Mpu1013- A221-Ac Kumpulan 6

Mpu1013- A221-Ac Kumpulan 6 Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Mpu1013- A221-Ac Kumpulan 6, Education Website, Universiti Utara, Sintok.

PosterTajuk : Tangan Kanan Ambil, Kaki Kiri MasukTema: Rasuah
12/01/2023

Poster
Tajuk : Tangan Kanan Ambil, Kaki Kiri Masuk
Tema: Rasuah

POSTING MINGGU KE-9NAMA: MUHAMMAD SHAIFUL BIN MAT DESANO MATRIKS: 291904TAJUK: LANGKAH-LANGKAH MENGATASI RASUAHDewasa in...
24/12/2022

POSTING MINGGU KE-9
NAMA: MUHAMMAD SHAIFUL BIN MAT DESA
NO MATRIKS: 291904
TAJUK: LANGKAH-LANGKAH MENGATASI RASUAH

Dewasa ini, isu rasuah sering menjadi bualan mulut masyarakat sama ada di kawasan bandar mahupun luar bandar. Gejala rasuah ini merupakan perbuatan yang dilakukan oleh individu demi kepentingan diri sendiri dengan cara menyogok wang, memberikan maklumat sulit, memberikan ganjaran dan lain-lain bagi mendapatkan kuasa ataupun kenaikan pangkat. Justeru, isu rasuah di negara kita semakin meningkat dari tahun ke tahun bagai cendawan tumbuh selepas hujan. Hal ini menunjukkan bahawa amalan rasuah telah menjadi amalan dalam kalangan segelintir penjawat awam dan swasta. Oleh itu, pelbagai langkah perlu dilakukan bagi mengatasi amalan rasuah ini berterusan.
Antara langkah yang wajib dilakukan bagi mengatasi masalah amalan rasuah adalah dengan penguatkuasaan undang-undang. Hal ini dikatakan demikian kerana, pihak kerajaan perlu mengambil tindakan yang tegas dengan cara mengenakan hukuman yang berat dan denda yang tinggi kepada pesalah. Sebagai contoh, pihak kerajaan mengenakan hukuman penjara selama 10 tahun dan denda sebanyak dua kali ganda daripada jumlah wang yang diterima. Dengan ini, masyarakat akan berfikir dua dahulu sebelum bertindak kerana perbuatan tersebut akan memakan diri sendiri. Oleh itu, pihak kerajaan perlulah mengkaji semula undang-undang bagi memastikan amalan rasuah ini dapat dicegah.
Selain itu, amalan rasuah ini dapat diatasi melalui pendidkan yang diberikan kepada masyarakat secara umum. Hal ini dikatakan demikian kerana, pihak sekolah harus memainkan peranan sebagai tenaga pengajar untuk memberikan pendedahan kepada pelajar mengenai keburukan amalan rasuah. Sebagai contoh, pihak sekolah boleh diterapakan dalam sukatan pelajaran di sekolah seperti Pendidikan Moral dan Pendidikan Islam, dapat memupuk sikap yang jujur dan amanah dalam memikul tugas dalam kalangan pelajar. Pada masa yang sama, ibu bapa juga berperana dalam mendidik anak- anak sejak kecil daripada terjebak dengan amalan rasuah. Sebagai contoh, ibu bapa mempratikan nilai murni dalam kehidupan seharian dan memberikan didikan agama supaya meraka dapat membezakan antara perbuatan yang baik dan buruk. Oleh itu, pendidkan sangat penting dalam usaha untuk mengatasi amalan rasuah.
Disamping itu, langkah yang wajar dilakukan untuk membendung masalah rasuah adalah dengan mengadakan kempen. Hal ini dikatakan demikian kerana, melalui pelancaran kempen ini dapat memupuk kesedaran pencegahan rasuah dalam kalangan masyarakat. Sebagaii contoh, kempen ini dapat dilakukan melalui pemberian risalah mengenai keburukan amalan rasuah. Dengan ini, ia dapat memberikan kesan positif kepada individu melalui penerapan nilai integriti dan akauntabiliti dalam diri sendiri. Oleh itu, kempen juga memainkan peranan dalam membendung masalah rasuah.
Akhir sekali, langkah terakhir yang boleh dilakukan bagi mengatasi amalan rasuah adalah dengan memberikan inisiatif kepada pekerja yang cemerlang. Hal ini dikatakan demikian kerana, pekerja akan akan bekerja dengan lebih keras untuk memperoleh ganjaran tersebut. Sebagai contoh, antara ganjaran yang boleh diberikan oleh majikan melalui percutian ataupun makan luar bersama-sama bagi pekerja yang mencapai sasaran yang ditetatapkan oleh masyarakat. Dengan ini, masalah rasuah ini dapat dielakan daripada terjebak dalam kalangan para pekerja. Oleh itu, jelaslah dengan memberikan inisiatif kepada pekerja merupakan langkah yang bolehg dilakukan bagi mengatasi amalan rasuah ini tersebar meluas dalam kalangan masyarakat.
Kesimp**anya, semua pihak perlu bekerjasama bagai aur dengan tebing bagi memastikan amalan rasuah ini dapat dibendung dengan kadar yang segera. Sekiranya amalan rasuah ini berlarutan ia akan menjejaskan nama negara dan ekonomi turut merosot disebabkan kekurangan pelabur. Oleh itu, diharapkan agar semua masyarakat mengambil berat mengenai isu ini supaya dapat melahirkan generasi yang bebas rasuah.

Posting ke-8Nama: Atika Putri binti Abdul HadiNo. Matrik: 289789 ‘Penguatkuasaan Undang-undang Tentang Isu Rasuah’ Kadar...
24/12/2022

Posting ke-8
Nama: Atika Putri binti Abdul Hadi
No. Matrik: 289789

‘Penguatkuasaan Undang-undang Tentang Isu Rasuah’

Kadar kes gejala rasuah yang semakin berleluasa di Malaysia adalah berpunca daripada penguatkuasaan undang-undang yang masih lemah. Walaupun telah wujud undang-undang yang mengharamkan gejala rasuah, namun dari aspek pengawasan dan pelaksanaan undang-undang tersebut dilihat masih lagi lemah. Oleh hal yang demikian, kerajaan telah mengambil pelbagai inisiatif untuk menangani permasalahan ini dengan memperkuatkuasakan undang-undang. Di Malaysia, terdapat institusi-institusi penguatkuasaan undang-undang di bawah pentadbiran kerajaan persekutuan yang telah menjadi tumpuan kepada masyarakat iaitu Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Majoriti masyarakat di Malaysia berpendapat bahawa pengukuhan terhadap SPRM perlu dilakukan secara berterusan bagi membasmi gejala rasuah di negara ini.

Berdasarkan kepada Seksyen & Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (SPRM 2009), SPRM memainkan peranan penting dalam mengendalikan kes-kes perbicaraan yang diletakkan di bawah portfolio Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Sektor Operasi). Sektor Operasi terdiri daripada lapan bahagian yang menjadi teras utama kepada SPRM iaitu bahagian siasatan, bahagian operasi khas, bahagian perisikan, bahagian pencegahan pengubahan wang haram, bahagian forensik teknologi, bahagian perundangan dan pendakwaan, bahagian pengurusan rekod dan maklumat, dan bahagian analisa kewangan. Kesemua bahagian ini memainkan peranan penting bagi menggerakkan Sektor Operasi dengan menjalankan siasatan, mengumpul maklumat, memberi khidmat bantuan forensik, serta memproses dan menguruskan maklumat yang berkaitan dengan kesalahan rasuah.

Selain itu, SPRM turut mengadaptasikan strategi penguatkuasaan undang-undang yang dikenali sebagai strategi serampang tiga mata. Strategi ini adalah berdasarkan kepada Seksyen 7, Akta SPRM 2009 (Akta 694) di mana SPRM memainkan peranan dari segi penguatkuasaan, pencegahan, dan pendidikan masyarakat. Bagi penguatkuasaan, SPRM bertanggungjawab dalam mengesan dan menyiasat tentang kesalahan rasuah. Bagi pencegahan p**a, SPRM perlu mengesan risiko terhadap amalan, sisitem dan prosedur serta memberi khidmat nasihat untuk menutup ruang dan peluang gejala rasuah. Manakala bagi pendidikan masyarakat, SPRM perlu mendidik orang ramai serta mendapat dan memelihara sokongan daripada mereka dalam memerangi gejala rasuah.

Bagi mewujudkan masyarakat Malaysia yang bebas daripada gejala rasuah, SPRM telah mewujudkan kerjasama yang amat rapat dengan Jabatan Audit Negara. Kerjasama ini merangkumi perkongsian maklumat antara kedua-dua institusi, serta mengenalpasti dan menyiasat semua kesalahan-kesalahan di bawah Akta SPRM 2009. SPRM sentiasa memberi perhatian yang serius terhadap Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) yang dibentangkan di Parlimen. Setelah proses audit dijalankan terhadap sesuatu agensi, “Audit Exit Conference” akan diadakan bagi memaklumkan tentang penemuan, penilaian, kesimp**an, dan syor audit. “Action Committee on the AG Report” kemudiannya akan dilakukan oleh Ahli-ahli Jawatankuasa yang terdiri daripada pegawai Jabatan Audit Negara, SPRM, Kementerian Kewangan, PDRM, dan Jabatan Perkhidmatan Awam. Pertukaran silang pegawai SPRM dan Jabatan Audit Negara dimana pegawai SPRM akan ditempatkan di Jabatan Audit Negara membolehkan kes-kes rasuah yang telah dikenalpasti melalui proses audit dapat diambil tindakan dengan segera,

Kesimp**annya, terdapat pelbagai strategi baharu yang dilaksanakan oleh SPRM untuk memperkuatkuasakan undang-undang supaya dapat memberikan hasil dan impak yang positif kepada masyarakat terutamanya membabitkan kes rasuah. Namun begitu, semua pihak juga wajar memberikan kerjasama dalam membanteras gejala rasuah dengan tidak bergantung kepada usaha SPRM semata-mata. Semangat dalam membudayakan integriti dalam kalangan masyarakat perlu dilaksanakan terlebih dahulu bagi memupuk kesedaran dalam usaha menentang gejala rasuah.

Posting ke-7Nama: Lim Jie SenNo. Matrik: 291859Tema: RasuahKesedaran umum tentang rasuah Menurut kata Suruhanjaya Penceg...
24/12/2022

Posting ke-7
Nama: Lim Jie Sen
No. Matrik: 291859
Tema: Rasuah
Kesedaran umum tentang rasuah

Menurut kata Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, rasuah merupakan penerimaan atau pemberian suapan sebagai upah atau dorongan untuk seseorang individu untuk melakukan atau tidak melakukan sesuatu dalam urusan rasmi. Suapan terdiri daripada wang, hadiah, bonus, undi, perkhidmatan, jawatan, upah atau diskaun. Malahannya, kes rasuah di negara kita semakin meningkat. Hal ini banyak menyebabkan imej negara kita tercemar oleh kes rasuah yang melampau dalam negara kita. Kes rasuah banyak berlaku dalam sektor kerajaan dan sektor swasta. Hal ini boleh membawa kemerosotan ekonomi terhadap negara kita disebabkan pengurangan pelabur asing. Jadi, semua rakyat Malaysia haruslah sedar bahawa keburukan rasuah yang boleh membawa kepada negara kita.
Menurut Mukhriz Mat Husin, kesedaran terhadap rasuah sangat penting dan harus dimulakan pada titik permulaan Pendidikan kepada generasi muda. Proses ini memerlukan jangka masa yang panjang. Hal ini bermaksud generasi muda perlu diberi kesedaran di peringkat sekolah rendah, menengah, universiti dan sebagainya. Generasi muda patut diberi Pendidikan secara awal kerana mereka masih belum masuk ke dalam bidang pekerjaan. Kerajaan perlu mendidik anak-anak muda mengenai buruknya rasuah serta kesannya yang membawa kepada negara. Proses ini dapat membantu dalam peningkatan kesedaran generasi muda terhadap rasuah.
Selain itu, terdapat banyak orang pertengahan umur masih tidak serius terhadap rasuah. Biasanya mereka merupakan seorang ibu atau ayah, terutamanya orang luar bandar. Mereka kurang sedar akan kewujudan rasuah dan impaknya yang akan dibawa kepada negara. Jadi, ahli parlimen yang mengawasi Kawasan kampung haruslah bekerjasama dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia untuk mendidik golongan-golongan tersebut tentang impaknya rasuah yang dibawa kepada negara. Hal ini dapat meningkat kesedaran orang kampung terhadap rasuah dan boleh elakkan pertumbuhan kes rasuah di Kawasan kampung.

POSTING MINGGU KE- 6NAMA: RISHI KUMAR A/L MUNIANDY NO MATRIKS: 291785TAJUK: JENIS-JENIS RASUAHTidak dinafikan yang major...
17/12/2022

POSTING MINGGU KE- 6
NAMA: RISHI KUMAR A/L MUNIANDY
NO MATRIKS: 291785
TAJUK: JENIS-JENIS RASUAH

Tidak dinafikan yang majoriti masyarakat yang ada di Malaysia memiliki pengetahuan yang tinggi tentang rasuah disebabkan ia merupakan suatu isu yang agak pop**ar di Malaysia dan sedang masih berlaku sehingga kini. Namun adakah mereka mengenali jenis-jenis rasuah yang ada dalam rasuah. Mengikut Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009, kesalahan rasuah ini terbahagi kepada empat jenis iaitu meminta atau menerima rasuah, memberi suapan, mengemukakan tuntutan palsu dan salah guna kuasa.

Pertama sekali, meminta atau menerima rasuah [Seksyen 16 & 17(a) ASPRM 2009] merujuk kepada tindakan mana-mana orang atau ejen secara rasuah meminta atau menerima atau bersetuju menerima suapan rasuah samaada dalam bentuk wang,benda, perkhidmatan dan lain-lain sebagai dorongan atau upah untuk melakukan atau tidak melakukan apa-apa jua berkenaan transaksi tersebut atau berkenaan dengan urusan rasmi, prinsipal/majikan berkenaan

Seterusnya, memberi suapan [Seksyen 17(b) ASPRM 2009] p**a merujuk kepada tindakan mana-mana orang atau ejen secara rasuah meminta atau menerima atau bersetuju menerima suapan rasuah samaada dalam wang, benda, perkhidmatan dan lain-lain sebagai dorongan atau upah untuk melakukan atau tidak melakukan apa-apa jua berkenaan transaksi tersebut atau berkenaan dengan urusan rasmi, prinsipal/majikan berkenaan.

Selain itu, mengemukakan tuntutan palsu [Seksyen 18 ASPRM 2009] p**a merujuk kepada tindakan mana-mana orang memberi kepada ejen, atau ejen memberi kepada prinsipal atau majikannya, suatu dokumen yang diketahuinya atau disedarinya mengandungi butir matan palsu, yang mana prinsipal atau majikannya mempunyai kepentingan, dengan tujuan untuk mengeliru atau memperdayakan prinsipal atau majikannya.

Akhir sekali, salah guna kuasa [Seksyen 23 ASPRM 2009] p**a merujuk kepada tindakan mana-mana pegawai badan awam menggunakan jawatan atau kedudukan untuk mendapat suapan membuat apa-apa keputusan atau mengambil tindakan berhubungan dengan apa-apa perkara mengenainya, di mana pegawai itu, saudara maranya atau sekutu- nya ada kepentingan secara langsung atau tidak langsung.

Posting ke-5Nama: Nur Azraelia Bt.Mohd ShaufiNo.Matrik: 289593Tema: Kesah Rasuah Terhadap Negara Pada waktu negara yang ...
08/12/2022

Posting ke-5
Nama: Nur Azraelia Bt.Mohd Shaufi
No.Matrik: 289593

Tema: Kesah Rasuah Terhadap Negara

Pada waktu negara yang serba moden ini , negara Malaysia telah terdedah dengan pelbagai masalah yang tidak dapat ditangini atau tidak dapat dikawal . Oleh itu , masalah rasuah telah terjadi dalam negara Malaysia dalam kalangan pihak kerajaan atau pihak awam . Rasuah adalah merupakan musuh besar dalam negara . Ianya tidak berlaku dalam negara Malaysia sahaja malah ianya berlaku di luar negara jugak . Namun , gambaran mendapati bahawa ianya berlaku di dalam negara yang maju dalam indeks tersebut . Sebaliknya , negara yang membangun kurang dalam mempunyai masalah rasuah dalam kalangan kerajaan atau rakyat mereka. Mengikut kajian , Malaysia menduduki tangga ke-62 daripada 180 negara CPI pada tahun 2021 . Usaha menerangi masalah rasuah ini telah berjalan namun ianya masih menunjukkan hasil yang baik . Jika ianya tidak dapat dikawal ianya memberikan impak yang negatif terhadap dalam negara.

Antara impak negatif akibat gejala rasuah yang berlaku ialah pentadbiran negara akan terjejas . Hal ini demikian kerana , pentadbiran yang dijalankan akan menyebabkan ianya tidak efisien dan ianya akan mengakibatkan kesan buruk kepada pelaburan dan dagangan dalam negara . Dengan kesan ini , ianya akan menyebabkan pelaburan dan dagangan negara akan miskin dan rakyat juga mengalami kemiskinan . Sebagai contohnya , ketika wabak covid-19 berlaku perniagaan sepenuhnya terhenti dan rakyat juga tidak bekerja malah peniaga dan pengusaha kilang juga mengalami kerugian yang besar . Oleh itu ,ianya menunjukkan bahawa pendapatan negara mengalami kerugian dan ianya juga akan berlaku kesan daripada amalan rasuah yang berleluasa. Dengan itu , akibat amalan rasuah tersebut ianya akan menjejaskan kemajuan dan pertumbuhan ekonomi negara . Rakyat hidup dalam kemiskinan dan perniaggan juga akan terganggu.

Seterusnya , kesan amalan rasuah terhadap negara juga ianya akan menyebabkan imej negara akan dipandang serong oleh negara luar . Amalan ‘makan suap’ yang berleluasa ini akan menunjukkan aktiviti di dalam negara memerlukan wang sumbangan tertentu untuk menjalankan sesuatu aktiviti . Jikianya tidak dibayar ianya tidak dilakukan atau kerjanya tidak dilakukan dengan sempurna . Amalan rasuah ini tidak banyak berlaku dalam kalangan rakyat biasa malah ianya banyak dilakukan dalam kalangan pentadbir besar dalam negara dan dalam kalangan penjawat awam . Sebagai contohnya , mereka menggunakan dana yang diperuntukkan oleh kerajaan dengan cara yang salah atau tidak tepat. Dengan kegiatan itu , aktiviti atau projek yang diperuntukkan tidak berlaku dan ianya akan terbantut. Jelaslah bahawa , ianya memberikan imej yang buruk dan ianya akan dipandang serong oleh negara luar terhadap aktiviti dalam negara Malaysia.

Peningkatan kes jenayah juga akan berleluasa jika berlakunya amalan rasuah dalam negara . Hal ini disebabkan oleh , jenayah-jenayah tersebut mempunyai kaitan dengan kump**an penjahat yang cuba menguasai sesuatu perniagaan . Mereka akan dibayar oleh seseorang untuk melakukan kegiatan jenayah tersebut . Dengan itu , ianya akan menyebabkan berlakunya pergaduhan dan juga akan menyebabkan pembunuhan antara satu sama lain . Ini akan mengancam keselamatan rakyat dan menyebabkan berlaku pergaduhan yang besar dalam kelompok yang ramai. Mereka yang terlibat dalam jenayah telah dibayar dengan mahal oleh sebab itu mereka berani untuk melakukan pencurian atau perompakan yang boleh membahayakan orang lain .

Akhir kalam, pelbagai kesan negatif yang akan diperoleh dari amalan rasuah ini. Dengan itu, pihak yang bertanggungjawab dan mempunyai sifat amanah perlulah menanamkan sifat jati diri yang kuat dan teguh supaya tidak terjebak dengan amalan rasuah ini. Badan SPRM jugak perlulah melakukan pelbagai inisiatif untuk mengenal pasti kes rasuah ini berlaku dalam negara Malaysia. Dengan inisiatif yang dilakukan ini , negara akan mencapai kes sifar rasuah dan rakyat akan menikmati kehidupan seharian mereka dengan harmoni dan sejahtera.

Posting ke-4Nama: Siti Nur Aina Binti Mohd TahirNo Matrik: 291992Tema: Rasuah‘Kesan Rasuah Terhadap Organisasi’Rasuah da...
03/12/2022

Posting ke-4
Nama: Siti Nur Aina Binti Mohd Tahir
No Matrik: 291992

Tema: Rasuah
‘Kesan Rasuah Terhadap Organisasi’

Rasuah dapat melumpuhkan perjalanan organisasi - Perbuatan rasuah dapat menghakis kepercayaan orang awam terhadap sesebuah organisasi itu. Rasuah juga dapat menjejaskan daya saing perniagaan dan menghilangkan keyakinan para pelabur.
Rasuah juga dapat melemahkan pentadbiran organisasi. - Sesebuah organisasi itu akan kehilangan hasil dan terus tergelincir ke dalam jurang hanya disebabkan tindakan sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab. Impaknya, organisasi itu tidak akan mampu menampung syarikat yang ada lagi dan akhirnya akan jatuh muflis.
Rasuah berpotensi untuk mengucar-ngacirkan pentadbiran organisasi - Hal ini demikian akan menyebabkan berlakunya kemelesetan ekonomi dan pengabaian kepentingan pekerja dalam sesebuah organisasi.
Rasuah dapat merosakkan imej organisasi - Rasuah telah menggambarkan amalan berat sebelah dan ketidakadilan dalam sesuatu urusan. Elemen ini telah diketahui oleh semua pihak. Jika ada organisasi yang mendapati melakukan perbuatan rasuah, mereka secara automatik akan dipandang serong oleh masyarakat sejurus itu menjejaskan pentadbiran sesebuah organisasi itu khususnya dalam ekonomi.
Rasuah menyebabkan ekonomi organisasi tergugat. - Perbuatan rasuah dapat menggugat kemajuan ekonomi organisasi. Hal ini demikian kerana ekonomi organisasi diuruskan oleh mereka yang tidak mempunyai ilmu dan hanya tahu mengambil jalan mudah iaitu dengan merasuah.

Posting 3Nama: GOH MIN ROUNo. Matrik: 291747Tema: RasuahKesan Rasuah terhadap IndividuMengikut Suruhanjaya Pencegahan Ra...
17/11/2022

Posting 3
Nama: GOH MIN ROU
No. Matrik: 291747

Tema: Rasuah

Kesan Rasuah terhadap Individu

Mengikut Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), rasuah merupakan penerimaan atau pemberian suapan sebagai upah atau dorongan untuk seseorang individu kerana melakukan atau tidak melakukan sesuatu perbuatan yang berkaitan dengan tugas rasmi. Wang, hadiah, bonus, undi, perkhidmatan, jawatan, upah, diskaun adalah bentuk suapan. Terdapat pelbagai kesan negatif jenayah rasuah dari segi yang berlainan seperti dari segi individu, masyarakat, negara dan lain-lain. Dalam posting ini akan memberi tumpuan kepada kesan rasuah terhadap individu.

Kesan fizikal atas individu ialah menerima hukuman dari mahkamah. Individu yang melakukan kesalahan rasuah akan dikenakan tindakan undang-undang melalui Akta Pencegahan Rasuah 1997. Dengan ini individu yang didakwa terlibat dan terbukti melakukan rasuah akan dipenjara atau didenda bayaran. Dalam kes-kes tertentu individu juga mungkin dikenakan kedua-duanya pada masa yang sama. Individu yang terlibat dengan rasuah juga akan diisytiharkan muflis.

Kesan rasuah kepada individu kedua ialah moral dan maruah terjejas. Amalan rasuah akan memalukan diri sendiri dan meruntuhkan akhlak dan peribadi mulia individu dan ahli keluarganya. Apabila diketahui oleh masyarakat akan menghilang kepercayaan masyarakat. Imej individu and keluarganya juga akan terjejas sehingga susah untuk dipercayai oleh orang lagi. Maka individu yang rasuah dan keluarganya akan diabaikan oleh masyarakat.

Kesan yang seterusnya ialah merosakkan keharmonian hidup berumahtangga. Individu yang rasuah akan dimasukkan ke dalam penjara atas kesalahan rasuah. Dengan ini akan memalukan nama baik ahli keluarga dan membebankan ahli keluarga. Hal ini kerana, ahli keluarga akan dipandang rendah oleh jiran sekeliling, masyarakat dan orang lain. Ahli keluarga tidak faham mengapa ia akan berlaku dan rasa marah. Oleh itu, hubungan antara individu dan ahli keluarga menjadi buruk dan masam.

Kesan yang terakhirnya ialah pengangguran. Majikan tidak akan mengaji individu yang melakukan rasuah kerana individu yang melakukan rasuah merupakan satu risiko dalam majikan. Majikan pun menakutkan individu menjalankan rasuah dalam majikan. Dengan ini, individu akan menghilang kepercayaan daripada rakan sekerja dan majikan. Oleh itu, individu mungkin diturunkan jawatan atau yang paling teruk adalah hilang pekerjaan jadi penganggur. Individu juga mempunyai pelbagai halangan dan susah untuk mencari pekerjaan baru kerana tedapat rekod yang melakukan kesalahan rasuah atau nama disenarai hitamkan.

Kesimp**annya, terdapat pelbagai kesan negatif rasuah terhadap individu. Kesan negatif rasuah terhadap individu adalah menerima hukuman, moral dan maruah terjejas, merosakkan keharmonian hidup berumahtangga serta pengangguran. Dengan usaha serta kerjasama semua pihak, kita berganding bahu untuk menangani masalah rasuah supaya negara menjadi sebuah negara yang menjauhi dengan rasuah.

POSTING KE-2NAMA: AFIF HANAN BIN ABDUL RAZAKNO MATRIK: 289535‘PUNCA BERLAKUNYA RASUAH’    Rasuah boleh diklasifikasikan ...
10/11/2022

POSTING KE-2

NAMA: AFIF HANAN BIN ABDUL RAZAK
NO MATRIK: 289535

‘PUNCA BERLAKUNYA RASUAH’

Rasuah boleh diklasifikasikan sebagai penghalan utama untuk kemajuan tidak kiralah untuk organisasi yang kecl seperti syarikat yang baru sahaja mula menapak ataupun organisasi yang lebih besar seperti sesebuah kerajaan dalam negara. Berjuta-juta orang yang telah ditindas dan menerima nasib yang boleh dikira sebagai tidak adil kerana rasuah. Selepas meneliti beberapa kes rasuah yang berprofil besar di dunia, timbulnya satu persoalan didalam kepala. Apakah punca berlakunya rasuah sehingga ramai yang sanggup untuk meenrima dan memberi rasuah? Selepas melakukan beberapa carian dan kajian. Terdapat sejumlah faktor yang telah dikenalpasti yang menjadi punca berlakunya rasuah.

Antara punca utama berlakunya rasuah ialah gaji yang rendah, tidak kiralah bagi yang bekerja di sektor awam mahupun swasta. Sejumlah besar pekerja-pekerja di Malaysia ini menerima gaji yang rendah dan tidak setimpal dengan kerja yang dilakukan. Lebih-lebih lagi merka yang menetap di kawasan bandar yang mempunyai kos sara hidup lebih tinggi. Dengan gaji yang begitu rendah, ramai yang membuat keputusan untuk melakukan pekerjaan kedua seperti penghantar makanan yang boleh dilihat di mana-mana kawasan di seluruh bandar. Namun begitu, ada juga yang mempunyai idea yang lain. Mereka tidak mempunyai integriti seperti mereka yang melakukan pekerjaan kedua yang halal. Mereka mengambil jalan yang lebih mudah dengan mengambil rasuah.

Punca kedua berlakunya rasuah ialah kurang didikan agama. Menurut surah Al-Baqarah ayat 188; “Dan janganlah kamu makan harta orang lain antara kamu dengan jalan yang batil, dan janganlah kamu menghulurkan harta kamu memberi rasuah kepada hakim-hakim supaya kamu dapat mengambil sebahagian daripada harta orang dengan cara berbuat dosa padahal kamu mengetahui salahnya”. Seperti yang telah dinyata didalam surah Al-Baqarah ayat 188, rasuah sudah terang lagi bersuluh hukumnya haram. Namun, masih lagi ada orang-orang Muslim yang mengabaikannya dan mengambil rasuah. Tidakkah mereka tahu bahawa hasil yang mereka belanjakan untuk diri mereka dan keluarga mereka adalah dari sumber yang haram? Rasuah bukan sahaja diharamkan di dalam Islam, malah agama-agama yang lain seperti Kristian, Buddha dan Hindu juga mengharamkan penganut mereka untuk mengambil dan memberi rasuah.

Punca terakhir berlakunya rasuah yang berjaya dikenalpasti ialah sistem undang-undang yang lemah apabila menghadapi kes rasuah. Kes-kes rasuah yang berprofil besar sering dipaparkan di kaca televisyen dan mendapat perhatian orang ramai. Bukan sahaja di kaca televisyen, kes-kes yang berprofil besar juga dikongsi oleh berjuta rakyat di media sosial dan rata-rata pelaku jenayah rasuah tidak dikenakan hukuman. Ini menimbulkan pelbagai spekulasi di kalangan rakyat. Bukan itu sahaja, ini juga menjadi asbab lebih ramai lagi yang berani melakukan gejala rasuah kerana tidak takut akan sistem undang-undang yang lemah.

Kesimp**annya, pelbagai faktor yang boleh menjadi punca berlakunya rasuah. Dan faktor-faktor tersebut merupakan perkara yang sukar dibendung. Namun begitu, ianya tidaklah mustahil. Dengan kerjasama pelbagai pihak dan didikan dari usia yang muda, Malaysia boleh menjadi salah satu negara yang mempunyai kes rasuah terendah di dunia. InshaAllah.

Posting 1Nama: MUHAMMAD SAFWAN BIN CHE SAUPINO Matrik: 288887 Tema: RasuahTajuk: 'Tangan kanan ambil, Kaki kiri masuk'De...
05/11/2022

Posting 1
Nama: MUHAMMAD SAFWAN BIN CHE SAUPI
NO Matrik: 288887

Tema: Rasuah
Tajuk: 'Tangan kanan ambil, Kaki kiri masuk'

Definisi Rasuah

Rasuah secara umumnya berasal dari perkataan arab iaitu yang berbunyi al-risywah. Rasuah merupakan satu perbuatan yang telah mencukupi kepada empat aspek iaitu melanggar undang-undang yang dikuatkuasakan, penyalahgunaan harta negara, merugikan negara dan memperkaya diri sendiri dan kerabat.
Menurut perspektif dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Selain dari perbuatan yang jelas, memberi dan menerima sogokan, mengambil dan memberi sokongan (yang tidak sepatutnya diberi) melalui salah guna kuasa, atau campur tangan dengan motif yang tidak betul juga boleh dianggap sebagai rasuah.
Rasuah melalui perspektif Islam p**a bermaksud sogokan, wang suap atau yang seumpama dengannya dengan tujuan yang satu iaitu agar pihak-pihak tertentu dapat mengurus dan menyelesaikan sesuatu hal yang dikehendakinya dengan segera dan menguntungkan.
Firman Allah (s.w.t) yang bermaksud: “Wahai orang-orang yang beriman janganlah kamu makan harta orang lain secara batil (haram), dan jangan kamu membawanya kepada hakim sehingga kamu memakan sebahagian dari harta orang dengan cara berdosa sedangkan kamu mengetahuinya” (alBaqarah: 188). al-Baghawi (1403H, 1:159)
Tafsiran ayat ini bermaksud, “Terdapat berbagai-bagai cara memakan harta dengan cara batil, antaranya dengan jalan merampas dan mencuri, ada juga dengan cara permainan seperti judi dan menikam nombor ekor di samping itu, ada dengan jalan rasuah dan khianat”.
Tidak cukup dengan dalil umum dari al-Qur’an, Rasulullah (s.a.w) telah menerangkan dengan begitu jelas tentang pengharaman rasuah sebagaimana sabda baginda (s.a.w) yang bermaksud: “sesungguhnya Allah melaknat orang yang memberi rasuah dan orang yang menerimanya” (Ibn Majah, t.th., 2:775). Imam al-Hattab (1398H, 4:9) mengatakan bahawa orang yang memberi dan menerima rasuah mendapat balasan yang sama kerana persamaan niat dan perbuatan kedua-duanya, di mana pemberi juga memakan harta orang lain tanpa hak yang menyebabkan berlakunya kezaliman di dalam masyarakat.

Assalammualaikum dan Selamat Sejahtera, kami merupakan pelajar daripada Universiti Utara Malaysia. Untuk tugasan subjek ...
05/11/2022

Assalammualaikum dan Selamat Sejahtera, kami merupakan pelajar daripada Universiti Utara Malaysia. Untuk tugasan subjek MPU1013, kami akan melakukan perkongsian mengenai tema 'Rasuah'. Diharapkan agar semua yang mengunjungi page ini akan mendapat ilmu yang bermanfaat daripada kump**an kami. Segala maklumat mengenai ahli-ahli kump**an ini tertera didalam gambar dibawah.

Group 6

Ahli group:
MUHAMMAD SAFWAN BIN CHE SAUPI (288887)
AFIF HANAN BIN ABDUL RAZAK (289535)
NUR AZRAELIA BINTI MOHD SHAUFI (289593)
ATIKA PUTRI BINTI ABDUL HADI (289789)
GOH MIN ROU (291747)
RISHI KUMAR A/L MUNIANDY (291785)
LIM JIE SEN (291859)
MUHAMMAD SHAIFUL BIN MAT DESA (291904)
SITI NUR AINA BINTI MOHD TAHIR (291992)

Address

Universiti Utara
Sintok
06010

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Mpu1013- A221-Ac Kumpulan 6 posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share