Majlis Profesor Universiti Utara Malaysia

Majlis Profesor Universiti Utara Malaysia Official Facebook for Majlis Profesor UUM (UUM Council of Professors) Dato’ Dr. Ahmad Fawzi Basri, the 5th Vice-Chancellor of UUM. ROLES
1. RESPONSIBILITIES
1.

The UUM Council of Professors (or Majlis Profesor UUM – MPUUM) is the University’s council of academic elders that gathers and represents the voice of professors at the Universiti Utara Malaysia. MPUUM aspires to mobilize the expertise of UUM professors and other academics in helping UUM to become the eminent management University, as well as supporting the government's efforts to develop the coun

try and provide well-being to the society at-large. MPUUM has been established since 2001 by the UUM Executive Council under the leadership of the late Prof. MPUUM is governed under its University’s approved bylaws – the “PERATURAN MAJLIS PROFESOR UNIVERSITI UTARA MALAYSIA”. VISION
To be an authoritative leader in driving the nation-state excellence

MISSION
Spreading knowledge, seeding virtues, and sowing services. Enhancing the academia visibility of the University as the eminent management university.
2. Providing services that have added value to the University and society at-large; and
3. Steering the knowledge leadership and expertise for the society at-large. To serve as a think tank to the University Management when needed.
2. To provide insights on policies related to the progress of research, academic and management of the University.
3. To assist University’s departments in establishing collaborations with various local and foreign organizations; and
4. To organize knowledge sharing and public advocacy activities in line with the interests of the university.

06/08/2026

📅 Day 2 | 5 Ogos 2026

Salah satu sesi yang diadakan pada hari kedua Bengkel Pemantapan Majlis Profesor Universiti Utara Malaysia (MPUUM) & Round Table Discussion (RTD) ialah Taklimat Syarahan Pengukuhan Profesor yang disampaikan oleh Prof. Ts. Dr. Ariffin bin Abdul Mutalib.

Taklimat ini memberi pendedahan mengenai pelaksanaan, hala tuju dan kepentingan Syarahan Pengukuhan Profesor sebagai platform perkongsian kepakaran akademik serta sumbangan intelektual profesor kepada universiti, masyarakat dan negara.

Terima kasih diucapkan kepada Prof. Ts. Dr. Ariffin bin Abdul Mutalib atas perkongsian ilmu dan pandangan yang bermanfaat kepada semua peserta.

06/08/2026

📅 Day 2 | 5 Ogos 2026

Hari kedua Bengkel Pemantapan Majlis Profesor Universiti Utara Malaysia (MPUUM) & Round Table Discussion (RTD) diteruskan dengan sesi pembentangan hasil perbincangan setiap kumpulan serta perkongsian idea bagi memperkukuh peranan dan hala tuju MPUUM.

Perbincangan yang berlangsung secara terbuka dan konstruktif telah menghasilkan pelbagai cadangan strategik yang akan dijadikan asas dalam memperkasakan kecemerlangan profesor serta memperluaskan impak MPUUM kepada universiti, masyarakat dan komuniti global.

Terima kasih kepada semua peserta atas komitmen, pandangan bernas dan kerjasama sepanjang sesi berlangsung.

06/08/2026

🎥 DAY 1 | 04 Ogos 2026

Bengkel Pemantapan MPUUM & Round Table Discussion (RTD)

Sorotan hari pertama yang berlangsung dengan penuh semangat melalui perkongsian idea, perbincangan dan pertukaran pandangan dalam memperkukuh peranan serta hala tuju Majlis Profesor Universiti Utara Malaysia (MPUUM).

Jom saksikan video sorotan Day 1! ✨

Selamat Bersara & Terima Kasih, Prof. Dr. Russayani binti Ismail 🌷Majlis Profesor UUM merakamkan setinggi-tinggi penghar...
01/08/2026

Selamat Bersara & Terima Kasih, Prof. Dr. Russayani binti Ismail 🌷

Majlis Profesor UUM merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Prof. Dr. Russayani binti Ismail atas segala sumbang bakti, jasa dan komitmen yang telah dicurahkan sepanjang berkhidmat di Universiti Utara Malaysia.

Semoga fasa baharu kehidupan ini dipenuhi dengan kebahagiaan, kesihatan yang baik dan kenangan indah bersama insan tersayang.

Selamat bersara, Prof! Jasa dan bakti Prof. akan sentiasa dikenang. 💐

Ikhlas daripada
Majlis Profesor UUM

✨ MPUUM SEBAGAI PENGANJUR BERSAMA MAJLIS SANJUNGAN LEGASI ILMU UUMCOB ✨SINTOK, 28 Julai 2026 - Majlis Profesor Universit...
29/07/2026

✨ MPUUM SEBAGAI PENGANJUR BERSAMA MAJLIS SANJUNGAN LEGASI ILMU UUMCOB ✨

SINTOK, 28 Julai 2026 - Majlis Profesor Universiti Utara Malaysia (MPUUM) berbesar hati menerima jemputan daripada UUM College of Business (UUMCOB) sebagai penganjur bersama Majlis Sanjungan Legasi Ilmu UUMCOB yang berlangsung di Dewan Angsana, EDC, UUM.

Majlis ini menjadi wadah untuk menghargai jasa, sumbangan dan legasi ilmu para pensyarah yang telah banyak menyumbang kepada kecemerlangan akademik UUM.

🤝 Semoga jalinan kerjasama antara MPUUM dan UUMCOB terus diperkukuh dalam menghargai serta meneruskan legasi ilmu untuk generasi akan datang.

Menghargai Jasa, Menyemai Inspirasi, Meneruskan Legasi. 🌷

Sintok, 20 Julai 2026 - Mesyuarat Agung Tahunan Majlis Profesor UUM (MPUUM) 2026 telah berlangsung dengan jayanya pada 2...
21/07/2026

Sintok, 20 Julai 2026 - Mesyuarat Agung Tahunan Majlis Profesor UUM (MPUUM) 2026 telah berlangsung dengan jayanya pada 20 Julai 2026 di Bilik Roupellia, EDC-UUM, dengan penyertaan ahli secara fizikal dan dalam talian melalui Webex.

Mesyuarat ini menjadi platform untuk membentangkan laporan aktiviti dan kewangan, di samping membincangkan pelbagai cadangan serta hala tuju MPUUM. Perbincangan yang berlangsung dalam suasana harmoni dan konstruktif mencerminkan komitmen ahli dalam memperkukuh peranan MPUUM sebagai wadah kecemerlangan akademik dan pemikiran strategik universiti.

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada semua ahli serta urus setia yang telah menyumbang kepada kelancaran penganjuran Mesyuarat Agung Tahunan MPUUM 2026. Semoga semangat kebersamaan ini terus menjadi pemangkin kepada kecemerlangan MPUUM pada masa hadapan.

19/07/2026

Akan berlangsung esok ..

19/07/2026

🎬 Sesuatu yang dinanti bakal bermula...

Detik yang menghimpunkan suara, idea dan kebersamaan warga profesor UUM semakin hampir.

📅 20 Julai 2026 🕙 10.00 pagi

Saksikan teaser ini dan nantikan Mesyuarat Agung Tahunan Majlis Profesor UUM (MPUUM) 2026.

Bersama Membina, Bersama Memperkasa, Bersama Melakar Masa Depan MPUUM.

🌟 Tahniah & Syabas 🌟Majlis Profesor Universiti Utara Malaysia (MPUUM) merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Prof. Dr...
08/07/2026

🌟 Tahniah & Syabas 🌟

Majlis Profesor Universiti Utara Malaysia (MPUUM) merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Prof. Dr. Russayani binti Ismail atas penganugerahan Ahli Mahkota Kedah (A.M.K.) sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah, Sultan Negeri Kedah Darul Aman ke-84.

Penganugerahan ini merupakan satu pengiktirafan yang amat bermakna terhadap jasa, dedikasi dan sumbangan beliau dalam bidang akademik, penyelidikan, kepimpinan serta pembangunan masyarakat.

Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada seluruh warga akademia untuk terus cemerlang, berbakti dan mengharumkan nama Universiti Utara Malaysia.

Sekalung tahniah dan syabas diucapkan. Semoga terus dikurniakan kejayaan, kecemerlangan dan keberkatan dalam setiap amanah yang dipikul.

✨Merafak Sembah Menjunjung Kasih✨Seluruh warga Majlis Profesor Universiti Utara Malaysia (MPUUM) merafak sembah dan meng...
05/07/2026

✨Merafak Sembah Menjunjung Kasih✨

Seluruh warga Majlis Profesor Universiti Utara Malaysia (MPUUM) merafak sembah dan mengucapkan setinggi-tinggi tahniah sempena Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah, Sultan Negeri Kedah Darul Aman.

Semoga Allah SWT mengurniakan Tuanku usia yang diberkati, kesihatan yang berpanjangan serta terus memayungi negeri Kedah Darul Aman dengan penuh kebijaksanaan, kesejahteraan dan kemakmuran.

Daulat Tuanku.

Address

Universiti Utara
Sintok
06010

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Majlis Profesor Universiti Utara Malaysia posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Majlis Profesor Universiti Utara Malaysia:

Shortcuts

Share