuasa ini sering berlaku dalam kalangan individu-individu yang tidak amanah dengan kerja mereka👨🏻‍⚖️. Penyalahgunaan kuasa ini berlaku akibat pentingnya diri sendiri yang hanya memikirkan keuntungan sendiri tanpa fikir akibat yang akan datang dikemudian hari‼️‼️😪. Individu - individu seperti ini akan melakukan penyalahgunaan kuasa apabila mereka lupa daratan😏 setelah pangkat dinaikkan mahupun mempunyai kuasa yang tinggi. Salah satu perkara yang mereka buat adalah menggunakan sumber dana yang diamanahkan untuk melakukan sesuatu projek tetapi mereka menggunakan sumber dana tersebut demi kehendak diri sendiri tanpa izin dari pihak atasan🤦🏻‍♂️. Lebih-lebih lagi, dunia kini canggih dengan teknologi yang tinggi, penipuan dalam penggunaan sumber dana ini tidak mudah untuk diketahui dengan cepat kerana mereka bijak sekali😡❌. Individu yang berpangkat tinggi ni akan mengarah golongan bawahan mereka lalu memberi faedah atas pertolongan tersebut‼️.

Peliklah kalau hampa tak pernah dengar isu-isu seperti ini di media sosial kan❓❓🤣

Masalah penyalahgunaan kuasa inilah akan menjejaskan imej negara kita tahu tak🤬‼️ Negara luar akan memandang rendah dengan negara kita, lalu perniagaan-perniagaan kita tidak dapat berkembang maju ke negara luarlah kan❓🥹. Sedih sekali apabila perkara ini berlaku😢 tetapi apakan daya kita tidak mampu untuk menentukan tindakan seseorangkan😌.

Terdapat banyak akta tentang penyalahgunaan kuasa ini seperti Akta Pencegahan Rasuah 1997, Akta 613 Pencegahan Pengubahan Wang Haram⚠️⚠️. Maka dengan itu, berhentilah melakukan perkara yang salah disisi undang-undang kerana tindakan denda yang dikenakan bukanlah ringan yaa😇‼️

Disediakan oleh:
Puteri Nur Khayrin binti Mohd Norlizam (291760)
Nur Athirah Ayuni binti Mazlan (291827)

[Posting 1] 😍Tajuk :Kejujuran dan Integriti dalam Perniagaan.🤗🤗🤗 Isi kejujuran dan integriti tidak lagi usang didengari ...
11/06/2023

[Posting 1] 😍
Tajuk :Kejujuran dan Integriti dalam Perniagaan.🤗🤗🤗

Isi kejujuran dan integriti tidak lagi usang didengari di telinga masyarakat rakyat Malaysia. 😚😊Jadi apakah yang dimaksudkan kejujuran dan integriti itu? Menurut (Macmillan) “Kejujuran” dimaksudkan sebagai “seorang yang tidak berbohong atau menipu dan mematuhi undang-undang”, Manakala intergriti adalah kualiti yang sentiasa berkelakuan mengikut prinsip-prinsip moral yang anda percayai, supaya orang akan menghormati dan mempercayai anda.

Bagi memahami topik ini, kejujuran dan integriti merupakan dua ✌nilai penting dalam perniagaan yang membentuk asas untuk kejayaan jangka panjang.❤ Kejujuran merujuk kepada prinsip bertindak secara jujur, mematuhi kebenaran, dan menghormati nilai-nilai moral. Integriti p**a melibatkan keutuhan diri dan ketepatan dalam mematuhi prinsip-prinsip moral dan etika, serta berpegang kepada standard moral tanpa mengira keadaan.

Justeru itu, integriti dan kejujuran juga adalah aspek penting dalam perniagaan kerana faktor utama dalam memperoleh kepercayaan pelanggan dan pemegang kepentingan lain. 😎Hal ini dikatakan demikian kerana pelanggan cenderung untuk berurusan dengan syarikat atau individu yang mereka percayai dan kejujuran dalam transaksi dan komunikasi adalah kunci untuk membangun dan mengekalkan kepercayaan tersebut.

Integriti juga adalah faktor penting dalam membentuk imej perniagaan.😶 Perkara ini kerana syarikat atau individu yang menunjukkan integriti dalam tindakan dan keputusan mereka menunjukkan bahawa mereka mematuhi dan standard moral dan etika yang tinggi. Oleh itu, ia telah membantu untuk memperoleh sokongan dan pengiktirafan daripada pelanggan, kakitangan dan masyarakat.

Tambahan p**a, kejujuran dan integriti dalam perniagaan membantu mencegah penipuan, korupsi, dan amalan tidak etika lain yang boleh merosakkan reputasi dan keberlanjutan perniagaan.🤥😆 Dalam jangka panjang, perniagaan yang berpegang kepada kejujuran dan integriti akan mengalami pertumbuhan yang lebih baik kerana mereka menarik pelanggan yang setia, pelabur yang beretika, dan rakan kongsi yang boleh dipercayai.

Bagi pemilik perniagaan dan usahawan, amalan kejujuran dan integriti juga membantu membentuk budaya perniagaan yang positif di kalangan kakitangan. ☺Ini memupuk kerjasama, keyakinan dan semangat kerja dalam organisasi, yang pada gilirannya meningkatkan produktiviti dan prestasi keseluruhan perniagaan.

Oleh itu, kejujuran dan integriti adalah nilai yang tidak boleh dipandang remeh dalam perniagaan. Mereka membentuk asas yang kukuh untuk membangun perniagaan yang berjaya, memperoleh kepercayaan pelanggan, dan memastikan kelangsungan perniagaan dalam jangka panjang.

Jadi, saya berasa peniaga atau usahawan haruslah mematuhi etika yang sepatutnya dalam menjalankan perniagaan.☺Terdapat beberapa etika kejujuran dan integriti dalam perniagaan yang wajar dipratikkan oleh peniaga atau usahawan.

Peniaga harus bertindak dengan jujur ​​dan berintegriti dalam semua interaksi dan transaksi perniagaan.😬 Peniaga perlulah menghindarkan diri daripada penipuan, manip**asi informasi, korupsi dan perilaku yang tidak moral untuk mendapatkan keuntungan. Sebagai contoh, peniaga haruslah berkomunikasi secara jelas dan jujur dengan semua pihak yang berkaitan seperti pemegang saham, pelanggan, pelabur dan pekerja. Selain itu, peniaga tidak boleh menyembunyikan fakta yang penting dalam transaksi perniagaan.

Selain itu, peniaga harus menghormati hak-hak pelanggan dengan memberikan informasi yang jelas dan komprehensif tentang produk dan servis yang ditawarkan. 🤥🤣Ini termasuk karakteristik, kualiti dan manfaat produk serta batasan atau risiko yang mungkin terkait dengan penggunaannya.

Di samping itu, peniaga tidak boleh menggunakan cara pemasaran yang menipu atau menyesatkan.🤥🤭 Peniaga harus mematuhi standard etika dalam iklan dan promosi. Iklan dan promosi harus jujur ​​dan tepat. Peniaga tidak boleh memberikan informasi yang menyesatkan atau membuat klaim palsu tentang produk atau layanan mereka. Semua pernyataan yang dibuat dalam iklan harus didukung oleh bukti yang dapat dipertanggungjawabkan. Peniaga turut harus menggunakan bahasa yang jelas dan tidak ambigu dalam iklan mereka.

Etika kejujuran dan integriti juga melibatkan tanggungjawab sosial perusahaan terhadap masyarakat di sekitarnya.🤨 Hal ini mengandungi kepatuhan terhadap hukum dan peraturan yang berlaku serta kesedaran terhadap dampak sosial dan lingkungan dari kegiatan perniagaan. Perusahaan yang berintegriti akan memastikan bahawa kegiatan mereka tidak merugikan masyarakat atau lingkungan sekitar.

Akhir sekali, kejujuran dan integriti perlu diamalkan di dalam organisasi.🤔 Perusahaan yang mempromosikan kejujuran internal memastikan bahawa pekerja dilayan secara adil, kompensasi yang adil diberikan dan praktik pengambilan pekerja berdasarkan integriti dan keadilan. Hal ini mencakupi menghindari nepotisme, diskriminasi atau konflik kepentingan di antara anggota syarikat.

Sekian daripada kami.😀😘

Disediakan oleh:
Lim Wen Xin (291756)
Muhammad Syahmi bin Jumbri (291860)

Address

Universiti Utara
Sintok
06010

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when A222 Mpu1013 Kumpulan 2 - Penghayatan Etika dan Peradaban posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share