Group 11 - A252 MPU 1022 Penghayatan Etika dan Peradaban Kumpulan T

  • Home
  • Malaysia
  • Sintok
  • Group 11 - A252 MPU 1022 Penghayatan Etika dan Peradaban Kumpulan T

Group 11 - A252 MPU 1022 Penghayatan Etika dan Peradaban Kumpulan T Perkongsian maklumat dan kesedaran berkenaan Jenayah Siber - Topik 7
Info, tips keselamatan, dan kesedaran siber.

Siasat dulu sebelum tekan. πŸš«πŸ”’

Assalamualaikum dan salam sejahtera.Kami dari Kumpulan 11 (A252 Penghayatan Etika dan Peradaban (T)) ingin berkongsi seb...
29/05/2026

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Kami dari Kumpulan 11 (A252 Penghayatan Etika dan Peradaban (T)) ingin berkongsi sebuah infografik bertajuk "Jenayah Siber".

Infografik ini membincangkan secara menyeluruh tentang realiti ancaman siber masa kini, cabaran yang dihadapi, serta peranan penting etika digital dalam membendung isu ini daripada terus menjejaskan ketenteraman masyarakat dan negara.

Semoga perkongsian ilmu ini memberi manfaat dan meningkatkan kesedaran kita semua untuk menjadi pengguna teknologi yang bertanggungjawab.

Disediakan oleh:
1. NURFAIDAH BINTI DENZELY (312173)
2. VITA YOGIMEIANA BINTI EDDY SUKOCO (308731)
3. ⁠SITI NABAWIYA ABDUL LATIF (312748)
4. LIM CHUN XIAN (310074)
5. ⁠AINA BATRISYIA BINTI MOHD SHUKRI (308747)
6. ⁠MUHHAMD ROZMAN BIN JALI (310347)
7. PRIYAA A/P S.CHANDRAMOGAN (312832)

πŸ”’ PRIVASI DIGITAL πŸ”’Privasi digital sangat penting dalam kehidupan seharian kerana hampir semua aktiviti kini dilakukan s...
29/05/2026

πŸ”’ PRIVASI DIGITAL πŸ”’

Privasi digital sangat penting dalam kehidupan seharian kerana hampir semua aktiviti kini dilakukan secara atas talian. Setiap pengguna internet perlu lebih berhati-hati ketika menggunakan media sosial, aplikasi dan laman web supaya maklumat peribadi tidak disalahgunakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Kesedaran tentang keselamatan digital dapat membantu mengurangkan risiko jenayah siber seperti pencurian identiti, penggodaman akaun dan penipuan dalam talian.

πŸ“Œ Langkah menjaga privasi digital:
β€’ Jangan berkongsi maklumat peribadi secara terbuka
β€’ Gunakan kata laluan yang kuat dan unik
β€’ Aktifkan pengesahan dua faktor (2FA)
β€’ Semak tetapan privasi media sosial
β€’ Elakkan menekan pautan yang mencurigakan
β€’ Log keluar daripada akaun selepas digunakan

πŸ’‘ β€œFikir sebelum berkongsi, lindungi privasi diri.”

πŸ“± Bijak digital, selamat sentiasa!



DISEDIAKAN OLEH : PRIYAA A/P S.CHANDRAMOGAN (312832)

Tajuk : Jenayah SiberIsu : Tips menjaga kesihatan mental daripada toksik media sosialPenggunaan media sosial yang semaki...
29/05/2026

Tajuk : Jenayah Siber
Isu : Tips menjaga kesihatan mental daripada toksik media sosial

Penggunaan media sosial yang semakin meluas banyak mempengaruhi kehidupan seharian masyarakat. Media sosial banyak memberi manfaat jika digunakan dengan betul, malah perkara yang tidak sepatutnya akan berlaku jika ia disalahgunakan.

Elakkan diri anda daripada menjadi pelaku mahupun mangaa toksi di laman media sosial.



Disediakan oleh : SITI NABAWIYA ABDUL LATIF (312748)

✨ Anak selamat, internet lebih selamat!Peranan ibu bapa sangat penting dalam melindungi anak-anak daripada ancaman jenay...
29/05/2026

✨ Anak selamat, internet lebih selamat!

Peranan ibu bapa sangat penting dalam melindungi anak-anak daripada ancaman jenayah siber. Dengan pemantauan, komunikasi yang baik dan pendidikan keselamatan digital sejak kecil, anak-anak dapat menggunakan internet dengan lebih bijak dan selamat. πŸ’»πŸ‘¨β€πŸ‘©β€πŸ‘§β€πŸ‘¦
Mari bersama menjadi pelindung digital terbaik untuk keluarga kita. ❀️

Disediakan oleh : AINA BATRISYIA BINTI MOHD SHUKRI (308747)

🚨 JENAYAH SIBER BUKAN ISU KECIL! 🚨 Remaja dan pelajar kini semakin terdedah kepada pelbagai ancaman di alam maya seperti...
29/05/2026

🚨 JENAYAH SIBER BUKAN ISU KECIL! 🚨

Remaja dan pelajar kini semakin terdedah kepada pelbagai ancaman di alam maya seperti buli siber, penipuan dalam talian, kebocoran privasi dan gangguan emosi.
Gunakan internet dengan bijak dan bertanggungjawab agar kita dapat melindungi diri daripada menjadi mangsa jenayah siber. πŸ’»πŸ”’

✨ Bersama kita wujudkan persekitaran digital yang lebih selamat!

Disediakan oleh: AINA BATRISYIA BINTI MOHD SHUKRI (308747)

πŸ” LANGKAH MELINDUNGI DATA PERIBADI πŸ”Dalam era digital masa kini, data peribadi sangat mudah terdedah kepada jenayah sibe...
29/05/2026

πŸ” LANGKAH MELINDUNGI DATA PERIBADI πŸ”

Dalam era digital masa kini, data peribadi sangat mudah terdedah kepada jenayah siber jika kita tidak berhati-hati. Maklumat seperti nombor telefon, gambar, data biometrik, rekod perubatan dan maklumat kewangan boleh disalahgunakan oleh pihak tidak bertanggungjawab.

⚠️ Antara modus kecurian data yang sering berlaku:
β€’ Pesanan atau SMS palsu
β€’ Penipuan kad kredit dalam talian
β€’ Panggilan temu duga kerja palsu
β€’ Aplikasi pinjaman tidak sah
β€’ Pautan mencurigakan untuk mencuri maklumat pengguna

βœ… Langkah melindungi data peribadi:
βœ”οΈ Jangan kongsi maklumat dengan orang tidak dikenali
βœ”οΈ Abaikan pautan yang mencurigakan
βœ”οΈ Gunakan perisian asli
βœ”οΈ Tukar kata laluan secara berkala
βœ”οΈ Buat salinan data penting sebagai langkah keselamatan

Sentiasalah berwaspada ketika menggunakan internet supaya data peribadi kita tidak menjadi mangsa penyalahgunaan dan kecurian siber πŸ’»πŸ›‘.

VITA YOGIMEIANA BINTI EDDY SUKOCO 308731

Teknologi AI sememangnya membantu kehidupan manusia menjadi lebih mudah dan canggih. Namun, di sebalik kecanggihan terse...
29/05/2026

Teknologi AI sememangnya membantu kehidupan manusia menjadi lebih mudah dan canggih. Namun, di sebalik kecanggihan tersebut, terdapat pelbagai risiko penyalahgunaan yang boleh mengancam keselamatan dan privasi pengguna.

Antara bahaya penyalahgunaan AI ialah:
πŸ”Ή Deepfake dan manipulasi media
πŸ”Ή Pencurian data peribadi
πŸ”Ή Penipuan dalam talian (phishing)
πŸ”Ή Kecurian model AI
πŸ”Ή Kebocoran data latihan AI
πŸ”Ή Model poisoning yang boleh menyebabkan keputusan salah

Sebagai pengguna teknologi, kita perlu lebih peka dan berhati-hati ketika berkongsi maklumat peribadi serta menggunakan platform digital. Gunakan teknologi secara bijak dan bertanggungjawab demi keselamatan bersama πŸ’»πŸ”.

VITA YOGIMEIANA BINTI EDDY SUKOCO 308731

"Tak Pasti, Jangan Kongsi!" πŸ›‘Zaman sekarang, scammer bukan takat curi duit, tapi dorang boleh intip peranti kita kalau k...
29/05/2026

"Tak Pasti, Jangan Kongsi!" πŸ›‘

Zaman sekarang, scammer bukan takat curi duit, tapi dorang boleh intip peranti kita kalau kita tak celik digital! Jom semak 5 langkah asas ni untuk pastikan diri kita sentiasa selamat:

πŸ” Jaga Peranti Anda – Jangan sebarangan 'allow' aplikasi akses mikrofon atau kamera kalau tak relevan.
🌐 Urus Jejak Digital – Elak kongsi lokasi rumah atau nombor IC kat media sosial. Set akaun kepada Private.
πŸ›’ Transaksi Selamat – Pastikan URL ada ⁠https://⁠ sebelum beli barang. Jangan guna Wi-Fi awam untuk online banking!
πŸ” Semak Sebelum Percaya – Guna portal Semak Mule PDRM untuk check nombor akaun atau nombor telefon yang mencurigakan.

Gajet dah canggih, takkan pemikiran kita masih sama? Jom pakat amalkan Literasi Digital demi keselamatan keluarga kita! πŸ€πŸ›‘οΈ



DISEDIAKAN OLEH: MUHAMMAD ROZMAN BIN JALI (310347)

🚨 *RM2.7 BILION LEBUR MACAM TU JE?!*🚨Rakyat Malaysia, tolong luangkan masa 1 minit untuk hadam poster ni. Statistik jena...
29/05/2026

🚨 *RM2.7 BILION LEBUR MACAM TU JE?!*🚨

Rakyat Malaysia, tolong luangkan masa 1 minit untuk hadam poster ni. Statistik jenayah siber terbaru (2025/2026) ni memang betul-betul menakutkan! 😱

Jangan sampai giliran kita atau mak ayah kita pulak yang jadi mangsa:

πŸ’Έ *67,735 Kes Dilaporkan*– Scammer sekarang makin bijak dan licik.
πŸ“ˆ *Pelaburan Palsu Juara Scam*– Paling banyak sauk duit mangsa (RM1.37 Bilion!).
πŸ’” *Love Scam Jerat Wanita* – 60% mangsa adalah wanita berumur 30-50 tahun. Sila jangan mudah percaya 'janji manis' orang tak dikenal di media sosial ya!

*Pelindung Diri: Ingat Formula 3S!*
1️⃣ *SOAL*– Jangan terus percaya.
2️⃣ *SEKAT*– Jangan layan call/mesej pelik.
3️⃣ *SEMAK* – Guna portal *SemakMule CCID* sebelum buat bayaran.

πŸ†˜ *Dah ter-transfer duit? Jangan panik. TERUS CALL 997*(Pusat Respons Scam Kebangsaan) dengan segera untuk sekat duit daripada keluar!

Sila *SHARE* post ni ke grup WhatsApp keluarga dan Facebook masing-masing. Jaga diri, jaga duit kita! πŸ‘‡πŸ›‘



DISEDIAKAN OLEH : MUHAMMAD ROZMAN BIN JALI (310347)

🀝 BERSAMA MEMBENTUK BENTENG SIBER: APA PERANAN KITA? 🀝Dalam posting sebelum ini, kita dah tahu macam mana liciknya takti...
29/05/2026

🀝 BERSAMA MEMBENTUK BENTENG SIBER: APA PERANAN KITA? 🀝

Dalam posting sebelum ini, kita dah tahu macam mana liciknya taktik scammer e-dagang, kan? Tapi, tahu tak korang yang kita sebenarnya mampu hentikan mereka daripada terus mencari mangsa baharu?

Jenayah siber bukan masalah individu, ia adalah tanggungjawab bersama! Komuniti yang peka ialah komuniti yang selamat. Jom mainkan peranan kita:

πŸ“’ JANGAN DIAM, LAPORKAN SEGERA!
1. Hubungi NSRC (997): Jika anda atau kenalan terlanjur buat bayaran kepada scammer, terus hubungi National Scam Response Centre di talian 997 (dalam tempoh 24 jam) untuk sekatan akaun bank dengan kadar segera.
2. Gunakan Aplikasi 'Semak Mule': Sebelum beli barang atau buat transaksi, semak nombor akaun atau nombor telefon peniaga di portal PDRM ini. Kalau ada rekod pelik, laporkan!
3. Aduan MCMC & KPDN: Buat aduan rasmi di portal Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) atau KPDN sekiranya terdapat salah laku penipuan digital.

πŸ’‘ JADI 'MATA DAN TELINGA' KOMUNITI
1. Saling Menegur & Mengingatkan: Golongan warga emas dan remaja selalunya mudah terpedaya. Kongsikan info keselamatan siber dalam group WhatsApp keluarga atau komuniti taman anda.
2. Jangan Jadi Ejen Penyebar: Jika nampak tawaran atau pautan (link) yang mencurigakan di media sosial, jangan sesekali share atau repost. Putuskan rantaian tersebut di situ juga!

Lindungi diri, lindungi keluarga, lindungi komuniti kita. Ayuh jadi pengguna digital yang bijak dan bertanggungjawab! πŸ‡²πŸ‡ΎπŸ’»

Disediakan oleh: Lim Chun Xian (310074)

Address

UUM
Sintok
06010

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Group 11 - A252 MPU 1022 Penghayatan Etika dan Peradaban Kumpulan T posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category