MPU 1013 Penghayatan Etika & Peradaban

MPU 1013 Penghayatan Etika & Peradaban Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from MPU 1013 Penghayatan Etika & Peradaban, Education Website, Universiti Utara, Sintok.

Kepentingan kontrak sosial adalah untuk menjamin hak istimewa orang melayu dan bumiputera sebagai tuan bagi Tanah Melayu...
14/01/2023

Kepentingan kontrak sosial adalah untuk menjamin hak istimewa orang melayu dan bumiputera sebagai tuan bagi Tanah Melayu serta memelihara kepentingan kaum-kaum yang lain seperti yang tertakluk di dalam perlembagan persekutuan. Kedudukan istimewa orang melayu yang lain termasuklah peruntukan Perkara 89 dan 90 yang memberi kuat kuasa undang-undang yang sedia ada yang melindungi tanah rizab orang melayu daripada diselenggarakan oleh orang bukan melayu. Keududukan istimewa orang melayu tidak mutlak dan seimbang dengan kepentingan sah kaum lain yang secara amnya termasuk hak mendapat kewarganegaraan Malaysia menurut peruntukan kewarganegaraan dalam perlembagaan.

14/01/2023
Kontrak sosial harus difahami sekurang-kurangnya berhubung empat perkara utama, iaitu perlembagaan, kemerdekaan, hubunga...
11/01/2023

Kontrak sosial harus difahami sekurang-kurangnya berhubung empat perkara utama, iaitu perlembagaan, kemerdekaan, hubungan kaum dan sistem pemerintahan negara.

Jika tiada kontrak sosial, mungkin negara kita gagal mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957 kerana penjajah British ketika itu menjadikan pemuafakatan kaum sebagai prasyarat untuk membolehkan Malaya diiktiraf sebagai negara merdeka.

Profesor Undang-undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof Dr Nik Ahmad Kamal Nik Mahmood, menegaskan kontrak sosial dan jus soli kekal relevan sehingga kini serta tidak seharusnya dijadikan polemik dan dipertikaikan.

Walaupun banyak perkara berhubung kontrak sosial terhakis akibat sistem meritokrasi dalam kemasukan pelajar ke universiti serta perkhidmatan awam, persetujuan yang sudah termeterai sekian lama itu perlu diteruskan.

Kontrak sosial yang diwujudkan adalah titik tengah kepada persetujuan kesemua wakil-wakil pemimpin mengikut bangsa dan s...
05/01/2023

Kontrak sosial yang diwujudkan adalah titik tengah kepada persetujuan kesemua wakil-wakil pemimpin mengikut bangsa dan seharusya dilihat sebagai satu perjanjian tidak rasmi yang wujud di negara kita.

Semua persetujuan dalam kontrak sosial, melahirkan Malaysia sebagai sebuah negara berbilang bangsa yang mengamalkan sistem kenegaraan melayu.

Ungkapan inilah yang paling sukar diterima sesetengah pihak kerana konsep penubuhan Malaysia it tidak lari jauh dengan hubungan akar umbi orang Melayu.

Selain itu, perlembagaan yang dibentuk juga mengisytiharkan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, Islam sebagai agama rasmi dan kedudukan sistem pemerintahan di-Raja.

Soal kerakyatan adalah perkara yang sangat penting yang juga menjadi punca kepada perselisihan pendapat dalam kalangan m...
04/01/2023

Soal kerakyatan adalah perkara yang sangat penting yang juga menjadi punca kepada perselisihan pendapat dalam kalangan masyarakat.

Ternyata isu hak kerakyatan kaum bukan Melayu menjadi isu 'panas' yang mewarnai hubungan antara kaum sebelum merdeka. Isu tersebut kadang kala telah mencetuskan ketegangan hubungan antara kaum tetapi telah dapat diselesaikan melalui jalan perundingan yang intensif terutama dalam kalangan pimpinan tertinggi parti Perikatan. Kebijaksanaan politik Tunku Abdul Rahman dan sikap akadomatif yang diamalkan oleh
pemimpin MCA dan MIC telah dapat meredakan ketegangan tersebut sehingga isu tersebut dapat diselesaikan melalui jalan perundingan yang menterjemahkan konsep 'give' and 'take'.

Orang bukan Melayu akhirnya telah mendapat hak kerakyatan yang telah sekian lama mereka perjuangkan yang dimaktubkan dalam Perlembagaan Persekutuan 1957, walaupun tidak semua tuntutan mereka dapat dipenuhi.
Perjuangan kaum bukan Melayu untuk mendapatkan hak kerakyatan amat penting untuk pengabsahan hak politik bagi menjamin perlindungan dan survival masa depan mereka di negara ini.

Manakala kaum Melayu bersedia menerima kerakyatan bukan Melayu setelah kaum bukan Melayu menerima beberapa kosensi yang mengukuhkan kedudukan orang Melayu di negara ini. Orang Melayu akhirnya menerima realiti kemajmukan masyarakat Tanah Melayu, terutama setelah mereka diyakini ketaatsetiaan kaum bukan Melayu terhadap negara ini yang tidak berbelah bagi dan keinginan yang memuncak untuk memerdekakan negara dari penjajahan serta memenuhi syarat Inggeris yang inginkan perpaduan kaum dicapai terlebih dahulu sebelum negara ini diberi kemerdekaan.

Kontrak sosial telah menjadi asas penting kepada penggubalan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1946. Sebelum Perlemb...
03/01/2023

Kontrak sosial telah menjadi asas penting kepada penggubalan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1946. Sebelum Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1948 digubal, British telah memperkenalkan gagasan Malayan Union. Namun begitu, Malayan Union mendapat tentangan yang hebat terutama daripada kaum Melayu.

Oleh itu, Perjanjian Persektuan Tanah Melayu 1946 adalah sangat penting kerana ia memansuhkan pelaksanaan Malayan Union dan menyatukan negeri-negeri Melayu dalam sebuah persekutuan buat pertama kali.

Kedudukan dan kuasa Raja-Raja Melayu juga telah dikembalikan. Ia menjadi corak kepada pembinaan sebuah negara bangsa yang merdeka. Sembilan tahun kemudian, ianya digantikan dengan Perlembagaan Persekutuan 1957.

Jika diteliti secara kasar istilah “Kontrak Sosial” ini sebenarnya tidak disebut secara jelas dalam Perlembagaan Persekutuan 1957 tetapi jika diteliti secara halus, kontrak sosial sememangnya wujud dalam sejarah negara dan permuafakatan yang dicapai itulah yang mentakrifkan negara Malaysia dan seterusnya menentukan sifat sesebuah negara (Nor Azilah dan Nor Fazilah, 2008).

Seperti yang kita ketahui, kontrak sosial adalah persetujuan yang dicapai sebelum kemerdekaan di antara pemimpin Melayu,...
02/01/2023

Seperti yang kita ketahui, kontrak sosial adalah persetujuan yang dicapai sebelum kemerdekaan di antara pemimpin Melayu, Cina dan India menerusi parti UMNO, MCA dan MIC yang melibatkan seluruh lapisan masyarakat dan bukan hanya perlu dihormati oleh barisan tertinggi pemimpin negara. Sebelum wujudnya kontrak sosial, orang Melayu di kampung-kampung membunuh orang Cina di kawasan luar bandar. Ini menyebabkan ketegangan timbul antara Cina dan Melayu. Ketegangan dan pertempuran antara Cina dan Melayu dielak hanya dengan kedatangan angkatan tentera British. Tetapi perasaan marah dan benci antara kedua-dua kaum ini tetap tinggi.

Tahukah anda, kemerdekaan yang dikecapi kini adalah berpunca daripada asas perpaduan yang kukuh antara masyarakat majmuk di negara ini. Tanpa wujudnya kontrak sosial, pasti tidak akan wujud kesefahaman yang menjurus kepada kemerdekaan negara kita.

Orang Melayu terpaksa bersetuju dengan prasyarat British kerana orang Melayu terdesak untuk mendapatkan kemerdekaan. Pad...
01/01/2023

Orang Melayu terpaksa bersetuju dengan prasyarat British kerana orang Melayu terdesak untuk mendapatkan kemerdekaan. Pada waktu itu juga, negara China telah menutup pintu mereka dari menerima orang Cina di Malaysia. Pihak British yang mengetahui akan perkara ini juga telah awal-awal mengumumkan tidak mahu menerima orang Cina ini dibawa masuk ke British. Oleh itu, orang Melayu pada waktu tersebut berada dalam dilema dan tersepit terpaksa juga menerima orang Cina.

Oleh itu, sebagai timbal balik kerana kesanggupan dan kesediaan serta pengorbanan orang Melayu untuk menerima orang Cina dan orang India, perlembagaan persekutuan Tanah Melayu 1957 yang digubal telah memberi peruntukan khas kepada orang Melayu dalam bentuk hak istimewa dan ini telah termaktub dalam Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu yang sekarang dikenali dengan nama Malaysia.

Persetujuan quid pro quo atau saling memberi inilah yang dipanggil sebagai kontrak sosial. Perjanjian Kontrak sosial dalam kalangan masyarakat Malaysia telah dipersetujui sejak tahun 1948 dalam Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 dan telah termaktub dalam Perlembagaan Malaysia sehingga ke hari ini.

Address

Universiti Utara
Sintok
06010

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when MPU 1013 Penghayatan Etika & Peradaban posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share