MPU 1013 GROUP 8 Etika & Peradaban

MPU 1013 GROUP 8 Etika & Peradaban Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from MPU 1013 GROUP 8 Etika & Peradaban, Education, Sintok.

26/09/2022
23/06/2021

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Kami adalah pelajar dari Universiti Utara Malaysia. Halaman ini dihasilkan untuk kami menjalankan tugasan berkump**an bagi subjek MPU1013 Penghayatan Etika dan Peradaban. Nama pensyarah yang mengajar kami bagi subjek ini ialah Encik Azman bin Md Zain.
Kami dari kump**an 8 (D) ingin memperkenalkan tema tugasan yang telah dipilih iaitu Kesihatan Mental.

Ahli kump**an:
(279873) Muhammad Amsyar Aqil bin Norazizan (K)
(279798) Nur Hanisah binti Mohd Ariffin
(279765) Nurayza Binti Nor Azlan
(280037) Siti Nurul Balqis binti Jalaluddin
(279829) Muhammad Basyir Ashraf bin M Fakrurazi
(280047) Nurul Syakirah bt Syahabudin Roger
(279908) Megalah Thevi A/P V.Chandra Segaren
(279734) Tasnim Aisya Binti Mohd Hussain
(280035) Wan nur aisyah binti wan abd razab
(279846) NurKhuzaimah Binti Kadri
(279921) Muhamad Zulhafiz Bin Azmi

🗞✨Poster✨🗞Tema: Kesihatan Mental💆🏻‍♂️💆🏻‍♀️
23/06/2021

🗞✨Poster✨🗞

Tema: Kesihatan Mental💆🏻‍♂️💆🏻‍♀️

Tema: Kesihatan MentalIsu: Langkah-Langkah Pencegahan Masalah MentalDisediakan oleh: NurKhuzaimah Binti Kadri (279846)1)...
28/05/2021

Tema: Kesihatan Mental
Isu: Langkah-Langkah Pencegahan Masalah Mental
Disediakan oleh: NurKhuzaimah Binti Kadri (279846)

1)Mendekatkan diri kepada Maha Pencipta

Pendekatan melalui agama adalah faktor terpenting dalam menagani masalah mental bagi seseorang individu. Hal ini dikatakan sedemikian kerana agama adalah salah satu benteng pertahanan bagi seseorang daripada melakukan perkara yang negatif. Nilai-nilai murni dan didikan yang dipelajari dalam setiap agama mampu memberikan kesedaran kepada individu.
Seseorang itu boleh melakukan pelbagai aktiviti seperti pergi ke majlis keagamaan atau menunaikan ibadat seperti yang ditetapkan oleh agama masing-masing untuk mendapatkan ketenangan hati bagi mengelakkan fikiran yang serabut yang boleh membawa kepada stress, tekanan yang melampau atau kemurungan sekaligus memotivasikan diri.

2)Elakkan diri daripada bersendirian

Apabila seseorang itu berasa stress, tekanan atau mempunyai kemurungan yang melampau, elakkan diri daripada bersendirian kerana seperti yang kita ketahui emosi yang tidak stabil boleh menjejaskan tahap kewarasan individu. Contohnya, mengambil tindakan diluar jangkaan seperti membunuh diri. Seseorang itu boleh meminta bantuan atau berkongsi masalah kepada ahli keluarga, kawan-kawan yang boleh dipercayai atau terus pergi mendapatkan bimbingan kaunseling dan perkhidmatan psikoterapi. Jangan malu untuk berkongsi masalah dengan orang yang boleh dipercayai kerana sedikit demi sedikit ia mampu mengurangkan masalah yang dihadapi.
Antara faktor yang dapat dikenal pasti mengapa individu yang mempunyai masalah mental malu untuk bercerita masalah mereka adalah disebabkan pandangan ataupun stigma masyarakat terhadap penyakit mental dimana mereka menganggap bahawa individu yang mempunyai masalah mental sebagai gila, tidak siuman dan berbahaya sedangkan perlu kita ketahui dahulu maksud sebenar masalah mental dan jenis-jenis masalah mental yang sudah dibincangkan dalam posting ebelum ini.

3)Amalkan gaya hidup sihat

Amalan gaya hidup sihat juga sangat penting bagi mengawal atau mencegah masalah mental kerana ia mampu memberikan kesan positif kepada tubuh badan seseorang dengan pengambilan makanan yang seimbang misalnya mengurangkan makan makanan segera dan yang berlemak serta mengamalkan diet yang seimbang. Amalan gaya hidup sihat bukan sahaja memberikan kesan kepada luaran badan malah ia juga memberi impak positif dari segi dalaman badan seseorang khusunya tahap mental dan emosi seseorang.
Individu yang mengamalkan gaya hidup sihat akan sentiasa mempunyai pemikiran yang positif yang membolehkan seseorang itu mampu menyelesaikan segala masalah yang dihadapi dengan tenang dan baik tanpa rasa tertekan. Seseorang individu itu juga boleh mendapatkan pemeriksaan kesihatan untuk membuat pemeriksaan badan. Perlu kita ketahui bahawa, pergi ke klinik ataupun hospital tidak bermakna seseorang itu mempunyai sebarang penyakit, tetapi ianya sebagai langkah bagi mengenalpasti jika menghidapi sebarang penyakit kerana mencegah itu lebih baik daripada mengubati.

4)Bijak mengurus Emosi

Setiap manusia mempunyai tahap emosi yang berbeza. Emosi yang tidak stabil bukan sahaja akan menjejaskan pemikiran seseorang , namun ia juga mampu memberikan kesan dari segi tingkah laku. Oleh itu, kita hendaklah bijak dalam mengurus emosi agar mampu mengawal diri daripada melakukan perkara-perkara diluar kawalan contohnya bunuh diri, pengambilan dadah dan sebagainya.
Individu yang bijak mengurus emosi, secara tidak langsung akan dapat mengawal dirinya daripada terjerumus dalam masalah kesihatan mental dan depresi. Perkara ini dikatakan sedemikian kerana, apabila seseorang itu bijak dalam mengurus emosi, ini menunjukan bahawa seseorang itu sedar akan kekuatan dan kelemahan dirinya. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengambil inisiatif untuk memperkenalkan penyelesaian jangka pendek sebagai kawalan emosi yang dikenali sebagai kaedah “10B”, bagi membantu mengurangkan tekanan sesorang sekaligus dapat melatih individu agar terus bertenang.

Sumber gambar :https://www.moh.gov.my/moh/resources/Penerbitan/Rujukan/NCD/Kesihatan%20Mental/6_Panduan_Menangani_Stres.pdf

Tema: Kesihatan MentalIsu: Rawatan Depresi dan Masalah MentalDisediakan oleh: Wan Nur Aisyah Binti Wan Abd Razab (280035...
22/05/2021

Tema: Kesihatan Mental
Isu: Rawatan Depresi dan Masalah Mental
Disediakan oleh: Wan Nur Aisyah Binti Wan Abd Razab (280035)

Apabila seseorang berasa tidak sihat secara mental, langkah pertama yang diambil adalah mencari bantuan profesional dan mendapatkan diagnosis. Rawatan terbaik kemudiannya boleh diatur untuk merawat gejala-gejala dan punca-punca berkaitan.

KEMURUNGAN

Orang yang mengalami kemurungan boleh memilih untuk mendapatkan rawatan psikologi atau rawatan perubatan. Sekiranya seseorang menderita kemurungan yang sederhana dan akut, ubat-ubatan akan dipreskipsi bersama dengan rawatan psikologi untuk membantu pesakit itu menjadi lebih baik.

• Rawatan psikologi (juga dikenali sebagai terapi bercakap) boleh mengubah corak pemikiran dan meningkatkan kemahiran mengatasi masalah untuk menangani tekanan dan konflik kehidupan. Selain menyokong pemulihan, terapi psikologi juga boleh membantu seseorang untuk kekal sihat dengan mengenal pasti dan mengubah fikiran dan tingkah laku yang tidak membantu.

Terdapat beberapa jenis rawatan psikologi yang berkesan untuk kemurungan:

1. Terapi tingkah laku kognitif (CBT)

CBT adalah rawatan psikologi berstruktur yang mampu mengesan cara kita berfikir (kognisi) dan bertindak (tingkah laku) mempengaruhi perasaan kita. CBT adalah salah satu rawatan yang paling berkesan untuk kemurungan, dan didapati berkesan untuk pelbagai usia, termasuk kanak-kanak, remaja, dewasa dan orang tua.

2. Terapi interpersonal (IPT)

IPT adalah terapi psikologi berstruktur yang memfokuskan pada masalah dalam hubungan peribadi dan kemahiran yang diperlukan untuk menangani perkara ini. IPT didasarkan pada idea bahawa masalah hubungan dapat memberi kesan yang signifikan kepada seseorang yang mengalami kemurungan, dan bahkan dapat menyumbang kepada penyebabnya.

Terapi Tingkah Laku

Walaupun terapi tingkah laku adalah komponen utama terapi tingkah laku kognitif (CBT), tidak seperti CBT ia tidak cuba mengubah kepercayaan dan sikap. Sebaliknya ia memberi tumpuan kepada menggalakkan aktiviti-aktiviti yang memberi ganjaran, menyenangkan atau memuaskan, bertujuan untuk mengatasi sikap mengelak, menyendiri dan tidak aktif yang membuat kemurungan lebih teruk.

Psikoterapi psikodinamik

Psikoterapi psikodinamik adalah proses terapeutik yang membantu pesakit memahami dan menyelesaikan masalah mereka dengan meningkatkan kesedaran tentang dunia dalaman mereka dan pengaruhnya terhadap hubungan baik masa lalu dan sekarang. Terapi jenis ini boleh membantu orang yang mengalami masalah psikologi yang serius untuk memahami dan mengubah masalah emosi dan hubungan yang rumit, mendalam dan sering secara tanpa sedar, dengan itu mengurangkan gejala dan tekanan.

Rawatan perubatan untuk kemurungan

Rawatan perubatan utama adalah ubat antikemurungan. Anti-kemurungan kadang-kala dipreskripsi apabila rawatan lain tidak berjaya atau apabila rawatan psikologi tidak dapat dilakukkan akibat kondisi yang teruk atau kekurangan akses kepada rawatan.

Tema: Kesihatan MentalIsu: Contoh Isu Mengenai Masalah MentalDisediakan oleh: Nurayza Binti Nor Azlan (279765)Secara rum...
08/05/2021

Tema: Kesihatan Mental
Isu: Contoh Isu Mengenai Masalah Mental
Disediakan oleh: Nurayza Binti Nor Azlan (279765)

Secara rumusnya depresi merupakan penyakit yang berkaitan dengan kesihatan mental yang utama dalam kalangan rakyat Malaysia.Menurut kata Tsn Sri Lee Lam Thye Penaung Persatuan Psikatri Malaysia (MPA) masalah depresi akan meningkat disebabkan oleh tekanan kerja dan keluarga.

Menurut beliau juga pada tahun 2017, 29% rakyat Malaysia berbanding 12% pada tahun 2011 yang mengalami masalah depresi
Kebanyakkan orang Malaysia tidak dapat menyelesaikan masalah di tempat kerja sekaligus ia akan membuatkan seseorang itu tidak dapat menguruskan stress mereka. Tanbahan p**a, ia akan menyebabkan menjadi lebih parah jika mereka tidak dapat sokongan dari segi emosi serta mempunyai masalah dengan ahli keluarga.

Menurut Tan Sri Lee Lam Thye juga seseorang itu akan lebih cenderung untuk mendiamkan diri serta menyimpan segala emosi sekiranya tidak dapat mencari kaedah untuk mengekspresikan kekecewaan mereka.

Kadar penyakit depresi meningkat sebnayak 50% dari tahun 2011 sehingga tahun 2015 dalam kalangan rakyat Malaysia menurut penyelidikan oleh pakar berkenaan hubungan kadar depresi.

Langkah-langkah untuk membendung depresi serta kecelaruan adalah dengan melakukan aktiviti fizikal seperti bersenam secara kerap, mendapatkan waktu tidur yang ideal isitu 8 jam sekurangnya serta menjauhkan diri dari segala jenis platfrom media sosial 45 minit sebelum waktu tidur.

Masalah depresi dan kecelaruan akan dapat dirawat degan baik sekiranya ianya dapat dikesan dari permulaan lagi menurut Jabatan Psikiatri Pusat Perubatan Universiti Malaya.

Depresi atau kemurungan akan menjadi penyakit kesihatan mental utama dialami rakyat Malaysia menjelang 2020 susulan semakin ramai orang dijangka mengalami peningkatan stres akibat tekanan kerja.

30/04/2021

Tema: Kesihatan Mental
Isu: Kesan Masalah Mental Terhadap Ekonomi, Politik dan Sosial
Disediakan oleh: Muhamad Zulhafiz Bin Azmi (279921)

EKONOMI

Di Malaysia, 4 daripada 10 orang dianggarkan terlibat atau mengalami masalah kesihatan mental dalam kehidupan mereka. Angka ini dijangka akan terus meningkat dari semasa ke semasa. Tidak mustahil, kemungkinan ada di antara kita juga tergolong dalam statistik tersebut kerana kesukaran untuk mengenalpasti simptom-simptom kemurungan yang wujud dalam diri sendiri. Situasi yang membimbangkan ini menjadi satu ancaman yang wujud di persekitaran kehidupan setiap orang saban hari. Ia juga menjadi cabaran getir yang perlu dihadapi dan ditangani dalam sektor penjagaan kesihatan secara lokal atau global. Apa yang lebih merisaukan, pada tahun 2030, dijangkakan kemurungan klinikal akan menjadi penyakit yang paling melumpuhkan kehidupan individu disebabkan ia mengambil tempoh masa yang lama dan mengganggu keupayaan seseorang menjalani aktiviti kebiasaan. Di seluruh dunia, perbelanjaan oleh kerajaan yang diperuntukkan untuk kesihatan mental hanya mewakili 3 peratus. Negara yang berpendapatan rendah hanya kurang daripada 1 peratus dan negara yang berpendapatan tinggi p**a memperuntukkan 5 peratus dalam sektor kesihatan mental. Kesan ekonomi yang dampak apabila seseorang mengalami kemurungan bukan sekadar kepada individu tersebut malah kepada majikan juga kerajaan. Individu yang mengalami kemurungan akan menyebabkan kurang upaya untuk bekerja dan ini akan memberi kesan kepada majikan secara keseluruhannya. Produktiviti akan menjadi semakin merosot akibat ketidakhadiran pekerja disebabkan gejala kemurungan seperti kelesuan, kurang tidur, hilang selera makan dan sakit-sakit badan. Di pihak kerajaan p**a akan memberi kesan pengurangan penerimaan cukai dan peningkatan dalam perbelanjaan kesihatan dan kebajikan. Kos yang ditanggung akibat kurangnya produktiviti pekerja di tempat kerja disebabkan oleh kemurungan dianggarkan sebanyak USD 1 trilion setahun.

POLITIK

Untuk kesan masalah mental dari aspek politik p**a, apa yang kita dapat lihat ianya tidaklah sebesar mana kalau dibandingkan dengan ekonomi, tetapi tetap juga ada tempiasnya. Seperti yang kita sedia maklum, masalah mental ini sudah menular di seluruh dunia termasuk juga negara kita iaitu Malaysia. Berkaitan dengan politik p**a, di Malaysia sudah menampakkan kepincangan di dalam kabinet negara. Keadaan semakin menjadi huru hara setelah tumpasnya kerajaan Pakatan Harapan (PH) pada 2018 setelah perdana menteri pada masa itu iaitu, Tun Dr Mahathir Mohamad meletakkan jawatan secara serta merta menyebabkan jawatan perdana menteri kekosongan seterusnya diambil alih oleh parti Perikatan Nasional yang diketuai oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin sehingga kini. Namun, keadaan tetap menjadi huru hara kerana terdapat segelintir ahli politik yang “gila kuasa”. Perebutan kuasa yang semakin menjadi-jadi menyebabkan rakyat semakin ditindas. Ahli politik yang selalu memikirkan tentang kuasa di dalam fikiran mereka langsung tidak memikirkan tentang hal yang lain. Oleh yang demikian, tidak hairanlah masalah mental timbul di dalam kalangan ahli politik. Hal ini juga akan menyebabkan keadaan politik di dalam negara semakin bergolak.

SOSIAL

Kesan pandemik COVID-19 telah menembusi setiap lapisan masyarakat dari semua sudut yang boleh difikirkan. Walaupun tujuan sekatan pergerakan sosial adalah untuk melindungi rakyat kita daripada jangkitan, tetapi ia secara tidak sengaja telah membawa risiko memburukkan lagi kesihatan mental rakyat. Banyak perniagaan yang dikira tidak penting perlu berhenti operasi semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan pada Mac lalu telah menyebabkan ramai diberhentikan kerja dan hilang punca pendapatan. Orang yang menganggur akan berasa tidak yakin dan selamat, yang akhirnya akan menjejas kesihatan mental mereka dan menyebabkan kemurungan atau kegelisahan. Selain itu, PKP juga memberi impak negatif kepada mereka orang yang telah menghidap penyakit mental yang teruk. Disebabkan kebimbangan, ketakutan dan gangguan sosial terhadap pandemik, penyakit mental mereka berisiko tinggi untuk berulang lagi. PKP juga memaksa orang ramai mematuhi penjarakan fizikal dan sosial untuk mengelakkan jangkitan, jadi mereka perlu tinggal di rumah dalam tempoh yang lebih panjang. Sekiranya seseorang sudah hidup dalam persekitaran rumah yang toksik, menghabiskan lebih banyak masa di rumah boleh membawa kepada tekanan hidup yang akan menyebabkan masalah kesihatan mental. Sementelah lagi, satu kajian yang diterbitkan Institut Penyelidikan Khazanah (KRI) mendapati golongan berpendapatan rendah mempunyai kadar masalah kesihatan mental dan penyakit kronik yang lebih tinggi. Tren serupa juga didapati dalam data kesihatan mental dalam kajian oleh Ketidaksamaan Sosial dan Kesihatan Malaysia. Golongan berpendapatan paling rendah mempunyai kadar masalah kesihatan mental tertinggi dalam kalangan orang dewasa dan kanak-kanak.

Tema: Kesihatan MentalIsu: Kesan-Kesan Masalah Kesihatan Mental dan Depresi kepada Belia dan MasyarakatDisediakan oleh: ...
21/04/2021

Tema: Kesihatan Mental
Isu: Kesan-Kesan Masalah Kesihatan Mental dan Depresi kepada Belia dan Masyarakat
Disediakan oleh: Megalah Thevi A/P V.Chandra Segaren (279908)

Terdapat beberapa kesan masalah kesihatan mental dan depresi kepada golongan belia dan masyarakat. Antaranya :-

1. Sering lupa dan susah fokus

Depresi boleh menyebabkan kita sering lupa dan susah untuk fokus. Hal ini menyebabkan kita sering hilang fokus untuk memberi tumpuan terhadap perkara lain yang terjadi di sekeliling. Masalah ini bukan sahaja memberi impak negatif terhadap kehidupan seharian, malahan prestasi kerja juga boleh merosot jika kita susah fokus untuk menyiapkan tugasan yang telah diberikan.

2. Gangguan tidur / insomnia

Insomnia adalah masalah ketidakupayaan manusia untuk tidur pada waktu malam. Penghidap insomnia seringkali menghadapi masalah tidak dapat tidur pada waktu malam, dan akan mengalami keletihan pada hari berikutnya. Mereka yang menghadapi depresi tidak boleh berhenti untuk berfikir walaupun pada waktu di mana tubuh badan mereka sepatutnya rehat, apabila tubuh kurang mendapat rehat, maka ia akan menjadi lesu pada hari berikutnya.

3. Emosi tidak stabil

Emosi yang tidak stabil adalah salah satu kesan negatif yang terjadi disebabkan depresi. Mereka yang menghadapi depresi akan mudah berasa kecewa, cepat naik darah dan mudah marah. Kesan ini bukan sahaja boleh memberi impak negatif dalam pekerjaan, malahan hubungan dengan rakan dan keluarga juga boleh terjejas disebabkan emosi yang tidak stabil.

4. Kesihatan fizikal terganggu

Kekuatan fizikal adalah bergantung kepada kekuatan mental dan emosi. Jika emosi terganggu, kesihatan diri juga akan merundum. Sel sel tubuh dan antibodi akan mudah rosak dan tubuh akan menjadi lemah dan mudah diserang penyakit. Kemurungan menyebabkan kesihatan tubuh merosot dengan pantas.

5. Menjejaskan hubungan dengan keluarga dan orang keliling.

Sudah pasti kesan nyata yang boleh dilihat oleh penghidap masalah kemurungan ialah mengelak dan menjauhi orang sekeliling termasuk ahli keluarga. Jika perkara ini dibiarkan tanpa rawatan kemungkinan besar masalah kemurungan akan terus menjadi teruk. Jika ada individu terdekat yang mengalami kemurungan, janganlah disisihkan mereka bahkan sepatutnya menjadi berikan semangat dan keyakinan secara sukarela kepada mereka.

6. Memberikan impak kepada rutin harian dan kerjaya

Kerjaya, aktiviti bersama kawan kawan, masa bersama keluarga, kehidupan sosial sudah pasti akan menerima kesan buruk akibat dari masalah kemurungan. Prestasi kerja akan merundum serta memberikan rekod yang tidak baik. Hal ini boleh memyebabkan dibuang kerja oleh majikan .

7. Prestasi akademik akan terjejas

Jika yang mengalami kemurungan adalah seorang pelajar, pasti prestasi akademik akan terjejas teruk. Seterusnya masa depan pelajar terbabit akan menjadi sukar akibat kegagalan akademik. Sewaktu mengalami kemurungan semua ini tidak dapat difikirkan oleh mereka.

Oleh itu, pihak yang bertanggungjawab hendaklah berganding bahu untuk menyelesaikan masalah kesihatan mental dan depresi ini dengan segera. Saya berharap bahawa masalah akan dibendung dan dirawat dengan secepat mungkin supaya dapat melahirkan generasi yang sihat pada masa depan.

Tema: Kesihatan MentalIsu: Faktor Berlakunya Masalah Kesihatan Mental dan DepresiDisediakan oleh: Siti Nurul Balqis bint...
20/04/2021

Tema: Kesihatan Mental
Isu: Faktor Berlakunya Masalah Kesihatan Mental dan Depresi
Disediakan oleh: Siti Nurul Balqis binti Jalaluddin (280037)

Terdapat beberapa faktor yang mendorong ke arah masalah kesihatan mental dan depresi ini antaranya ialah

1) PERSEKITARAN - Faktor ini boleh diambil kira daripada keadaan sekeliling individu seperti kawasan perumahan dan kawasan tempat kerja. Hubungan dengan orang yang berada di sekeliling seperti rakan-rakan juga turut menyumbang sebagai faktor masalah mental dan depresi akibat cemburu terhadap rakan, ditipu rakan dan tercetusnya pergaduhan antara mereka. Perkara ini sering berlaku di kalangan remaja terutamanya apabila wujud situasi seperti tekanan daripada rakan sebaya. Masalah mental dan depresi dalam kalangan masyarakat bandar telah mencatat lebih tinggi berbanding masyarakat luar bandar.

2) PEKERJAAN - Tidak semua daripada masyarakat kita mengetahui betapa sukarnya kehidupan sebagai seorang pekerja dan tidak semua mengetahui akan tekanan yang dihadapi oleh setiap individu. Sebagai contoh mereka perlu mencapai target bulanan serta tahunan, menyiapkan tugasan dalam tempoh masa yang telah ditetapkan dan bagi yang kurang bernasib baik mereka perlu berhadapan dengan majikan yang tegas dan garang. Hal ini juga turut menjadi penyumbang utama masalah depresi terutamanya bagi pekerjaan yang memerlukan komitmen masa dan tenaga yang tinggi.

3) KELUARGA - Faktor keluarga juga boleh dikatakan jika individu mempunyai masalah keluarga yang mana ibu bapa sering bergaduh dirumah mahupun keluarga yang menghadapi masalah perceraian yang mengundangkan tekanan kepada individu. Berdasarkan maklumat kajian yang dikumpulkan melalui portal MyHealth sumber daripada Kementerian Kesihatan Malaysia, isu perceraian telah mencatat kedudukan masalah mental dan depresi yang tinggi dalam masalah keluarga dan diikuti dengan bujang, balu serta mereka yang telah pun mendirikan rumah tangga.

4) PENDIDIKAN - Tahap pendidikan juga boleh menjadi penyumbang utama kepada masalah sakit mental dan depresi. Hal ini kerana pelajar kebiasaannya mengahadapi tekanan ketika belajar. Tambahan p**a dengan negara kita dilanda Covid-19 yang menyebabkan pelajar institusi pengajian tinggi dikehendaki untuk belajar secara atas talian. Terdapat pelajar yang kurang rehat, tidak bersosial seperti biasa dan sukar untuk memberi tumpuan dengan baik ketika kelas sedang berlangsung akibat masa yang tidak teratur. Hal ini boleh mengundang pelbagai perkara yang tidak diingini berlaku seperti mencederakan diri sendiri ataupun bunuh diri.

5) KETURUNAN - Faktor ini memang tidak boleh diubah. Ia termasuk umur, jantina dan etnik individu. berdasarkan kajian kaum wanita lebih ramai menghadapi masalah mental dan depresi ini berbanding dengan kaum lelaki.

Tema: Kesihatan MentalIsu: Simptom Depresi atau KemurunganDisediakan oleh: Nurul Syakirah bt Syahabudin Roger (280047)Se...
13/04/2021

Tema: Kesihatan Mental
Isu: Simptom Depresi atau Kemurungan
Disediakan oleh: Nurul Syakirah bt Syahabudin Roger (280047)

Setiap individu menunjukkan simptom kemurungan yang berbeza samada menunjukkan tanda yang kurang ataupun banyak. Sebagai contoh, sesetengah individu yang mempunyai masalah kemurungan atau depresi mungkin akan berasa sedih manakala yang lain tidak. Tanda dan simptom boleh berbentuk fizikal atau emosi. Antara tanda dan simptom umum kemurungan adalah seperti berikut;

1.Berasa sedih, hampa atau risau;
Perasaan ini boleh berterusan tanpa pulih atau hilang.
2.Mudah berasa jengkel;
Anda menjadi cepat marah daripada biasa. Tahap toleransi anda rendah dan mudah marah walaupun disebabkan oleh perkara kecil.
3.Berasa tidak berupaya, tidak berharga atau bersalah;
Anda berasa tiada harga diri atau hidup tiada makna atau terlalu memikirkan tentang kehilangan atau kegagalan.
4.Kurang berminat dalam menjalankan aktiviti;
Anda tidak lagi menikmati hobi atau permainan yang diminati dahulu. Anda kurang atau tidak berminat untuk menjalani aktiviti sosial atau seks.
5.Kurang bertenaga;
Anda berasa terlalu letih. Rutin dan tugas harian menjadi terlalu sukar untuk diuruskan.
6.Berkomunikasi atau bergerak lebih lemah daripada biasa;
Anda mengalami pergerakan tubuh badan yang lemah dan mengambil masa yang lama untuk bercakap walaupun sepatah perkataan.
7.Kegelisahan;
Berasa gelisah atau terganggu tanpa sebarang sebab yang khusus. Anda mungkin menunjukkan tanda seperti sukar duduk diam.
8.Sukar memberikan tumpuan;
Anda sukar memberikan tumpuan. Anda berasa terbeban untuk membuat keputusan.
9.Perubahan dalam corak tidur;
Anda bangun terlalu awal atau sukar tidur. Anda tidur terlalu lama daripada biasa.
10.Perubahan selera atau berat badan;
Anda makan terlalu banyak atau tidak berasa lapar. Lazimnya, kemurungan mendorong kepada pertambahan atau pengurangan berat badan.
11.Perasaan atau percubaan membunuh diri;
Situasi ini merupakan simptom kemurungan paling serius. Anda kerap berasa ingin membunuh diri atau merancang cara menamatkan hidup anda.
12.Rasa sakit yang sukar digambarkan;
Rasa sakit, kejang atau masalah penghadaman yang bukan disebabkan oleh masalah fizikal dan tidak hilang dengan rawatan ubat.

Sekiranya anda mepunyai simptom seperti diatas, anda disarankan untuk berjumpa dengan doktor agar dapat mencari jalan penyelesaian untuk merawat masalah kemurungan anda.

Tema: Kesihatan MentalIsu: Jenis-Jenis Penyakit MentalDisediakan oleh: Nur Hanisah binti Mohd Ariffin (279798)Terdapat h...
12/04/2021

Tema: Kesihatan Mental
Isu: Jenis-Jenis Penyakit Mental
Disediakan oleh: Nur Hanisah binti Mohd Ariffin (279798)

Terdapat hampir 300 penyakit mental yang disenaraikan dalam DSM-5 ( Manual Diagnostik dan Statistik Gangguan Mental). DSM-5 ialah panduan yang digunakan oleh golongan profesional kesihatan dalam mengenal pasti dan diagnosis penyakit mental. Antara jenis penyakit seperti berikut:

1. Kemurungan
Kemurungan atau kecelaruan episod kemurungan major(MDD, Major depressive disorder) adalah penyakit biasa dan umum di dunia tetapi serius kerana ia mempengaruhi emosi dan tingkah laku individu. Kemurungan sering menganggu pekerjaan, persekolahan, dan perhubungan. Walaubagaimanapun, penyakit ini masih boleh dirawat.

2. Keresahan (Anxiety)
Keresahan merujuk kepada perasaan bimbang, gemuruh, takut, dan khuatir. Keresahan boleh dicirikan dengan perasaan cemas dan boleh dikenal pasti dengan gejala-gejala fizikal seperti peningkatan tekanan darah dan mual. Keadaan ini berlaku apabila tindak balas melangkaui kebiasaan dalam sesuatu situasi.

3. Kecelaruan bipolar
Kecelaruan bipolar@ 'manic depressive' adalah kecelaruan psikiatri yang menyebabkan perubahan luar biasa terhadap peningkatan mood, tenaga, aktiviti dan keupayaan menjalankan tugas harian. Individu dengan bipolar boleh berubah dengan cepat dan berlaku secara ekstrem iaitu daripada perasaan sedih, keletihan dan berputus asa kepada bahagia dan bertenaga.

4. Skizofrenia
Kecelaruan psikiatri yang boleh mempengaruhi fikiran, perasan dan kelakuan seseorang. Individu dengan skizofrenia kelihatan seolah-olah kehilangan sentuhan atau deria dengan realiti. Skizofrenia menjejaskan lebih daripada 23 juta orang di seluruh dunia tetapi tidak lazim seperti kecelaruan mental yang lain. Penyakit ini lebih umum dalam kalangan lelaki berbanding wanita.

Masyarakat seharusnya didedahkan dengan pelbagai info berkaitan jenis-jenis penyakit mental ini agar kesedaran terhadap penyakit ini dapat ditingkatkan. Tambahan p**a, dengan situasi Covid-19 yang sekarang melanda seluruh dunia, info berkaitan langkah pencegahan penyakit ini patut diuar-uarkan agar dapat mengurangkan jumlah pesakit.

Terdapat banyak lagi jenis penyakit mental yang tidak disenaraikan disini. Maklumat lanjut boleh didapati disini:
https://www.google.com/url?sa=t&source=web&rct=j&url=https://www.moh.gov.my/moh/resources/Penerbitan/Rujukan/NCD/Kesihatan%2520Mental/Kesihatan_Mental_Kesihatan_Fizikal.pdf&ved=2ahUKEwi7kZe9ivjvAhWJ4nMBHWtCA6AQFjAKegQIChAC&usg=AOvVaw0qC2JhPL3r-kCLWUlhwjgB

Tema: Kesihatan MentalIsu: Apakah Kesihatan Mental dan Penyakit Mental???Disediakan oleh: Muhammad Amsyar Aqil bin Noraz...
11/04/2021

Tema: Kesihatan Mental
Isu: Apakah Kesihatan Mental dan Penyakit Mental???
Disediakan oleh: Muhammad Amsyar Aqil bin Norazizan (279873)

Kesihatan mental merupakan satu keadaan seseorang itu dapat mengendalikan tekanan dengan baik, dapat bekerja secara produktif dan mampu berfikir secara rasional. Ini bermaksud, kesihatan mental adalah asas kepada kesejahteraan individu dan kemampuan masyarakat berfikir secara normal dan logik. Kesihatan mental adalah ekspresi emosi untuk mengawal diri dalam pelbagai tekanan.

Walau bagaimanapun, tidak terdapat garis panduan yang jelas dalam membezakan mereka yang mempunyai kesihatan mental yang baik dan mereka yang tidak. Terdapat banyak tahap dalam kesihatan mental. Tiada kriteria yang tetap boleh digunakan untuk membuktikan kesihatan mental yang baik dan tiada seorang individu pun yang mempunyai semua ciri-ciri kesihatan mental yang baik pada setiap masa. Ia banyak bergantung kepada faktor individu, sosial dan persekitaran.

Penyakit mental adalah penyakit yang melibatkan gangguan pada fungsi otak yang boleh menyebabkan perubahan kepada proses pemikiran, perasaan dan tingkah-laku seseorang yang mengakibatkan gangguan untuk menjalani aktiviti seharian dengan baik.

Masalah kesihatan mental mungkin berpunca daripada stres berlebihan yang disebabkan oleh keadaan atau peristiwa tertentu contohnya seperti trauma, kanser, kencing manis dan penyakit jantung. Penyakit mental sering dikaitkan dengan masalah fizikal serta emosi dan psikologi. Dengan rawatan yang sewajarnya, pesakit dapat belajar untuk mengatasi penyakit mental atau gangguan emosi. Pesakit juga perlu tingkatkan semangat rohani iaitu keyakinan, kepercayaan dan akhlak dan sentiasa mengawal emosi dengan berfikir secara tenang ketika berada dalam keadaan yang mencemaskan.

Pada pandangan saya, penyakit mental ini bukan sesuatu yang boleh kita abaikan kerana penyakit ini merupakan satu penyakit yang semakin meningkat di negara kita Malaysia dan juga di seluruh dunia. Tambahan lagi, situasi pandemik disebabkan Covid-19 yang dialami sekarang ini menunjukkan peningkatan dalam bilangan individu yang mengalami penyakit mental malah ada yang bunuh diri disebabkan terlalu stres.

Address

Sintok

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when MPU 1013 GROUP 8 Etika & Peradaban posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category