Mpu1013 Penghayatan Etika dan Peradaban Kumpulan M

Mpu1013 Penghayatan Etika dan Peradaban Kumpulan M Up-to-date industry trends and academic news.

04/07/2023

Pantun

NAMA : NURUL BASYIRAH BINTI ZULKIFLINO.MATRIK: 287627NAMA : LAI MEI KUNNO. MATRIK: 287675Cara-Cara Untuk Mengelakkan Pen...
10/06/2022

NAMA : NURUL BASYIRAH BINTI ZULKIFLI
NO.MATRIK: 287627

NAMA : LAI MEI KUN
NO. MATRIK: 287675

Cara-Cara Untuk Mengelakkan Penipuan Dalam Talian🔒🥷🏼

1- Tetapkan kata laluan yang kukuh
Hal ini dikatakan demikian kerana ramai menggunakan kombinasi kata laluan yang lemah seperti tarikh lahir, nombor kenderaan atau kombinasi yang mudah diingati oleh mereka. Tambahan p**a, kombinasi kata laluan yang mudah ini akan wujud dalam pangkalan data Internet. Tindakan ini akan membolehkan penipu untuk mengetahui kombinasi kata laluan dengan mudah. Oleh itu, dinasihati supaya menggunakan kombinasi kata laluan yang kuat di mana terdiri daripada sekurang-kurangnya lapan aksara termasuk gabungan huruf besar dan kecil, nombor dan aksara khas.

2- Mengambil langkah keselamatan
Sebagai seorang pengguna Internet, kita perlulah memastikan aplikasi perisian antivirus yang diguna adalah terbaharu. Hal ini kerana aplikasi perisian antivirus ini merupakan benteng pertahanan yang terbaik untuk sesebuah komputer. Aplikasi perisian antivirus ini mampu untuk menahan sebahagian virus computer seperti Trajan, Worm, Memory Resident Virus dan sebagainya. Justeru, digalakkan supaya setiap pengguna Internet memuat turun perisian antivirus terkini. Jangan lupa lagi untuk aktifkan fungsi kemas kini bagi menerima notifikasi terbaharu untuk kemas kini aplikasi perisian antivirus terbaharu.

3- Sentiasa berhati-hati
Tidak kira di mana-mana situasi, sikap berwaspada perlulah sentiasa berada pada diri kita. Dalam topik penipuan dalam talian, kita perlu berhati-hati dengan sebarang permintaan untuk butiran peribadi atau berkaitan dengan wang. Hal ini disebabkan orang ramai tidak sedar bahawa memberikan butiran kad kredit, butiran akaun dalam talian atau salinan dokumen peribadi akan mengakibatkan maklumat peribadi atau wang dalam akaun mereka dicuri oleh penipu. Lantas, penipu akan memindahkan wang dalam akaun bank dan inilah yang menyebabkan kes penipuan dalam talian meningkat secara mendadak saban tahun. Maka, dinasihatkan untuk setiap pengguna Internet untuk berwaspada apabila datang keadaan yang berkaitan dengan akaun bank dan jangan sesekali memberikan segala maklumat kepada sesiapa yang tidak dikenali.

4- Langkah seterusnya adalah kita perlu sentiasa semak dan siasat kesahihan sesebuah perkara di Internet terlebih dahulu sebelum membuat tindakan. Kebanyakan kes penipuan Internet bermula dengan iklan atau pautan yang tidak sahih. Mangsa -mangsa terpedaya dengan gambar, nilai habuan atau video yang digunakan hanya untuk menipu mereka dengan helah secara maya. Kita digalakkan untuk mengelak daripada membuka SMS tau mesej daripada mana-mana sosial media yang diterima dariapda bukan kenalan kita.

5- kita hendaklah selalu mendapatkan khidmat nasihat daripada orang yang berkelayakan bagi mengelakkan daripada terlibat dengan penipuan Internet. Setiap di antara kita mempunyai ilmu dan kemahiran yang tidak dipunyai oleh orang lain. Maka, dengan sikap rendah diri kita hendaklah sentiasa bertanya kepada mereka yang lebih berpengalaman dalam perkara yang kita hadapi agar kita tidak lagi mengulangi kesilapan yang sama

6. Jangan memberi maklumat peribadi atau kewangan kepada orang yang tidak kenali kerana ini akan Cara-Cara Untuk Mengelakkan Penipuan Dalam Talian

6. Jangan memberi maklumat peribadi atau kewangan kepada orang yang tidak kenali kerana ini akan penjenayah siber akan boleh memanip**asikan maklumat tersebut bagi menjayakan lagi misi mencuri hak orang lain.

NAMA: FITRI NUR HAZUREEN SYAWANI BT HAMDANNO MATRIK: 287656TAJUK: JENIS-JENIS PENIPUAN DALAM TALIAN  ⚠️Penipuan Phishing...
30/05/2022

NAMA: FITRI NUR HAZUREEN SYAWANI BT HAMDAN
NO MATRIK: 287656

TAJUK: JENIS-JENIS PENIPUAN DALAM TALIAN

⚠️Penipuan Phishing E-mail⚠️
-Komunikasi yang dilakukan melalui e-mail atau media sosial. Penjenayah siber akan menghantar e-mail kepada anda dan cuba menipu anda untuk memberi butiran log masuk anda – akaun bank, rangkaian sosial, akaun kerja, storan cloud atau lain-lain butiran peribadi yang bernilai kepada mereka. E-Mail phishing ini kelihatan seolah-olah ia datang daripada sumber rasmi, ia mungkin berupa e-mail yang dihantar oleh pihak bank atau lain-lain institusi kewangan, atau syarikat penghantaran atau pihak rangkaian sosial. Di dalam e-mail tersebut, mereka akan memberikan pautan (link) di mana apabila anda mengakses laman web tersebut, ia kelihatan seperti laman web yang benar dan meyakinkan tetapi sebenarnya ia dikawal oleh pihak penjenayah siber. Anda diberikan laman akses log masuk palsu yang kelihatan seperti laman web

🚫Penipuan Money Laundering🚫
- Penipuan bermula dengan mesej berbaur emosi. Ia mungkin berupa e-mail yang dihantar oleh badan kerajaan, peniaga atau waris kepada keluarga yang kaya-raya (kebiasaannya wanita) yang meminta bantuan untuk megeluarkan sejumlah besar wang daripada bank dengan membayar yuran pendahuluan yang kecil untuk penyediaan dokumen dan hal-hal guaman. Sebagai balasan, mereka menjanjikan anda jumlah wang yang besar atas bantuan anda. Sekiranya anda tertipu dan “membantu” mereka, yuran kecil ini hanyalah satu permulaan. Jangan hairan sekiranya anda dapati mereka mula meminta anda membayar lebih banyak perkhidmatan tambahan seperti kos transaksi atau pindahan. Anda juga akan menerima surat pengesahan urusan yang tampak meyakinkan, Akhirnya, anda kehilangan wang simpanan anda tanpa mendapat apa-apa p**angan dari jumlah yang dijanjikan.

⚠️ Penipuan Loteri ⚠️
-Penipuan loteri ini datang dalam bentuk e-mail memaklumkan bahawa anda telah memenangi sejumlah besar wang tunai dan anda cuma perlu membayar sejumlah yuran yang sedikit untuk mendapatkannya. Mereka juga biasanya memberitahu yang anda memenangi hadiah bernilai seperti pakej pelancongan, barangan elektronik, telefon pintar dan banyak lagi tetapi anda perlu membuat bayaran terlebih dahulu untuk dapatkan hadiah anda. Mereka juga akan berpura-pura meminta pertolongan mangsa untuk menuntut hadiah, dengan menjanjikan sebahagian dari hadiah tersebut dengan syarat mangsa memberi sejumlah wang sebagai cagaran. Selepas memberikan wang tersebut, mereka akan terus menghilangkan diri.

🚫 Penipuan Pinjaman Bank 🚫
Suspek atau sindiket akan mengiklankan pinjaman wang dalam pelbagai cara yang mengandungi butiran tawaran pinjaman bank tempatan. Tawaran pinjaman yang diiklankan dilihat lebih baik dengan menawarkan pakej tanpa cagaran, penjamin, kertas kerja dan sebagainya. Mangsa akan menelefon nombor yang tertera pada iklan itu dan mereka diminta memasukkan sejumlah wang deposit antara dua hingga 10 peratus dari jumlah pinjaman yang hendak dipinjam ke akaun sebagai yuran pemprosesan. Suspek kemudian berjanji wang akan dimasukkan ke akaun mangsa dalam tempoh dua atau tiga hari selepas deposit dibayar namun suspek gagal dihubungi selepas itu. Sasaran mereka adalah mangsa yang terdesak mahukan wang. Adalah dinasihatkan kepada orang ramai supaya berhubung dengan pihak bank sendiri untuk mendapatkan maklumat yang sah berkaitan sebarang pinjaman mahupun pembiayaan.

⚠️ Penipuan Skim Cepat Kaya ⚠️
-sejumlah wang akan didepositkan atau dilaburkan kepada penganjur skim cepat kaya dengan janji dan syarat bahawa wang deposit tersebut akan dip**angkan kembali dengan faedah atau keuntungan yang dijanjikan bagi wang yang didepositkan selalunya lebih tinggi daripada apa yang ditawarkan oleh institusi-institusi kewangan berlesen. Terdapat pelbagai jenis skim cepat kaya, antaranya adalah Skim piramid dan Skim Ponzi. Di Malaysia Skim Cepat Kaya yang paling terkenal adalah skim Pak Man Telo. Pada kebiasaannya antara ayat-ayat skim cepat kaya adalah:-
‼️ “Anda hanya perlu mengeposkan kepada ..orang yang kemudiannya akan membuat deposit ke dalam akaun anda…..”‼️
‼️Anda tidak perlu berbuat apa-apa. Hanya tunggu wang terkumpul dalam akaun anda….”‼️
‼️Dijamin tiada risiko, dan wang akan dip**angkan kembali.‼️

NAMA : NUR AMNI SAFIRAH BINTI SANUDIN NO. MATRIK : 287697Ciri-ciri Penipuan Atas Talian ⛔ Mesej Menang Hadiah- Mesej sep...
28/05/2022

NAMA : NUR AMNI SAFIRAH BINTI SANUDIN
NO. MATRIK : 287697

Ciri-ciri Penipuan Atas Talian

⛔ Mesej Menang Hadiah
- Mesej seperti ini biasanya dihantar daripada nombor yang tidak dikenali. Ia akan menyatakan bahawa mangsa memenangi baucar, hadiah, atau lucky draw daripada sebarang pertandingan atau aplikasi yang digunakan. Mangsa yang menekan pautan yang diberikan biasanya perlu memberikan maklumat privasi dan akhirnya akan disambungkan ke pautan yang mencurigakan sehingga mangsa menyedari bahawa maklumat peribadinya telah dicerobohi. Perkara ini akan menjadi lebih parah apabila bersangkutan dengan pihak bank.

⛔ Menyamar Menjadi Pegawai Bank
- Penjenayah siber seringkali akan menghantar mesej berkredit atau menelefon individu dan menyamar sebagai institusi yang dipercayai seperti bank atau syarikat kerajaan. Hal ini bertujuan untuk mempengaruhi individu supaya memberikan nombor kad pengenalan, akaun bank, kata laluan dan maklumat peribadi yang lain. Mesej yang dihantar biasanya berbentuk arahan yang mana mereka mencuba sedaya-upaya menyuruh individu supaya menyerah maklumat peribadi. Mereka juga menipu akan bertanggungjawab sekiranya berlaku masalah atau kebocoran maklumat. Contohnya, pihak bank dalam proses untuk memindahkan sejumlah wang dalam akaun yang baru dan menutup akaun yang lama, justeru itu, mangsa perlu mengesahkan semua maklumat untuk urusan yang seterusnya. Apabila mangsa memberikan maklumat yang dikehendaki, mereka membekukan akaun mangsa dan mengambil semua wang yang tersimpan dalam akaun tersebut.

⛔ Mesej Yang Mencurigakan
- Penjenayah siber juga boleh menyamar sebagai orang biasa yang menggunakan alasan untuk membetulkan nombor telefon yang tersalah daftar. Alasan ini digunakan sebagai helah untuk memperdaya mangsa supaya memberikan maklumat perbankan Internet dan nombor Kod Pengesahan Transaksi (TAC) sebelum wang dalam akaun bank mangsa lesap. Apabila individu enggan memberikan nombor TAC tersebut, mereka seakan-akan mendesak seperti sekiranya mangsa tidak membalas mesej dalam masa 24 jam, wang akaun mangsa akan lesap. Mangsa yang berasa takut terpaksa menyerahkan segala maklumat yang diperlukan.

⛔ Mesej Seperti Mahu Berkenalan
- Sesetengah penjenayah siber bertindak menghantar mesej yang kelihatan seperti mahu berkenalan dengan mangsa dan mesra. Mesej tersebut juga kelihatan seolah-olah telah mengenali mangsa. Apabila mangsa sudah terjerat, maka penjenayah siber akan mencari masa yang sesuai untuk meminta mangsa menekan satu pautan yang mencurigakan. Pautan tersebut seterusnya akan disambungkan ke akan akaun bank penggodam yang mana mangsa perlu mengemaskini butiran tertentu. Apabila mangsa sudah terpedaya, penggodam akan menghilangkan diri dan mencari mangsa yang seterusnya.

NAMA: SALSABIL BINTI NIJMUDDEENNO. MATRIK : 287626AWAS‼️ SENTIASA PEKA DENGAN ISU-ISU TERKINI PENIPUAN ATAS TALIAN‼️📌Pel...
25/05/2022

NAMA: SALSABIL BINTI NIJMUDDEEN
NO. MATRIK : 287626

AWAS‼️ SENTIASA PEKA DENGAN ISU-ISU TERKINI PENIPUAN ATAS TALIAN‼️

📌Pelbagai isu-isu penipuan secara atas talian yang semakin merebak mengikut perederan zaman.
📌 Pelbagai umpan2 dan tipu helah dipakai untuk pancing dan perdaya mangsa2
‼️ Ikuti berita terkini untuk mengikut perkembangan semasa agar dapat mengelak dari menjadi mangsa

Antara2 isu terkini:-
💥 Macau Scam
💥 Love Scam
💥 Penipuan melalui e-dagang
💥 Pinjaman tidak wujud

🛑 Segera laporkan kepada pihak polis jika atau 999 dengan segera jika anda menjadi mangsa ‼️

Address

Sintok

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Mpu1013 Penghayatan Etika dan Peradaban Kumpulan M posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Mpu1013 Penghayatan Etika dan Peradaban Kumpulan M:

Shortcuts

Share